Melayu Akan Hilang Kuasa..................???????

on Aug 26, 2010

Mahathir Ugut Melayu :-


http://buletinonline.net/images/stories/berita31/mahathir.JPG



PAS kesal dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, didakwa mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.

Malah, parti itu juga berpandangan bahawa Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini sekarang dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata berkali-kali parti itu menegaskan kepada rakyat kalau “Umno kalah yang menangnya ialah PAS.”

“Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno.

“Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Idris mendakwa Dr Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung Umno sahaja.

Katanya, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.

“Inilah khurafat umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara.

“Dulu pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.

“Hujah ini sudah lapuk, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas,” katanya.

Ketika ditemui wartawan semalam, Dr Mahathir berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

“Saya bukan rasis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain.

“Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa.

“Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa,” katanya.

Katanya walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

Dalam tulisannya, Idris menambah rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
Sumber:- Buletinonline

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List