KENAPA BANGANG SANGAT PAS DAN PKR NI...?

on Apr 20, 2013





Memang bangang betul...Buat pertama kali aku menulis dan dengan nada marah aku tibai PR...

Benda sekecil ini pun tak boleh nak selesai cara bermusuarah. Semua ini menampakan kebodohan yang mencacatkan peluang PR untuk mara  lebih jauh.

Kelihatan calon calon  serta kedua dua parti ini seperti kemaruk kebendaan dan gila pangkat.Memberi persepsi buruk serta imej yang kurang baik terhadap kedua dua parti .

Ini membuka peluang dan ruang kepada media media BN memanupulasi isu perebutan sesama sendiri dan sudah semestinya akan menguntungkan BN.


Kalau perkara sekecil ini tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin PR, amat malang dan ruginya kita semua. Akar umbi serta penyokong berhempas pulas menaikan nama parti dengan berkerja berhempas pulas siang dan malam.

Tetapi mereka yang gile jawatan YB ini memusnahkan segala perancangan serta kesepakatan yang dimenterai dengan melakukan kerja bodoh melantun lantun...

 Hampehhh betui.....

BN pasti bertepuk gembira....

Media BN mendapat bola tanggung untuk memburuk burukan isu ini..

Tak caya buka TV dan Baca akhbar dari media BN esok..


.
PAS, PKR bertembung di 7 kerusi

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)


KOTA DAMANSARA, SELANGOR

Ridzuan Ismail (PAS)
Mohd Nasir Hashim (PKR)
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas)
Suppiah Anandan (Bebas)


LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN

Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)


PANTI, JOHOR

Azlisham Azahar (PAS)
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)


SEBERANG TAKIR, TERENGGANU

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)


KOTA PUTERA, TERENGGANU

Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)


BUKIT BESI, TERENGGANU

Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)



Photobucket

BAKAL DIPECAT....Bekas timbalan menteri Shariff Omar tanding 2 kerusi

on




Mohd Shariiff Omar


Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar sah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Beliau akan bertembung dengan Shabudin Yahya dari Barisan Nasional (BN) dan Datuk Abdul Rahman Mydin (Pas).

Selain itu, beliau juga bertanding kerusi Dun Sungai Dua menentang Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN) dan Zahadi Mohamad (Pas).

Pengerusi Perkasa Tasek Gelugor, Azmi Alang tidak bertanding kerana memberi laluan kepada Shariff di Dun Sungai Dua.

Bagaimanapun, seorang lagi regunya yang juga ahli jawatankuasa Umno Tasek Gelugor, Datuk Mustafa Idros untuk kerusi Dun Telok Ayer Tawar tidak hadir.



Photobucket

Ahli UMNO Di PECAT Pada Hari Penamaan Calon...!

on




Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin kecewa dengan tindakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada UMNO.

“Saya agak kecewa kerana beliau Naib Ketua Wanita UMNO, jawatan kedua tertinggi dalam Wanita UMNO melakukan perkara bertentangan dengan  peraturan, semangat perjuangan dan prinsip parti.”

“Kalau berlaku hal begini dia secara automatik dipecat daripada parti  sesuatu yang bagi saya amat mengecewakan, tetapi kita hendak menunjukkan parti bertindak tegas tidak mahu ada pembelot apatah lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya yang penting,” tegas Muhyiddin.



Photobucket

Sekitar PENAMAAN CALON Pakatan Rakyat DI MUAR

on



 Sebelum berarak ke pusat pencalonan, bacaan doa dibaca bagi permudahkan segala urusan. Kelihatan calon muda PKR di Parlimen Muar, Sdr Nor Hizwan Ahmad (berbaju melayu biru muda), calon PAS Dun Maharani Dr Mohammad Tasli (berbaju melayu kuning keemasan), dan calon PAS Dun Sungai Balang Sdr Malik Mohamad Diah (berbaju melayu hijau) sedang mengaminkan doa.


Para penyokong Pakatan Rakyat sudah berkumpul di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar sejak seawal jam 7.00 pagi. Kelihatan para penyokong sedang berkumpul selepas melakukan sunat hajat bersama-sama calon PR yang bertanding.

Calon-calon Pakatan Rakyat berarak ke Pejabat Daerah Muar untuk proses penamaan calon bersama para penyokong.

Sdr Nor Hizwan Ahmad dan Dr Mohammad Tasli sempat melayani permintaan penyokong untuk mengambil gambar sebelum menghantar borang pencalonan.

Para penyokong Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa bersemangat menantikan pengumuman SPR untuk mengesahkan pencalonan.

Selepas SPR menerima dan mengesahkan borang-borang pencalonan calon-calon Pakatan Rakyat, doa sekali lagi dibacakan memohon kemenangan pada PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini.

Tidak semua anggota polis mengangkat tangan ketikan doa dibaca, namun tidak pula kepada anggota polis ini yang turut sama-sama mengaminkan doa. Alhamdulillah.

Salah seorang penyokong mengucapkan ucapan tahniah kepada Sdr Nor Hizwan Ahmad selepas kembali dari pusat penamaan calon.



Photobucket

LAGI GAMBAR PUTERI REFORMASI AT LEMBAH PANTAI

on




http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/68506_10151537128867418_640349962_n.jpg


http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/602167_10151537128817418_267993544_n.jpg

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc3/375929_10151537129012418_1895878734_n.jpg


http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/14032_10151537129202418_441661299_n.jpg

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/531917_10151537129467418_1225568361_n.jpg

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/553051_10151537130007418_1459076701_n.jpg

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/526481_10151537129737418_328246207_n.jpg

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/547227_10151537130607418_634552612_n.jpg
Photobucket

USTAZ AZHAR IDRUS CERAMAH DI BUKIT KATIL 21 APR 2013

on




Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus akan berceramah di Kg Bukit Katil malam esok jam 8.00 malam. Program yang sepatutnya berlangsung di Taman Krubong Perdana dipindahkan ke Bukit Katil kerana ada pihak yang menghalangnya.

Program tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir.




Photobucket

Gambar TG Nik Aziz berarak bersama penyokong...

on









Photobucket

Gambar terkini artis Aishah di Jempol...

on






[Jempol] Artis terkenal tanahair, Aishah telah bersiap sedia untuk ke pusat penamaan calon mewakili PAS pada pilihanraya kali ini. Peristiwa ini mencatatkan sejarah yang tersendiri bagi PAS dan jugak tentunya bagi para pengundi di Jempol khasnya...

Moga Aishah akan terus istiqomah dengan perjuangan panjang menegakkan keadilan Islam untuk semua, moga dikurniakan Allah s.w.t kekuatan dalam berdakwah... amin...





Photobucket

Kamalia Ibrahim tanding bebas...?

on





Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata.


Photobucket

Gambar puteri Reformasi yang terkini...

on





[Lembah Pantai] Puteri Reformasi, Nurul Izzah bersiap sedia dan seperti biasa senantiasa ceria...




Pertandingan tiga penjuru di Lembah Pantai, dari kiri sdr Rusli Baba (bebas), Nurul Izzah (PKR) dan Raja Datuk Nong Chik Zainal Abidin (BN)...




Photobucket

Khalid Samad Di Pusat Penamaan Calon Shah Alam

on




https://pbs.twimg.com/media/BIQjhILCQAE3kYo.jpg:large

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/544115_643822352301637_405154187_n.jpg


Photobucket

Penamaan Calon Putrajaya, 4 ribu sambut Husam Musa!!

on









Photobucket

Tepat Seperti Yang Diramalkan.....

on






PASIR MAS: Sebagaimana dijangka Harakahdaily, calon BN Pasir Mas tidak akan bertanding bagi memberikan laluan kepada Datuk Ibrahim Ali sebagai calon bebas.

Datuk Johan Che Pa, orang yang dinamakan sebagai calon BN di sini tidak muncul pagi ini sebaliknya Ibrahim Ali yang muncul bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan calon BN tidak akan menyertai pertandingan ini.

Penamaan beliau hanya wayang BN untuk mengelak tekanan dari rakan-rakan BN yang tidak boleh menerima Ibrahim Ali sebagai calon.

SMS beterbangan sebaik sahaja Che Johan dinamakan sebagai calon BN di Pasir Mas oleh BN mengatakan calon BN itu tidak akan bertanding atas masalah teknikal.

Datuk Ibrahim Ali akan bertanding atas bebas menentang calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.


LAPORAN  SEBELUM INI

Calon BN Pasir Mas akan terbatal kerana masalah teknikal?





Photobucket

AKHIRNYA KETUA PENGARAH ROS KELUARKAN SURAT MEMBENARKAN DAP MENGGUNAKAN LAMBANG ROKET PADA PRU 13 INI..!

on




Sedar akan implikasi bakal diterima oleh UMNO/BN maka surat dari Ketua Pengarah ROS telah dihantar secara tangan kepada YAB Sdr Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP malam tadi memberi izin dan kebenaran DAP menggunakan lambang roket untuk PRU 13 ini.

SPR dikatakan telah mengarahkan semua Pegawai Piliharaya supaya menerima permohonan calon-calon DAP menggunakan lambang roket untuk bertanding.

Inilah dinamakan SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.

Kerja jahat sebegini tidak mudah dilupakan oleh rakyat.. Titisan air mata Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan sentiasa segar bugar dalam kepala para pengundi terutamanya dari kaum Tionghua...Kemarahan dan kebencian cara DAP dilayan akan diterjemahkan dalam bentuk undi.. PERCAYALAH!!!!!

INI KALI LAH.... JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA....PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN.





Photobucket

Sekitar Hari Penamaan Calon P137 Bukit Katil Melaka

on
























Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List