KHABARNYA demo di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berlangsung saban hari. Pertanyaan lazim penulis ialah, mereka yang mengadakan demo itu tidak ada kerja lain kah nak buat? Atau memang tidak pernah ada kerja melainkan melakukan berantakan di hadapan kedutaan orang.
Mereka marah tak bertempat. Mereka marah kerana tiga pegawai maritim mereka ditahan oleh Marin Malaysia kerana berada di dalam perairan Malaysia tetapi bagaimana pula dengan nelayan Malaysia yang ditahan oleh Marin Indonesia?
Selepas diteliti menerusi rakaman satelit, ternyata nelayan-nelayan Malaysia berada di dalam perairan negara ketika mereka ditahan pihak berkuasa Indonesia tetapi tidak pula kita melakukan demo melempar najis di hadapan Kedutaan Indonesia.
Amat jelas sekali, manusia yang sibuk dengan urusan harian mencari sesuap nasi untuk keluarga atau diri sendiri tidak akan mempunyai masa untuk memikirkan hal orang lain apatah lagi berkampung berhari-hari di hadapan pejabat orang semata-mata untuk menyatakan rasa tidak puas hati.
Ia adalah perbuatan tidak masuk akal. Maka itu, kita tertanya-tanya, jika tidak ada yang mengupah supaya berdemo, tidak mungkin manusia-manusia ini sanggup bersorak melaungkan kata-kata kesat malah melemparkan najis ke atas rumah orang. Ia adalah perbuatan tidak beradab sedangkan orang Indonesia adalah masyarakat yang penuh dengan budaya dan adat yang tinggi.
Orang Jawa misalnya tidak suka menunjuk-nunjuk kehandalan mereka. Maka atas sebab itulah keris disarungkan di belakang badan bukan di hadapan sepertimana kebanyakan etnik Melayu yang lain. Mereka menghormati tetamu dan jiran tetangga.
Malang sungguh apa yang sedang berlaku di hadapan Kedutaan Malaysia tidak langsung melambangkan adat dan budaya orang Jawa yang disanjung tinggi itu. Barangkali yang berdemo bukan orang Jawa agaknya. Barangkali yang memekik-mekik dan melontarkan najis ke dinding Kedutaan Malaysia adalah orang yang tidak beradab dan bersopan.
PESANAN DARI JAKARTA
Sejak beberapa hari lalu, penulis sendiri menerima beberapa pesanan ringkas (sms) daripada kawan-kawan di Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) di Jakarta yang menasihati supaya jika tidak ada apa-apa urusan elak datang atau berkunjung ke Indonesia khususnya Jakarta.
Ini kerana golongan yang mengelar diri mereka Bentang Pertahanan Demokrasi (Bendera) tidak berapa lama dahulu pernah mengasah buluh runcing untuk menyeberang ke sempadan dan menganyang Malaysia.
Ternyata itu hanya 'gempaq sakan'. Tidak ada seorang pun yang menyeberang ke semenanjung atau ke Sabah dan Sarawak untuk menganyang Malaysia. Hakikatnya, temberang mereka hanya sekadar temberang. Buat bising untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.
Tetapi cuba fikirlah sikit, akhirnya siapa yang rugi besar? Jika pelancong dari Malaysia tidak lagi berkunjung ke Jakarta atau Bandung atau Bali atau Medan untuk membeli belah, siapa yang rugi?
Bukan kita tau tapi awak yang rugi besar. Rakyat Malaysia boleh mengubah destinasi pelancongan bila-bila masa. Kalau orang tak sudi menerima kita pun tak sudi bertandang.
Vietnam, Laos malah Thailand yang kacau bilau itu pun tak layan rakyat Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh kumpulan Bendera. Adakah masuk akal nak membotakkan kepala pelancong Malaysia yang berkunjung ke Sendayan?
Alahai, Indon, Indon...
myStar
0 comments:
Post a Comment