Pemimpin PKR harus ada sifat sensitiviti.

on Aug 28, 2010



Aku perhatikan dalam beberapa isu pemimpin PKR terlebih cakap. Dalam PR ada 3 parti bergabung, dari itu kena le jaga antara satu dengan yang lain, jangan le nak main belasah aje. Jangan terikut dengan BN yang dah bercelaru tu..... Oiiiii pemimpin PKR bangun dari tidur. Kang aku lari dari PKR baru hang tau, satu kerusi parlimen pun ko orang tak merasa.................................................


Pemimpin pkr tak boleh ke kalau diam sedikit, jangan bawak sangat mulut kompang. zaid berahim calon pkr hulu selangor menambah perisa mengenai hudud, sebagaimana perangainya didalam umno dulu. kenyataan zaid berahim ni menyebabkan aku rasa penat lelah berkempen untuk dia di hulu selangor dulu tak berbaloi langsung. sudah dapat maki dan cercaan dari pihak umno. mempertahankan zaid berahim siang malam dengan gambar yang sengaja diadakan oleh pihak umno. memerah keringat dan idea bagaimana untuk menangkis serangan yang bertali arus dari umno dengan perangai zaid berahim yang tak tahu langsung berterima kasih kepada yang datang berkempen terutama ahli dan penyokong pas. penyokong dan ahli pas datang bukan datang meminta sesen pun duit zaid berahim tapi atas dasar untuk mengalahkan umno tapi kalau inilah kenyataan yang keluar dari mulut zaid berahim aku benar benar kecewa.

kalau zaid berahim dan nik nazmi tak bermulut kompang aku rasakan lebih baik. tak berterima kasih pun kerana hadir berkempen dan merayu undi bagi pihak pkr akan terasa dihargai jikalau zaid berahim tak memberikan ucapan yang tiada bezanya sewaktu dalam umno dan sekarang dalam pkr. sekali terasa betul juga kata orang umno yang zaid berahim dengan umno tak banyak bezanya. kenapalah orang pas mudah sangat memaafkan perbuatan zaid berahim kepada kerajaan pas kelantan. demi menyahut kata kata tok guru yang mengatakan bahawa manusia boleh berubah dan wala' kepada pemimpin pengikut penyokong dan ahli menurut kata kata tok guru nik aziz. berjuang bermati matian tak kenal siang dan malam untuk memberikan kemenangan kepada beliau. tapi akhirnya inilah balasannya kepada pas.

Kalau tak bersetuju pun dengan hukum hudud adalah lebih baik diam kerana apa yang diucapkan oleh zaid berahim akan dijadikan senjata yang lebih berbahaya untuk mereka melakukan kempen dan juga perang saraf kepada pembangkang. zaid berahim memberikan peluru secara pukal kepada umno untuk menembak kembali pas dan pakatan rakyat. kalau tak mahu sangat kepada hukum hudud pun, berpijaklah dibumi nyata, walaupun berbeza pandangan janganlah lontarkan pandangan yang memberikan senjata kepada umno. dengan kenyataan zaid berahim ini akan memutarkan 100% pandangan ahli dan pendukung pas kepada beliau. zaid berahim yang dilihat akan berubah rupanya tidak. dan pas tak akan bertanggungjawab lagi jika sekiranya kenyataan jahat dari pemimpin pkr terus menerus melakukan kerja kerja bangang menjelang pru ke 13.

Mungkin pkr dah merasakan grossroot mereka terlampau hebat sekarang kerana mereka tak memerlukan lagi pas dalam pakatan rakyat. pemimpin yang hebat dan general yang hebat tanpa askar yang berani bertempur di garisan depan belum tentu menjamin kejayaan. mungkin pkr mempunyai blogger yang hebat dan perkasa dialam maya dan mampu memberikan serangan yang menyeluruh kepada umno. pkr tak perlukan lagi penyokong dan ahli pas yang hanya pandai menampal poster, menaikkan sepanduk, datang memenuhi perkarangan pbt untuk hanya memberikan sokongan kepada pkr. strategi pkr lebih ampuh dan lebih hebat. pemikir pemikir agung dalam pkr mampu menterjemahkan apa saja serangan buat umno tanpa perlu ada pekerja pekerja pas. pas boleh menarik saja askar kerahan tenaga mereka kerana pkr sudah hebat di medan pertempuran. jika mereka memberi peluru kepada umno pas pun boleh beri senjata berat untuk umno menembak pkr. jangan lupa wahai pemimpin pkr yang bermulut kompang.

Sumber:- FZT

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List