NIKMAT ALLAH TELAH SAMPAI KE DUN GALAS......!!!

on Oct 6, 2010


         


Suruhanjaya Pilihanraya telah bermesyuarat.Maka suatu ketetapan telah dibuat bagi memilih wakil kawasan Undangan Negeri Galas yang baru berikutan pemergian penyandang,Allayarham Che Hashim Sulaima (Pas).Berikut adalah ketetapan yang telah diumumkan SPR:

Bersyukur kepada Allah.Barang ditakdirkan-Nya,kawasan Gua Musang bakal dilimpahi rezeki segera yang jarang tiba.Bak kata pepatah,"untung sabut timbul,untung batu tenggelam",namun kini pepatah moden boleh kita cipta iaitu,"untung rakyat ada pilihanraya.

"Seperti yang dilaporkan media,harga sewa sebuah rumah bakal melambung sehingga RM10 ribu sedangkan pada hari-hari biasa hanyalah RM200 sebulan,malah ada penyewa berani menyewa sanggup meletakkan harga sewa setinggi RM15 ribu! Penulis tidak tahu harga itu didasarkan atas apa,namun mana-mana pihak pastinya akan berfikir dua kali untuk menyewa.Mungkin idea Najib yang tidur di rumah penduduk ketika pilihanraya kecil Kuala Berang beberapa tahun yang lalu akan menjadi popular semula.Jimat wang,jimat belanja.Atau,mungkin Ahmad Maslan sanggup tidur di ladang getah selepas menoreh.

Tatkala ini,penulis tabik pada ahli Pas.Ketika pilihanraya mereka jarang tinggal di hotel-hotel sebaliknya memilih untuk tidur di markaz Pas.Di sana mereka memasak sendiri seperti suasana di majlis perkahwinan.Pun begitu,adakah menteri Persekutuan yang sanggup tidur di markaz atau lebih memilih untuk menginap di Kota Bharu?Seterusnya,gerai-gerai makan mulai tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.Galas akan berpesta tujuh hari tujuh malam.Peniaga-peniaga kecil-kecilan bakal mendapat nikmat Allah atas suasana ini.

Selain itu,pembangunan segera pula akan muncul di mana-mana.Mungkin akan ada pula beberapa buah jambatan dijanjikan ataupun jalan bertingkat-tingkat.Gula-gula ini akan ditabur dan ianya senantiasa laku.Penduduk kawasan pinggir bandar akan menjadi golongan sasar utama.Tatkala itu,hero baru dalam pembikinan giat diangkat   penduduk dan penulis berdoa semoga damailah Allahyarham Che Hashim di sana.

PRK Galas: 4 Nov undi, 26 Okt penamaan calon
Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.

Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu.

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.
"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya. 

SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.
Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 saluran.
Wan Ahmad juga berkata 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.
Beliau berkata kira-kira RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu berikutan kawasannya luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Dalam Pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.
Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu, iaitu peratusan dalam pilihan raya umum lalu berikutan tumpuan kini terarah pada kawasan berkenaan. 

Katanya, bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa bagi setiap pasukan.

Beliau turut meminta parti-parti politik, calon, petugas, penyokong parti serta individu lain yang terlibat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan.

Sewa rumah di Gua Musang naik RM10,000
Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini telah menyebabkan kadar sewa rumah di sekitar bandar Gua Musang kini melambung manakala gerai makanan mulai tumbuh dengan banyaknya.

Tinjauan Bernama mendapatI sewa rumah meningkat berpuluh kali ganda sejak awal bulan ini kerana penduduk mahu mengambil keuntungan besar seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu.

Seorang penduduk, Ismail Dollah, 43, berkata harga rumah sewa yang kebiasaannya RM200 sebulan kini meningkat kepada RM10,000 dan ada rumah banglo disewakan pada harga RM15,000 untuk tempoh pilihan raya kecil itu.

"Harga rumah naik setiap jam kerana kadarnya berubah mengikut siapa yang sanggup membayar harga yang mahal," katanya kepada Bernama di Gua Musang hari ini.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.

Tinjauan juga mendapati kadar sewa hotel turut meningkat disebabkan permintaan yang tinggi.
Jika sebelum ini kadarnya RM150 sehari kini kadarnya ialah RM200 sehari.

Seorang peniaga, Norizan Ibrahim, 45, berkata pilihan raya kecil itu adalah peluang terbaik bagi penduduk mencari rezeki kerana terdapat ramai pengunjung luar.

Katanya walaupun sebelum ini terdapat banyak kedai makan di sekitar Gua Musang tetapi kemungkinan ia tidak mencukupi semasa kempen nanti disebabkan oleh kedatangan ramai pengunjung luar.

"Ini adalah peluang rezeki kepada kami," katanya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List