PANAS,PANAS,PANAS....CALON KETUA CABANG KUANTAN DITOLAK.....

on Aug 30, 2010

Calon Ketua PKR Cabang Kuantan Ditolak Lahirkan Rasa Kecewa.



Calon Ketua Cabang Kuantan yang ditolak kertas pencalonannya iaituMohd Romagan Md Rom (foto) hari ini meluahkan rasa terkilan terhadap keputusan pegawai penyelaras PKR itu. Beliau yang lebih dikenali sebagai "Megat" berkata, keputusan itu jelas sekali menghalang amalan demokrasi disuburkan dalam parti. 


"Saya hairan, diketika parti membuat perubahan baru terhadap proses pemilihan kali ini, tiba-tiba ada sikap sesetengah pegawai yang jelas menghalang pembaharuan itu dilakukan", katanya.


 "Tindakan menghalang saya bertanding atas faktor borang tidak lengkap, amatlah tidak adil sebenarnya. Tambahan pula saya sudah melengkapkan borang sebelum masa pencalonan berakhir jam 4.00 petang. 


Malah saya juga ada membawa pencadang dan penyokong saya ketika borang dihantar. Pegawai terbabit mengatakan borang saya ditolak atas alasan gagal mematuhi syarat. Mereka mahu saya menyertakan tiga keping gambar, sedangkan ketika itu saya hanya lampirkan sekeping dan saya meminta izin untuk membuat dua lagi salinan gambar di kedai yang berdekatan. 


Anehnya pegawai terbabit hanya memberikan saya masa seminit untuk tujuan tersebut. Jika tidak borang saya tetap akan ditolak. Kecewa dengan tindakan itu, maka akhirnya borang pencalonan saya ditolak oleh mereka", tambah Megat dengan nada kecewa dan terkilan. 


Beliau khabarnya telah membuat laporan tentang perkara itu kepada pihak atasan. "Saya dipanggil mengadap pihak terbabit di Kuala Lumpur esok", tambah Megat yang diarahkan memberi maklumat berkenaan insiden penolakkan kertas pencalonannya itu.



Bukti, borang pencalonan Megat yang telah lengkap tapi akhirnya ditolak 

Kecoh, Megat bersama penyokongnya kecewa dengan kes penolakan itu

Menurut Megat, apa yang lebih mengecewakannya ialah kenapa hanya di Cabang Kuantan pegawai penyelaras terbabit mendesak beliau mengemukakan tiga keping gambar untuk dilampirkan pada borang pencalonan tersebut. Sedangkan di cabang-cabang lain, arahan tersebut tidak diwajibkan bahkan ada cabang yang tidak langsung meminta gambar untuk tujuan yang sama. 
"Soalnya sekarang, kenapa saya yang menjadi mangsa?. Sedangkan di cabang lain arahan agak longgar. Kenapa di cabang Kuantan ia dikuatkuasakan?. Apakah kerana saya menentang Ketua Cabang sedia ada sekarang ini. Mungkin jika saya sekadar bertanding jawatan AJK atau sebagainya perkara ini tidak dititik beratkan sangat",katanya. 
Beliau juga menyeru supaya pihak berkenaan menjalankan siasatan lanjut atas kes ini, agar ia tidak menganiaya orang lain pula selepas ini. Malah, dalam pencalonan pilihanraya umum sekali pun perkara seperti ini tidak terlalu tegas dan pegawai penyelaras akan meminta calon memperbetulkan mana-mana yang silap sebelum masa bantahan. Kenapa ini berlaku dalam proses pencalonan sebuah parti politik. Persoalan yang timbul, apakah Megat disabotaj?. Tambahan pula beliau dikhabar mendapat sokongan akar umbi untuk bertanding melawan Fuziah Salleh di cabang itu. Semua ini masih menjadi kemusykilan ramai, semoga jalan penyelesaian terbaik dapat dilakukan untuk memberi peluang dan keadilan kepada semua pihak.

[Kami amat terkejut dengan apa yang berlaku di cabang Kuantan ini. Sudahlah jawatan Ketua Cabang berlaku penolakkan kertas pencalonan, malahan difahamkan "Korum" untuk pencalonan bagi jawata AJK Angkatan Muda Keadilan juga dipercayai tidak mencukupi. Begitu juga dengan cabang itu sendiri. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Apakah memang benar terdapat penolakan akar umbi terhadap kepimpinan Fuziah Salleh di cabang itu?. Kejutan "menghalang" sebuah amalan demokrasi di cabang ini jelas mencabuli hak-hak seorang ahli itu sendiri. Jika di cabang lain, kemenangan percuma berlaku akibat tiada lawan menawarkan diri untuk bertanding menentang calon sedia ada. Tetapi, apa yang berlaku di cabang Kuantan perlulah disiasat secara telus dan adil oleh pihak atasan. Kita tidak mahu ada unsur "sabotaj" berlaku, tambahan pula calon terbabit akan menentang Fuziah Salleh yang merupakan Pengarah Pilihanraya Pusat dan baru sahaja dipilih sebagai calon Naib Presiden PKR itu sebenarnya. Ketelusan dan keadilan perlulah disuburkan kepada semua ahli. Tewas sebagai "anak jantan" mungkin tiada siapa yang merasa terkilan. Tetapi tewas sebelum menghunus keris untuk turun ke gelanggang ini amatlah tidak adil sama sekali. Tambahan pula difahamkan pegawai penyelaras PKR yang diketuai oleh Ustaz Ghani hari itu dipercayai telah dijamu sebelum itu oleh beberapa orang pemimpin PKR bahagian Kuantan itu. Apakah makna semua ini?. Janganlah kita terpengaruh dengan satu sistem yang tidak adil dalam usaha untuk kita menegakkan keadilan!].

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List