Zaid Ibrahim Sanggup Berkorban Kerana Prinsip

on Oct 6, 2010



Ramai pemerhati politik kini mempertikaikan keikhlasan Datuk Zaid Ibrahim (foto), yang menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan November ini. Bagi mereka, masih terlalu awal untuk Zaid bertindak sedemikian, kerana perjuangannya dalam PKR masih belum teruji sepenuhnya. 


Malah, tidak kurang juga yang mencemuh kononnya Zaid membawa budaya tidak sihat dalam UMNO ke PKR. Semua ini telah dijawab oleh Presiden PKR, Datuk Dr.Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya baru-baru ini. 

Dengan tegas beliau menyatakan bahawa tidak ada bukti kukuh yang mengaitkan Zaid dengan dakwaan yang dibuat oleh pihak-pihak terbabit. Soalnya, apakah dakwaan itu sebenarnya?. Kenapa Zaid dijadikan mangsa tuduhan liar seperti itu?. Zaid yang tewas kepada calon BN, P.Kamalanathan di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini sebenarnya merupakan salah seorang tokoh baru dalam parti yang wajar diberi perhatian sebenarnya.

 Biarpun beliau baru dalam PKR, namun pengalaman politiknya dalam UMNO sudah memantangkan beliau. Malah, jika dikaji pada sejarah memang tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang sanggup terkorban kerana prinsip. Namun, Zaid rela melepaskan jawatan sebagai Menteri kerana prinsipnya yang jelas iaitu tidak mahu bersekongkol dengan rejim yang jelas menyalah gunakan undang-undang termasuk ISA. Zaid tinggalkan UMNO ketika karier politiknya memuncak. 

Siapa lagi yang berani berbuat demikian selain Zaid. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mula kembali kepada rakyat selepas dipecat dari UMNO dan Kerajaan. Begitu juga lain-lain pemimpin yang bertaraf Menteri dalam kerajaan BN dulu dan ramai lagi. Maknanya Zaid ada asas perjuangannya yang tersendiri. Apa yang dilakukan oleh Zaid adalah besar kepada rakyat sebenarnya. 

Maka itu, beliau layak untuk diberi ruang berbakti kepada parti dengan kedudukan penting bagi meneruskan lagi agenda perubahan pada masa akan datang. Jika diperkatakan soal keikhlasannya, ikhlaskah Zaid Ibrahim letak jawatan Menteri UMNO semata-mata untuk kembali semula kepada rakyat?. -PDO

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List