NAMEWEE LAGI.....................!!!

on Aug 30, 2010

Rais: Ambil tindakan tegas



KUALA LUMPUR 29 Ogos – Peguam Negara diminta bertindak tegas terhadap pemuda dari Muar, Johor, Wee Meng Cheng atau lebih dikenali sebagai ‘Namewee’ sekiranya benar dia menghasilkan klip video yang berunsur perkauman atau hasutan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, tindakan tegas itu perlu diambil bagi mengelakkan perbuatan tersebut menjadi amalan dan kebiasaan di negara ini.
Katanya, sebarang klip video yang mengandungi unsur-unsur perkauman, hasutan atau menghina raja, kebudayaan dan agama boleh dikategorikan sebagai menyalahi Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Di pihak kementerian, kami akan bekerjasama melihat dan menilai video itu secara objektif. Tetapi sama ada ia layak diambil tindakan undang-undang atau tidak, terserah kepada Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa.
“Bagi saya, lebih baik Peguam Negara lekas bertindak ke atas perkara seperti itu agar ia tidak menjadi amalan dan kebiasaan di negara ini,” tegasnya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan raptai penuh upacara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Namewee menerbitkan klip video berunsur perkauman yang berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! selepas mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip video berjudul Negarakuku sebelum ini.
Rais menambah, tindakan tegas ke atas individu atau mana-mana pihak yang didapati bersalah diharap mampu mencegah perkara sama daripada berulang.
“Perkara seperti ini cukup menyedihkan. Apalah seronoknya kita memperkecilkan lagu Negaraku, mengubah seni katanya atau membuat video seperti itu yang hanya merendahkan martabat kita sebagai satu negara dan satu bangsa di bawah gagasan 1Malaysia.

“Makin lama kita berjuang membina negara sepatutnya kita jadi lebih matang. Kalau di England, rakyat mereka tidak akan conteng poster wajah Ratu Elizabeth, tidak akan hina lagu God Save the Queen,” katanya.






0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List