Dr Wan Azizah: SPR Terlibat Kalahkan Calon KEADILAN Dan Jangan Termakan ‘HELAH’ Najib...!

on Jun 3, 2013



dr_wan_azizah

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat untuk menewaskan calon KEADILAN dalam pilihan raya umum ke-13.
“SPR memang terlibat untuk kalahkan calon-calon kita. SPR bertanggungjawab untuk beri kita jawapan apa yang berlaku dalam pilihan raya yang lalu.
“Ini rompakan (oleh SPR). Mereka ambil dan rampas. PRU-13 masih belum selesai. Kita mesti ambil hak kita balik,” katanya pada majlis miunm petang KEADILAN Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Perdana, semalam.
Wan Azizah menegaskan, persempadanan semula yang dibuat SPR akan sentiasa memenangkan calon Barisan Nasional.
Beliau turut memberi contoh keputusan parlimen Pekan yang diwakili Datuk Seri Najib Razak pada PRU ke-10 pada 1999 dan PRU ke-13 tahun ini.
Pada pilihan raya umum ke-10 pada 1999, Najib menang dengan hanya majoriti 241 undi, namun meningkat jauh kepada 35,613 undi majoriti pada PRU ke-13.
“Persempadanan semula menjadi masalah. Dia (SPR) pusing-pusing nak kalahkan kita. Ini takkan berubah.
“Teresa Kok (MP Seputeh) menang majoriti lebih 50,000 undi. Kawasan (dimenangi) BN menang hanya ratusan undi. Keduanya masih satu kawasan parlimen. Macam mana nilai undi kita?, soalnya.
“Kita mesti buat sesuatu. Orang Malaysia (jangan) mudah lupa. Lima tahun akan datang baru nak sibuk balik?
“Tak boleh! Kita tak boleh terima penipuan, tegas Dr Wan Azizah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52934


Jangan termakan ‘helah’ Najib, ingatan Wan Azizah kepada PKR


KUALA LUMPUR, 2 Jun — Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengingatkan anggota partinya agar meneruskan perjuangan mereka walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah berlalu, serta tidak termakan dengan "helah" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Wan Azizah menegaskan, tindakan Najib mengumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diletakkan di bawah jawatankuasa khas pilihan Parlimen (PSC) adalah cubaan mengalih perhatian sebenar dalam isu penipuan pilihan raya dan menjadikan beliau seolah-olah sedaya upaya memperbaiki imej pengendali pilihan raya tersebut sebagaimana tuntutan aktivis Bersih dan Pakatan Rakyat (PR).
"PRU13 belum selesai, kemenangan kita dirampas, kita kena teruskan lagi ... sebab ini kalau kita biarkan PRU13 berlalu begitu sahaja, rakyat akan lupa.
"Kita juga jangan terpedaya dengan helah Najib ... dulu semasa Bersih, kita lari bertempiaran, pedih mata, kemudian selepas berhimpun, masuk Parlimen dengan wakil rakyat, wujudkan jawatankuasa khas, tapi tak banyak perubahan pun," kata Wan Azizah dihadapan pemimpin akar umbi PKR ketika majlis minum petang di Taman Tasik Perdana di sini.
Dalam usaha untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan pengendali pilihan raya itu, Najib semalam mengumumkan SPR akan dikawal selia oleh panel PSC yang merangkumi pemimpin daripada kedua-dua parti politik kerajaan dan pembangkang bagi meningkatkan kredibiliti mereka.
Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa, isu persempadanan pilihan raya juga menyebabkan PR tewas apabila SPR terlibat untuk menewaskan pembangkang.
"Saya percaya rakyat dah beri kita mandat dalam pilihan raya lalu ... Namun persempadanan semula menjadi masalah, dia pusing-pusing nak kalahkan kita.
"Undi-undi ini SPR memang terlibat nak kalahkan calon PR," katanya lagi, dan mengingatkan kepada wakil rakyat PKR agar meneruskan khidmat mereka di kawasan yang telah dimenangi.
"Kita dah menang, di tempat kita menang, kita kena beri khidmat kepada rakyat," katanya.
Pengumuman Najib itu dilihat cubaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPR, namun pemimpin pembangkang juga turut menggesa agar Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar digantikan dengan muka baru bagi merealisasikan cadangan tersebut.
Malahan, pembangkang turut menuntut agar PSC yang diwujudkan bagi mengawal selia SPR harus diketuai oleh PR bagi mengelakkan konflik kepentingan kata pemimpin daripada gabungan pembangkang.
Pengarah pemerhati pilihan raya Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), Ong Kian Ming berkata ianya disebabkan rasa tidak percaya terhadap SPR. Lebih tinggi dalam kalangan pemimpin PR berbanding BN.
Pengendali pilihan raya itu dituduh memihak kepada BN oleh pembangkang dan membantu parti dengan 13 parti komponen itu kekal berkuasa dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.
"Kita sudah lihat contoh PSC untuk pembaharuan pilihan raya tidak menunjukkan banyak tindakan berkesan diambil ... salah satu puncanya kerana ia diketuai BN," katanya merujuk kepada jawatankuasa yang dipengerusikan pemimpin komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula membandingkan situasi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di kebanyakan negara-negara Komanwel, yang menjadi lumrah pemimpin pembangkang mempengerusikan jawatankuasa berkenaan.
Di negara yang mempunyai jawatankuasa berkenaan, PAC biasanya bertanggungjawab memantau perbelanjaan kerajaan bagi memastikan keteluasan akauntabiliti.
Pemimpin PAS itu berkata, kepentingan seperti itu boleh dilihat dalam cadangan pembaharuan sistem "first past the post" yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh bagaimanapun menegaskan pembaharuan pilihan raya perlu dilaksanakan supaya SPR lebih adil, telus, dan bebas sebelum PR mengetuai PSC itu dapat dilaksanakan.
Ahli Parlimen Kuantan itu turut beranggapan langkah diambil Najib adalah cara mengalih perhatian rakyat terhadap dakwaan penipuan pilihan rata yang dibangkitkan PR.
Sejak pengumuman keputusan Pilihan Raya 2013, PR telah menganjurkan Himpunan "Black 505" di seluruh negara menolak keputusan pilihan raya.
Penganjurnya, Datuk Johari Abdul turut berkata himpunan berkenaan akan terus dijalankan walaupun Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan agar setiap rakyat menerima keputusan pilihan raya.

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List