Mohd Ali Hashim | |
NIBONG TEBAL, 30 Ogos: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tidak berniat jahat memasuki ruang solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini. Beliau hanya ingin merapatkan silaturrahim antara kariah dan telah pun memohon maaf kepada Sultan Selangor, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Oleh kerana itu, seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau yang Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas mengenai isu Teo yang didakwa mencemar kesucian surau tersebut selepas menyampaikan sumbangan pengurusan jenazah kepada waris dan penghargaan warga emas, kelmarin. Ahli Parlimen Bagan itu menambah, niat baik Teo itu terserlah apabila beliau memohon maaf kepada baginda Sultan dengan segera. "Ini membuktikan beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga DAP menghormati institusi Raja apabila merasakan baginda kurang senang dengan tindakan Teo itu. "Biarlah perkara ini diselesaikan dengan cara baik oleh ulama. Kita tidak ingin campur tangan kerana sebagai seorang bukan Islam, kita juga tidak mahu mengatakan ia boleh atau tidak terhadap tindakan Teo itu," katanya lagi. Ujarnya lagi, Teo tidak berpakaian menjolok mata dan berpakaian sopan tetapi kadang kala ada juga isteri-isteri kepada beberapa pemimpin Umno Barisan Nasional yang berpakaian lebih menonjol tidak pula menjadi isu besar. Lima juga berkata, sepatutnya tumpuan utama harus diberikan kepada isu seperti skandal rasuah yang melibatkan kehilangan saham Bumiputera milik orang Melayu. "Perkara ini telah dipolitikkan oeh mereka yang mempunyai kepentingan politik. Oleh itu, adalah lebih baik ianya tidak dipanjangkan dan tumpuan diberikan terhadap membela nasib rakyat," ujarnya.
|
Polis ‘kantoi’ dirakam CCTV curi jajan
43 minutes ago
0 comments:
Post a Comment