Umno, Zahid macam cacing kepanasan, orang Melayu sokong Lim Guan Eng....

on Aug 30, 2010

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi didakwa bimbang kelangsungan pengaruh politik di negeri itu berkurangan jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memeluk agama Islam. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki berkata pengaruh Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan Lim Guan Eng yang kini semakin menebal di Pulau Pinang menjadi ketakutan Zahid dan Umno.
"Inilah yang akhirnya mendorong Zahid bercakap merapu dan mengarut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakah. Menurutnya, Umno akan mengalami masalah sekiranya Setiausaha Agung DAP itu berminat kepada Islam dan beliau mendakwa keadilan Islam akan lebih menyerlah setelah Lim bergelar muslim.


"Umat Islam dan bukan Islam Pulau Pinang tidak akan rugi dengan Islamnya Lim Guan Eng, sebaliknya pihak yang akan mengalami kerugian ialah Umno-BN. Mereka akan menjadi makin lemah manakala PAS dan Pakatan Rakyat pula semakin kuat," katanya.

Misbah yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang disingkirkan, menganggap apa yang dilakukan Zahid adalah bermotif politik bagi meraih sokongan Melayu kepada Umno dengan menanamkan bibit kebencian.

"Kenyataan Zahid terhadap isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang hanya memperlihatkan kedangkalan dan kejahilannya.  Zahid bukan sahaja berbohong malahan sengaja menimbulkan provokasi jahat bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap Lim Guan Eng," tegasnya.

Zahid juga ujarnya menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri membenarkan atau mengarahkan Khutbah Jumaat di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang mendoakan kesejahteraan kepada Lim Guan Eng dan membuang doa untuk Yang Dipertua Agung. 

"Inilah kenyataan jahat dan bahaya dari seorang menteri yang bermentaliti rendah. Orang yang bermentaliti rendah sering mengambil kesempatan dan memutarbelitkan isu untuk kepentingan politik murahannya," katanya lagi. Tambah Misbah lagi, Exco Bahagian Hal Ehwal Agama Pulau Pinang telah menjawab dan menafikan tuduhan jahat Zahid itu.

"Saya hubungi beberapa pimpinan PAS Pulau Pinang tentang isu ini dan menurut mereka, memang ada khatib membaca doa untuk Lim Guang Eng tetapi bukan memohon kesejahteraan dan keselamatan, doa yang dipohon adalah agar Allah SWT memberi taufiq dan hidayah kepada Lim Guang Eng supaya terbuka hatinya untuk menganut Islam.

Jelasnya, inilah juga doa yang pernah nabi pohonkan kepada penduduk Thaif sewaktu mereka mengusir Rasulullah SAW dengan cara yang sangat kasar dan biadab dari negerinya: "Ya Allah, berilah mereka petunjuk, sesungguhnya mereka ini kaum yang tidak mengetahui". 

Rasulullah SAW juga pernah berdoa agar salah satu dari pemuka Quraisy yang terkenal dengan kezaliman terhadap sahabat-sahabatnya mendapat hidayah. Rasulullah SAW pernah berdoa; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" - Hadtih riwayat At-Thabarani. 

Dedahnya, dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa: "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab." Misbah mendakwa jika doa tersebut yang dibaca oleh khatib dan diaminkan oleh para jamaah yang ramai, maka ia tidak menjadi sebarang kesalahan dan kesilapan.

"Kita sepatutnya mengaminkan doa khatib tersebut agar Lim Guan Eng menerima Islam supaya dengan Islamnya beliau, umat Islam di Pulau Pinang akan bertambah kuat dan terpelihara kepentingan dan kebajikannya. 

Katanya, Lim telahpun menunjukkan sikapnya yang baik kepada umat Islam, sepanjang Ramadan beliau turut berbuka puasa bersama umat Islam sekalipun beliau tidak berpuasa, turut menyumbangkan more berbuka puasa di masjid-masjid dan surau, memberi peruntukkan yang banyak kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bagi menjalankan aktiviti Islam, mengiktiraf para penghafaz al Quran dengan memberi sumbangan wang ringgit dan sijil penghargaan, menghadiri semua upacara sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya.

Individu yang berakhlak demikian katanya, sekalipun berjasa kepada Islam tetapi di sisi Allah orang ini tetap tetap tidak beriman, orang yang tidak beriman sekalipun membuat kebajikan tetapi tidak diterima amalannya oleh Allah SWT selagi tidak beriman, sebagaimana Abu Talib (bapa saudara nabi), banyak jasanya kepada Rasulullah SAW, tetapi disebabkan tidak beriman, dia tetap kafir di sisi Allah SWT. 

Kebaikan dan sumbangan Lim Guan Eng cukup banyak di Pulau Pinang berbanding Ketua-ketua Menteri sebelumnya, ujar Misbah. "Supaya kebaikannya dibalas oleh Allah SWT di akhirat kelak, lebih baik kita doakan Lim Guang Eng agar terbuka hatinya untuk menerima Islam sebagai anutannya," katanya lagi.

Detikdaily


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List