INI KAH DI NAMA KAN PERANG SARAF......... ???

on Aug 28, 2010

Keliru!Keliru (One Malaysia)


"Satu waktu dulu.Di Negeri Kedah Darul Aman.PRU ke 11,2004.Misi PAS,nak tawan Kedah.Jentera PRU Pas waktu itu bersemangat nak memastikan UBN tersungkur pada tahun itu.Gerak kerja dilancar.Baju T,tercetak PAS TAWAN KEDAH dipakai Di mana-mana.Semua penyokong Barisan Alternatif(pada waktu itu) amat bersemangat.Lantaran kejayaan cemerlang 1999.Perang saraf dilancar. 


       Ingat dak lagi,poster-poster kecil,dalam bentuk stiker banyak dicetak.Lambang dacing terbalik dan ditulis,Dah Lama Dah.Maksudnya dah lama dah undi dacing(UBN),jadi pakat kalihlah undi pembangkang pula.Tu buat dacing terbalik tu.Tapi warna stiker/poster itu biru,gambarnya pula dacing cuma terbalik dan ada tulis Dah Lama Dah.Poster inilah yang ditempek oleh ahli dan penyokong-penyokong Pas.Rata-rata.
Penuh di Negeri Kedah.Tapi pada PRU tahun itu Ubn menang besar dan Barisan Alternatif kalah teruk.Pas Terengganu jatuh.Di Kedah daripada 13 kerusi,pembangkang tinggal 4 kerusi aje.Kantoi.Bagi pendapat peribadi saya ini ada juga kaitan dengan kerja saraf yang silap iaitu poste/stiker yang kecil tu.Pengundi atas pagar duk sangka  poster tu suruh pangkah Ubn la.Warna sama,lambang sama dan tulis Dah Lama Dah,jadi Ubn ambil sentimen,jika dah lama,berpengalaman buat apa nak tukar.Jadi nampaknya seolah-olah petugas-petugas PRU pembangkang bekerja untuk mereka.
       Inilah dilema yang sama dihadapi oleh Gagasan 1 Malaysia.1 Malaysia bagi rakyat amat mudah.Kita semua rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun hendaklah dilayan sama rata.Baik dari segi ekonomi,pendidikan,pekerjaan,kesihatan,sosial dan sebagainya.Tiada bangsa atau agama yang dilebihkan atau dipinggirkan.Kecuali yang dijamin oleh perlembagaan.Seperti Islam,Bahasa Melayu,Raja-raja Melayu dan ada satu dua lagi perkara yang dipersetujui bersama.
       Jadi gagasan ini lah yang dipromosikan oleh media-media arus perdana.TV,siang dan malam.Ini juga yang dilalakkan oleh sesetengah pemimpin Ubn.Namun ada juga di kalangan pemimpin Ubn yang tak mahu gagasan ini lantaran sifat rasis mereka. Malah mantan PM kita pun,tak faham katanya.TPM pula kata dahulukan Melayu,baru Malaysia.
      Namun bagi rakyat,mereka faham sangat 1 Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan,menjana tranformasi.Faham sangat,tapiiiiii.....di dalam konteks Pakatan Rakyat.Apa yang sebenarnya yang diwar-warkan saban hari itu,baik melalui lagu-lagunya,dramanya,pantun,syair 1 Malaysia,ucapan pemimpin Ubn rakyat hanya membayangkan itu lah roh Pakatan Rakyat.Ini terbukti kerana semangat 1 Malaysia itu diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Jadi apabila masih ada akhbar harian atau tv yang meniupkan perkauman yang amat bertentangan dengan 1 Malaysia ,rakyat menjadi amat marah.Terutama kaum Cina.Terutama penduduk Negeri Perak.Tak ada jalan bagi Ubn,jika nak perjuangkan rasis tolong buang gagasan 1 Malaysia.Jika tidak mengarut aje.Lagi galak kerajaan Ubn perjuang konsep 1 Malaysia,lagi rakyat duk gila-gilakan Pakatan Rakyat.

       Kesimpulannya seperti poster/stiker Dah Lama Dah  tadi yang menjadi back fire kepada Pas/pembangkang di Kedah pada 2004,1 Malaysia akan jadi mimpi ngeri Ubn pada PRU 13 nanti.Rakyat terbanyak tak keliru,hangpa ahli-ahli Ubn,penyokong akar umbilah yang akan keliru.Nak perjuang bangsa ke nak perjuang 1 Malaysia.Sedia untuk menjana tranformasi?Buat sesuatu kepada mulut-mulut jahat dan akhbar lidah perkauman hangpa(Ubn) itu dulu.  

Detikdaily 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List