TERKINI! Umno-MCA berpecah kerana rampasan kerusi

on Apr 11, 2013





KUALA LUMPUR: Dengan bau kekalahan semakin kuat, Umno kini merancang untuk merampas semua kerusi MCA di Johor untuk berdepan dengan DAP sendiri.

Perkara ini pula menyebabkan keseluruhan pemimpin MCA kini duduk tidak tenang kerana semakin disisihkan.

Pada sebelah pagi hari ini, The Malaysian Insider melaporkan war room BN mempercayai bahawa calon Umno lebih berpotensi menang terhadap calon DAP daripada MCA.

Sebelah petangnya pula, Malaysiakini melaporkan para pemimpin MCA melenting kerusi-kerusi mereka dirampas oleh Johor.

Johor kini menjadi tumpuan pertahanan Umno selepas penasihat DAP Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon parlimen Gelang Patah.

Menghangatkan perlawanan ini lagi ialah apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub sebagai calon di Pulai.

Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera juga bertandang ke Johor dan akan bertanding ke Kluang.

PKR pula mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.

“Umno panik sejurus Pakatan Rakyat mengumumkan jeneral-jeneral perang besar mereka bertanding di Johor. Johor ini maruah Umno dan BN. Dan masalahnya sayap kedua BN, iaitu MCA dan MIC kini cacat,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily ketika dihubungi.

“Apakah ini strategi terbaik Umno  untuk menang?” tanya Harakahdaily.

“Entahlah. Strategis BN untuk PRU13 ini saya dah hilang keyakinan. Tengok cara Rais Yatim dan SPR main isu 10 minit tawaran kepada manifesto kepada pembangkang. Ingat boleh dapat mileage politik, tetiba BN guna 2 jam untuk bentang manifesto.

"Manifesto pula cedok apa yang mereka serang Pakatan Rakyat selama ini yang akan bangkrapkan negara. Sekarang TV pula ulang-ulang BN tak tiru manifesto PR, lagilah rakyat tahu kamu meniru. Sekarang Tingkat 2 B4 pula mencadangkan idea rampas kerusi MCA di Johor. Awak nilailah sendiri, ini nak bantu ke nak hancurkan BN dengan lebih cepat?” kata sumber itu lagi.

Tingkat 2, B4 dipercayai ialah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang mengaturkan strategi pilihanraya kali ini.

“Tak tahu siapa masukkan idea untuk rampas kerusi kawan kononnya demi kemenangan ke otak-otak di Tingkat 2, B4. Ada yang sengaja kuburkan BN. Umno tak pernah bentuk kerajaan dengan diri sendiri tanpa kawan-kawannya. 

"Jika benar ini berlaku, Umno akan tumbang kerana langkah ini menyakinkan rakyat bahawa Umno panik. 

"Ditambah pula dengan keberanian PAS menghantar Husam Musa ke Putrajaya yang dilihat ramai sebagai tanda keyakinan bahawa BN bakal tumbang tak lama lagi,” tegasnya.




Photobucket

PRU 13 - Lagi haramjadah tawar diri nak jadi calon BN - mahu lawan DSAI atau Azmin

on





PETALING JAYA: PKR’s vocal critic Ummi Hafilda Ali is willing to contest in the elections under the Barisan Nasional banner as long as the ruling coalition allows her to contest against “two traitors of the nation” – PKR de facto leader Anwar Ibrahim and her brother, PKR deputy president Azmin Ali.
“If given an opportunity, I would like to oppose both of them only. I am not interested in the rest because my goal is not to be a leader but to destroy these traitors,” she was quoted as saying by Utusan Malaysia.
“This is my country and I don’t want traitors of the race (pengkhianat bangsa) to smear Malaysia even if the person is my own flesh and blood,” said Ummi Hafilda in reference to Azmin
Ummi Hafilda shot to prominence when she became the prosecution’s witness in Anwar’s first sodomy trial in 1998. She is an Umno member who has been relentless in campaigning against Anwar, Azmin and PKR
Anwar is the incumbent Permatang Pauh MP whereas Azmin won the Gombak parliamentary and Bukit Antarabangsa state seat on 2008. Ummi is interested in contesting both the parliamentary seats.
She told Utusan that she is sincere in her offer and this was not meant for cheap publicity.
Two days ago, Umno blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, who blogs as Papagomo, announced that he would contest in Permatang Pauh as an independent candidate through his representative – NGO Nadi Rakyat Malaysia president Mohd Rafi Awang Kechik.
In another matter, Utusan editor Zaini Hassan through his column “Cuit” questioned why Perlis mufti Juanda Jaya was willing to contest under a PKR ticket in Kangar.
“Juanda was among the first to expose that Anwar is pluralist who believed that all faiths are equal. Many of Anwar’s friends left Anwar when this news spread in Malaysia.
“Did Anwar offer carrots to Juanda similar to the offers made to former generals contesting under PKR?” Zaini asked.


sumber

Photobucket

KL Banjir Kilat

on





Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - BERNAMA


















Photobucket

Mana ada pemimpin UMNO yg bersih, semua korup, hipokrit dan rasuah!

on




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menuduh PAS sebagai sesat. Tidak elok kalau tuduhan sesat itu dilemparkan kembali kepadanya.
Meskipun begitu, adalah sukar untuk mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno itu adalah tokoh yang bercakap benar.

Pada 2009 dahulu, mungkin ramai yang membaca berita tentang dakwaan Muhyiddin bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura.


Malangnya, apa yang telah terjadi adalah sebaliknya. Beliau pernah didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status
tanah di Johor untuk memajukannya.

Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Walaupun fakta kes tersebut tidak menunjukkan Muhyiddin menjual tanah kepada Stamford, tetapi ia menyatakan kesanggupan pihak yang disebut mewakili Muhyiddin
berkerjasama dengan syarikat itu untuk membuat keuntungan dengan memajukan tanah di Johor.

Mengikut dokumen Majlis Peguam, syarikat tersebut ialah syarikat Singapura.

Asian Wall Street Journal 16 Jun 1995 melaporkan, di dalam dokumen Stamford kepada mahkamah, pada penghujung 1989 syarikat itu bersetuju dengan Tan Sri
Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Dato' Yahya Talib untuk menubuhkan syarikat usahasama bagi membangunkan 1,766 ekar tanah syarikat itu.

Dokumen itu menyatakan, menurut AWSJ, Syed Mokhtar dan Yahya adalah pihak "yang bertindak untuk diri mereka sendiri dan Muhyiddin"

Menurut dokumen itu juga, pihak yang diwakili oleh Syed Mokhtar dan Yahya melabur RM1.8 juta di dalam usahasama tersebut, iaitu 30 peratus dari ekuitinya.
Sebanyak 70 peratus lagi dipegang oleh Stamford.

Syarikat usahasama itu kemudiannya menguasai hartanah itu dan mengemukakan permohonan baru untuk menukar statusnya bagi kegunaan industri.

Kerajaan Johor pula meluluskan permohonan itu dengan "begitu pantas", dakwa Stamford di dalam samannya di mana ia juga mendakwa kumpulan Syed Mokhtar telah
"meraih keuntungan bersih sebanyak RM83.2 juta".

Masalah di antara kedua-dua pihak tercetus apabila, menurut dokumen mahkamah Stamford, kumpulan Muhyiddin menjadi "begitu tamak".

Mereka mahu mewujudkan usahasama kedua di mana mereka mahu menguasai 70 peratus saham dengan membayar RM74,100 setiap hektar kepada Stamford bagi baki
2,672 hektar miliknya.

Bila Stamford berkeras mahu mengekalkan 70 peratus pegangannya dan dibayar RM185,250 bagi setiap hektar tanahnya, salah seorang rakan Muhyiddin memberi
amaran kepada syarikat itu bahawa dokumen pengambilalihan­ tanah sudah pun berada di meja Muhyiddin yang ketika itu Menteri Besar Johor dan beliau boleh
"mendatanganiny­a bila-bila masa".

AWSJ melaporkan, Muhyiddin sendiri mengugut Stamford pada bulan Disember 1992 dengan mengingatkan salah seorang pengarahnya bahawa "masa semakin singkat".

Keadaan semakin tidak memihak kepada syarikat tersebut apabila Julai 1994, kerajaan Johor mengambilalih tanah tersebut bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Islam Negeri Johor.

Tindakan itu memaksa Stamford menyaman Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya kerana kerugian yang ditanggung akibat apa yang didakwanya sebagai konspirasi
untuk mengambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah.

Stamford mendakwa ketiga-tiganya menyalahgunakan­ peruntukan akta itu untuk mengambil alih 6,544.4172 ekar tanah di Mukim Tebrau, Johor Bahru melalui perbadanan
itu.

Kes itu diselesaikan apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan Johor membayar RM313.25 juta kepada Stamford manakala sebuah lagi syarikat, Kelana Ventures Sdn Bhd diarahkan membayar RM92.12 juta.



ABD AZIZ MUSTAFA    sumber

Photobucket

RAMAI ORANG AKAN MUFLIS JIKA HARGA KERETA TURUN SEPERTI DISARAN PAKATAN.....TETAPI AKUJANJI BN CIPLAK MANIFESTO PR

on










Tentu ramai tak sabar nak kenal siapakah menteri pengampu Umno paling bangang dalam sejarah. Menteri pengampu bangang neh terpaksa menjilat kembali ludah dan kahak yang telah di ludahkannya tidak beberapa lama dulu.

Menteri yang sekapal dengan Madey Kutty neh telah memnberikan respon terhadap manifesto Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta...

"RAMAI ORANG AKAN MUFLIS JIKA HARGA KERETA TURUN SEPERTI DISARAN PAKATAN"
Dan kelmarin dalam manifesto ciplakan BN dari PR, Najib dengan gaya menahan berak mengumumkan harga kereta akan diturunkan sebanyak 20% hingga ke 30%.

Inilah rupanya menteri bangang tersebut...

Jikapun mangkok neh tercalon sekali lagi, itu bukannya kerana kehebatan dan kebijaksanaannya menjaga kebajikan rakyat tapi lebih kepada kesetiaannya menjilat kembali ludah berkahaknya mengampu Najib...

Ayuh semua...!! Bangun kita, UBAH demi kebajikan anak cucu kita... Ini kalilah...



*******************************


Manifesto Rakyat : BN kata akan bankrap, tapi ciplak pula..ha..ha.ha..

KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.

Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List