NAMEWEE OHH NAMEWEE......

on Aug 30, 2010

Namewee: Polis buka kertas siasatan



KUALA LUMPUR 29 Ogos - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan Wee Meng Chee (gambar) atau dikenali sebagai 'Namewee' ekoran penerbitan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam kes membabitkan Namewee itu, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak bertindak ke atas mana-mana individu yang didapati sengaja mencetuskan isu perkauman dan ketenteraman awam.

"Saya juga ingin menegur sikap segelintir pihak supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam selain mencetuskan isu perkauman.
"Mana-mana individu yang dilihat mencetuskan isu perkauman ini boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. Polis tidak akan bertolak ansur dalam soal keselamatan seperti ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat Namewee, pemuda dari Muar, Johor yang didakwa mengulangi perbuatan biadabnya dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Tegas beliau, siasatan menyeluruh perlu dilakukan dan jika mempunyai bukti kukuh, kes tersebut akan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukan hukuman yang sewajarnya.
Ditanya sama ada polis akan memanggil 'Namewee' untuk dirakamkan percakapan, Ismail berkata, sesiapa sahaja yang didapati terlibat dalam kes itu akan dipanggil bagi membantu siasatan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List