Wang Dan Wanita

on Jun 1, 2012

Zhang Ziyi dan gambar kanan merupakan pegawai tertinggi kerajaan China, Bo Xilai.
Mereka didakwa mempunyai hubungan sulit dan telah tidur bersama sebanyak lebih 10 kali sejak
 tahun 2007.


1 Jun 2012 - Dunia....dunia...dunia...wang dan wanita pasti berkait rapat dalam kehidupan lelaki terutama bagi yang gila kuasa,gila harta dan gila seks..Kat Malaysia pun dikhabarkan berlaku juga hingga ratus-ratus juta RM melibatkan wanita dan wang.


NAMA aktres China, Zhang Ziyi tiba-tiba meledak pada minggu ini. Namanya meledak bukan kerana projek filem terbaharu, sebaliknya kerana dakwaan 'projek seks' beliau bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan China.
Berita tersebut kini menjadi bahan utama hampir semua media China dan Taiwan. Malah berita tersebut juga kini merebak ke seluruh dunia menerusi beberapa laporan di internet.
Ziyi didakwa merupakan 'teman setia tidur' seorang pegawai tertinggi kerajaan bernama Bo Xilai, dan hal itu diakui sendiri oleh Bo Xilai kepada satu sumber.
Untuk servis pertama kali dengan Ziyi pada tahun 2007, Bo Xilai memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktres tersebut. Mereka kemudian telah tidur bersama lebih 10 kali sepanjang tahun 2007 hingga 2011.
Bo Xilai turut mengatur temu janji aktres yang terbabit menerusi filem hebat seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2 dan Memoirs of a Geisha itu dengan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan yang turut membayar Ziyi dengan jumlah RM4.9 juta untuk hubungan seks mereka.
Ia menjadi bertambah hangat kerana 'projek seks' Ziyi bersama Bo Xilai dan beberapa pegawai kerajaan lain serta orang kenamaan China sepanjang 10 tahun berkecimpung sebagai aktres didakwa bernilai RM300 juta!
Segala persoalan tersebut bagaimanapun belum mempunyai jawapan. Ini kerana aktres yang sepatutnya hadir ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk mempromosi filem terbaharunya, Dangerous Liaisons tidak menghadiri majlis berprestij tersebut. Jika beliau hadir ke majlis tersebut, barangkali berita yang sedang hangat diperkatakan ini akan menemui jalan penamat dengan kenyataan yang diberi Ziyi.
Sebaliknya, aktres berusia 33 tahun itu memberi alasan bahawa ketidakhadirannya ke majlis tersebut kerana beliau kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Grangmasters.
Realitinya, menurut laporan beberapa media China, Ziyi kini tidak dibenarkan meninggalkan republik tersebut sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai.
Beliau juga gagal dihubungi pihak media yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan skandal seks tersebut.
Bagaimanapun dalam blog peribadi miliknya, Ziyi pada 30 Mei lalu hanya menulis: "Banyak orang boleh membuat angin menjadi hujan". Ia umpama satu penafian terhadap isu yang sedang dihadapi kini.
Sebelum ini, pada tahun 2010, Ziyi telah dituduh menyalah guna duit kutipan dana untuk tabung gempa bumi di Sichuan, China. Dana tersebut dilaporkan berjaya dikutip sebanyak RM3 juta, bagaimanapun Ziyi mendakwa beliau hanya mampu mengutip sebanyak RM1.2 juta sahaja.
Malah pada tahun 2009, aktres tersebut tersangkut dakwaan menipu seorang ahli perniagaan yang pada waktu itu mempunyai skandal dengannya melibatkan nilai jutaan ringgit. Padahal, pada waktu sama, beliau sedang bertunang dengan seorang jutawan bernama Vivi Nevo.
Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 2010.


Photobucket

Catatan Seorang Peserta Cina...

on


1 Jun 2012 - Saya masih ingat, semasa zaman sekolah rendah, seorang budak Melayu yang gemuk dan comel menjadi sahabat baik saya.  Bersama kami pergi dan balik dari sekolah, bersama kami bermain guli, buat bising, bersorak.  Pernah sekali dia memberitahu emak saya bahawa saya membeli makanan ringan secara senyap-senyap di sekolah, dan saya dimarah emak saya selepas itu.  Saya sangat marah pada ketika itu, namun akhirnya saya berbaik-baik juga dengannya.

Namun, sepanjang saya membesar, saya disosialisasikan dalam masyarakat Cina di Malaysia.  Ada perkara yang didedahkan kepada saya.  Maka kasih dan sayang saya pada kaum Melayu berbaur dengan rasa benci.  Benci dan ketakutan menyelubungi saya untuk 20 tahun.  Dan pada 9 Julai 2011, kebencian dan syak wasangka saya terhadap orang Melayu yang terpendam dalam hati saya telah di-nyahkan!

Empat hari sebelum perhimpunan, saya mengambil keputusan untuk menyertai perhimpunan ini.  Yang paling membimbangkan saya ialah keluarga dan teman wanita saya.  Saya yakin mereka tidak akan bersetuju dengan saya.  Untuk dua hari saya runsing hal ini.  Akhirnya saya membuat cubaan berani untuk mengajak teman wanita saya pergi bersama.  Saya memberitahu bahawa itu kekuatan yang diletakkan Tuhan dalam hati saya.  Saya harus berbuat demikian.  Anggaplah kami pergi dating sambil berarak.  Saya telah bersedia untuk dihujani teguran atau nasihatnya.

Dia tanya kepada saya, betul nak pergi?  Saya jawab, "Betul..."  Dan dia bersetuju dengan saya!  Pada saat-saat itu saya terperanjat, menatapnya dengan mata yang terbeliak.  Kemudian ketakutan mula menular dalam hati saya.  Kerana, betul kami nak pergi ni....

Kami adalah penganut kristian.  Kami berdoa sebelum bertolak.  Semestinya kami rasa gelisah dan takut.  Pernahkah kami goyah?  Ya, malah sepanjang perjalanan dari Rawang ke Kuala Lumpur dalam komuter, kami masih tertanya-tanya dalam perbualan kami, betulkah pilihan kami untuk menyertai perhimpunan ini?  Bagaimana kalau kami ditangkap?  Tapi rasa terharu dalam hati kita itu akhirnya mengatasi ketakutan yang menghalang kami untuk terus mara.

Wanita Melayu yang hamil


Ada satu adegan yang membuatkan kami amat terharu.  Sepasang suami isteri Melayu muda memakai "baju kuning" bersama, dengan si isterinya yang sudah mengandung.  Mereka menggalas misi yang cukup penting untuk ke dalam pusat bandar.  Si suami menunggu di luar bilik air sementara isterinya di dalam.  Saya nampak kegusarannya.  Beliau memegang kedua-dua tangannya dengan rapat, mencangkung di situ.  Sebaik sahaja isterinya keluar, beliau bangkit dan memegang tangan isterinya, dan sama-sama menaiki jejambat.

Di penghujung sana kelihatan sekumpulan anggota polis sedang menunggu.  Kesudahannya diduga.  Pasangan suami isteri tadi tidak diberi laluan.  Walaupun saya nampak mereka agar terkilan, tetapi saya yakin mereka tidak pasrah begitu sahaja.  Cuba fikirkan, apakah yang mendorong seorang isteri yang hamil untuk mengambil risiko bersama suaminya?  Takkan mereka tidak sedar bahawa diri mereka mungkin ditangkap, dibelasah?  Tapi siapa yang sedar, apa yang mereka terpaksa berkorban, untuk tujuan ini?

Kami pula diberi laluan, kerana berpakaian putih.  Sepanjang jalan kami dapati banyak trak polis, tetapi tidak sempat untuk dikira berapa bilangannya.  Ini gambaran yang hanya dapat ditonton dalam filem.  Ramainya polis, tetapi saya langsung tidak merasakan diri saya selamat!

Jalan raya menjadi sunyi dan sepi.  Kami seolah-olah sampai di kawasan bencana.  Air muka manusia juga pelik.  Semacam hari kiamat.

Kami melangkah dengan cepat, akhirnya sampai di kawasan berdekatan dengan Hospital Tung Shin.  Tak sempat kami berkumpul dengan kelompok manusia di sana.  Sebaris trak polis berhenti di situ.  FRU berbaris membentuk tembok halangan, seolah-olah untuk melindungi kami.  Tapi kami sedar apa tujuannya.  Kami gagal melakukan apa-apa mendengar jeritan dari orang di sebelah sana.

Berkecai konsep "kerajaan tolong muslim sahaja"

Pada ketika ini, saya melepaskan tangan teman wanita saya.  Saya melangkah ke depan.  Kerana saya ternampak satu adegan, yang membuatkan saya malu dengan diri saya.  Dengan mata sendiri saya menyaksikan bagaimana seorang muslim (beliau berkopiah) ditekan ke atas lantai.  Beliau disiku bahagian belakang badannya, tanpa beliau membalas.  (Bagaimana beliau boleh balas sedangkan beliau ditekan oleh beberapa orang polis?)  Ya, beliau dipukul polis, bukan orang lain.

Hati saya sejuk tiba-tiba.  Konsep bahawa "kerajaan asyik menolong muslim sahaja" telah berkecai!  Semuanya berkecai.  Saya terpegun di situ untuk agak lama.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membelok ke Stadium Merdeka.  Kami basah kuyup kerana hujan yang lebat.  Hati saya juga berhujan.  Saya tidak faham, mengapa satu perhimpunan yang aman dijadikan sebegini?  Kami hanya mahukan satu sistem pilihan raya yang adil!

Akhirnya kami sampai di kawasan berdekatan dengan stadium merdeka.  Di situ kami berjumpa dengan kawan-kawan kami dari gereja.  Hati kami tenang, dengan semangat yang tinggi.

Saya memandang ke sisi saya.  Ada ramai Melayu, India pun ada, malah lebih memeranjatkan, tidak kurang juga orang Cina!  Saya terharu ketika kami menyanyi lagu Negaraku bersama.  Ini kali pertama saya menyanyi dengan penuh perasaan, begitu terharu.  Seterusnya, kami menuju ke Jalan Petaling sambil melaungkan slogan.

Setelah melalui Jalan Petaling, kami terpaksa berhenti, kerana gas pemedih mata dilepaskan di perhentian bas Klang.  Kami rasa tersengit dengan gas itu, malah hampir lemas dibuatnya.  Kami berundur dengan cepat, tetapi bukan lintang-pukang.  Orang berkongsi garam dan air tanpa mengira kaum.  Ini kerana garam dapat meredakan rasa sengit yang disebabkan gas pemedih mata.

Hampir setengah jam kemudian, kami menerima khabar bahawa ada kelompok manusia yang berhimpun di KLCC.  Kami pun menuju ke sana.  Jarak perjalanannya jauh.  Kami yang keletihan masuk ke dalam kedai 7-11 untuk membeli air.  Teman wanita saya kepenatan terus meniarap di meja.  Dua orang "uncle Cina" yang turut serta dalam perhimpunan memberi galakan kepadanya, "Ini demi masa depan kita!"

Akhinya kami gagal sampai ke KLCC.  Kedengaran polis sedang melakukan tangkapan.  Kami mengambil keputusan untuk balik ke rumah pada kira-kira jam 5 petang.  Kami tidak kesal menghadiri perhimpunan ini.  Walaupun tubuh kita letih, tetapi hati kita tidak.  Saya nak memberi pujian bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan yang berjaya!

709 adalah "milestone" kita bersama.  Apa yang paling diingini saya sekarang adalah berkawan dengan lebih ramai sahabat dari kaum lain.  Mereka sebenarnya baik!  Saya menyeru agar kita tidak lagi menyerang kaum-kaum tertentu dengan hujah yang simplistik.  Kita perlu berkawan dengan mereka, secara ikhlas.  Jangan lagi kita asingkan diri sebagai orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, yang ada orang Malaysia!

Saya yakin, mereka pun berkongsi pandangan yang sama.  Ayuh orang muda, bangkitlah!  Orang muda adalah tiang negara masa depan!  Jangan kita meniru sikap penguasa yang buruk dan menyalahgunakan kuasa!

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview.com. Terima kasih.


merdekareview
Photobucket

Bunuh isteri baru kahwin

on


1 Jun 2012 - BUKIT MERTAJAM: Akibat tidak puas hati dengan hasil jualan gerai makan didakwa dibolot sepenuhnya oleh isteri, seorang lelaki warga Myanmar tergamak mencekik hingga mati wanita yang baru dikahwininya itu, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah kampung di Perai, dekat sini, Ahad lalu, suspek berusia 20 tahun didakwa membunuh isterinya dikenali sebagai Hema, 22, selepas mendakwa mangsa membolot kesemua hasil jualan perniagaan dan kemudian menghantar kepada keluarganya di Myanmar.

Difahamkan, walaupun masih dalam tempoh ‘berbulan madu’ selepas pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kemarahan melampau akibat tidak diberikan wang hasil jualan mendorong suspek bertindak demikian.

Sejurus mencekik isterinya, suspek terbabit dikatakan menghantar mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan mendakwa isterinya membunuh diri dengan menggantung diri.



SUMBER : MYMETRO

Photobucket

Kehilangan Jaban, penyampai berita Radio Free Sarawak

on


1 jun 2012 - Adakah Malaysia benar-benar bebas dan berdaulat atau di bawah "law of the jungle" di mana penyampai berita Radio Free Sarawak Peter John Jaban yang telah hilang selama 6 jam sejurus selepas sampai di Miri tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Saya baru sahaja bercakap dengan peguam Jaban, Alan Ling yang juga ADUN DAP Piasau di Miri dan beliau sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Jaban selama 6 jam selepas berjumpanya di Lapangan Terbang Miri dari Kota Kinabalu. 

Alan baru sahaja bercakap dengan pihak polis Miri lebih kurang satu jam tadi dan dimaklumkan sekali lagi bahawa pihak polis Miri tidak menerima apa-apa arahan atau terlibat dalam penahanan Jaban atau kehilangannya.

Jaban (gambar kiri) telah sampai ke Miri dari Kota Kinabalu menaiki penerbangan Air Asia kira-kira pada pukul 10:45 pagi dan seperti yang dikatakan oleh pihak polis Miri bahawa tiada apa-apa pun arahan untuk menahannya, Jaban telah meninggalkan lapangan terbang Miri menuju ke bandar Miri bersama-sama Pengerusi PKR Miri Dr.Michael Teo.

Dalam perjalanan ke Bandar, tiga orang lelaki dalam kereta Proton telah memberhentikan Teo dan Jaban, dan telah membawa Jaban bersama mereka.

Enam jam telah berlalu dan tiada sesiapapun yang tahu menahu mengenai apa yang telah berlaku pada Jaban, jika beliau selamat ataupun sebaliknya - jika tiga orang lelaki yang membawa Jaban itu dari polis Miri yang khasnya telah dihantar unuk memberkas Jaban, dan jika benar mengapa pihak polis Miri masih enggan memberi komen.

Malaysia kini berada dibawah penelitian warga antarabangsa terhadap pengendalian oleh kerajaan berhubung dengan kes Jaban oleh kerana kes ini akan menjadi satu skandal antarabangsa sekiranya seseorang itu boleh hilang begitu sahaja selama enam jam selepas sampai di lapangan terbang Miri pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Omar Ismail mesti diingatkan bahawa dunia sudah memasuki era teknologi maklumat di mana maklumat dan informasi dapat disampaikan seperti kelajuan cahaya dan akauntabel bukan sahaja dalam tetapi di luar negara juga.

Rakyat Malaysia dan warga dunia mengharapkan yang mereka ini akan mendedahkan tempat di mana Jaban berada kerana tempoh masa enam jam itu memang memadai untuk pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan yang jelas mengenai lokasi Jaban atau pengakuan terbuka bahawa keadaan anarki di Malaysia telah sampai ke satu tahap di mana tiga orang yang tiada apa-apa kaitan dengan pihak polis atau kerajaan telah diculik pada siang hari di bandar Miri dalam negara Malaysia!

*Lim Kit Siang (gambar kanan) ialah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.


Photobucket

Mat Sabu calon Parlimen Batu Kawan?

on



Demam pilihanraya semakin terasa. Setiap hari ada saja yang bertanya pada sharpshooter bila bubar parlimen? Jawabnya mudah..tanyalah BN (Bini Najib)

Semakin dekat dengan pilihanraya semakin banyak spekulasi tentang calon-calon yang akan bertanding dan pastinya calon hebat seperti Mat Sabu tidak terlepas dari perbualan hangat politik rakyat. Ramai yang bertanya, Mat Sabu akan bertanding di mana?

Khabar angin kini yang bertiup kencang dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Mat Sabu hampir pasti menjadi calon di Parlimen Batu Kawan. Guan Eng merupakan sahabat baik Mat Sabu di kamar penjara. Bukan lagi rahsia hubungan akrab Mat Sabu dan Guan Eng ibarat 'isi dan kuku.'

Sharpshooter selaku Pengarah Pilihanraya Dun Bukit Tengah merangkap Ketua Penerangan Keadilan Batu Kawan, sudah pasti berita ini ibarat 'pucuk dicita..ulam mendatang..tidak cukup tapak tangan..Stadium Batu Kawan kami tadahkan..'

Pimpinan PAS di Kawasan Batu Kawan amat berharap Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Batu Kawan akan menjadi kenyataan. Parlimen Batu Kawan kini adalah YB Prof Ramasamy TKM 2 merangkap Adun Perai.


Photobucket

Lajim Ukin Dan Wilfred Bumburing Sertai PKR 10 Jun...?

on


1 Jun 2012 - KOTA KINABALU: Lajim Ukin, the influential Umno warlord in the south-interior of Sabah, is said to be “definitely” ditching the party to join not the Sabah People’s Front (SPF) as rumoured, but PKR.

Reliable insiders claimed that the Umno supreme council member and MP for Beaufort is preparing for a June 10 exit and that Pakatan Rakyat coalition de facto leader Anwar Ibrahim himself would fly to Sabah to receive not only Lajim but also scores of other Sabah Umno and United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation leaders.

Among the names being mentioned here and in Beaufort as well as in Labuan are Upko’s deputy president Wilfred Bumburing, former deputy chief minister during the Parti Bersatu Sabah (PBS) government, Amir Kahar Datu Mustapha, former federal deputy minister, Yahya Lampong, and the CEO of state-owned Suria Capital, Ibrahim Menudin.

Bumburing, who is the Tuaran MP, was soon after the general election in 2008 linked to a botched effort to get a number of MPs from the ruling party into PKR to give it a simple majority in Parliament and hence the Sept 16, 2008 talk of Pakatan taking over the federal government.
If the switch does take place on June 10, it would add two MPs in the opposition corner.

Meanwhile, Ibrahim’s appearance in the list of persons disenchanted by Barisan Nasional politics ahead of the coming general election is also linked to him being tapped by PKR for the Labuan parliamentary seat.
Yesterday, Lajim, who is also the federal Housing and Local Government Deputy Minister, caused havoc within Umno circles when he launched an attack on Sabah Umno’s number two, Salleh Said Keruak, over his claim that the 20-point agreement accorded Sabah in 1963 was no longer valid as it had been incorporated into the Malaysia Agreement and the Federal Constitution.
Lajim gave Salleh, who also State Legislative Assembly Speaker, 10 days to apologise to Sabahans for declaring the agreement void.

Umno dropping Lajim
Lajim was also quoted by local newspapers as saying that he might organise a peoples’ demonstration in support of Sabah’s rights on the day Prime Minister Najib Tun Razak comes again to Sabah on June 9 for a national Kaamatan and Gawai celebration in Keningau.
His broadside against Salleh astonished many as the tone of the rebuke was harsh and provocative.
The timing of his attack on Salleh Said was also notable given that just last week while on a visit in Sandakan, he denied he was quitting and Umno hit out at those “who would like to see the end of him in politics”.

Insiders, however, claimed at the time that while Lajim was not keen on leaving Umno, it is now the case of Umno leaving Lajim behind.
“There is a difference. What my ‘Janang Gayuh’ (paramount leader in Bisaya) said was always right,” said one of Lajim’s ardent supporters.

Umno leaders said Lajim’s sudden harsh tone could have something to do with resurfacing signals that he is among those to be dropped by Umno.
“Yes, we also have heard the fresh rumour that Lajim and a few others would soon join PKR,” a senior state Umno leader said when contacted today.
Others mentioned as possible crossovers to PKR on June 10 are former chief minister Osu Sukam and former federal Land and Cooperative Minister Kasitah Gadam.

Anwar, Najib wooing Sabah

Meanwhile, a Sabah PKR leader, who spoke on condition of anonymity, said Anwar had initially been scheduled to go to Sandakan during his coming visit to Sabah.
However, the new developments could also see him in Kota Kinabalu while Najib is in town underlining the importance of Sabah’s 25 MP seats to both BN and Pakatan.

In the past, Umno, most notably Dr Mahathir Mohamad, had brushed aside the 25 seats as insignificant for Umno as it commanded a big majority of the 165 peninsular seats.
But the unprecedented gains by the opposition in the 2008 general election has changed the political equation in the country, forcing the ruling coalition to come courting in Sabah and Sarawak.
With a mere six-seat or so differentiating the two political forces in the peninsula, whoever wins the trust of Sabah and Sarawak MPs could form the next government.
Observers are of the opinion that many Sabah and Sarawak MPs would be open to jumping ship either way this time.

Umno is wary of possible turncoats and many names linked to the 2008 Anwar’s effort, including Lajim and Bumburing, most likely will not be renominated for seats.
While many would rather keep a low profile if not renominated, some still influential BN leaders believe they can still win and are raring to prove a point and make a difference in the national political equation.
Political pundits said Lajim and Bumburing belong to this group and their assessment could prove right, judging from the solid support the duo received in the last election in Beaufort and Tuaran respectively.

Lajim still a factor

Many observers believed Lajim, who is a Dusunic Bisaya, could still win handsomely in the Bisaya majority Klias state constituency under any ticket.
He would not be easy to defeat either in his current Beaufort seat if he chooses to retain his parliamentary seat.

The Beaufort seat is said to be being eyed by Anifah Aman, currently Kimanis MP, who is also the younger brother of Chief Minister Musa Aman.

Bumburing’s path in Tuaran or even in the Tamparuli state constituency he once represented, however, may not be as smooth, as the surging State Reform Party (STAR) under Jeffrey Kitingan is now also a power to be reckoned with there as well as in almost all Kadazandusun areas.

June 10, as far as omens go, according to sources, is significant as it is Lajim’s favourite number and would mean that Najib, who reportedly loves the number 11, would read reports about Lajim’s leaving on June 11, a bad sign for BN.


Luke Rintod 

Photobucket

Rantai Najib Razak.....'Quantum Solar Energy'

on


1 Jun 2012 - Sebelum ni dah kecoh kata PM Najib Razak memakai rantai, malah ada yang tuduh Ds Najib pakai rantai emas!.. fuyoo.. berat tuduhan tu, mana la mungkin seorang PM negara Islam memakai rantai emas? untuk membongkarkan segala persoalan.. blog Double Y telah mengkaji akan perkara tersebut.

Jika orang biasa yang memakai rantai emas, berlian, perak atau mutiara sekalipun ianya tidak mungkin akan menjadi satu bahan perbualan masyarakat kita. Tetapi bila seorang Perdana Menteri beragama Islam memakai rantai ianya agak menarik perhatian kita.

Isu DS Najib Razak memakai rantai mula mula timbul sekitar April 2012 ketika PM mengunjungi sebuah majlis mengagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) di mana pada waktu itu adik-beradik yang terpisah lebih 2 dekad berjaya ditemukan dalam majlis tersebut.


Turut disiarkan dalam Buletin Utama :



Selepas berita dan gambar dari majlis tersebut disiarkan, pembangkang mula memainkan peranan mereka dengan menabur fitnah kononnya PM memakai rantai emas. Pada waktu itu rakan bloggers yang menyokong kerajaan mengatakan gambar tersebut merupakan gambar 'super impose'.
Foto - yang mula menjadi isu.
Zoom In - Jelas kelihatan seutas rantai di leher DS Najib Tun Razak.
Wahai saudara pembaca sekalian, walaupun saya seorang penyokong kerajaan. Tetapi saya tidak berminat membuat penafian kosong semata-mata dengan melemparkan pelbagai tuduhan kerana tindakan tersebut persis tindakan Anwar Ibrahim yang sentiasa menuduh kerajaan setiap kali beliau melakukan kesalahan.

Kita menuduh pembangkang super-impose, ada pula yang kata Najib Razak bukan memakai rantai sebaliknya memakai 'Ear-Piece' sejenis alat yang disambung ke walkie-talkie yang biasa digunakan oleh pengawal-pengawal VVIP.

Untuk lebih adil jom kita buat sedikit penyelidikan.


Kita 'zoom-in' dengan lebih dekat lagi foto DS Najib Tun Razak :
Foto ketika majlis pengagihan BR1M.
Kita 'zoom-in' pula foto ketika PM DS Najib Tun Razak merasmikan Hari Belia 2012 :
Foto ketika perasmian Hari Belia 2012.

Ianya bukan 'super-impose' ianya juga bukan 'Ear-Piece' ianya adalah seutas rantai. Jadi ingin saya katakan bahawa BENAR, PM DS Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian rantai.

Mengikut maklumat yang diperolehi, PM Najib Tun Razak mengamalkan pemakaian sejenis loket kesihatan magnet'Quantum Solar Energy' bagi mencegah darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol.
Rantai dan loket magnet Quantum Solar Energy 

Benar terdapat hadis yang mengatakan HARAM seseorang lelaki memakai rantai, serta menyerupai wanita. Tak percaya boleh tanya Ustaz Azhar Idrus. Lalu dengan bermodalkan sepotong hadis serta ditambah sedikit bahan perencah fitnah, pembangkang segera memainkan peranan mereka memfitnah.

Kononnya Najib Razak menyerupai wanita bla..bla..bla...

Persoalannya bolehkah seorang lelaki Islam memakai rantai...?

Itu kita kena tanya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan...



Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :
Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Sekarang kita ambil 2 bahagian iaitu nombor 1 dan 4 yang telah dimerahkan sebagaimana diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • Bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (Untuk Lelaki) - Rantai Quantum Solar Enegery diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. - Jadi rantai yang dipakai oleh Najib Tun Razak bukan satu kesalahan dari segi hukum syarak.
  • Mendapat perakuan daripada pakar beragama Islam dan terbukti secara saintifik - Mengikut pandangan beberapa ustaz  pemakaian rantai diharuskan untuk tujuan perubatan. Kajian saintifik juga mengatakan bahawa rantai yang diperbuat dari larva gunung berapi di Jepun dan German terbukti berkesan merawat penyakit. Kajian ini dibuat oleh John Barron saintis terkemuka dunia :

Malah The Star juga turut menyiarkan keberkesanan bahan yang dihasilkan dari larva gunung berapi di Jepun dan German ini sebagaimana ditulis oleh Dr. Amir Farid Isahak [SINI]

Jadi tiada apa yang aneh, pelik dengan rantai yang dipakai oleh PM Najib Tun Razak. Malah dari segi hukum syarak yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan pun menyatakan HARUS bagi tujuan perubatan.




sumber
Photobucket

Azmin Ali - Lepas Satu Satu...!

on




1 Jun 2012 - SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa….

Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu….!

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini. Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan.

Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Penulis sendiri secara peribadi tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana penulis sedar Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang penulis pedulikan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin..? Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video..? Itu tunggu dulu kot.

Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu yang rapat dengan Anwar sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi..?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun. Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya. Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat. Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP.

Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan. Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Penulis yakin tidak...., malah, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati. Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya.


sumber
Photobucket

Bekas Pendakwaraya di Pejabat Anwar...?

on







1 Jun 2012 - Dibawah ini dipaparkan beberapa keping gambar ekslusif untuk anda semua, beberapa hari yang lalu tanah air dikejutkan dengan tindakan bekas pendakwaraya kanan yang terdahulu telah mewakili pihak pendakwaan dalam kes melibatkan fitnah liwat 1 dan 2 yang melibatkan DSAI.

Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini membuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.

Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.

Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.






Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.

Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu.



sumber

Photobucket

Menteri Ini Mohon Maaf...?

on




1 Jun 2012 - PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.

Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.

Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.

Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.

Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.

“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.

“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.

Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton.


Oleh: ARHIZA AHMAD
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List