Hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang (baca sepenuhnya dalam portal rasmi fatwa Malaysia, Jakim - terima kasih kepada Sdr Abdullah Karim yang memaklumkan perkara ini)
Posting asal
Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau" dan "'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah".
Saya tidak berminat untuk membincangkannya dari sudut hukum atau konteks dakwah. Umno tak pernah ambil peduli itu semua. Minat Umno hanyalah mengapi-apikan perkauman dan kebencian orang-orang Melayu terhadap parti-parti yang mengacau kesedapan mereka membuat duit sakan dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Ah, tiba-tiba pulak saya teringat ayat yang pernah saya dengar sebelum ini "jiwa tamak sang perasuah yang sentiasa celaka dulu, kini dan selamanya".
Saya juga tak berminat dengan jawapan bodoh macam innocent sangat (lihat Malaysiakini hari "'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?")
Tetapi, saya nak bincang dari sudut sikap hati-hati seorang ahli politik. Atau lebih jelas lagi, saya nak bagi tau ahli politik janganlah bodoh.
Sebelum melakukan sesuatu perkara, ahli-ahli politik pembangkang mestilah berfikir adakah perkara itu akan dijadikan isu perkauman oleh Umno atau tidak. Benda tu memang tak diajar di universiti atau kursus-kursus parti. Tetapi bak kata orang, sendiri mau ingat la dan jangan bodoh sangat.
Ahli-ahli politik hari ini jangan lupa satu perkataan - "sensitiviti". Walaupun apa yang menjadi pantang larang di sisi sensitiviti masyarakat tak semestinya haram di sisi hukum agama, ahli-ahli politik dan para penyokong parti-parti politik jangan bodoh dan gatal sangat melanggar pantang larang itu.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu, Umno telah mencipta kejayaan gilang gemilang dalam memainkan isu-isu perkauman. Ramai orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan oleh parti pengkhianat Melayu itu.
Masalahnya, parti-parti pembangkang jauh lebih bodoh lagi berbanding orang-orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan oleh Umno itu. Mereka ketagih sangat membuat kerja-kerja yang yang dengan mudah sungguh dapat dieksploitasikan oleh Umno untuk menyalakan api perkauman Melayu.
Agaknya bodoh melantun-lantun itulah yang menyebabkan munculnya berita FMT hari ini bertajuk "Pakatan staring at massive loss in next election". Dalam pada itu, muncul pula berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Jeffrey tells Anwar to stay away from Sabah" dan berita FMT bertajuk "PKR crisis deepens, Jeffrey advises Anwar to scrap visit".
Umno nampaknya akan terus berkuasa. Tetapi, ia bukan disebabkan Umno tu bijak sangat berpolitik. Umno bodoh dan hanya cekap mengapi-apikan perkauman sahaja. Tetapi pembangkang lagi bodoh - bodoh terlampau.
Sumber:- penarik beca.
0 comments:
Post a Comment