UMNO Dalang Keputusan Koh Tak Tanding PRU-13...?
Copy & Posted By mahi on Nov 17, 2011
Umno adalah dalang di sebalik keputusan presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"Saya fikir ia (keputusan itu) bukan kehendak (Koh) beliau... Jika tidak, beliau akan berundur sebagai presiden Gerakan selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008 dan sanggup pula terima jawatan menteri," kata Lim sambil melahirkan rasa simpatinya.
"Umno dapat apa saja yang Umno hendak... itu caranya. Mereka menentukan segala-galanya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Menurut Lim, misi Umno untuk menggulingkan Koh telah tercapai selepas kempen memburuk-buruk dan mencemarkan nama baiknya dilakukan sejak 2008.
Labels:
Hal Orang Politik
0 comments:
Post a Comment