Gerhana Bulan Paling Gelap Khamis Ini

on Jun 12, 2011

Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.




Gambar: FENOMENA gerhana bulan yang berlaku pada Jun
 tahun lalu yang dilihat orang ramai di sekitar Menara 
Taming Sari, di Bandar Hilir, Melaka.



Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000.Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.“Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan.



BEG TANGAN JENAMA BIRKIN......WOW

on

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.



Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.



Rahsia Ramuan KFC Terbongkar.....???

on









NEW YORK – Siapa tak kenal ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC)? Rahsia lazatnya tersimpan di 11 bumbu racikan rahsia milik Kolonel Sanders. Sayangnya bukan rahsia lagi, sebab seorang warga AS berhasil memecahkan kombinasi itu. Lelaki itu bernama Ron Douglas dan dia bukan seorang tukang masak professional. Dia terobsesi membongakar 11 bumbu dan rempah rahsia KFC yang diciptakan Kolonel Harland David Sanders pada 1935 itu dan meninggalkan pekerjaannya sebagai Manager Kewangan di JPMorgan di Wall Street pada 2007. Akhirnya, perjuangan tahunan itu membuahkan hasil. 


KHIR TOYO PENDERHAKA KEPADA RAKYAT...???

on



Ada pemimpin yang tidar menyedari bahawa mereka diletakkan di singahsana oleh rakyat. Tempat yang dianugerahkan dikhianati dan rakyat diperhambakan.

Tiada apa yang boleh Umno banggakan mempunyai pemimpin seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo. Malahan lebih berfaedah sekiranya pemimpin seperti Khir Toyo disingkirkan dari parti dan diperosok ke penjara kerana mengkhianati negara dan rakyat.Berapa gaji Khir Toyo ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor? RM100,000 sebulan? RM50,000 sebulan?.



SPR sudah mula persiapan awal adakan PRU-13

on

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Sementara pelbagai pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa termasuk sebelum Ramadan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memulakan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu memandangkan Negara sudah memasuki tahun keempat mandat semasa.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List