BIAR LAH MINGGUAN DENGAN MINGGUAN NYA. UTUSAN DENGAN UTUSAN NYA....

on Aug 30, 2010

Dah sememang dasar utusan dan mingguan, apa nak dihairankan. Itu semua mainan mereka. Kita tunggu masa saja yang akan menentukan. 

PRU13 jawapan nya.


MP PKR: Saya dijemput ucap, usah campur aduk agama dan politik


Selepas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching “diserang” kerana didakwa memberikan ucapan di ruang solat sebuah surau, rakan sejawatannya William Leong yang menjadi mangsa terbaru Umno-BN, mempertahankan tindakannya sambil meminta jangan mencampuradukkan politik dan agama.

Ketika dihubungi  Ahli Parlimen Selayang dari PKR itu berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.


“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.
“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.

Semalam, Mingguan Malaysia menyiarkan berita wakil rakyat itu dikatakan diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.
Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Teo yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, Leong memberitahu, tindakan laporan akhbar tersebut seolah-olah mahu menjatuhkan imejnya sebagai wakil rakyat.
“Saya hanya menjalankan tugas dan tiada niat untuk mempermainkan isu agama.
“Saya datang hanya beri sumbangan kemudian disuruh berucap sedikit, itu sahaja. Malah saya tidak bercakap apa pun mengenai politik,” katanya.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata kecewa apabila isu agama cuba dipolitikkan semata-mata mahu memberikan tanggapan negatif kepada beliau.
“Saya memang kesal kerana isu agama dan politik dicampuradukkan.
“Selain itu, saya harap isu ini tidak lagi dipolitikkan kerana bagi saya agama adalah agama bukan untuk dipolitikkan,” tegasnya.

Menurut Leong, sebanyak 10 masjid dan 17 surau di Parlimen Selayang akan menerima sumbangan sempena Ramadan.
“Saya hadir beri sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan saya, itu sahaja,” katanya lagi. M/I

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List