Beliau berkata alasan mengatakan tindakan atau kenyataan yang diucapkan telah 'disalah anggap' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Katanya bagi memastikan isu-isu yang menyentuh perhubungan kaum tidak terus dimanipulasikan mana-mana pihak, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Berkenaan Penguatkuasaan Undang-Undang akan memantau setiap isu yang berbangkit.
Menurutnya kerajaan tidak akan berkompromi dengan usaha pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dalam negara.
“Kerajaan tidak boleh bertolak-ansur dengan isu perkauman sama ada yang membabitkan golongan minoriti atau majoriti, saya akan pastikan jika ada laporan polis dibuat dan selepas disiasat, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara. Saya akan pantau, kalau ada kes mesti didakwa dan pendakwaan mesti cepat," katanya.
Nazri berkata jawatankuasa yang bermesyuarat sebulan sekali itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

serta yang melibatkan kepentingan umum," katanya.
Beliau berkata antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat terbaru itu ialah kes berkaitan seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan tindakan empat remaja menyimbah cat merah dan botol arak ke sebuah surau di Negeri Sembilan.
Ditanya persepsi orang ramai bahawa kerajaan hanya bertindak tegas terhadap kes yang membabitkan kaum tertentu sahaja, Nazri berkata ia tidak benar, kerana tindakan yang diambil berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan tanpa mengira kaum.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment