PAS mendakwa Umno sebagai parti bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi Bumiputera selama ini, setelah diberi kuasa lebih 53 tahun memerintah Malaysia. Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, beliau yakin isu ini akan terus dijadikan modal oleh Umno selagai parti itu berkuasa. Katanya, kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan ketidakupayaan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini
"Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat," ujarnya. Ustaz Idris berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.
"Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, KeADILan dan DAP pada 19 Disember 2009. Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi Bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor curut, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera?" tanya beliau.
Ustaz Idris hairan, bagaiman Umno yang mempunyai kuasa, membuat dasar, merancang dan melaksana, gagal mensasaran koata 30 peratus itu. "Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno jadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara," uajar beliau lagi.
PAS tegasnya berpendapat sasaran koata tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agihan projek bukan kepada mereka yang sepatutnya, sebaliknya merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek melalui 'hak istimewa orang Umno'. Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukan kepada Bumitera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur?
Soalnya, kemana perginya dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lagi lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%, tegas Ustaz Idris.
PAS katanya, pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS itu di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut.
Katanya, PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat, malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.
"PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman PASdi Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang daif," dakwanya.
Ustaz Idris berkata, kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat.
"Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang China dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Dato' Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah," tegas beliau.
Sudah sampai masanya, kata Ustaz Idris, PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang dipimpin PAS untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.
Sumber:- Detildaily
0 comments:
Post a Comment