Terkini !! Harun Din Keluar PAS ...?

on Feb 15, 2013







Ini berita yang baru gua terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Gua dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.


Untuk Kebenaran Tanya Lah  Blog AzmykelanaJaya  Dan Blog MPP online


Dan Lagi Di Blog Flying Kick


Photobucket

4 Cara Penipuan Licik Oleh SPR

on





Kali ini, saya ingin memberitahu beberapa cara-cara dan teknik penipuan yang telah, sedang dan akan dipakai. Parti United Malays National Organisation dengan kerjasama SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan seluruh agensi kerajaan sedang bersedia untuk menipu dalam PRU 13. Ini bukan tohmahan.

Kita tahu teknik menggunakan Kad Pengenalan Segera kepada pendatang haram. Ini telah dibuktikan. Ini bukan rahsia. Tetapi masih ada lagi teknik penipun yang dirancang dengan licik. Sekali imbas, jika salah pandang, maka kita tidak menyangka yang kita TIDAK kena tipu. SPR dan kuncu-kuncunya menjalankan penipuan dengan licik dan cekap. Lebih cekap dari Jantan Nigeria menjaja Black Money.

CARA TIPU PERTAMA: Pengunaan dakwat hitam sebenarnya penipuan yang amat jelas. Dalam pilihan raya di negara lain di dunia – jari dicelup dakwat hitam sebagai tanda TELAH mengundi. Ini bermakna kalau jari ada dakwat hitam, maka Si Polan ini tidak dibenarkan datang berhampiran tempat mengundi. Ada dakwat tak boleh dapat kertas undi.

Tetapi di Malaysia – jari tercalit dakwat hitam bermakna dapat kertas undi. Pelik? Di Malaysia, bakal pengundi dicalit dakwat hitam dahulu kemudian baru diberi kertas untuk mengundi. Pelik! Kenapa TIDAK celup dakwat hitam sesudah mengundi? Kenapa ada tanda dakwat hitam baru dapat kertas undi? Hairan? Jangan hairan. Jangan terperanjat. Semua sengaja dirancang SPR untuk menipu. Bagaimana penipuan berjalan?

Senang sahaja. Dalam PRU 13, ada satu ‘kontijen baru’ dibentuk SPR. Mereka dinamakan Pengundi Awal. Ada seramai 240,000 angka rasmi Pengundi Awal. Mereka adalah pekerja SPR yang akan mengundi awal. Tangan mereka dicalit dakwat hitam kerana mereka mengundi awal.

Tetapi walaupun ada calitan dakwat hitam – si Pengundi Awal boleh dapat kertas undi sekali lagi. Ini kerana di Malaysia ada calitan dakwat masih bisa mengundi. Bayangkan berapa ramai dari 240,000 yang akan mengundi sekali lagi? Ada dakwat hitam boleh dapat kertas undi. Nampak cara menipu? Jelas.

CARA TIPU KEDUA: Kita pernah dengar bagaimana Azalina Osman dari Parlimen Pengerang menang dua kali pilihan raya dengan membeli bakal calon PKR. Ini bukan rahsia lagi. Kita sedar bagaimana bakal calon akan disogok, dibeli atau diculik sebelum hari penamaan calon. Tapi kali ini ada rancangan lebih.

Hakikatnya dalam pilihan raya di Malaysia, bukan berapa ramai penyokong datang mengundi. Tetapi siapa yang menjadi pengira undi.

Parti bertanding menyediakan apa yang dikenali sebagai PACABA – Ejen Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Bilik Mengundi. Mereka diberi latihan. Anggota PACABA dari aktivis parti. Mereka bekerja sukarela di hari mengundi. Tetapi mereka jugalah benteng pertahanan awal paling lemah.

Kerana kali ini – khususnya di Selangor – United Malays National Organisation menubuhkan dana khas untuk membeli PACABA Pakatan. Ini sebagai ‘top-up’ undi pendatang haram yang disusun di Selangor. Selangor menjadi sasaran kerana mati hidup politik Najib bergantung pada Selangor. Walaupun wujudnya 134,000 pengundi yang tidak diketahui asal usul mereka – membeli PACABA adalah satu lagi jaminan kemenangan.

Membeli PACABA bukan satu yang baru. Pada pilihan raya 2008, satu kes berlaku di Lembah Pantai. Kes ini membuktikan bagaimana undang-undang dan peraturan SPR bertujuan untuk menipu.

Di Bukit Kerinchi, setelah undi dikira tetiba PACABA PKR terperanjat apabila diberitahu bahawa Borang 14 telah habis. Borang 14 adalah borang wajib untuk menentukan jumlah undi. Tanpa PACABA menandatangani borang, maka undi di saluran tidak sah. Taktik jahat SPR telah digagalkan apabila pekerja PKR merantai bilik mengundi dan mengunci pintu masuk ke sekolah. Ini kerana ada PACABA PKR yang keras kepala dan TIDAK dapat dibeli malam itu.

Kes seakan-akan sama juga berlaku di pilihan raya kecil Sibu – 16 Mei 2010. Ingatkan kembali bagaimana tetiba – sesudah kiraan undi selesai – sampai kotak undi pos. Walhal – undi pos – dijalankan lebih awal dan pengiraan dilakukan lebih awal. Kes Sibu memperlihat bagaimana PACABA cuba dibeli, tetapi gagal.

CARA TIPU KETIGA: PRU 13 ada satu berita baik. Telah diumumkan SPR bahawa warga Malaysia di luar negara boleh mengundi. Sekali dengar memang betul ini berita baik. Tetapi ini juga satu lagi penipuan. BERSIH 2.0 telah meminta SPR menerangkan mekanisme Pengundi Luar Negara. Hingga ke hari ini SPR gagal menerangkan bagaimana pengundian dijalankan.

Justeru, jangan terperanjat jika tetiba akan sampai undi luar negara untuk ‘top-up’ undi calon Rosmah yang wajib dimenangkan.

CARA KEEMPAT: Kotak undi sampai lambat. Kes klasik berlaku di Pekan pada 1999. Ramli Muhamad dari PAS mendapat 12,904. Kiraan undi menunjukkan Ramli menang dan Najib Razak dari United Malays National Organisation kalah. Tetiba datang satu kotak undi Orang Asli. Undi Najib tetiba menjadi 13,148. Najib akhirnya diselamatkan oleh 241 ‘undi tipu’. Ini sejarah. Ini fakta. Ini bukan fitnah.

Empat penipuan ini bukan baru. Cara penipuan telah, sedang dan akan digunakan. Pembaca wajib sedar ketika United Malays National Organisation kuat dan popular, penipuan terus dijalankan. Justeru, hari ini ketika Ketuanan Melayu amat lemah, mustahil tiada penipuan.

(Hishamuddin Rais)



Photobucket

Pelakon, Bekas Guru Tari Akademi Fantasia, Corrie Lee Abdullah Masuk PAS....?

on






Nampak gayanya Aisyah, Abby Abadi dan Bob Lokman sudah mendapat seorang lagi pengikut untuk menyertai parti PAS menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini.

Koreografer terkenal Corrie Lee yang sudah memeluk agama islam dengan menggunakan nama islamnya Adam Corrie Abdullah dilihat menghadiri ceramah PAS Kawasan Bukit Gantang baru baru ini.

Rakaman foto dibawah ini Corrie bersama dengan YDP PAS Taiping, Ustaz Fakaruddin








Photobucket

Teori RAHMAN..Memang Betul-betul Terjadi...?

on






Melihat kepada suhu ketegangan kaum yang semakin dahsyat kini. dan UMNO pula kelihatan semakin fobia dan ekstrem dengan agenda Perkasa dan ultra-Melayunya, akhirnya BN akan dipulaukan secara total oleh yang bukan Melayu dan menyebabkan kejatuhan kerajaan BN yang terbina atas sifat kow-tow kepada orang Inggeris dahulukala.

Sekaligus membenarkan teori RAHMAN daripada kumpulan mistik penyokong UMNO. Teori yang mereka gunakan untuk menafikan Anwar kini menjadi senjata terhadap mereka sendiri, kerana N untuk Najib adalah huruf terakhir; maka dacing itupun tumbang.




Photobucket

YB Salehudin Ayob Pengsan...?

on






Kenapa anda tak percaya ka dengan gambar ini !!

Ini lah YB Salehudin Ayob  ahli parlimen Kubang Kerian Kelantan berehat sebentar kerana keletihan dengan jadual yang padat sepanjang hari.YB hidup yang penuh simple dan sederhana ! Pemimpin berjiwa rakyat .

Gamoknya sanggupkah pemimpin UMNO,,tidur dalam stor begini? ha ha..tabik spring buat YB Sallehudin...

Buat orang Johor pemimpin berginilah patut anda pilih dan cari..Memang layak pengang tampok MB jika PR berjaya tawan negeri Johor ..insyhaalah..



Photobucket

Politik gaya kita - PR serupa BN

on




Kita selalu kutuk BN kerana merahsiakan tarikh PRu tapi pakatan Rakyat juga terikut-ikut rentak yang dah lama dibentuk umno ini.

Bagaimana hendak memulakan kerja di sesuatu kawasan jika masih tidak tahu siapa yang akan bertanding di situ? Tau-tau masa penamaan calon baru tau, baru nak edar risalah dan berkempen di rumah- rumah atau sebagainya.


 Ada pulak tu tah sapa- sapa bukan penduduk tempatan kenal pun, macamana nak yakinkan pengundi?

Sebab itulah dalam hal ini DAP sangat smart. Calonnya semua menang.

Ini kerana politik hari ini, jika mahu jadi calon bukanlah semesti mesra dengan kawasan tapi mesra dengan pimpinan parti.




Photobucket

PRU13. Calon2 ADUN PR jangan perasan lebih!

on






(selamat membaca dan selamat sakit kepala)
Berebut nak jadi calon. Berebut nak kekal menjadi calon (Walaupun dah kalah banyak kali!). Alasan terkuat, PRU 12 kalah sikit.
Perak:-   N53 DUN Rungkup sebagai contoh.
Butiran keputusan adalah seperti berikut:

Data 1
Keputusan PRU12
Jumlah Pengundi13,912
Undi UMNO4,98435.8%
Undi PAS4,53032.6%
Tak keluar mengundi4,05429.1%
Majoriti4543%

Jika mengikut akal biasa, parti yang kalah perlu mendapatkan lagi 500 undi untuk mencapai kemenangan tipis dalam PRU13. Benarkah begitu? Jom lihat data di bawah:
Data 2


Pengundi
PengundiPengundiLama
2013BaruKekal






15199317612023

Jeng jeng jeng! tu dia! pengundi baru (pengundi baru + pengundi masuk berjumlah 3,176 manakala pengundi PRU13 yang meninggal dunia atau bertukar tempat mengundi seramai 1,889 (13912 – 12023).

Adakah penambahan undi sebanyak 500 untuk kemenangan tipis masih relevan? Tidakkkkkkk!!!
Cuba lihat di Data 1 di atas. UMNO menang dengan 4,984 undi (35.8%) manakala PAS tewas dengan 4,530 undi (32.6%).

Jika dibuat anggaran mudah pengundi lama masih kekal dalam daftar pemilih kini, iaitu 12,023 pengundi 35.8% UMNO hanyalah seramai 4304 pengundi manakal PAS 32.6% adalah seramai 3919 pengundi!

Berapakah carian pengundi baru yang perlu dicari PAS Rungkup untuk memenangi PRU13?
Katakanlah 38%. 38% bersamaan 5,575 pengundi. Jika ditolak dengan anggaran pengundi PAS yang masih berbaki 3,919 pengundi maka jumlah yang perlu dicari adalah seramai 1,656 pengundi.
Jom lihat faktor penghalang seperti dipamerkan dalam data 3 di bawah:

Data 3
Faktor Penghalang (pengundi baru);
a. Pengundi wanita melayu1081
b. Boomers lelaki melayu (umur 49 tahun ke atas75
Jumlah1156
baki2020

Diketahui umum Pengundi lelaki boomers melayu dan pengundi wanita melayu di luarbandar adalah penyokong tegar UMNO. Maka carian pengundi baru PAS untuk menang hanyalah dikalangan pengundi berbaki seramai 2,020 orang!


Jika penyokong PAS yang baru didaftarkan sebagai pemilih seramai atau lebih dari 1,656 pengundi, Alhamdulillah. Kalau tak cukup, cari lah sendiri....



Photobucket

Wanita PKR sama dengan Wanita UMNO jenis cari glamour...?

on



Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin


Pemimpin lelaki tak pernahpun kecoh nak kan calon lelaki ditambah. Wanita Keadilan ni kecoh betul la, baru setahun dua kenal politik, dah mengenyam nak jadi calon. Bila tak dicalonkan, haaa.... mula la tarik muka 14... macam terompah senget... nyampah aku.. ahakzzz

Wanita Keadilan ni berjuang dalam parti jenis mengenyam nak jadi calon agaknya! Tak malu ke pada Muslimah PAS yang berjuang dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, apatah lagi untuk dicalonkan.. !!! Nampak sangat wanita Keadilan ni seakan sama spesis dengan wanita Umno. Jenis cari glamour. Menyampah aku...

KEADILAN yakin calon wanita mewakili parti itu akan menang besar pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, ini berdasarkan rekod pemimpin wanita yang komited dengan perjuangan parti.

Menurutnya, peratus calon wanita yang ditonjolkan dalam PRU 13 akan bertambah mengikut agenda untuk menjadikan 30 peratus pemimpin wanita dalam parti.

“Kita mahu 30 peratus calon wanita. Tapi setakat ini sudah dapat 20 peratus. Berdasarkan prestasi, calon wanita juga mempunyai potensi menang besarseperti calon lelaki.

“Setakat ini senarai calon wanita sudah ada dalam 40 hingga 50 orang. Semuanya masih dalam proses kerana melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen,” katanya kepada Keadilan Daily.

Zuraida berkata, keyakinan itu atas dasar perjuangan wanita yang tidak berbelah bagi apabila melibatkan urusan parti walaupun dibebani pelbagai tugasan harian.

“Rakyat tidak mudah untuk menolak calon wanita kerana mereka yakin wanita berusaha keras untuk mendampingi rakyat. Mereka lebih tabah, bersemangat dan setakat ini rekod pemimpin wanita masih bersih.
“Alhamdulillah, semua calon wanita kita diterima rakyat. Cuma kali ini berkat kerja keras, tidak akan ada halangan untuk menang. Muka-muka lama InsyaAllah kita kekalkan, tapi pastinya ada penambahan muka-muka baru,” jelas Ahli Parlimen Ampang itu.

Dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, lapan calon wanita KEADILAN berjaya memenangi kerusi peringkat Parlimen dan DUN.

Daripada itu, KEADILAN berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN.

Pakatan Rakyat berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan 196 kerusi DUN 


sumber
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List