PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) sedar wujud muslihat politik pimpinan UMNO - Barisan Nasional (BN) yang menggunakan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat. Pimpinan Tertinggi PR dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, strategi itu digunakan memandangkan UMNO-BN kini dalam keadaan tersedak untuk meneruskan kelangsungan kuasa. "Berdepan serangan bertali arus, PR tetap beriltizam melaksanakan perubahan demi memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh. "PR juga bertekad menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat antara kaum, budaya dan agama," kata kenyataan bersama Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Kenyataan sama menyebut, PR akan bersatu melawan politik perkauman sempit dan merasa bertanggungjawab menyuburkan politik baru yang lebih matang dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. "Kita akui terdapat perbezaan di antara komponen PR namun ianya diselesaikan menerusi perbincangan dan bersikap terbuka. Ia berbeza jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan," kata kenyataan itu. Tiga pimpinan tertinggi PR itu berkata, serangan terhadap pembangkang juga adalah untuk menutup kegagalan UMNO-BN menguruskan khazanah negara seperti skandal saham Bumiputera bernilai RM52 bilion yang didakwa hilang. "Kita menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat itu," kata mereka. Pada 29 Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 bilion saham bumiputera yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur. Permohonan penjelasan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009. Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 bilion saham bumiputera yang diperuntukkan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka. Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “Daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 bilion yang masih dipegang oleh Bumiputera.” SinarHarian |
SUV rempuh tembok plaza tol Sungai Besi, 2 maut
30 minutes ago
1 comments:
Takdirnya YB Lim Guan Eng dan YB Teo Nie Ching memeluk Islam sahih Najib, Mahyudin dan ramai orang UMNO tak lena tidur!!
Post a Comment