Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu.
Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri.
Perdana menteri Najib Altantuya dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin dari jawatannya sekarang.
Alasannya?
Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini.
Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis.
Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah berbanding cadangan Najib Altantuya yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum.
Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil cuti hujung tahun melancong bersama keluarga.
Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib Altantuya melalui satu maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak.
Najib Altantuya yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin.
Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam beberapa bulan lagi.
Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein?
Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu.
Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan ditentukan kemudian.
Tetapi adakah Muhyiddin mengalah?
Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila berjaya menyingkirkan Najib Altantuya kelak.
Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir.
Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang kecewa dengan prestasi Najib Altantuya.
Ok, kita sambung lagi selepas ini.
Part 11
Semalam saya telah ceritakan bagaimana Muhyiddin sedang membuat perancangan bagaimana hendak menyingkirkan bosnya, Najib Altantuya melalui gerakan terancang di seluruh negara.
Hari ini saya akan memfokuskan bagaimana Najib Altantuya mahu melantik Zahid Hamidi sebagai timbalannya yang baru menggantikan Muhyiddin.
Ikut perancangan, kem Muhyiddin sudah mendesak supaya pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini tetapi Najib Altantuya tidak mahu ia berlaku kerana melihatkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kekal lemah walaupun boleh menang dengan majoriti mudah.
Kem Muhyiddin boleh dikatakan gelojoh kurang cermat dalam mengatur strategi hingga Najib Altantuya sudah menghidu gerakan menjatuhkannya sejak awal September.
Masih ingatkah lagi poster Muhyiddin mendesak Najib Altantuya berundur di Johor?
Ini bukannya rekaan tetapi benar-benar dilakukan oleh sesetengah juak-juaknya yang setia di Johor termasuk beberapa ketua bahagian Umno yang tidak sehaluan dengan Najib Altantuya.
Najib Altantuya tahu Muhyiddin membisu seribu bahasa dalam skandal Scorpene dan dianggap petanda besar sokongan kem Muhyiddin terhadapnya sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Seorang ahli dalam kem Muhyiddin mendakwa bahawa Najib Altantuya sudah hilang sokongan akar umbi terutamanya wanita secaraberansur-ansur sejak jawatan menteri pembangunan kaum itu tidak diganti oleh pemimpin wanita yang berkaliber.
Hasil risikan tentera juga mengesahkan perkara itu dan ternyata undi wanita sangat penting dalam menentukan kemenangan BN.
Kesilapan Najib Altantuya adalah dia tidak mempercayai seorang pun pemimpin wanita BN termasuk timbalan ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim kerana dia condong terhadap Muhyiddin setelah Shahrizat Jalil tidak disambung perkhidmatan senatornya 8 April lalu.
Baiklah, mengenai Zahid pula, perkembangan terbaru mengesahkan Najib Altantuya mahu melantiknya tetapi Mahathir tidak setuju kerana telah Najib Altantuya berjanji secara lisan akan melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri.
Mukhriz yang kecewa kemudiannya dikatakan beralih kem dan dalam masa yang sama masih lagi mengharapkan agar Najib Altantuya melakukan apa yang dilakukan bapanya ketika menjadi perdana menteri.
Muhyiddin kemudian berbincang dengan Mahathir secara senyap bagaimana strategi Mukhriz boleh diatur bagi memastikan parlimen Jerlun kekal di tangannya.
Setelah mendapat sokongan yang cukup barulah Muhyiddin menggerakkan gabungan kedua-duanya menjadi satu gerakan kuat bagi menyingkirkan kem Najib Altantuya-Zahid Hamidi kelak.
Perancangan asal Mahathir cuma mahu meletakkan anaknya menjadi Menteri Besar Kedah tetapi lubuk yang lebih besar sedang menunggu di peringkat persekutuan.
Mahathir juga kecewa dengan Najib Altantuya kerana daya kepimpinannya dianggap terlalu lemah kerana terlalu dikawal oleh isterinya sendiri, Rosmah Mansor.
Dalam keyakinan Najib Altantuya mahu menyingkirkan Muhyiddin, rupanya Zahid sedang dipantau pergerakannya kerana ahli parlimen Bagan Datoh ini merupakan bekas pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang setia.
Zahid yang juga dilihat gelojoh mula membuat kesilapan satu demi satu apabila di parlimennya sendiri, gerakan menyingkirkannya sudah mula bergerak aktif ke seluruh negeri Perak.
Pendedahan mengenai penggunaan jet peribadi oleh Zahid sebenarnya didedahkan kem Muhyiddin bagi memberi amaran terhadap menteri pertahanan itu supaya jangan bertindak di luar kemampuannya atau hadapi mimpi ngeri jika skandalnya bakal terbongkar!
Bersambung lagi.
sumber