Pergolakan Pemuda UMNO Pahang...?

on Jan 22, 2014




Inilah sedutan dari memorandum yang dikirimkan kepada Omak Kau yang dihantar oleh 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Pahang kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin atas bantahan dan sebab mengapa tidak setuju Sdr Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang.

Memorandum ini sudah dihantar kepada Khairy Jamaluddin lebih 2 minggu yang lalu namun tiada sebarang maklum balas dan respon sedikit pun dari beliau.

Atas sikap keangkuhan dan pekak badak KJ, menyebabkan kumpulan "bughah" ini membuat sidang akhbar di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.



Salam YB, Semoga YB dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat & dalam perlindungan Allah SWT.

Dengan hormat dan takzimnya, saya panjangkan perkara ini sebagaimana yang dipersetujui dan disalinkan kepada saya untuk perhatian dan pertimbangan YB selanjutnya.

MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG

Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.

Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:

1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.

2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.

3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian.

4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi  penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah.

5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.

Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.

Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.

Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang.


sumber
Photobucket

Kritikan Mahathir Semakin Lantang...

on




SUKA atau tidak, sama ada diturunkan atau turun dengan sendiri, Najib Razak akan menyertai Abdullah Badawi dalam senarai Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara ini.  Jika diwujudkan juga kategori Perdana Menteri paling tidak memberikan apa-apa sumbangan, maka senarai tersebut juga turut mengandungi mereka sebagai dua entri tunggal.
    
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak ada Perdana Menteri yang tidak dikritik oleh pembangkang.  Fungsi pembangkang adalah untuk tujuan ‘semak dan imbang’ dan itulah yang dilakukan oleh semua parti pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) pertama lagi.

Namun apabila seseorang Perdana Menteri bukan sahaja dikritik oleh pembangkang tetapi turut mendapat kecaman dari majoriti rakyat termasuk dari mereka yang menyokong dan mengundi parti kerajaan sendiri, maka orang  tersebut (bukannya tokoh) sesungguhnya tidak layak menjadi pemimpin politik dan apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri.

Lebih buruk lagi ialah apabila seseorang Perdana Menteri dikecam dan dibalun oleh seorang bekas Perdana Menteri sebagaimana Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pak Lah kerana gagal menunjukkan sebarang prestasi dan sama sekali tidak bijak dalam mengurus tadbir negara.

Tentu sekali Pak Lah merupakan orang pertama diabadikan dalam senarai disebut itu.  Kini bakal menyertainya tentulah tidak lain dan tidak bukan dari Najib Razak.

Lupakan tentang kangkung.  Bolehkah sesiapa menamakan  10 manfaat yang telah diberikan oleh Najib kepada rakyat dan negara.  Jika tak boleh sepuluh, mungkin boleh beri lima.

Rasanya lima pun susah.  Tapi sekiranya hendak disebut kelemahan dan mudarat kepada rakyat akibat keputusan yang dibuat atau tidak dibuat oleh Najib, rasanya bila-bila masa sahaja seseorang rakyat Malaysia yang waras boleh menyebut sepuluh, atau malah lebih dari itu.

Tidak dapat dipastikan apakah sifat atau perwatakan ‘menjanjikan’ yang dilihat oleh Dr. Mahathir ke atas Najib ketika meninggalkan wasiat kepada Pak Lah ketika mana mengambil alih jawatan Perdana Menteri.  

Dr. Mahathir mahukan Najib ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mahukan Pak Lah menduduki pejabat utama Putrajaya untuk satu penggal sebelum menyerahkan pejabat tersebut kepada Najib.

Juga tidak dapat dipastikan juga dalam kesibukan membuat komen itu dan ini dan memfalsafahkan itu dan ini,  Dr. Mahathir sedar atau tidak betapa hirarki dan tradisi  penyokongan ke atas seseorang dalam Umno lebih banyak bersifat mengampu dari menilai kemampuan dan daya kepimpinan seseorang secara hakiki.

Jika dilihat sejarah penglibatan baik Pak Lah dan Najib dalam kerajaan (dan juga dalam Pemuda Umno dalam kes Najib) apakah ciri-ciri kepimpinan menyerlah yang telah dicatatkan oleh mereka berdua?  Tidak perlulah dibincangkan betapa tradisi mengampu yang sebati dalam Umno kini merosakkan bukan sahaja parti itu sendiri, malah juga orang Melayu, rakyat  dan negara Malaysia.

Sayang Dr. Mahathir tidak nampak hal seperti ini walaupun telah menjadi Presiden parti tersebut selama lebih dua dekad. Sekira nampak sekalipun, ia adalah sebagai satu ‘afterthought’ atau difikiran setelah sesuatu yang buruk berlaku.  Dalam lain perkataan sudah terlambat.

Akhir-akhir ini sudah mula kedengaran suara Dr. Mahathir mengkritik Najib sama ada selaku seorang Perdana Menteri mahupun sebagai seorang Menteri Kewangan.  Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah melakukan hal demikian secara lebih sederhana sejak 2011 lagi, namun sejak akhir-akhirnya kritikan beliau semakin lantang apabila Najib gagal memperolehi prestasi lebih baik dari Pak Lah dalam PRU lalu, dan apabila Najib gagal mengawal ekonomi negara dan pelbagai lagi.

Dr. Mahathir sering memetik kata-kata novelis Sepanyol  George Santayana, “Mereka yang gagal belajar dari sejarah akan berkali-kali dihukum oleh sejarah”.   

Persoalannya mengapakah beliau sendiri tidak pernah mahu mempelajari dari sejarahnya sendiri bermula dari perlantikan Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri?  

Bukankah apa yang berlaku kini dan Malaysia terpaksa diterajui oleh dua Perdana Menteri terburuk secara berturut-turut adalah akibat dari kegagalan Dr.Mahathir belajar dari sejarah?


  Harakahdaily

Photobucket

Tuanku Zanariah Tunku Ahmad.....Pelik sungguh kes perceraian bekas Sultanah Johor ni

on


Bekas Sultanah gagal ketepi arahan mahkamah kerana Mahkamah Syariah terikat dengan fatwa

Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad hari ini gagal untuk mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan beliau diceraikan oleh bekas suami, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Hakim Muhammad Khaldun Mohd Sharif berkata Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara itu.

Tuanku Zanariah memfailkan tuntutan untuk mengenepikan arahan mahkamah tersebut di Mahkamah Syariah pada 1 Januari.

Ketika sidang mahkamah hari ini, tiada satu pun wakil daripada Sultan Iskandar yang hadir.

Selepas keputusan diumumkan, anak bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Sultan Iskandar serta adik beradik mula menangis teresak-esak.

"Anda akan dihukum oleh Tuhan atas semua perbuatan anda... Allahuakbar," katanya kepada wakil Majlis Fatwa Negeri yang turut hadir di sidang mahkamah.

Pagi ini, peguam bekas Sultanah tersebut memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan Almarhum Sultan itu tidak sah dari segi undang-undang Islam.

Peguam Afshah Arifin mendakwa bahawa Majlis Fatwa Negeri telah menyalahguna kuasa mereka dengan mencerobohi kuasa penghakiman Mahkamah Syariah Johor.

"Daripada fakta yang diberikan, kita tidak tahu siapa yang mendakwa dalam fail penceraian tersebut.

"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," katanya.

Afshah turut mempersoalkan talak dua yang dipercayai telah dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar di Wad Diraja Hospital Pakar Puteri pada 23 Januari, 2009 seperti yang tertulis dalam afidavitnya.

"Apabila Almarhum (Sultan Iskandar Sultan Ismail) melafazkan talak tersebut, adakah beliau dalam keadaan waras? Adakah perubatan yang diambil menjejas pemikiran beliau?

"Saksi talak juga tidak memberikan sebarang kenyataan tentang pengumuman talak tersebut," katanya.

Afshah turut mempersoalkan kuasa bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang menarik balik pangkat Diraja bekas Sultanah Johor itu.

Pada 1 Januari lalu, Tuanku Zanariah mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikan beliau dengan talak dua pada 23 Januari, 2009.

Ekoran itu, permohonan rujuk oleh Tuanku Zanariah adalah tidak sah.

Dalam afidavitnya, Tuanku Zanariah mendakwa beliau dan Sultan Iskandar difitnah dengan menggunakan nama kerajaan negeri, terutama sekali penguatkuasa agama.

Tambahnya, kedua mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah sehingga beliau mangkat pada 22 Januari, 2010 dan Almarhum juga tidak memfailkan sebarang dakwaan untuk penceraian tersebut.

Sultan Iskandar merupakan plaintif manakala Tuanku Zanariah merupakan defendan, bermaksud Almarhum memfailkan tuntutan mahkamah terhadap isteri beliau.

Penceraian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2009.

Tuanku Zanariah berkata beliau hanya mendapat tahu penceraian tersebut melalui surat yang ditulis Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 30 September lalu. 
-TMI-


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List