GEREJA DIMINTA JAGA LIMA ANAK.

on Aug 21, 2011




UALA LUMPUR, 21 Ogos — Ketika kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja masih belum reda, akhbar tempatan melaporkan pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan mempertikaikan tindakan seorang doktor menyerahkan lima anaknya untuk dijaga oleh sebuah gereja. 
Akhbar Metro Ahad, edisi mingguan Harian Metro melaporkan, menurut kenyataan Jais doktor yang tidak dinamakan itu telah melakukan satu kesalahan. Menurut Jais, di bawah Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, menjadi satu kesalahan menyerahkan urusan menjaga anak masing-masing kepada bukan Islam. 
Laporan terbaru ini muncul di sebalik siri tulisan akhbar-akhbar pro-Umno minggu lalu mengenai dakwaan Kristian mahu memurtadkan Muslim. 
Metro Ahad melaporkan bapa terbabit menyerahkan lima beradik terbabit kepada pengurusan gereja selepas dia dikatakan mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya. 
Doktor itu enggan menyerahkan anaknya kepada pusat jagaan kerajaan atau organisasi swasta beragama Islam biarpun pihak gereja bersedia berbuat demikian. 
Menyedari masalah itu, sebuah badan kebajikan daripada pertubuhan bukan kerajaan kini berusaha mengeluarkan lima beradik berusia lima hingga 15 tahun itu daripada jagaan gereja. 
Akhbar itu melaporkan kes tersebut terbongkar selepas pengurusan gereja menghubungi pusat kebajikan terbabit kerana tidak mahu berlaku isu berbangkit, terutama selepas isu serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya awal bulan ini. 
Akhbar itu memetik Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh Juhaidi Yean Abdullah berkata, pengurusan gereja memaklumkan kehadiran lima beradik itu kepadanya dan ingin menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan itu. 
“Selepas beberapa kali membuat perbincangan dengan pengurusan gereja, mereka bersetuju menyerahkan kanak-kanak terbabit, namun hasrat itu dihalang bapa mereka dengan alasan tidak mahu anaknya diserahkan kepada pihak lain. 
“Pihak gereja pula tidak mahu kehadiran kanak-kanak itu menjadi isu sensitif dan meminta mereka diserahkan kepada pihak lain (pengurusan beragama Islam),” kata Juhaidi Yean.
Menurut laporan itu, pendirian bapa kanak-kanak terbabit menyebabkan pengurusan gereja dalam dilema dan meminta jalan penyelesaian daripada pengurusan Baitul Fiqh. 
“Inilah permuafakatan yang wujud dalam konteks bebas beragama di negara kita, tetapi masalah lain pula timbul apabila waris kanak-kanak itu enggan menyerahkan anaknya kepada pihak kita. 
“Sebenarnya, saya tidak pasti apa lagi yang boleh saya lakukan kerana tidak pernah mengendalikan kes seperti ini selain tiada kuasa mengambil hak penjagaan daripada waris yang memberi amanah kepada pihak lain,” katanya lagi. 
Juhaidi Yean berkata dia bersedia memberi maklumat kepada Jais jika diminta berbuat demikian, malah pengurusan gereja turut bersedia memberi kerjasama jika diperlukan. Presiden Persatuan Peguam-peguam Syarie Malaysia Mohamad Isa Ralip memberitahu, Baitul Fiqh boleh memohon hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah. 
“Dalam hal ini, saya memuji pastor yang cuba menghantar anak mereka ke Baitul Fiqh. Ini kerana beliau tahu mengenai sensitiviti agama dan Muslim perlu ada penjaga,” kata beliau.


KHAIRY BUKAN CALON MENANG...?

on



NONE

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi.

Khairy berkata perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.

"Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan," kata Khairy.

Menurutnya, mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan Umno kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat.

"Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN," katanya.

KOMEN.......
  • Pemuda Pewaris Malaya ·  Pengulas Tertinggi
    Sindiran pd PM pun bukan calon menang, menang pun sebab MENIPU UNDI, Angkut peti undi HANTU entah dari mana, Semua Rakyat Malaysia dah tahu sekarang bn barang naik MEROMPAK M'sia dgn cara MENIPU, PRU-13 pun Masih Plan Nak Menipu, Bagi IC pada Indon Bangla ~ Sila LIKEs
    • Hasmira Hasmi ·  Pengulas Tertinggi · SGB
      dulu khairi kata tak mahu tanding lagi,ni nak dapat simpati najib la tu,dia jarang turun ke rembau,asyik sibuk dengan ketua pemuda yang tak dipercayai najib.
  • Zaki Yamani ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    "Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan"... punya la mandom Pemuda ni... Melapor je keje ko?
    • Shahrizal Shaari
      Dekat rembau boleh menang tu, tapi dia jugalah faktor pembawa kekalahn di tempat2 lain
    • Zulfikar Ali Ariffin
      Bukan lapor tapi ugut..
    • Tokgondang Tok ·  Pengulas Tertinggi · Consultant di Self employed
      Kj hang patut bertanding.K/Penuda cakap camni maknamya lu Paria punya k/pemuda.Pi belajar politik lah lagi budak berhingus.Takada klas punya leader.lawanmu menantiiiiiiii
  • Jenny Oo · Bekerja di Kerani pentadbiran
    kalo Xpilih masuk PR...Ha....
    • Kyoshin Pj ·  Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      tunggu dah saksi kan la....banyak kejutan akan berlaku pada pr13 ini......
    • Muhammad Rafael ·  Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
      kesian KJ..jd ahli parlimen,ketua pemuda umno pula tu..tp tiada jwtn dlm kerajaan..yg ada jwtn dlm kerajaan..adlh sampah2 bukan ahli parlimen yg tewas tp dikutip semula oleh najib utk jd menteri penuh spt sharizat,ex penang CM. bgs lah tu dia tarik diri..rosmah mansur leh ganti..rusmah mansur pun leh juga jd ketua pemuda umno.
    • Abdullah Alif ·  Pengulas Tertinggi
      KJ.. lebih baik kamu berkemas kemas untuk chow.. senang nanti bila dah tak di calunkan kamu dah ada pun kat tempat asal usul kamu... tapi kalau nak bertanding jagak kena la guna kipas hikmat.. kha kha kha
  • Kang Razzi Armansur ·  Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
    Zaman kamu dah berakhir. Zaman ayah mertua jadi PM, kamulah hero! Sekarang Zero!





Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List