Bekas Timbalan Menteri Umno mula membodek menyelamatkan Najib !

on Jun 3, 2013




Sebelum PRU 13, Najib telah melantiknya sebagi Timbalan Menteri Pelajaran,,, untuk memerhati apa aktiviti Muhyidin di Kementerian Pelajaran...

Tetapi....

Nasib tidak menyebelahi dirinya bila PRU13,, tewas di kerusi Parlimen tempat sendiri..... he he...padan muka....

Maka bermulalah operasi membodek Najib,,, apakah dia sudad dapat menghidu yang Muhyiddin akan mencabar Najib pada perhimpunan agung umno nanti...

Sebab-sebabnya... " gandingan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serasi dan terbaik apabila sepanjang tempoh empat tahun, kepemimpinan mereka tidak menimbulkan masalah kepada parti dan negara. 

Di samping itu, katanya kepemimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menjadikan parti lebih kuat dan mampu memberi tumpuan terhadap agenda transformasi negara. 

Bijak-bijak....Sebelum ini beriya-iya Najib menyuarakan,, Jawatan Presiden yang disandangnya,,, sedia dicabar,,, lawak lah hangpa ni...

Muhyiddin pun nak juga jadi Presiden Umno,, nak juga jadi Perdana Menteri Malaysia...



Baca kat  SINI

Photobucket

Matahari Dah Tegak Dan UMNO Baru Terjaga...!

on






Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.

Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. 

Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri?
Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen.

 Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?

Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul.

Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!

Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.

Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)



Photobucket

Dr Wan Azizah: SPR Terlibat Kalahkan Calon KEADILAN Dan Jangan Termakan ‘HELAH’ Najib...!

on



dr_wan_azizah

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat untuk menewaskan calon KEADILAN dalam pilihan raya umum ke-13.
“SPR memang terlibat untuk kalahkan calon-calon kita. SPR bertanggungjawab untuk beri kita jawapan apa yang berlaku dalam pilihan raya yang lalu.
“Ini rompakan (oleh SPR). Mereka ambil dan rampas. PRU-13 masih belum selesai. Kita mesti ambil hak kita balik,” katanya pada majlis miunm petang KEADILAN Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Perdana, semalam.
Wan Azizah menegaskan, persempadanan semula yang dibuat SPR akan sentiasa memenangkan calon Barisan Nasional.
Beliau turut memberi contoh keputusan parlimen Pekan yang diwakili Datuk Seri Najib Razak pada PRU ke-10 pada 1999 dan PRU ke-13 tahun ini.
Pada pilihan raya umum ke-10 pada 1999, Najib menang dengan hanya majoriti 241 undi, namun meningkat jauh kepada 35,613 undi majoriti pada PRU ke-13.
“Persempadanan semula menjadi masalah. Dia (SPR) pusing-pusing nak kalahkan kita. Ini takkan berubah.
“Teresa Kok (MP Seputeh) menang majoriti lebih 50,000 undi. Kawasan (dimenangi) BN menang hanya ratusan undi. Keduanya masih satu kawasan parlimen. Macam mana nilai undi kita?, soalnya.
“Kita mesti buat sesuatu. Orang Malaysia (jangan) mudah lupa. Lima tahun akan datang baru nak sibuk balik?
“Tak boleh! Kita tak boleh terima penipuan, tegas Dr Wan Azizah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52934


Jangan termakan ‘helah’ Najib, ingatan Wan Azizah kepada PKR


KUALA LUMPUR, 2 Jun — Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengingatkan anggota partinya agar meneruskan perjuangan mereka walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah berlalu, serta tidak termakan dengan "helah" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wan Azizah menegaskan, tindakan Najib mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan di bawah jawatankuasa khas pilihan Parlimen (PSC) adalah cubaan mengalih perhatian sebenar dalam isu penipuan pilihan raya dan menjadikan beliau seolah-olah sedaya upaya memperbaiki imej pengendali pilihan raya tersebut sebagaimana tuntutan aktivis Bersih dan Pakatan Rakyat (PR).
"PRU13 belum selesai, kemenangan kita dirampas, kita kena teruskan lagi ... sebab ini kalau kita biarkan PRU13 berlalu begitu sahaja, rakyat akan lupa.
"Kita juga jangan terpedaya dengan helah Najib ... dulu semasa Bersih, kita lari bertempiaran, pedih mata, kemudian selepas berhimpun, masuk Parlimen dengan wakil rakyat, wujudkan jawatankuasa khas, tapi tak banyak perubahan pun," kata Wan Azizah dihadapan pemimpin akar umbi PKR ketika majlis minum petang di Taman Tasik Perdana di sini.
Dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu, Najib semalam mengumumkan SPR akan dikawal selia oleh panel PSC yang merangkumi pemimpin daripada kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang bagi meningkatkan kredibiliti mereka.
Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa, isu persempadanan pilihan raya juga menyebabkan PR tewas apabila SPR terlibat untuk menewaskan pembangkang.
"Saya percaya rakyat dah beri kita mandat dalam pilihan raya lalu ... Namun persempadanan semula menjadi masalah, dia pusing-pusing nak kalahkan kita.
"Undi-undi ini SPR memang terlibat nak kalahkan calon PR," katanya lagi, dan mengingatkan kepada wakil rakyat PKR agar meneruskan khidmat mereka di kawasan yang telah dimenangi.
"Kita dah menang, di tempat kita menang, kita kena beri khidmat kepada rakyat," katanya.
Pengumuman Najib itu dilihat cubaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPR, namun pemimpin pembangkang juga turut menggesa agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar digantikan dengan muka baru bagi merealisasikan cadangan tersebut.
Malahan, pembangkang turut menuntut agar PSC yang diwujudkan bagi mengawal selia SPR harus diketuai oleh PR bagi mengelakkan konflik kepentingan kata pemimpin daripada gabungan pembangkang.
Pengarah pemerhati pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), Ong Kian Ming berkata ianya disebabkan rasa tidak percaya terhadap SPR. Lebih tinggi dalam kalangan pemimpin PR berbanding BN.
Pengendali pilihan raya itu dituduh memihak kepada BN oleh pembangkang dan membantu parti dengan 13 parti komponen itu kekal berkuasa dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.
"Kita sudah lihat contoh PSC untuk pembaharuan pilihan raya tidak menunjukkan banyak tindakan berkesan diambil ... salah satu puncanya kerana ia diketuai BN," katanya merujuk kepada jawatankuasa yang dipengerusikan pemimpin komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula membandingkan situasi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di kebanyakan negara-negara Komanwel, yang menjadi lumrah pemimpin pembangkang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
Di negara yang mempunyai jawatankuasa berkenaan, PAC biasanya bertanggungjawab memantau perbelanjaan kerajaan bagi memastikan keteluasan akauntabiliti.
Pemimpin PAS itu berkata, kepentingan seperti itu boleh dilihat dalam cadangan pembaharuan sistem "first past the post" yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh bagaimanapun menegaskan pembaharuan pilihan raya perlu dilaksanakan supaya SPR lebih adil, telus, dan bebas sebelum PR mengetuai PSC itu dapat dilaksanakan.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut beranggapan langkah diambil Najib adalah cara mengalih perhatian rakyat terhadap dakwaan penipuan pilihan rata yang dibangkitkan PR.
Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, PR telah menganjurkan Himpunan "Black 505" di seluruh negara menolak keputusan pilihan raya.
Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya.

Photobucket

Nurul Izzah Anwar didapati melakukan satu kesalahan besar...?

on




PENAHANAN ANTI-DEMOKRATIK ATAS ARAHAN KETUA MENTERI SABAH DISELAR

30 Mei 2013, saya telah ditahan apabila kad pengenalan saya diambil di pintu masuk imigresen untuk menghalang saya daripada memasuki negeri Sabah, walaupun hak saya selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63: 67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.

Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.

Lawatan saya ke Sabah adalah untuk menghadirkan diri dalam program Parti Keadilan Rakyat Sabah di samping menyambut pesta Kaamatan bersama warga tempatan.

Alasan yang diberikan atas penahanan saya adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah. Saya juga difahamkan ada nama-nama lain, termasuk aktivis tempatan beserta ahli politik Pakatan Rakyat yang akan juga dinafikan kemasukan ke dalam negeri Sabah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik. Permohonan saya untuk mendapatkan senarai nama mereka yang terlarang ditolak atas sebab-sebab kerahsiaan. Tiada alasan lain diberikan dalam tangkapan dan penafian masuk saya ke Sabah.

Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut. Rasional yang sama juga perlu diberikan dalam kes YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden KEADILAN, yang juga dinafikan kemasukan pada 7 April yang lalu.

Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan - termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN.

Justeru itu, isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.

KEADILAN akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini. KEADILAN akan turut meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki negeri Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang.

Pada masa yang sama, YB Darrell Leiking, Ahli Parlimen Penampang, akan mengetuai sebuah jawatankuasa guaman di Sabah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List