Tazkirahku DiGantung Kerana DOA.......???

on Aug 30, 2010

oleh:- kiyaiharaki.

"Dua hari lepas(27 Ogos 2010/18Ramadhan) ana berkhutbah di Masjid Mustaqimah Pandan Perdana,walaupun agak keletihan,ana gagahi juga kudrat yang tersisa untuk menyampaikan khutbah.Lebih kurang jam 10pagi,petugas masjid call,katanya:"anta bubuh cluster bom hari ni".Apa yang ana faham dia nak khutbah lagi keras dan pedas .Maka ana pun pilih tajuk Ramadhan Bulan Berjihad mengaitkan perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam medan Badar.

Apatalah lagi hari sebelumnya ialah 17 Ramadhan yang berlaku dua peristiwa padanya yaknilah peperangan Badar dan Nuzul Al-Quran. 

Kisah As-Syahid Syed Qutub dan Sheikh Abd Hamid seorang ulamak yang buta di Mesir juga ana selitkan dalam khutbah.Cuma bezanya kali ini pada khutbah kedua ana mendoakan kepada golongan kafir tak kira apa parti supaya mereka masuk Islam.Ayatnya begini: "Ya Allah Jadikanlah KDYMM Sultan Selangor dan anakandanya menjadi payung hijau yang menaungi rakyatnya dengan kesejahteraan Islam,jadikanlah Baginda sebagai benteng terhadap hukummu dari segala cabaran dari musuhmu,Ya Allah tanpa segan silu kami bermohon Islamkanlah Chua Soi Lek,Samy Vellu,Karpal Singh,Lim Guan Eng dan orang kafir yang lain,jatuh dan musnahkanlah pemimpin di kalangan kami yang hipokrit yang berpura-pura terhadap Islam,naikkan dan menangkanlah pemimpin yang benar-benar ikhlas yang betul ingin menegakkan Islam...".

Pada ana inilah sepatutnya khubah 1Malaysia,kalau kita nak satukan rakyat satukanlah dibawah naungan Islam bukan naungan jahiliyyah.Tiba-tiba heboh pasal khutbah ana,bahkan Ust Musa(Penyelaras Ampang dan Hulu Langat) ana difahamkan dipanggil untuk menghadap Pengarah JAIS bagi menjelaskan isu ini.Ini semua gara-gara puak UMNO yang jahil pada Islam yang report pada JAIS.Mana silapnya doa ana tu?.Sepatutnya dah lebih 50 tahun kita merdeka dah banyak orang kafir masuk Islam terutamanya yang duduk sekali dalam komponen Barisan Nasional.Tetapi ternyata hampeh belaka.Ini kerana perjuangan UMNO lansung tidak berpaksikan Islam bahkan mereka hanya bertuhankan dunia dan berimamkan thoghut.Barangkali mereka lansung tiada pernah bercerita dengan kawan seperjuangan mereka tentang Islam mungkin lebih banyak bercerita tentang Projek Kerajaan Barisan Nasional yang bernama DUNIA!

Wahai pemimpin UMNO adakah anda terlalu bakhil untuk mendoakan orang bukan Islam masuk Islam walaupun satu kapal dengan anda?Tahukah anda Rasulullah s.a.w. mendoakan supaya Islam dikuatkan dengan dua orang Umar,dan Allah telah memilih Umar Ibn Khattab!Ke mana perginya Ustaz dan Ustazah berstatus VVIP dalam parti anda,adakah mereka tidak pernah berjumpa dengan hadis berkenaan?Kenapa perlu dihalangi orang bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid?Sedarlah wahai pemimpin pengampu UMNO,anda hanya menelanjangkan hipokritnya gagasan 1Malaysia kepada golongan bukan Islam,dan pastinya isu perkauman yang dimainkan oleh anda akan menjadi petaka menjelangnya PRU yang akan datang. Akhirnya buat meredakan keadaan tazkirah ana yang dijadualkan pada malam ini terpaksa digantung atau ditunda.Ana tak kisah walau ditunda,tetapi apa yang paling penting ana mahu semua faham UMNOlah punca hancurnya Islam di negara kita!

"Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor,Ampun Patik tuanku...Mohon Patik Mulakan Bicara,Patik Hanya Datang Berjuang di negeri Tuanku,Sesungguhnya patik yakin Tuanku pasti akan berbangga andai Bumi Darul Ehsan ini menjadi pusat pengIslam orang bukan Islam.Patik yakin tiada cacat dan tiada celanya andai setiap khatib di Selangor mendoakan agar orang kafir masuk Islam.Sebagai pemegang kuasa mutlak Islam di Selangor,patik yakin kebijaksanaan Tuanku mampu mewujudkan suatu dimensi dakwah yang baru terhadap Islam di Selangor.Syugianya patik doakan besarlah rahmat.berkat dan pahala yang Allah berikan pada Tuanku....Ampun Tuanku,Sembah patik harap diampun,Patik mohon akhiri bicara ini"

Tranungkite

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List