Parti Keadilan Rakyat (keADILan) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi parti politik pertama di Malaysia untuk menjalankan pemilihan langsung untuk memilih barisan kepimpinan mereka. Pucuk pimpinan tertinggi parti itu akan dipilih secara terus pada 17 September hingga 3 Oktober 2010. Semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 20 anggota MPT akan dipilih terus oleh ahli-ahli parti.

Ketua AMK: Pertandingan empat penjuru
Selain itu, isu pencalonan juga menjadi topik hangat di kalangan anggota parti dan penyokong mereka. Ada pihak yang mengatakan bahawa Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai) tidak akan bertanding apa-apa jawatan kerana khuatir parti terus dilabel sebagai parti anak-beranak jika menang. Isu yang lebih hebat daripada itu berkaitan isu pencalonan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda, yang dijangka akan melihat pertandingan empat penjuru. Isu ini menjadi modal sindiran hangat dalam twitter danfacebook beberapa nama besar dalam sayap pemuda itu.

Daripada nama-nama pemuda tersebut, hanya Badrul Hisham dan Hasmi Hashim sahaja yang boleh dikatakan popular di kalangan orang muda, sungguh pun bagi sebab-sebab yang berlainan. Jika Chegubard dikenali dengan gaya streetfighter (pahlawan jalan raya) dalam berkonfrontasi dengan pihak dari parti lawan dalam arena politik, Buddhi Hekayat pula popular sebagai penulis lirik dan penyajak. Persamaan kedua-duanya pula adalah semangat idealisme orang muda yang membara-bara, dan sikap rebel terhadap pucuk pimpinan parti.

Chegubard dan Hasmi
Keserasian Chegubard dan Hasmi yang cuba mendekatkan diri orang muda dilihat sebagai kekuatan utama mereka dalam parti. Jika Chegubard popular di kalangan anak muda, Hasmi pula lebih mesra dengan pimpinan-pimpnan mahasiswa dari universiti tempatan. Barangkali gandingan kedua-dua pemuda ini adalah yang terbaik bagi kepentingan parti, namun pihak atasan parti lebih gemar akan Rafizi Ramli yang jarang dikenali orang muda. Sementara Chegubard diramal untuk memenangi jawatan tersebut, Hasmi pula dijangka melakukan kejutan atau keajaiban dalam pemilihan nanti.
Chegubard (gambar kanan) dari Negeri Sembilan dan Hasmi di Johor. Mereka sama-sama mempunyai jentera setia masing-masing, sungguhpun kadangkala puak berkepentingan akan sekali-sekala mengugut keluar parti dan masuk parti lawan.
Keserasian Chegubard dan Hasmi yang cuba mendekatkan diri orang muda dilihat sebagai kekuatan utama mereka dalam parti. Jika Chegubard popular di kalangan anak muda, Hasmi pula lebih mesra dengan pimpinan-pimpnan mahasiswa dari universiti tempatan. Barangkali gandingan kedua-dua pemuda ini adalah yang terbaik bagi kepentingan parti, namun pihak atasan parti lebih gemar akan Rafizi Ramli yang jarang dikenali orang muda. Sementara Chegubard diramal untuk memenangi jawatan tersebut, Hasmi pula dijangka melakukan kejutan atau keajaiban dalam pemilihan nanti.

Chegubard pernah menerajui kempen Black 14(2004) yang menjelajah seluruh Negara berkempen untuk pemulihan sistem Negara dengan mengambil isu Anwar Ibrahim sebagai subjek utamanya. Hasmi pula bergerak di belakang Institut Kajian Dasar dan Komuniti Jalan Telawi melalui program seni Apuke sekitar masa yang sama. Hasmi juga petah dengan pendekatan politik gimiknya sebelum ini seperti manifesto Angkat Semangat Zaman dan sebelum itu Pencerahan.
Persaingan sengit di Sabah
Selain daripada itu Sabah juga menjadi tumpuan pemilihan kali ini kerana persaingan sengit dijangkakan bagi semua jawatan di 26 cabang. Khabar angin hangat mengatakan terdapat dua kumpulan utama dalam keADILan Sabah, iaitu kumpulan yang pro-Jeffrey Kitingan dan kumpulan yang pro-Ansari Abdullah. Cabang Kota Belud diura-urakan akan melihat pertandingan tiga pejuru oleh Saidil Simoil, Jalumin Bayogo dan Shukor Momin. Jeffrey pula dijangka akan meninggalkan Cabang Keningau dan bertanding Cabang Pensiang menentang Danny Andipai.

Nampaknya cuaca politik Sabah jauh berbeza daripada di Semenanjung, mungkin kerana pucuk pimpinan pusat tidak dapat mengatur caturan mereka di negeri di bawah bayu itu.
Amalan demokrasi yang menjadi tunjang kepada keADILan telah melahirkan ramai penentang-penentang di dalam partinya. Selain daripada pelbagai aliran pemikiran yang kritis, keADILan juga melihat pertembungan idea-idea tua dan muda. Secara keseluruhanya ini adalah suatu perkembangan yang baik dari segi amalan demokrasi. Sama ada ini adalah petanda yang baik kepada politik nasional, masih menjadi tanda soal dan hanya masa akan menentukannya.
Merdekareview
0 comments:
Post a Comment