Najib......Hishammuddin......Mukhriz......Selepas Itu Ashman Anak Najib......

on Mar 14, 2012


 


Pilihanraya umum akan datang ini bukan sahaja penting untuk dinilai sama ada UMNO akan terus mampu bernafas dengan segar atau sebaliknya tetapi juga untuk melihat siapakah yang akan menjadi pemimpin utama UMNO selepas itu. Kiranya UMNO tumbang, perubahan besar-besaran akan berlaku dalam kepimpinan parti itu dan sudah pastilah kepimpinan yang ada sekarang akan diminta berundur serta memberi ruang pula kepada generasi baru bagi mengambil alih kepimpinan parti.

Begitu juga jika UMNO sekadar menang tipis dan keputusan yang dicapai lebih buruk daripada piliharaya 2008, kemungkinan besar wujud desakan agar Najib mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dalam hal ini Najib akan dilihat gagal sebagaimana Pak Lah yang dilihat gagal pada pilihanraya 2008 dan dipaksa berundur pada 2009 dahulu.

Kumpulan pendesak dalam UMNO pasti akan memulakan langkah meminta Najib berundur atas kegagalan memberi keputusan yang baik kepada UMNO dan BN. Dan Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pasti juga sukar menolak desakan agar beliau mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, tambahan pula jika sokongan yang diterima semakin menggalakkan hari demi hari.

Sekarang ini pun, kumpulan Muhyiddin walaupun dilihat masih bergandingan rapat dengan Najib untuk menghadapi pilihanraya umum ini tetapi beberapa perbezaan dalam pendekatan dan pengucapan antara keduanya dapat dilihat dengan agak jelas.

Sementara Najib dilihat taksub dengan 1Malaysia, Muhyiddin pula lebih mengutamakan kedudukannya sebagai Melayu. Najib cuba meminta maaf atas kesilapan masa lalu UMNO manakala Muhyiddin mahukan jasa dan sumbangan UMNO sentiasa dihargai tanpa perlu pengucapan maaf.

Walaupun Muhyiddin dilihat sebagai calon utama untuk mencabar Najib jika keputusan pilihanraya akan datang menghasilkan natijah yang buruk tetapi kehadiran veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak harus diabaikan. Beliau mungkin bertanding bersendirian dalam sistem pemilihan baru dan terbuka yang hanya menghendaki seseorang itu mendaftarkan saja namanya jika berhasrat bertanding atau pun mungkin juga bergandingan dengan Muhyiddin kiranya Najib berkeras mahu mempertahankan jawatan.

Apa pun, kedudukan Najib tidak akan selamat kecuali berupaya memberikan keputusan yang cemerlang buat UMNO dan BN.

Namun persoalan yang bermain di benak ahli-ahli UMNO sekarang ialah parti itu tidak akan berubah kiranya Najib terus kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Yang paling dibimbangi ialah kepimpinan UMNO selepas itu juga akan terus dikuasai oleh keluarga bekas-bekas Perdana Menteri sahaja. Oleh itu Najib sama ada harus dibiarkan tewas atau hanya diberian kemenangan yang tipis sahaja.

Kiranya Najib terus memimpin UMNO dan kerajaan selepas pilihanraya umum ini, beliau pasti akan memberi ruang yang lebih terbuka kepada sepupunya, Hishammuddin yang kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri. Hishammuddin adalah anak Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

Ketika Tun Razak meninggal dunia pada 1976, Najib telah dipilih menggantikan bapanya bertanding di Pekan. Orang yang memberi laluan kepada Najib bertanding ialah Tun Hussein, bapa Hishammudin yang ketika itu mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan berikutan kematian mengejut Tun Razak.

Najib sudah pasti ada rasa terhutang budi kepada Tun Hussein. Disebabkan lorong yang dibuka oleh ayah Hishammuddin itulah menjadikan beliau Perdana Menteri sekarang ini.

Sebagai membalas dan mengenang budi itu, maka tidak menghairankan jika Najib akan membuka laluan yang selesa kepada Hishammuddin pula, tambahan juga mereka mempunyai pertalian sepupu.

Seorang lagi anak bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir yang kini menjadi Menteri MITI dan pemimpin nombor dua UMNO Kedah, juga akan diberi laluan yang selesa oleh Najib selepas ini sebagai mengenang budi dan jasa Mahathir yang memberinya banyak peluang dan kesempatan mendaki tangga kejayaan dalam parti dan kerajaan sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Walaupun Najib bukanlah pemimpin yang punya kebolehan luar biasa tetapi kejayaannya mendaki hireaki dalam UMNO adalah disebabkan Mahathir memberinya peluang menduduki jawatan menteri yang mempunyai banyak peluang menganugerahkan kontrak dan perniagaan.

Di dalam UMNO, kejayaan seseorang meningkat dalam parti dan mengumpul sokongan adalah 99 peratus ditentukannya oleh jawatan menteri yang disandangnya. Jika kementerian yang dipegang itu mempunyai banyak kontrak dan peluang perniagaan seperti Kemneterian Kewangan, MITI, Pelajaran atau Kementerian Dalam Negeri, seseorang itu akan lebih dikerumuni, disanjung dan mudah meningkat naik berbanding jika sekadar diberikan kementerian mengenai agama, kebajikan dan seumpamanya.

Jika menang dengan selesa, laluan yang disediakan oleh Najib kepada Mukhriz selepas ini bukan sahaja sebagai mengenang dan membalas jasa Mahathir tetapi juga untuk memastikan seorang lagi anak bekas Perdana Menteri mempunyai ruang yang lebih terbuka untuk menonjolkan diri mengiringi Hishammuddin.

Andai kata selepas ini Hishammudian berjaya meningkat naik sebagai bakal Presiden UMNO dan Perdana Menteri melalui perancangan Najib dengan memberinya jawatan di kementerian yang kanan berbanding persaingnya sekarang seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Afdal, Hishammudin juga akan melakukan perkara yang sama kepada Mukhriz pula.

Hishammudin yang turut terhutang budi kepada Mahathir yang telah memberinya banyak peluang menduduki jawatan kabinet dan kemudian menimba pengalaman di pelbagai kementerian, sebagai membalas dan mengenang budi Mahathir itu sudah pasti akan memberi jawatan di kementerian yang kanan juga kepada anak Mahathir, iaitu Mukhriz.

Akhirnya Mukhriz akan mudah mendaki tingkat kejayaan dalam UMNO dan seterusnya akan berada di belakang Hishammuddin.

Kiranya UMNO dan BN terus menerima sokongan rakyat dan menguasai kerajaan, Mukhriz yang ditonjolkan itu berjaya mengetuai parti dan kerajaan, beliau pastinya juga akan menonjolkan pula anak Najib, Mohd Ashman yang kini masih belajar tetapi sudah mulai menunjukkan minat yang tinggi kepada dunia politik. Penonjolan Ashman juga sebagai sebahagian proses mengenang dan membalas budi serta memastikan penerima baton seterusnya adalah juga daripada keluarga bekas Perdana Menteri. Najib sendiri sudah menonjolkan anak lelakinya itu dalam beberapa majlis bertemu orangramai sebelum ini.

Ashman dipercayai akan mulai ditonjolkan dalam UMNO jika Hishammudin berjaya menjadi pemimpin utama UMNO dan kerajaan supaya kesinambungan kerjaya anak Najib mudah diteruskan oleh Mukhriz selepas itu.

Selepas Ashman, mungkin pula anak lelaki Hishammuddin dan juga anak lelaki Mukhriz yang akan menyusul kemudiannya. Akhirnya UMNO akan sepanjang masa dikuasai oleh ahli-ahli keluarga bekas Perdana Menteri sahaja. UMNO dan kerajaan akan menjadi barang warisan kepada keluarga tertentu sahaja manakala cerdik pandai daripada kalangan anak petani, orang kampung, anak guru dan sebagainya hanya kekal sebagai pengikut atau pemimpin di lapisan kedua dan ketiga sahaja.

Sebagaimana yang disebutkan tadi, melalui sistem dalam UMNO yang mana kenaikan, populariti dan kejayaan mengumpul sokongan ditentukan 99 peratus oleh jawatan dan kementerian yang dipegang oleh seseorang pemimpin itu, maka untuk mengaplikasikan keadaan itu menjadi kenyataan sebenarnya amatlah mudah. Anak-anak bekas Perdana Menteri ini akan terus diberikan jawatan yang baik-baik sementara pesaingnya yang berpotensi akan diketepikan melalui pemberian jawatan yang kurang penting.

Selain itu dengan kedudukan orang Melayu dan ahli UMNO yang rata-rata masih berpendapatan rendah dan sederhana serta berjiwa hamba, urusan menaik dan menolak seseorang pemimpin itu melalui jawatan dan keupayaan memberikan pertolongan akan menjadi lebih mudah lagi.

Walaupun perbuatan mewariskan jawatan dan kedudukan ini tidak ada termaktub dalam mana-mana perjanjian ataupun kitab politik tetapi ianya dilihat bagaikan persefahaman yang diterima sesama mereka. Riak-riak kecil ke arah matlamat itu sudah dapat dilihat daripada sekarang lagi. Pemberian jawatan kepada Najib sebelum ini, kemudian diikuti dengan proses yang sedang berlaku kepada Hishammuddin dan Mukhriz adalah fakta yang jelas ke arah itu. Perbuatan Najib menonjolkan anak lelakinya, Ashman juga adalah signal kepada matlamat yang sama.

Dengan menjadikan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebagai warisan dan seolah-olah hanya untuk keluarga elit UMNO sahaja, ia akan menjadi putaran ganas yang akan terus menghimpit generasi Melayu akan datang terperosok ke lembah kemiskinan dan kesederhanaan.

Kiranya orang-orang Melayu masih sayangkan kepada masa depan dan nasib anak-anak cucu mereka, pilihanraya umum akan datang adalah satu-satunya ruang sama ada mahukan perubahan atau selesa dengan status quo yang ada.



Shahbudin


Photobucket

SEDIH :- ANAK TAK MENGAKU BAPAK

on



 


Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.

Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi­han­ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.-SH



Photobucket

PENDERITAAN ANAK ANAK YATIM

on

 


There is neither change nor power except by means of Allâh.


There is no transformation or strength except through Allâh.


There is neither progress nor might except through Allâh.



Baca Seterusnya Kat  SINI



Photobucket

Loo Jo Yee binti Abdullah

on

 


Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE!




Photobucket

MASIH LAGI BERAPI KAK FIDAH

on

Rafidah perlekeh Shahrizat dan Muhyiddin Yassin

 



rafidah aziz pc on permatang pauh by election 010808 03Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.


Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.


Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

NONESemalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.



Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

-malaysiakini-



rafidah berani main api....tak sayang mulut?


Dalam laporan paper malay mail riuh dok di bisingkan dalam facebook pasai serangan mantan ketua wanita umno ke atas sedari ketua sekarang, walaupun dalam kertas berita pengampu lain dok asyik cakap kak ijat lah manusia hebat, macam muhyidin cakap. ya, kak ijat memang hebat dalam berkorban, beliau rela letak jawatan demi tanggungjawab....dan kuli kuli umno dan sebahgian rakyat hampir muntah air mata darah bercampur keringat sedih, terharu dengan perngorbanan wanita paling umno dalam malaysia itu. Aku pun sampai bengkak biji mata sedih, terharu.....sampai begitu setia kak ijat pada....

tetapi, dalam syok2 kak ijat di lambung ombak puji pujian tiba tiba datang taufan tsunami berwajah rafidah menyergah....terkantat juga hati kak ijat.

ooooo....baru kita sedar, rupanya kak ijat juga layak jadi presiden seniman. ruponya dia berlakon saje. rupanya dia nak letak jawatan lepas jawatan dia dah tamat...oooo pandai2. Orang lain lu boleh tipu la kak ijat oiiii, ni rafidah laaaa wa dulu makan asam dlm umno....ko baru makan sikit aje.

agak kita, mesti melenting sakan puak2 umno dan paling bengang ialah kak ijat, mesti dia rasa nak cili aje mulut gatal rafidah biar dia rasa mana lagi pedas cili api ke cili taik burung yang di bagi baja tahi lembu belaan. mesti kak ijat tak tidor malam, termimpi wajah rafidah, akan aku balas nanti ko rafidah, barangkali dgn sebukit sumpah seranah...eiiiii apasal la minah tu bodohhhhhhh.

jadi sebagai rakyat kita tunggu sahaja serangan balas kak ijat dan belaannya dan nantinya ia akan jadi drama bersiri setaraf telenovela.



Baca juga kat  SINI (PEMIMPIN UMNO) dan  SINI (MUHYIDIN) . Lepas tu kat SINI (RAFIDAH)



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List