PAS akan bongkar skandal kerugian RM 8 bilion MAS hingga ke akar umbi

on Aug 28, 2010

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan terus mendedahkan kes kerugian MAS sebanyak RM8 billion walau apa pun alasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini berikutan, SPRM enggan menyiasat kerugian syarikat berkaitan kerajaan itu yang didakwa melibatkan bekas Pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.


Salahudin berkata, pengarah siasatan SPRM Mustafa Ali menjelaskan bahawa SPRM tidak menyiasat kes itu kerana ianya telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman. Tambahnya,  isu itu telah berlarutan sejak lapan tahun lalu melibatkan dua bekas perdana menteri sebelum ini, dan Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan komitmen menyelesaikan masalah ini. Penjelasan itu dibuat Mustafa  dalam satu pertemuan di antara Salahuddin dengan empat wakil SPRM di Parlimen hari ini.

"Pertemuan hari ini untuk SPRM memberikan penjelasan berkaitan kes kerugian MAS yang saya persoalkan baru-baru ini,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Bagaimanapun, Salahuddin dalam sidang medianya selepas pertemuan itu tidak berpuas hati dengan jawapan SPRM dan akan menunggu respons suruhanjaya itu nanti.

Apa yang menjadi persoalan jelas Salahuddin,  individu yang dipercayai terlibat menyebabkan kerugian ditanggung MAS tidak pernah dibawa ke mahkamah walaupun telah disarankan polis.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Khas SPRM yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong tidak akan berdiam diri dalam skandal ini kerana kes ini memerlukan tindakan yang drastik yang disifatkan sama besar dengan skandal PKFZ.

"Kita perlu ambil pengajaran daripada kes PKFZ yang selama hampir empat tahun ahli Parlimen suarakan di Dewan Rakyat, akhirnya dapat membongkar siapa yang terlibat," katanya.

Salahuddin mendakwa dua perdana menteri sebelum ini, polis dan Jabatan Peguam Negara terlibat dalam kospirasi untuk melindungi individu yang telah menyebabkan kerugian MAS dan adalah wajar Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil tindakan. “Tiga perdana menteri yang terlibat iaitu dua Tun dan seorang Datuk Seri. Adakah mereka tidak berupaya untuk membawa individu tersebut ke muka keadilan?

“Sekarang Najib adalah Perdana Menteri, jika beliau bercakap tentang integriti, ini adalah masanya untuk menghukum mereka yang terlibat,” katanya. Tegasnya juga, beliau tidak teragak-agak untuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini jika SPRM dan PDRM gagal menyiasat kes ini.

"Saya bersedia menulis surat kepada Perdana Menteri menggesa suruhanjaya diraja ditubuhkan jika SPRM dan PDRM gagal menyelesaikan kes ini.

"Kita ingin tahu siapa sebenarnya yang melindungi penjenayah dalam kes ini," katanya. Beliau juga akan membawa perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya ia tidak menemui jalan penyelesaian.

Laporan polis pertama terhadap bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli pada 2002 kerana dipercayai menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian lebih RM8 bilion. Tajuddin menerajui MAS dari 1994 hingga 2001.

Laporan kepada SPRM bertarikh Mei 2009 mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan mendakwa Tajuddin walaupun ketua CCID ketika itu Datuk Ramli Yusoff memberi jaminan pada 2007 bahawa ia ada menemui kesalahan-kesalahan yang boleh dibuktikan.

Sumber:- Detikdaily



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List