Petanda jelas BN sudah nak jatuh.....

on Sep 15, 2012







Sesebuah kerajaan yang bakal jatuh akan memberi petanda jelas yang berlaku seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.

“Apakah petanda itu?

“Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.

Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.

“Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tambah beliau.

Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.


Bas jelajah PKR hari ini disimbah cat merah juga untuk kali ketiga di Tangkak, Johor.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahamg berkata PAS mengecam tindakan ganas dan tidak bermoral sedemikian.

“Di waktu yang sama, PAS melihat ini antara tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tegas beliau lagi.

Kata Tuan Ibrahim, Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya "Sesungguhnya Allah akan menolong agamanya melalui tangan-tangan yang jahat di kalangan kamu.”

“Kejahatan ini memberi ruang kepada rakyat untuk menilai, menghalusi dan meneliti apakah layak golongan samseng ini diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan negara. Inilah akibat golongan yang hanya mengenali syaitan tetapi tidak mengenali malaikat,” tambah beliau.


Photobucket

Hanya kerana sebuah bas seluruh jentera umno jadi sasau kacau dan bilau...

on





Kerajaan B end semakin takut berdepan dengan Pakatan Rakyat, apa lagi menyedari negeri simpanan tetapnya Sabah dan Sarawak juga akan goyah pada pilihanraya umum nanti.
JOHOR: Bimbang dengan karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin kebangkitan rakyat melawan kezaliman, sebilangan samseng Umno bertindak liar membaling batu dan menendang kereta Ketua Pembangkang itu.

Cermin kereta itu retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek ketika mengadakan ceramah di kawasan Parlimen Sembrong.


Perangai samseng Umno menjadi-jadi

Samseng Umno membawa bendera parti mereka dan Barisan Nasional (BN) turut melempar mercun, telur, botol dan kayu selain berteriak melontar kata-kata kesat.

Kejadian itu berleluasa tanpa sebarang tindakan walaupun ia berlaku berhampiran beberapa anggota polis.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal penyokong Pakatan berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.

Kejadian berkenaan menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan yang mengecam perbuatan tidak bertamadun itu, sebaliknya penyokong Umno memfitnah, kononnya cermin kereta ‘dipecahkan sendiri’.

“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya, sekali gus menyanggah tohmahan itu.

Pimpinan KEADILAN Johor dijangka membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List