UMNO PERLU DOKTOR PAKAR...?

on Oct 14, 2011








PROF. MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia menyimpulkan di dalam rencananya, antaranya berbunyi;
1. PRU Ke-13 bukan sebagaimana mana-mana PRU yang lain tetapi ia juga menguji 'kepercayaan' kepada dasar kepartian dalam negara ini supaya rakyat kembali yakin kepada sistem politik tanah air.
2. Kedudukan dan pangkat bukan satu anugerah untuk persaingan tetapi adalah tanggungjawab yang andainya dipikul dengan penuh kesyukuran dan rendah diri, maka kepercayaan akan datang dengan sendirinya.
3. Jika tidak merasakan mempunyai integriti, akhlak untuk berjuang kepada rakyat, maka seelok-eloknya beri peluang kepada mereka yang berani mengharungi cabaran PRU Ke-13 demi memenangkan parti.

Kesimpulan ini sangat menarik untuk dikupas lebih lanjut. Perkataan 'kepercayaan', 'tanggungjawab', 'kesyukuran dan rendah diri', 'integriti', 'akhlak untuk berjuang kepada rakyat' adalah faktor yang boleh menjamin kemenangan.

Nampak mudah tapi itulah yang paling sukar untuk diterjemahkan oleh setiap individu pemimpin.

Pertamanya, budaya memberi peluang kepada orang lain adalah budaya  yang paling tidak digemari oleh pemimpin yang sedang berkuasa. Bagi kebanyakan pemimpin UMNO, ia adalah pilihan terakhir.

Keduanya, nilai kesyukuran dan rendah diri dalam perjuangan seolah-olah sudah terlalu asing bagi seseorang pemimpin. 1 dalam 100 pun sudah dikira baik.

Integriti dan tanggungjawab pula, jika wujud, hanya wujud di peringkat penggubal dasar. Apabila turun ke lapisan pimpinan pertengahan dan bawahan, ia beransur hilang dan yang tinggal hanya bahasa retorik dan buku dasar.

Didengar tapi tidak pernah  dilihat. Rakyat tidak nampak atau tidak kenal rupabentuk integriti dan tanggungjawab yang dimaksudkan. Itu persepsi rakyat. Apa yang mereka lihat, Ketua Bahagian atau wakil-wakil rakyat lebih cenderung untuk mengamalkan sistem kasta dan kelompok dalam mengagihkan peluang yang wujud di kawasan masing-masing.

Akhlak untuk berjuang kepada rakyat boleh juga kita sebut penghormatan dan tertib kepimpinan yang dibawa kepada rakyat. Jika dinilai dari sudut ini, maka jawabannya, majoriti kepimpinan masih gagal menterjemahkannya.

Semua faktor ini akhirnya akan berpusat kepada soal 'kepercayaan' kepada parti dan kepimpinan.

Selama ini kata kunci 'kepercayaan' inilah yang menyebabkan BN/UMNO terus diterima dan diberi mandat oleh rakyat.

Buktinya, isu rasuah bukan isu baru. Isu sabotaj pilihanraya tetap berlaku pada setiap PRU. Masalah moral pemimpin juga wujud. Isu masalah dalaman parti adalah liabiliti tetap yang sentiasa wujud dalam UMNO. Tetapi semua masalah ini tidak pernah sekali-kali mampu menggugat kekuatan BN/UMNO pada setiap PRU.

Persoalannya, kenapa isu ini mampu meresap ke persepsi dan minda rakyat pada PRU12 yang lalu?

Jawabannya, semua ini kerana 'kepercayaan' rakyat terhadap parti dan kepimpinan UMNO/BN sudah dapat dihakis oleh pasukan pembangkang.

Kenapa pada PRU-PRU sebelumnya, rakyat tidak percaya kepada hujah pasukan pembangkang dan kenapa hari ini, hujah dangkal dan bohong yang diberi oleh pasukan pembangkang pun boleh dipercayai oleh rakyat?

Semua pemimpin mengakui 'politik adalah permainan angka dan persepsi'.

Siapa yang berjaya memenangi persepsi rakyat, golongan itulah yang akan mendapat angka majoriti.

Kegagalan kepimpinan UMNO/BN menguasai persepsi dan kepercayaan rakyat, membuktikan masih ada yang tidak kena terhadap pendekatan yang dilakukan oleh BN.

BN atau UMNO khususnya gagal membuktikan kepada rakyat kejantanan kepimpinannya. Tidak mahu berkorban dan memberi laluan kepada orang lain. Hanya Tengku Azlan saja yang cukup jantan melakukannya. Tiada siapa yang menyahut kejantanan Ku Lan menawarkan untuk tidak bertanding lagi.

Rakyat masih belum melihat kesungguhan pimpinan BN/UMNO memerangi rasuah. Pengistiharan perang terhadap rasuah hanya wujud dalam NKRA. Tetapi sehingga hari ini tiada seorang pun kalangan pemimpin UMNO yang dijatuh hukum disebabkan rasuah, seolah-olah selama ini UMNO parti 'sifar rasuah'. Jika ada ketegasan kerajaan dalam membenteras rasuah hanya dapat dilihat tangkapan terhadap pegawai kastam dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Mana mungkin rakyat percaya tiada langsung pemimpin UMNO yang rasuah!

Rakyat dan ahli UMNO juga belum melihat keberanian pucuk pimpinan untuk melakukan transformasi politik dalaman UMNO atau BN. Ia hanya berada pada tahap 'janji dan harapan'.

Pemimpin UMNO boleh berhujah, parti UMNO telah merobah perlembagaan dan pemimpin akan dipilih oleh lebih ramai wakil dari hanya 3 ribu perwakilan yang memilih selama ini.

Tetapi, masalahnya UMNO takut untuk menterjemahkan perlembagaan yang digubalnya sendiri dengan bertindak menangguhkan pemilihan parti atas alasan PRU13.

Sepatutnya UMNO perlu berani dan buktikan bahawa UMNO benar-benar serious untuk melakukan transformasi politik dalaman melalui kaedah baru ini dan gunakanya sebagai strategi paling ampuh untuk meyakinkan kembali rakyat sebelum PRU13 bahawa UMNO benar-benar mahu memperbetulkan diri.

Bukannya main cara lama melalui 'sistem penangguhan' dan 'sistem menyapu sampah ke bawah karpet'.

Kaedah rawatan-rawatan penting seperti membedah, potong kaki dan membuat 'bypass' dalam memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO ini gagal dilaksanakan oleh UMNO, sejak kepimpinan UMNO diserahkan kepada kepimpinan 'bukan doktor'.

Semasa kita sihat, mungkin cukup untuk meminta nasihat dari pakar pemakanan untuk menjaga kesihatan. Tetapi jika kita sudah sakit kronik, pakar pemakanan sudah tidak relevan lagi. Ia memerlukan doktor pakar untuk melakukan rawatan atau 'major operation'.

Sakit UMNO yang agak kronik tidak akan dapat dipulihkan jika pemimpin hanya memberi janji dan harapan bahawa sakit ini akan dirawat sepenuhnya.

Tiada sesiapa atau mana-mana ahli keluarga yang akan menghantar keluarganya yang mengidap sakit kronik ke pusat perubatan yang hanya menawarkan khidmat konsultansi atau 'leap service'.

Tiada siapa yang akan percaya.... Wahai UMNO, tolonglah faham. Beranilah sikit!


Photobucket

MAMPUKAH ANWAR IBRAHIM BERTAHAN TANPA ALIBI....?

on



Jika benar seperti yang dikatakan peguam peribadi Anwar Ibrahim,Sankara Nair bahawa Dr Thomas Hoogland adalah saksi pembelaan terakhir, bermakna pembelaan kes liwat Anwar itu berakhir dengan tiada alibi.Sebelum ini di kalangan jentera PKR menwar-warkan Ketua Umum PKR mereka mempunyai pembelaan yang kukuh terutamanya alibi, iaitu individu-individu yang boleh tampil menjadi saksi yang mengesahkan Anwar tiada di tempat kejadian pada tarikh,masa dan tempat yang didakwa di mahkamah.

KLIK DI SINI

Namun begitu alibi-alibi Anwar sentiasa berubah-ubah,dari senarai awal, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar kepada Profesor Datuk Dr Mohamad Ariff Abdul Kareem, Hasanuddin Abdul Hamid, Noor Sham Abd Hamid dan akhirnya,tiada seorang pun ditampilkan sebagai saksi alibi.

KLIK DI SINI 

Isnin ini,17 Oktober,dijangkakan giliran pihak pendakwa menyoal balas saksi pembela terakhir, Dr Hoogland. Pendakwa dijangkakan akan menampilkan saksi-saksi lain yang berautoriti untuk mematahkan hujah-hujah doktor peribadi Anwar dari Munich, Jerman itu.Perkembangan mutakhir ini juga menarik, apabila pihak Anwar sendiri secara sukarela membatalkan sapina dua saksi, iaitu Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) sebagai saksi pembelaan mereka.

Ada misteri yang tersembunyi di sebalik pengguguran dua nama yang cukup dikenali Anwar itu.

KLIK DI SINI

Bermakna,selepas selesai Hoogland,bermula lah episod terakhir,iaitu pihak pembela dan pendakwa membuat rumusan masing-masing, sebelum hakim memutuskan Anwar bersalah atau tidak.

Dalam pembelaan, selain Anwar yang memilih pendekatan membela tanpa bersumpah, iaitu dari Kandang Tertuduh, beliau dibantu oleh 6 saksi lain yang bukan alibi.

KLIK DI SINI

Mereka adalah Dr Mohamad Osman Abdul Hamid,Dr David Wells, Dr Brian McDonald, Lim Kong Boon, Najwan Halimi dan Dr Thomas Hoogland.

Sedangkan pihak pendakwa semasa mahu membuktikan kes, pihaknya telah memanggil 27 saksi termasuk saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang memilih keterangan secara bersumpah, dari ‘Kandang Saksi‘.

KLIK DI SINI

Dari situ sudah nampak tidak balance.

Sampai sekarang kita masih tertanya-tanya,jika hanya 6 saksi yang dipanggil menjadi saksi pembela,untuk apa Anwar menghabiskan masa berminggu-minggu untuk menemubual 15 saksi sebelum ini ???

KLIK DI SINI

Bersusah payah 15 saksi-saksi itu meluangkan masa mereka, datang ke mahkamah untuk ditemu bual dan akhirnya tiada satu pun yang dipanggil sebagai saksi.

Permohonan pertama Anwar di mahkamah pada 26 Julai,mereka mahu menemubual Hasanuddin Abd. Hamid (pemilik unit kondominium),Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Diikuti dengan permohonan kedua memohon untuk menemubual 10 saksi lagi iaitu Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER); Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd) dan Omar Malek Ali Merican (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia) dan Nik Mahmood Nik Hassan (Aktivis PKR) yang dikatakan individu-individu yang bermesyuarat dengan Anwar pada hari kejadian.

KLIK DI SINI

Tiga individu lain yang berkaitan dengan kondominium itu adalah Noor Sham Abd. Hamid dan dua orang pembantu rumahnya, Suliati dan Fitria Dipan.Turut dipanggil untuk temubual adalah tiga pegawai Anwar sendiri iaitu Abdullah Sani Said (pemandu peribadi Anwar) serta dua pengawal peribadi Anwar yang bernama Mokhtar Mustafa dan Mohd. Khoharullah Abdul Majid.

Jadi adakah tujuan memanggil mereka sekadar untuk membuang masa mahkamah ???

RENUNG-RENUNGKAN



Photobucket

Ahli Parlimen Pakatan BODOH Tolak Rezeki

on


Isu pembatalan kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen merancakkan persidangan Dewan Rakyat apabila beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pembangkang bertikam lidah mengenai cadanganberkenaan.

Kekecohan berlaku apabila Datuk Baharom Mohamad (BN-Sekijang) menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai hipokrit kerana menolak cadangan kenaikan gaji dan elaun seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

Menurut Baharom, sikap hipokrit pembangkang begitu ketara apabila wakil rakyat mereka yang menganggotai Jawatankuasa Mengkaji Gaji dan Elaun Ahli Parlimen terlebih dahulu menyokong mengenai cadangan berkenaan.

"Dua wakil pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan adalah Ahli Parlimen PAS-Kubang Kerian (Salahuddin Ayub) dan PKR-Kuala Langat (Abdullah Sani Abdul Hamid)," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2012 di sini, Khamis.

Kenyataan Baharom itu mengundang Abdullah Sani untuk bangun bagi mempertahankan pendiriannya bahawa kenaikan gaji dan elaun itu memang diperlukan namun pada masa yang sama menegaskan bahawa ia tidak sesuaidilaksanakan sekarang.

Kemudiannya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) turut mencelah bagi menyokong kenyataan Abdullah Sani.

"Belum sesuai masanya, sekarang tak sesuai nak naikkan lagi... lagipun sekarang kerajaan BN menghadapi bajet defisit," katanya.

Namun kenyataan kedua-dua wakil rakyat pembangkang itu disangkal Baharom dan menegaskan bahawa kerajaan mempunyai bajet yang cukupuntuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Dah beri kelulusan untuk kaji (gaji dan elaun) itu bermakna ada bajet la.

"Perdana Menteri dengar rintihan wakil rakyat kerana beliau tahukenaikan itu dapat digunakan untuk rakyat juga," katanya.

Mendengar penjelasan berkenaan, Khalid masih enggan mengaku kalah dan bingkas bangun sekali lagi dan berkata:

"Rintihan kami (pembangkang) adalah peruntukan RM1 juta seperti mana yang diperoleh Ahli Parlimen BN dan jika ia diberi tentu kami dapatmemberi khidmat yang baik kepada rakyat."

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di DewanRakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula gaji dan elaunahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan,pembangkang dan bebas.

Bagaimanapun, bantahan empat pemimpin utama pembangkang iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Salahuddinyang juga Naib Presiden PAS menyebabkan kerajaan menarik balik cadangan berkenaan.



Photobucket

Pemimpin Melayu Kuat Tidur

on



Telah banyak diperkatakan tentang 'Perpecahan Melayu' yang membawa kepada ketidak tentuan iklim politik negara hari ini.Bila sebut pasal perpecahan telunjuk kita mula menghala kepada si Polan itu dan si Polan ini sebagai punca perpecahan Melayu hari ini.Memanglah tidak boleh dinafikan perpecahan Melayu kepada beberapa kumpulan parti politik Melayu mengakibatkan 'kuasa politik' yang selama ini didominasi oleh orang Melayu dilihat begitu lemah.Sehingga tiada satu pun parti politik orang Melayu yang ada hari ini dapat berdiri dengan teguh tanpa sokongan kaum bukan Melayu terutamanya sokongan dari kaum Cina.

Maka terjadilah apa yang sering diperumpakan oleh orang tua tua dahulu HIDUNG TAK MANCUNG PIPI PULA TERSORONG SORONG.Umno yang secara tradisinya menjadi tunggak kepada kuasa politik orang Melayu selama ini saperti hilang arah bilaPEMIMPIN BESAR mereka mula menabur itu dan ini kepada bangsa ini dengan harapan dapat meraih kembali sokongan mereka.PAS yang memang menjadi musuh tradisi Umno sejak azali lagi dah mula bekerjasama dengan bangsa ini demi menumbangkan kerajaan pimpinan Umno at all cost.PKR pula yang lahir dari ketidakpuasan hati seorang bekas Panglima Perang Umno yang dipecat langsung tiada agenda tertentu untuk kebaikan rakyat kecuali menumbangkan Umno yang telah menyingkirkan dirinya dari menduduki takhta Putrajaya yang masa itu sudah terlalu hampir digapainya.


Ketiga tiga parti orang Melayu Umno,Pas dan PKR ini semuanya diserang penyakit yang sama iaitu SINDROM MEMBODEK CINA TAHAP EMPAT.Umno yang berkuasa terus MEMBERI dan MEMBERI,Pas dan PKR pula sibuk berjanji AKAN MEMBERI dan terus AKAN MEMBERI jika boleh berkuasa dengan bantuan kaum Cina ini.Ketiga tiga parti orang Melayu ini sudah kehilangan maruah dan harga diri bila terpaksa meminta minta sokongan kaum Cina yang sebelum ini belum pernah dan tidak perlu dilakukan mereka.Kaum Cina pula merasakan tiba tiba diberi KUASA PENENTUuntuk meletakan Melayu yang mana di Putrajaya.Maka peluang yang terbuka luas ini digunakan sebaik mungkin oleh kaum ini yang diwakili oleh DAP diluar sana dan MCA dan Gerakan didalam sini untuk mengasak kerajaan Melayu pimpinan Umno demi matlamat bangsa mereka yang tentunya SAMA.

Mana mungkin kaum Cina yang duduk dalam berbagai Persatuan Cina yang walaupun konon nya berlainan ideologi politik mempunyai matlamat yang berbeza untuk kaum mereka.Cuma politik mereka lebih matang jika dibandingkan dengan politik orang Melayu yang kokok mereka berderai derai dari subuh sampai ke subuh.Itu realiti sebenar yang berlaku hari ini sama ada ingin diakui atau tidak oleh biawak biawak politik Melayu yang ada hari ini.


Ketidaktentuan halatuju dan menyusutnya kuasa politik orang Melayu bukan sahaja menggusarkan ahli ahli Umno tetapi juga orang Melayu atas pagar yang tidak berparti tetapi menyokong kerajaan.Mereka atas pagar inilah merupakan kuasa sebenar yang meletak dan menyingkirkan Umno selama ini.Kegusaran ini diterjemahkan mereka dengan saranan demi saranan agar Melayu yang terpecah tiga ini kembali bersatu demi kesinambungan dan survival kuasa politik orang Melayu.Maka idea agar Umno dan Pas bersatu dalam satu Kerajaan Perpaduan sejak PRU12 2008 sering dilagukan mendambakan reaksi kedua belah pihak.Tetapi sehingga kini kata tidak besahut,gayung tidak bersambut bahkan mencetus polimik dari pihak pihak yang menentang idea ini.


Pada aku MASAALAH UTAMA yang berlaku hari ini bukanlah perpecahan orang Melayu.Membawa Melayu Umno dan Pas dalam satu kesatuan demi kuasa politik orang Melayu bukanlah satu tindakan yang bijak dan jalan penyelesaian jangka panjang.Orang Melayu pada aku tidak pernah berpecah dulu,kini dan selamanya macam juga slogan keramat Umno.Cuma orang Melayu kini melalui fasa kematangan dalam cara berfikir dan berpolitik,apatahlagi dalam memilih pemimpin.Pertembungan antara Melayu yang mendukung budaya politik lama dan pemikiran yang baru yang dilihat hari ini sebagai perpecahan.orang Melayu.Sedang hakikatnya ia baik untuk orang Melayu jangka panjang.Maka wajib bagi parti parti Melayu yang sedia ada mengorak langkah yang sama seiring dengan perubahan dan kematangan berfikir orang orang Melayu.


Mana mungkin Umno Dato On Jaafar atau Umno zaman Tunku Abd Rahman hendak disuap kemulut orang Melayu secara paksa bilamana pemimpin yang ada hari ini tidak mempunyai 'roh pejuangan' sebagaimana pejuang pejuang Umno terdahulu?Mana mungkin Umno dan pemimpin nya yang dah bertukar menjadi PARTI DAN PEMIMPIN MATERIAL ingin menggambarkan diri dan parti mereka sebagai sesuatu yang SPIRITUAL lantas mesti diterima rakyat.Retorik retorik kosong yang berjaya dinyanyikan 25 tahun lalu sudah jadi skrip skrip program Raja Lawak yang mendatangkan INSULT TO THE INTELIGENCE kebanyakan orang Melayu hari ini.


Adakah Umno sedar akan proses kematangan yang dilalui orang Melayu hari ini?Bukankah KEMATANGAN itu yang diperlukan dalam diri orang Melayu untuk berdaya saing dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara?

Apakah orang Melayu disaran untuk matang dan maju tapi dalam masa yang sama juga diminta berfikiran saperti 30 tahun dahulu dan berpura pura menerima Umno sebagai satu satunya parti yang membela orang Melayu yang tidak pernah tersasar dari tujuan asal penubuhan nya?


Sepatutnya Umno berkembang seiring dengan kematangan berfikir orang Melayu dan tidak terus beretorik dengan sejarah gemilang yang telah dilakukan oleh ayah,ibu dan tok nenek mereka sedangkan mereka tidak berbuat apa apa kecuali merosakan imej Umno dimata rakyat dengan kerakusan mereka mengumpul harta bertenggek atas parti keramat ini.Marah lah aku kalau kamu semua mahu...tapi itulah hakikatnya dan semua orang tahu.Orang Melayu hari ini tidak lagi bodoh dan senang diperbodohkan.


Tanyakan diri kamu wahai semua yang bergelar PEMIMPIN BESAR UMNO yang ada hari ini....
Apakah Umno yang ada saperti yang ada hari ini yang ingin kamu pacu untuk10,20,30 atau 50 tahun akan datang untuk membela Melayu?Apakah kamu fikir Umno yang sebegini masih relevan untuk mendepani kehendak dan keperluan orang Melayu dimasa akan datang.

Carilah kaedah yang terbaik untuk merelevankan Umno ini bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi supaya juga dipandang tinggi dan dihormati oleh bangsa lain,barulah kamu semua boleh berbangga mengaku diri kamu semua sebagaiPEJUANG UMNO ERA kini.


Atau apakah kamu semua ingin terus menjadi PEMINTA SEDEKAH untuk kekal berkuasa kepada bangsa yang suatu masa dahulu diberikan hak kerakyatan oleh datuk datuk kamu?

Fikir fikirkan...

Sumber Asal

Photobucket

KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR

on





Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar)  berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.“Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN. 

“Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi. 


Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu. 


BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008. 


Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen. 


Kerusi bandar 


PKR pula  menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen. 


Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

 
Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.


Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata,  kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.
Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar. 


Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini. 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan  Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.



Photobucket

Punca Pengundi Hantu Berkeliaran Di Selangor

on



Sentimen Terhadap Abdul Khalid



Pengurusan Kerajaan Negeri Selangor mendahului tahap kepuasan hati dalam satu tinjauan perbandingan lima pentadbiran di Semenanjung Malaysia termasuk kerajaan persekutuan yang dikendalikan firma kaji selidik UMR.


Dari seribu pengundi berdaftar yang dibanci, 67 peratus responden berkata mereka sangat berpuas-hati dengan prestasi Kerajaan Negeri Selangor.
Sekadar 26 peratus tidak berpuas-hati dengan urustadbir Pakatan Rakyat di Selangor.

Meskipun corak kepimpinannya dilaporkan menjadi pertikaian kawan dan lawan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus meraih sokongan positif setinggi 52 peratus responden.

Malah Abdul Khalid lebih diyakini dikalangan responden di Selangor dan Kuala Lumpur berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Cerapan populariti mengikut etnik menunjukkan Abdul Khalid disokong 48 peratus pengundi Melayu, dan 50 peratus pengundi berbangsa Cina, disebalik pelbagai kritikan terhadapnya mutakhir ini.

Keyakinan mereka turut diperkuatkan 59 peratus pengundi Melayu Selangor.
Tinjauan dibuat antara 22 Ogos hingga 15 September tahun ini meliputi negeri Selangor, Johor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pembentangan yang dibuat memberi penekanan kepada 9 perkara antaranya kepimpinan, situasi ekonomi dan prestasi urustadbir.

Sementara itu, sokongan kaum Hawa kepada Tan Sri Khalid mencecah 43 peratus, manakala 58 peratus kaum Adam menyakini kepimpinan beliau.

Yang lebih memberangsangkan, tokoh korporat ini menjadi pilihan 45 peratus responden berumur antara 21 hingga 29 tahun. 50 peratus responden antara 30 hingga 39 peratus turut yakin, begitu juga 50 peratus responden yang berumur 40 tahun dan keatas.

TV Selangor masih berusaha untuk mendapatkan tahap kepuasan hati terhadap barisan kepimpinan negara yang lain. Setakat ini apa yang pasti, penyokong Abdul Khalid merentasi status pendidikan.

Dalam tinjauan yang sama, corak buang undi dalam pilihanraya umum akan datang dijangka menyebelahi Pakatan Rakyat.

Yang memilih Pakatan Rakyat meningkat lebih 1.5 peratus, dan 51.5 peratus responden berkata Pakatan Rakyat menjadi pilihan mereka.

Di empat negeri terbabit, corak pengundian dijangka menunjukkan kekutuban yang ketara. 73 peratus dan 78 peratus pengundi Cina dan India pasti memilih Pakatan Rakyat, manakala 69 peratus pengundi Melayu berkata mereka mungkin memilih Barisan Nasional.

Meskipun Abdul Khalid popular di kalangan wanita, umumnya Pakatan Rakyat masih perlu menggembleng sokongan kaum Hawa. Hanya 44 peratus responden wanita di semua negeri mahu memilih Pakatan Rakyat. Kaum Adam bagaimanapun positif. 56 peratus responden lelaki menyokong Pakatan Rakyat.

Tinjauan UMR juga mendapati Pakatan Rakyat mendapat tempat di kalangan komuniti pemuda dan dewasa 30 hingga 39 tahun. Di sudut ekonomi pula, PR memukul rata sokongan di kalangan responden yang berpendapatan antara RM3001 hingga RM5000, RM5001 hingga RM10,000 dan RM10,000 keatas.

Rakyat Selangor dijangka mahu Selangor terus menjadi templat reformasi melihat kepada sokongan lebih 57 peratus.





Photobucket

Kereta Honda Dalam Air

on


Baru-baru ini telah berlaku banjir besar di Thailand dan salah satu tempat yang paling teruk dilanda banjir ialah kilang Honda. Jangan risau, Honda City model 2012 belum ada dipasaran. 











Photobucket

Ais Penyebab Kanser.....?

on



ANDA tidak percaya? Kepada yang gemar minum minuman berais, fakta ini mungkin menyedarkan anda. 

Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan. Ia akan melemahkan penghadaman. 

Apabila minyak ini bertindak balas dengan asid, ia menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal lain. 

Ia akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser. Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.


Photobucket

Gadis Hilang Ikut Kenalan Facebook

on



Gambar: MOHD. SABRI bersama isterinya, Nur Hafizah Nordin (dua dari kiri) menunjukkan gambar Nurul Nur Syawaltie yang hilang dari rumah di Kangar semalam.



Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.
Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

“Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

“Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang,” ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

“Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar,” ujarnya.

Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran. -kosmo


Anak hilang tinggal basikal

KANGAR: Hanya penemuan basikal menjadi petunjuk buat seorang bapa apabila anak perempuan kesayangannya didapati hilang ketika berbasikal ke sekolahnya di Bintong, dekat sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila basikal milik anak sulung daripada lima beradik, Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, ditemui di sebuah taman perumahan berhampiran kira-kira jam 3 petang.

Mohd Sabri Samat, 35, dari Taman Bukit Kayangan, dekat sini, berkata sebaik menerima maklumat itu, dia menunggu anaknya di kawasan berkenaan kerana bimbang tetapi gadis berkenaan tetap tidak muncul sehingga lewat petang.

Menurutnya, dia kemudian berasa tidak sedap hati dan percaya anak perempuannya mungkin berada di luar Perlis berdasarkan wang tunai RM30 dalam dompetnya juga disedari hilang pada pagi sebelum kehilangan Nurul Nursyawaltie. Katanya, anaknya itu memang gemar melayari laman sosial seperti facebook dan mempunyai ramai kawan.

“Sebelum ini, saya tinggal di Pulau Pinang dan mengesyaki dia pergi ke sana ataupun dijemput salah seorang rakan facebooknya untuk ke sana.

“Tetapi saya berasakan wang RM30 itu memang tidak mencukupi pergi dan tinggal di sana sehingga hari ini (semalam),” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah mengedarkan gambar anaknya di sekitar kawasan sekolah termasuk kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya.

Katanya, dia turut membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 1 pagi semalam. -hm



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List