Samsul Cetuskan Kontroversi Pemilihan Ketua

on Oct 6, 2010



Persaingan sengit juga dikatakan akan berlaku bagi kerusi Ketua AMK yang setakat ini dikabarkan akan mempertemukan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti iaitu Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) denganRafizi Ramli, bekas Exco AMK yang kini merupakan orang kuat Anwar di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. 


Chegubard dikatakan mempunyai harapan untuk menang berdasarkan sokongan akar umbi yang diterimanya setakat ini. Pencalonan beliau jauh meninggalkan Rafizi, malah calon-calon lain setakat ini. Cuma persoalannya, ramai yang terkejut melihat Ketua AMK, Samsul Iskandar Md. Akin juga mendapat pencalonan tinggi sehingga ke hari ini. 

Beliau yang telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada muka bari kini seolah-olah "turning back". Terdapat sumber mengatakan Samsul kemungkinan besar akan mempertahankan jawatan Ketua AMK bairpun namanya turut berada dalam ranking kedua bagi jawatan Naib Presiden. 

Inilah yang memusykilkan ahli AMK di seluruh negara sekarang. Mereka keliru, kenapa Samsul adakan sidang media umumkan tidak mahu bertanding sebaliknya kini mendapat pencalonan tinggi pula. Apalah ini satu strategi politik beliau agaknya. 

Atau mungkin juga benar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan, Samsul terpaksa membuat sidang media ketika mengumumkan hasratnya itu akibat tekanan daripada pihak atasan. Sama ada betul atau tidak hanya Samsul yang lebih tahu kedudukannya selepas ini. Namun kontroversi ini kini menganggu kempen calon yang bertanding. -PDO



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List