Mahathirisme Pembunuh Masa Depan Najib

on Jul 13, 2012

 

Setelah lebih 10 tahun bersara sebagai Perdana Menteri paling berkuasa, Mahathir kini seakan memperlihatkan kerancakannya semula dalam politik Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari beliau bercakap dan memberi pandangan mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara.

Serentak dengan keaktifan Mahathir ini, isu Mahathirisme yang sekian lama tenggelam kini muncul kembali dan mula diperbincangkan. Mahathir kini melalui pelbagai kemunculannya seperti mahu menyuburkan semula Mahathirisme di sebalik kepimpinan Najib yang dilihat lemah serta lesu.

Mahathirisme sering dianggap sebagai fahaman yang dipupuk oleh pentadbiran Mahathir selama 22 tahun yang mementingkan nepotisme dan kronisme melalui dasar penswastaan dan mewujudkan projek mega, pemusatan kuasa yang terlampau, cengkaman yang keras terhadap puak yang menentang sehingga wujud budaya takut di kalangan rakyat dan lain-lain elemen yang dianggap tidak demokratik.

Sepanjang 22 tahun berkuasa, Mahathirisme berkembang dengan subur dan kejayaan beliau mempertahankan kuasa dalam tempoh yang lama sebahagiannya adalah disumbangkan oleh kejayaannya meyakinkan rakyat untuk menerima fahaman itu di samping memberikan rakyat ganjaran materialistik yang lumayan.

Mahathir kini cuba menguasai Najib secara halus dan sekaligus mengembangkan semula Mahathirisme itu. Dalam keadaan Najib terlalu lemah dan amat memerlukan kemenangan dalam pilihanraya, kehadiran Mahathir seperti mahu menyelamatkan Najib walaupun sebenarnya faktor Najib adalah perkara kedua berbanding Mahathirisme yang diagungkannya itu.

Melalui Mahathirisme, beliau berjaya menempatkan anak-anaknya dalam dunia perniagaan yang berjaya. Salah seorang anaknya, Mokhzani menguasai sebahagian besar kontrak minyak dan gas Petronas di mana Mahathir adalah penasihatnya. Beliau kini berada dalam kelompok 30 rakyat Malaysia terkaya.

Anaknya yang lain, Mirzan pula menguasai saham besar dalam San Miguel, pengeluar arak terbesar di Filipina dan kemudian membeli Esso (kini dikenali sebagai Petron). Petron pula kini memperolehi kontrak membekal minyak kepada MAS, walaupun sebelum ini kontrak itu diperolehi oleh Petronas.

Anak Mahathir yang seorang lagi, Mukhriz pula menceburi dunia politik dengan memegang jawatan Timbalan Menteri MITI di bawah pentadbiran Najib. Beliau diuar-uarkan sama ada akan dijadikan Menteri Besar Kedah atau menteri penuh selepas pilihanraya ini kiranya rahmat Tuhan masih membenarkan BN terus berkuasa.

Rakan-rakan perniagaan yang meningkat maju di zaman Mahathir juga terus berkembang pesat di zaman pentadbiran Najib ini. Dan inilah antara tuaian lumayan yang dikecapi oleh Mahathir atas kejayaannya menyuburkan Mahathirisme.

Sebab itu apabila seorang lagi anaknya iaitu Marina terlibat dengan Perhimpunan Bersih yang mahu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, Mahathir tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senangnya terhadap penglibatan anak perempuannya itu yang dilihat boleh meruntuhkan kepentingan anak-anaknya yang lain.

Ketika sedang berkuasa, dalam usaha mempertahankan pemberian kontrak kerajaan kepada salah seorang anaknya, Mahathir dengan berani mengatakan, "kalau bukan dengan pemberian kontrak oleh kerajaan, anak saya nak makan apa?"

Itulah Mahathir dan Mahathirisme. Tetapi dunia kini sedang berubah. Mahathirisme tidak selamanya boleh diterima oleh rakyat. Generasi muda yang sentiasa sarat dengan maklumat, menolak mentah-mentah Mahatirisme ini kerana mereka sedar ianya faktor yang merosakkan negara dalam jangka panjang dan menyebabkan mereka yang berada di luar lingkungan kronisme dan nepotisme tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Oleh kerana lebih 60 peratus daripada pengundi yang akan menentukan kerajaan dalam pilihanraya akan datang adalah terdiri daripada pengundi muda, keakraban Najib dengan Mahathirisme tentunya boleh mengundang bahaya.

Matlamat tersirat Mahathir bersungguh-sungguh memastikan kemenangan Najib, UMNO dan BN dalam piliharaya akan datang tentunya tidak terkeluar daripada landasan untuk memastikan kepentingan anak-anak dan kroninya yang lahir hasil daripada Mahathirisme terus dapat bernafas dengan segar selepas itu.

Hanya dengan Najib atau BN terus berkuasa saja yang mampu menjamin Mahathirisme terus subur. Jika Pakatan Rakyat dan Anwar pula yang menguasai Putrajaya, Mahathirisme bukan saja menjadi malap malahan mungkin menjadi penghuni tetap tempat pelupusan sampah.

Tetapi hubungan yang terlampau akrab dan terlalu bergantung kepada Mahathir, tidak mustahil juga boleh membawa kemusnahan kepada masa depan Najib sendiri. Selain pengundi muda, golongan profesional dan terpelajar yang rata-rata menolak Mahathirisme, generasi pertengahan yang berpegang kepada agama juga tidak dapat menerima Mahathirisme kerana dalam keghairahan mengejar kekayaan ianya rupanya telah menjadi tanpa batasan sehingga menjerumuskan anaknya sendiri dalam perniagaan arak yang jelas dicegah oleh agama.

Jika ini ditambah dengan majoriti pengundi bukan Melayu yang sudah sedia menolak BN, saham Mahathirime dalam menyumbang kepada kemusnahan masa depan Najib amatlah besar sebenarnya.

 http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Selepas berjumpa PM, bekas wakil-wakil rakyat bersungut

on

 

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.
Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama. “Dah nak tergolek baru panggil kami” kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.
“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi kerana saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.
Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup” katanya kepada saya.
Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.
Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.
Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. “Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara.” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.
“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak.” Sambungnya lagi.
Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.
Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.
Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga merupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.
Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.
Anak pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.
Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Saya bertanya kepada ahli MUBARAK itu, "So are you going to campaign for Pakatan?" Beliau menjawab, "I am not sure how to do it, but if they vote against BN, I'll be the first to congratulate them. PAS, DAP and PKR must now get ready to accept mandate from the people"
 
 

ASPAN ALIAS

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List