Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

on Mar 8, 2013





Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar

Saiful Bukhari


 Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.
 

Apa Kata Saiful Pulak.....

Photobucket

Rahsia Sulu 8 - Rusuhan Tersembunyi

on




The Sceret of Solok part 8

Apakah rusuhan tersenbunyi? 
mari memahami sejarah politik Sabah


Published on Jan 21, 2013


Apa yang berlaku selepas sebuah pemerintahan politik berakhir? Selepas berkhidmat selama dua penggal sebagai kerajaan Sabah,Parti Berjaya yang diketuai oleh parti Barisan Nasional (BN) telah digulingkan oleh pendatang baru iaitu Parti Bersatu Sabah, dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu. Pada malam 1985, apabila pilihanraya peringkat negeri diumumkan, gabungan rahsia antara PBS dan USNO telah berkecai dan telah membawa kepada sebuah pertarungan kuasa yang berlaku di Istana kerajaan negeri. Ini akan menjadi sebuah contoh kepada demonstrasi yang berlaku pada tahun berikutnya. Sebuah kejadian yang jarang dibincangkan hari ini -- Sebuah rusuhan senyap.

Hari ini,kejadian Lahad Datu seolah petanda kejatuhan BN bukan sahaja di Sabah namun Putrajaya bakal bertukar tanggan. ini hasil kejelekan umno BN yang memaksa rakyat bankit menentang kerajaan BN yang bersekonkol memberi ic kepada pendatang dan hasilnya... pemerintah bertempur dengan rakyat sendiri yang di beri ic.

Apa yang berlaku sebenarnya usha pemerintah merancang sesuatu kemudian "tak menjadi" dan peristiwa hitam Lahad Datu menjadi pemangkin kebangkitan lebih ramai Sulu2 yang menjadi warganegara .

Terdapat lebih Sejuta warga/rakyat Sulu yang di beri ic dan hak untuk mengundi. inilah puncanya mengapa kerajaan BN berkerja keras untuk berunding dan mengelakkan tumpah darah! Namun dalam media mereka mengambarkan ketertiban pemerintah yang baik hati berbincang dengan penceroboh Sulu.

Adakah anda jelas memahami situasi ini? bayangkan.. beratus2 tentera sulu yang terbunuh.. bagaimana mungkin jutaan Sulu akan mengundi BN dalam PRU?Inilah masanya PELURU MAKAN TUAn.. skrip asal tak menjadi.. jauh tersasar..kemungkinan.. jika perkara ini berlarutan.. apa tak mustahil Najib mengumunkan Sabah digantung pembubaran parlimen?

Maka terkebil kebillah Pakatan Rakyat kerana kerusi penentuan parlimen Sabah hilang..media akan SPIN menagatakan PR yang suka Sabah "DARURAT" walhal sebenarnya BN....

LIHATLAH ANAK MUDA!!!
sejarah tidak pernah menipu!!!
1986 sabah sesudah kekalahan BN ditangan GABUNGAN USNO PBS!
-rusuhan 48 hari
-letupan bom
-bakar masjid
-5 terbunuh
-palang salib di masjid
-39hari perintah berkurung
ini perlukan jawapan!!!



Tonton video ini dan ketahuilah.. dari sinilah wujudnya PROJEK IC dan skandal membawa orang Sulu menjadi warganegara......dan akhirnya peluru makan tuan!!!


ikhsan "King Of Goblok"
Photobucket

Rahsia Sulu 7

on



Pengakuan Sulu bahawa Pakatan Rakyat tidak  kena mengena dalam ini kes!    



Ingat.. berperang sesama Islam bukan mati Syahid taw!!!!


Rakyat Sulu,mereka sama macam kita rumpun Melayu,Muslim
mengapa muslim berbunuhan?

  

Sulu juga layan Hindustan... terbuai buai gua mendengarnya.. hik hik hik...

Kartunis ni orang Sulu,ada ic.. kenal tak siapa dia? jika ada permintaan.. gua akan kenalkan ..siapakah gerangan kartunis dari sulu yang hidop dikalangan kita semua..

Malaysia perlulah memahami bahawa, hal PTI di Sabah dan di Tanah Melayu sangat jauh berbeza. Menangkap PTI Indonesia, Myanmar dan India di Tanah Melayu dan kemudian menghalau mereka kembali ke negara asal mereka adalah mudah tanpa apa-apa kebimbangan konflik kedaulatan wilayah dan sebagainya. 

Berbeza dengan di Sabah, dengan statistik penduduk Sabah 3.2 Juta, lebih separuh darinya adalah dari Kepulauan Sulu. Separuh dari masyarakat Sulu ini pula adalah yang dilabel oleh Sabahan dan kerajaan Malaysia sebagai PTI. Jumlah mereka ratusan ribu orang yang separuh dari mereka biasa menggunakan senjata api automatik. 

Walau pun mereka ini ditangkap dan dipijak-pijak dalam rumah merah sebagai PTI dan tampak tidak melawan, namun mereka adalah berpotensi dijadikan tentera militia dimasa-masa akan datang. Hal ini perlu dilihat dari segi dalaman seperti ini terlebih dahulu sebelum melompat kepada yang lebih besar seperti "membrokerkan diri menjadi pendamai". Kalau kena pada tempatnya tidak apa, tapi nampaknya semakin mengarah kepada "seperti tikus membaiki labu".

Nampaknya krisis Sulu yang cuba diambil kesempatan oleh kerajaan umno bakal memakan diri sendiri.. undi Sulu berjumlah 800,000 bakal memihak kepada Pakatan Rakyat!!!!


ikhsan "King Of Goblok"

Photobucket

Rahsia Sulu 6 - Zahid Hamidi jumpa wakil Sulu...?

on




Dipetik dari sumber Sulu [ Sumber Malaysia tak mungkin keluar media]

PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI 

DENGAN 

WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI)

 DI HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) MALAM TADI 5hb Mac 2013.


Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), 

MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) 

Yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) 

Dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.


PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya. 


Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.

Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.

Buktinya terdapat ucapan keamanan Sultan Bantilan II (ketika itu nama baginda ialah Datu Ladjamura) dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu (buku ini ditulis oleh penulis dalam bahasa Melayu dan kemudian diterjemah oleh Sabah Islamic Media Sdn Bhd ke bahasa Inggeris untuk edaran antarabangsa, buku ini dirasmikan oleh salah seorang Timbalan Menteri Sabah pada tahun 2007. Ini bermakna secara teknikal buku Tausug dan Kesultanan Sulu adalah buku yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sabah termasuk kenyataan aman oleh Datu Ladjamura di situ. RTM dan beberapa akhbar tempatan negeri Sabah turut membuat liputan pada perasmian buku Tausug dan Kesultanan Sulu itu di Dewan Perpustakaan Tawau tahun 2007.

Walau pun SUARA DAMAI dan KEAMANAN dari keluarga BANTILAN itu sudah lama berkumandang di Malaysia sejak 2007 itu namun tiada siapa yang peduli, hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan Malaysia. Malah laungan DAMAI dan KEAMANAN ini terus menerobos kepulauan Sulu sehingga menjadikan keluarga KIRAM berasa terancam pula. SSDI sudah lama mengutus utusan damai kepada keluarga KIRAM sejak 2006 lagi untuk sama-sama bersatu dalam gerakan aman SSDI tanpa senjata.

Nampaknya KUASA BESAR yang sedang melabuhkan punggungnya di pulau Jolo itu itu tidak senang hati perjuangan KEAMANAN SSDI. Sehingga kita berasakan bahawa mereka telah bertindak mendokong pencerobohan di Lahad Datu itu.

Untuk mengakhiri catatan ini, ayuh kita sama-sama membaca Salawat Tafrijiyyah ini, yang mana amalan Salawat ini turut menjadi amalan harian Dato' Seri Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi (beliau berketurunan yang ada kaitan dengan Ahlulbait dari kesultanan Jogjakarta). Saya tidak menyangka, seorang Menteri Malaysia seperti beliau sangat istiqamah dalam amalan Salawat hebat ini. Tidak hairan wajah-wajah para pengamal salawat ini senantiasa tenang dan terpancar NUR barokah. Semoga Allah swt menghapuskan segala Fitnah besar yang sedang melanda ini buat kita umat Islam Malaysia dan Sulu malah Dunia amnya. berkat pembacaan Salawat Tafrijiyyah ini AMIIIIIN YA RABBAL ALAMIN.



BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?



MALAYSIA MENCARI JALAN KELUAR

Malaysia memerlukan jalan keluar dari terlibat secara berterusan dengan mengambil langkah alternatif demi keselamatan wilayah dan POLITIK dalamannya. Ataupun berterusan mendokong MILF-Filipina sehingga mengorbankan kepentingannya sendiri yang selama ini diusahakan "terus tersorok" (kes Kesultanan Sulu). 

Malaysia mempunyai 3 agenda untuk bantu pelan damai Mindanao dengan Filipina, 

  1. Pertama kerana hendak selamatkan karier politik Kerajaan yang semakin terancam oleh parti oposisi terutama dalam kes RCI (Suruhanjaya Diraja Menyiasat IC PROJEK/PALSU) di Sabah (penganalisis politik tahu hal ini) terpaksa dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia atas desakan pengundi Sabah dan parti-parti oposisi. Sebarang kegagalan bertindak dari pihak Kerajaan menangani pendatang asing, maka mereka akan kehilangan undi pada PRU-13 nanti.
  2. Kedua kerana RCI itu perlukan dokongan dari selatan Filipina, yakni tanpa keamanan di sana, RCI tidak dapat dilaksanakan secara efektif untuk menghalau Muslimin Sulu-Mindanao (PTI) kembali ke tempat asal mereka. Dalam masa yang sama Muslimin Sulu-Mindanao turut tidak berasa kecil hati sekiranya dihalau kerana Malaysia telah membantu amankan Selatan buat mereka. Yakni, sudah mudah mencari makan di Sulu-Mindanao kerana Malaysia telah janjikan dana besar buat FILIPINA UNTUK MEMBANGUNKAN SELATAN.
  3. Ketiga kerana tanggungjawab Malaysia terhadap kemakmuran jirannya yang bukan sahaja jiran itu berhak dibantu malah penduduknya adalah saudara seIslam, disamping itu juga dapat mailej antarabangsa terhadap bantuan damai tersebut.

Nah sudah jelas mengapa BN cuba beralah dengan orang orang Sulu? Tahukah anda.. seramai 800,000 orang sulu telahpun menjadi warganegara dan ada hak untuk mengundi.. Dikhuatiri undi protes oleh warga Sulu akan jadi medium membalas dendam dan inilah yang di takuti oleh umno....sekian RAHSIA sudah terbongkar...

Next Episod... bongkar perkampungan Sulu di Johor,Melaka dan seluruh semenanjung...



ikhsan "King Of Goblok"
Photobucket

Rahsia Sulu 5 - Jemputan dari penyerang Lahad Datu...?

on





PERHIMPUNAN NUR MISUARI DAN 
MNLF DI PULAU JOLO SULU 


Welcome to Sulu



TARIKH : 3hb Januari 2013... 

AGENDA:

1 -Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi PEMERINTAHAN MILF-FILIPINA yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

 2 -Mendapatkan sokongan dan saranan apakah TAUSUG bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan NOERTH BORNEO SEMULA? KALAU NAK TUNTUT BAGAIMANA?

ADAKAH PERLU MENGANGKAT KESULTANAN SULU? KALAU YA, SIAPA SULTAN YANG DISOKONG DAN DIDOKONG?

3 -Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baru sedangkan perjanjian lama belum dilaksanakan.

4 - APAKAH REAKSI TAUSUG di Sabah terhadap gerakan MNLF di Sulu ini?




Perancangan dibuat Awal tahun 2013.. bagaimana Menteri KDN gagal memahami hasrat dan kekuatan tentera Sulu? dan lebih parah mengarahkan Polis bukannya tentera!!!

Nah.. akibat kelemahan menteri.. nyawa polis polis dan rakyat di pertaruhkan...

Mari lihat bukti kekuatan tentera mereka ... adakah bukti bukti ini hanya khabar angin dan mereka ini tidak merbahaya?

layakkah Hisyamudin sepupu Najib ini memimpin hal ehwal keselamatan negara?








Memandangkan kaum Sulu ni di anggarkan seramai 800,000 orang bermaustatin di Malaysia serta mendapat taraf WARGANEGARA beserta IC...mesti ada di kalangan mereka yg telah di terima bekerja di dalam sektor awam termasuk polis & tentera.. Persoalannya,adakah mereka2 ini boleh setia kpd negara dan menyimpan rahsia ketenteraan serta pertahanan negara??
Baca part 1
  Baca part 2



Jika anda sudah faham maktlamat mereka.. mari kita bongkar sejumlah 800,000 orang Sulu yang di beri kewarganegaraan di Sabah kemudian di seludup masuk ke semenanjung untuk menjadi pengundi dalam part 6 dan 7 .. ikuti siri siri pendedahan

ikhsan "King Of Goblok"

Photobucket

Rahsia Sulu 4 - Penempatan Sulu di Melaka

on



Tahukah anda.. di Melaka ada sebuah kampung yang di huni oleh orang orang Sulu?

Inilah akibatnya ghairah memberi kad pengenalan kepada orang asing...

Gua bukan melaga lagakan dan membentuk rasa benci.. cukuplah kita semua "tahu" ada sesuatu yang asing sedang di rancang...

Lagi dua kawasan penempatan Solok Lama di sekitar Masjid Tanah, Melaka....



Apa itu SOLOK? @ SULU?

Solok ada 2 kategori iaitu ni solok tausug dan solok sumetra . Kedua duanya adalah sama . tapi bila gua perhatikan bermakna mereka seperti buakn lagi bangsa tausug yang berketurunan nenek moyang mereka yang asal seperti mana bangsa tausug di Sabah, lebih kurang camni lah yang gua faham. 

Memang begitulah lazimnya kalau dah jadi penghijrah (Malayu)... sebab tu orang Solok di Melaka tak mahu peningkan kepala generasinya yang banyak musuh... mereka hanya gunakan satu KOD rahsia iaitu "TAU MALAYU'... bermaksud orang Dagang Dari jauh..

Ramai sahabat2 Tausug dan juga rakan-rakan Melayu bertanya bertanya, "Mengapa saudara XXX memperjuangkan SSDI? Bukankah lebih baik menyatu dalam kumpulan MNLF-MILF?

" Jawapan ringkas, saya adalah anak-anak bekas pejuang MNLF, mereka adalah perjuangan baru untuk republik... tapi telah tewas pada 1996 dimeja rundingan. Bukannya dapat negara Republik yang dikatakan sebagai Merdeka, yang dapat hanyalah KERAKYATAN FILIFINA dalam Autonomi. 

Kami generasi baru telah mengkaji sejarah Sulu dan mendapati negara kepulauan itu punya TUAN... iaitu Bangsa Tausug (Buranun, Sama, Yakan, Subanen, Kalibugan, Kagayan etc) dengan nama negara iaitu NEGARA KESULTANAN SULU... BUKANNYA REPUBLIK BANGSAMORO!! 


Dan kami dapati bahawa, kewujudan angkatan bersenjata itu seperti didorong dari belakang oleh "tangan-tangan celaka" agar Tausug dan sejarah DARUL ISLAM mereka akan hilang dan seterusnya berganti dengan NASIONALISME BANGSAMORO.. Nama MORO sahaja sudah kelihatan janggal untuk dinamakan BANGSA... satu nama pelik yang hanya sesuai digelar kepada Bangsa Berber-Arab di Andalusia. Ia dikatakan pelik kerana BANGSA MORO dinamakan bangsa di Selatan Filipina tanpa bahasa dan budaya MORO...!!

Apakah kaitan umno dah Solok?


ikhsan "King Of Goblok"
Photobucket

Rahsia Sulu 3

on




WAJARKAH kami rakyat SABAH untuk masih bertuankan KESULTANAN SULU yang jelas2 telah mengkhianati rakyatnya di sabah dengan mangadaikan negeri sabah pada BRITISH...?

MEMBIARKAN kami berjuang sendiri mempertahankan tanahair SABAH sewaktu peristiwa KONFRANTASI dulu....membiarkan kami menentang komunis,membiarkan kami menentang penjajahan jepun,membiarkan kami membangunkan ekonomi kami sendiri sehingalah warga2 SULU itu tertarik kembali untuk menuntut sabah....

MAMPUKAH SULTAN SULU untuk membangunkan sabah sepertimana sekarang sedangkan wilayahnya di MINDANAO itu tetap MUNDUR sehinggakan rakyatnya sendiri sanggup menjadi pendatang asing,disumbat di rumah merah malah dirotan semata mata melarikan diri dari kepompong kemiskinan disana.. 

WAJARKAH kami untuk MENDAULATKAN mereka yang tidak berjuang untuk keamanan kami di SABAH namun sebaliknya mewujudkan kekecohan,ketakutan malah menconteng arang dimuka kami....mengapa tidak diadakan UNDIAN/PUNGUTAN SUARA dari PERIBUMI asli sabah dan DAYAK2 BORNEO samaada masih ingin BERSULTANKAN RAJA RAJA SULU atau memalingkan kesetiaan kami kepada RAJA RAJA MELAYU??

Ini adalah persoalan mengapa Sulu bangkit dan mengapa ada pihak mengambil kesempatan ini untuk mendaruratkan Sabah?



Warna Warni Lahad Datu Kronologi:


 - Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut. - Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. 

Nota : Ini part yang unit risikan gagal membaca kekuatan mereka dan Hisyamudin mengatakan ianya khabar angin dan mereka tidak merbahaya.

Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka. - Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. 

Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI). 

 - Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang. - Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. 

Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka. - Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. 

Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu. - Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. 

Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo. 

 - Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. 

Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu. 

 - Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. 

Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.

 - Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk menjadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. 

Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. 

Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. 

Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.


- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. 

Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. 

Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA. 

 - Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. 

Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.

 - Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal, malah sekarang ini anak ikan2 buntal sekarang sedang kelaparan ....


Inilah kad pengenalan Sulu


ikhsan "King Of Goblok"
Photobucket

Rahsia Sulu 2

on






Untuk memahami apa kehendak Sulu,mari kita memahami sejarah perjanjian secara ringkas..

Mereka berkata SABAH adalah milik KIRAM sebab itu kiram 9 keluarga menerima pampasan sebanyak rm5300 setahun. Menurut mereka Kiram adalah FILIPINO maka itulah sebabnya Filipina adalah pemilik SABAH.

Kenyataan bodoh ini masih dipertahankan oleh Filipina dan diangguk oleh keluarga KIRAM tanpa memahami KONTEKS penipuan HAKIM MAKASKIE terhadap KIRAM.

Bila Hakim Makaskie memukul tukul hakimnya bahawa 9 waris Kiram layak mendapat agihan dari PAMPASAN itu maka adakah ini bermakna SABAH milik KIRAM dari 9 keluarga ini? TIDAK... Hakim Makaskie menamakannya PAMPASAN bukannya wang PAJAKAN. Inilah helah British yg tidak disedari oleh KIRAM.

Sepatutnya Hakim makaskie memilih antara dua anak lelaki Rajamuda Mawallilwasit bin Sultan Jamalul Alam menjadi SULTAN SULU sebagai ketua KERAJAAN SULU untuk layak menerima WANG PAJAKAN (sewaan) itu. Wang pajakan bukan harta peribadi, ianya termasuk dalam harta negara. Yang mana RAKYAT SULU keseluruhan berhak menerimanya sekali bersama Sultan mereka.

Helah Hakim Makaskie ialah melantik kesemua waris yg menuntut itu seramai 9 orang agar tiada lagi SULTAN SULU. Hal ini tidak disedari oleh KIRAM. Kerana dalam penghakiman ini tiada satu pun dari pihak Datu Punjungan dan Datu Esmail I yg disebut sebagai SULTAN SULU.

Maka itu WANG PAJAKAN disebut oleh Hakim Makaskie sebagai WANG PAMPASAN waris Sultan... bukan SULTAN SULU.



Nota dari orang Sulu :

INSIDEN DI LAHAD DATU
Kita melihat kejadian di Lahad Datu dari 2 aspek :

1. Konflik Sejarah.

- “Sultan Sulu” masih menganggap SABAH dibawah kekuasaannya, walaupun mereka gagal memberikan bukti bertulis atau membawa kes ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ)

2. Memancing campur tangan Kuasa Luar.

- Sepertimana yang diketahui, negara asing memang berminat mewujudkan satu keadaan tidak aman di Malaysia. Ini ditambah lagi dengan agen-agen asing yang dilantik dengan saluran dana berjuta-juta dolar kepada pertubuhan NGO yang diragukan identiti mereka.

Kesimpulan : Pertumpahan darah bukanlah satu jalan terbaik. Kerajaan Malaysia melalui ATM dan PDRM serta Majlis Keselamatan Negara pastinya mempunyai taktikal yang mempunyai beberapa option seperti:-

a) Rundingan
b) Pujuk rayu
c) Diplomasi antara negara
d) Serangan bersenjata.

Ingat, peristiwa di Bukit Jenalek Perak (Kes Al-Maunah), PDRM dan ATM telah menggunakan pelbagai kaedah sebelum tindakan senjata dilaksanakan.

Perlu diberi perhatian, yang MULA melakukan PENCEROBOHAN adalah kumpulan TENTERA “SULTAN SULU”. Dan mereka telah diajak serta dipujuk untuk keluar. Sayugia diberi perhatian, mereka BUKAN RAKYAT MALAYSIA.


.... APA PUN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN PELBAGAI KAEDAH SEBELUM MELAKSANAKAN TINDAKAN BERSENJATA!!!

Misteri... apakah rahsia perjanjian Najib dan Filipin antara MILF yang masuk berita baru baru ini??

ikhsan "King Of Goblok"
Photobucket

Rahsia Sulu 1

on




Lewat malam tadi, seorang sahabat mengirim maklumat yang menjadi kehairanannya… Beliau menceritakan : “sebenarnya sepanjang perjalanan ke Semporna dari Tawau… sahabat suami isteri menceritakan bagaimana suatu ketika dulu orang2 Sulu (mereka sebut sebagai orang Solok) di beri IC oleh Umno aka kerajaan Malaysia untuk memenangkan Umno-BN. 

Dengan perkembangan terkini, kelihatan bendera lambang PKR juga PAS juga kelihatan. sambutan ceramah DS Anwar baru2 ini juga mendapat sambutan yang tidak di duga.. Umno rasa terancam & seolah seperti tidak di balas budi dengan pmberian IC dulu kepada keturunan Sulu ini. 

Dengan masyarakat Sulu antara penyokong kuat PKR & PAS yang baru, Sabah & Sarawak yang selama ini adalah ‘talian hayat ‘ untuk Umno-BN perintah Malaysia seperti kedudukan telur di hujung tanduk & tidak lagi boleh di harapkan.” 

 “Peristiwa yang berlaku di CIMB bank semasa beratur untuk mengeluarkan wang juga membuat saya berfikir di luar kotak. Seorang wanita telah melepaskan geramnya dengan berkata kuat memarahi Kerajaan Malaysia : “Suami aku masih di lokasi gerakan sbgai komando, kumpulan sulu diberikan makanan oleh kerajaan Msia, anggota komando dibiarkan berlapar”

Sambungnya lagi… beliau juga ada menceritakan bagaimana dalam satu babak di mana, pihak kumpulan Sulu ini mengibarkan bendera putih, dan anggota komando yang menghampiri di tembak…” Allahu A’lam Diberi makanan??? 

Ini satu kerja konspirasi menjahanam rakyat sendiri untuk kepentingan segelintir manusia yang TAMAK dan RAKUS dengan kuasa. Seorang rakan biz kami juga bekas tentera merumuskan jalan cerita seolah2 drama Al-Maunah di Sauk. Mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu Orang Sulu seolah PKR & PAS yang terlibat secara terus dengan orang Sulu.

Dari penceritaan orang Sulu jelaslah.. umno BN memberikan mereka kewargenagaraan dan mereka menakut nakutkan Sulu bahawa Orang Sulu akan di buang kewarganegaraannya dan ini merbahayakan Sulu sulu yang ada..

Sebenarnya.. Bukan Sulu yang dalam bahaya.. yang bahaya ialah BN.. Sebab rakyat Sabah bangkit ingin ubah politik negara dengan menumbangkan BN dan menaikkan PR .

Jadi perancangan licik dibuat bagi membuat Sabah darurat dan Sabah terpisah dari pilihanraya umum..

Apakah perancangan Sulu dan umno?


ikhsan "King Of Goblok"
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List