UNIT Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mengeluarkan kain pembalut mayat yang berisi tulang bayi yang dipercayai ditanam kira-kira tiga bulan lalu, dari sebuah kubur yang mencurigakan dan terpencil di Tanah Perkuburan Kampung Telaga Bijih, Batu Gajah.
TANAH MERAH: Misteri sebuah kubur kecil di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga Bijih di sini, terungkai apabila polis yang menggali kubur itu menemui rangka seorang bayi. Ketua Polis daerah DSP Abdul Aziz Mahmud berkata penggalian kubur itu dibuat hasil maklumat orang ramai yang hairan dengan kehadiran kubur kecil tersebut yang dikesan sejak lima hari lepas.
"Polis dan Jabatan Forensik tiba di kawasan perkuburan pada 11 pagi dan selepas digali pihak kami menemui rangka seorang bayi yang berbalut kain putih sepanjang 70 sentimeter," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata siasatan awal doktor mengesahkan mayat bayi itu yang belumdikenal pasti jantinanya sudah tertanam lebih tiga bulan.
"Rangka bayi berkenaan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan baik dalam liang lahad," katanya.
Beliau berkata mayat bayi akan dirujuk kepada Jabatan Kimia untuk ujian DNA bagi mengenal pasti jantinanya.
Selain itu siasatan turut dijalankan di hospital daerah bagi mengetahui rekod pendaftaran kelahiran dan sijil kematian bayi berkenaan, katanya. -BERNAMA
0 comments:
Post a Comment