Showing posts with label Hal Orang Politik. Show all posts
Showing posts with label Hal Orang Politik. Show all posts

JASA DAN DOSA KHALID IBRAHIM

on Jul 10, 2014



Pertama kali berlaku dalam lipatan sejarah. Sejarah yang terpahat ini amat memalukan bangsa Inggeris yang sombong bongkak itu. Sejarah ini sangat dramatik yang pertama berlaku pada waktu itu. Britain malu besar. Sejarah yang selamanya sukar dipadam. Mulai dari kejutan ini, British mula gentar terhadap keupayaan "rahsia"Melayu.Mengejutkan, Melayu juga mampu mengeksploitasi syarikat asing (Rothchild) untuk menjayakan serangan "subuh" berkenaan. Pelik bukan? 

Ia tetap akan tercatit sebagai titik hitam sejarah Britain. Bukan setakat itu, segala tindak balas British telah memakan tuannya, Penjajah angkuh terkedu melutut memohon belas.

Ia juga membuka kembali balutan luka lama perhubungan Melayu Cina. Parut yang kekal bertapak di sana. Musuh Melayu nombor satu tetap kaum ini sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. Sekiranya tidak berlaku serangan "subuh" ini, Malaysia akan menjadi negara takluk bangsa Cina walaupun Melayu yang memerintah. Tanah dan estet milik mereka (Cina) berkembang pesat atas pertolongan British. Kita bernasib baik mempunyai HERO yang dalam diam telah dapat bertindak segera menghentikan kegelojohan puak ini. Yang dibenci rupa-rupanya seorang HERO.


HERO yang dibenci...

Bayangkan apa yang berlaku kepada negara ini jika ianya tidak dilaksanakan? Tindakan ini memang harus dipuji.

Tindakan bijak dan berani ini telah mengangkat martabat Melayusekaligus menafikan tohmahan bahawa Melayu adalah bangsa yang malas dan bodoh. Orang Cina sudah semestinya bengang dengan tindakan tersebut. Lupakah kita dengan sanggahan mereka selama ini bahawa hanya bangsa mereka sahaja yang bijak dan lebih layak menjadi tuan kepada negara ini?

Lihatlah. betapa susahnya kita hendak menyelamatkan maruah bangsa. Bukan semua anak bangsa faham dan hargai usaha murni ini, malah menganggap mereka ini (hero) adalah musuh nombor satu mereka. Kepada mereka yang mempunyai kuasa, selamatkanlah negara dan bangsa dari terus dipermain-mainkan.

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap KL Ke Atas London 1981

Oleh: Lela Iskandar Suhaimi

KISAH BENAR kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain, London.

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.


Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris. Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi 

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. 

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini. 

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur. 

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.” 

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu 

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting




Mahathir sewaktu sidang PBB 

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya. 

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura. 

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan 



Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit 
Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara. 

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam sepertipengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan."

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini. 
Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar. 


Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ? 

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid” 

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia). 

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British




Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai“nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan 

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia —Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia. 

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia. 

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia. 

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan,Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.” 

Nota:

1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacobatas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh.Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.

4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.


Catatan: Akhirnya Khalid Ibrahim menentang kerajaan BN pula, kerana terlalu kecewa tidak dapat memiliki Guthrie sebagai hak kepentingan dan keuntungan peribadi... sedangkan apa yang BN usahakan adalah untuk kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya. Permintaan Khalid terpaksa ditolak demi kepentingan semua, bila sudah marah dia sanggup tentang BN.Fakta yang ramai tak tahu


Aku Peduli Apa
Photobucket

Menjelang Pemilihan PKR, Cerita Perempuan Simpanan Menteri Besar Mulai Ditimbulkan

on Apr 9, 2014





Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Cerita tersebut disampaikan kepada blogger pro-UMNO dan apabila berita tersebut viral, cytro pro-UMNO dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah.

Walau bagaimanapun cerita tentang perceraian Nurul Izzah dan suaminya, benar-benar berlaku dan Nurul Izzah sendiri yang memohon mahkamah syariah agar membenarkan dia menceraikan suaminya yang dikatakan mengalami kegagalan syahwat, sekaligus gagal memenuhi keperluan batinnya.

Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. (BACA DI SINI)

Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan?

Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.

Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri.

Semalam, Wan Azizah melafazkan ikrar bahawa dia tidak berniat hendak menjadi Menteri Besar Selangor. Namun seperti biasa, setiap kali ada pengumuman yang dibuat oleh Wan Azizah, maka perkara sebenar yang berlaku adalah sebaliknya.

Berita tentang Menteri Besar serta perempuan simpanannya, sebenarnya adalah adalah berita yang bertujuan untuk memalukan Khalid Ibrahim, sekaligus menekannya agar segera melepaskan jawatan, selain ugutan agar tidak meneruskan niatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Kumpulan pro-Azmin Ali yang dibantu oleh Ketua Wanita PKR sebelum ini telah berjaya mengenakan Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim sendiri. Justeru, mereka cuba mengulanginya terhadap Khalid Ibrahim agar tidak meneruskan niatnya untuk menentang Azmin Ali. Apatah Khalid Ibrahim bagi mereka tidak cukup bijak untuk berpolitik dan seringkali boleh dijadikan lembu yang dicucuk hidung.

Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO. Ramai yang melihat berita ini sebenarnya lebih tertumpu dan terkait dengan Khalid Ibrahim serta wanita bernama Rahimah yang sebelum ini telah dikhabarkan menjalin hubungan terlarang semenjak dari PNB lagi.

Ironinya, 'skandal' Khalid Ibrahim dengan wanita itu juga, mempunyai kaitan langsung dengan Azmin Ali yang dibantu oleh Zuraidah Kamaruddin!

berita dari sini
Photobucket

ANWAR BUKAN 'HERO BALING.....!!! Kasihan Ibrahim Ali tak diangkat 'Hero Baling'

on





Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memimpin perhimpunan bersejarah Demonstrasi Baling 1974 bagi memperjuangkan nasib petani miskin Kedah, dedah veteran politik Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim, yang bergiat dalam aktivisme mahasiswa ketika itu, berkata semasa kebangkitan rakyat Baling, Anwar sebenarnya berada di luar negara.

“Masa kebangkitan rakyat Baling, dia (Anwar) di luar negara.

"Mahasiswa sambung tunjuk perasaan selepas dua Perhimpunan Baling, di Dataran Merdeka.

“Kalau tak silap saya, hari kedua,di Dataran Merdeka, barulah Anwar muncul,” kata Ibrahim yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA.


Malaysiakini pada 6 April lalu melaporkan, perhimpunan Baling bagi mengingati perjuangan penoreh getah di kawasan itu 40 tahun lalu dihadiri kira-kira 10,000 orang tanpa kehadiran Anwar.

Laporan itu menyebut, perhimpunan ketika kemuncak kebangkitan mahasiswa itu dipimpin oleh Anwar sebagai pemimpin pelajar.

Demonstrasi itu juga dikatakan melonjakkan karier beliau dalam politik.

Dalam kenyataannya kepadaMalaysiakini semalam, Ibrahim berkata, beliau dan kumpulan mahasiswa bertahan di Masjid Negara selepas dikejar polis pencegah rusuhan dan ditembak gas pemedih mata, ketika Anwar tiba dari Manila.

“Waktu itu saya sedang berucap dan (saya) jemput Anwar berucap. Polis pula mula tangkap mahasiswa, keadaan huru-hara.

“Anwar bersama saya lari,” kata Ibrahim.

Menyambung kisah itu, menurut Ibrahim, Anwar kemudian ditangkap pada sebelah petang ketika ke balai polis Brickfields untuk melihat mahasiswa lain yang ditahan, termasuk bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Ibrahim ditahan tiga hari kemudian.

Dengan semua kronologi itu, Ibrahim mengakhiri kenyataannya dengan menyimpulkan Anwar sebagai “bukan hero Baling”.


Photobucket

Azmin Ali: Dari anak angkat ke musuh Dr Mahathir...!

on Dec 1, 2013




Suatu ketika dahulu hubungan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (gambar) dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama  bapa dan anak malah dianggap sebagai "anak angkat". Bagaimanapun semuanya berubah selepas kontroversi pemecatan Datuk Seri  Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
Mengimbas kembali cerita hubungannya dengan Mahathir, perkenalan Azmin dengan pemimpin penting negara ketika itu bermula  ketika beliau menjadi pemimpin pelajar di Amerika Syarikat (AS) semasa melanjutkan pelajarannya di University of Minnesota..... SETERUSNYA

Photobucket

Bulan Mei Umum Bersara Ceramah 28 November...29 November Dilantik MT UMNO

on Nov 30, 2013




18 Mei 2013

(Umum bersara ceramah mulai 28 November 2013 atas alasan...)


29 November 2013




P/s: Sudah dirancang atau kebetulan? 

Hahahaha Kazim oh Kazim!!!

Patutlah...


Macam mana Ahli PAS boleh jadi MT UMNO? 


Sokong UMNO pula?



Respons Si Yeob ini di FB:


Mudah-mudahan Si Yoeb ini nampak jalan kebenaran.


Photobucket

Teruskan Perjuangan Saya Selepas Saya Tiada...!

on Aug 28, 2013







Photobucket

Mahathir sentiasa memilih timbalan yang salah, beliau pula pilihan salah Hussein Onn

on Aug 24, 2013





Tun Dr Mahathir sudah memberikan reaksi terhadap anggapan Abdullah Badawi yang tindakannya membatalkan projek yang telah diambil semasa pentadbiran beliau (Mahathir) ialah untuk mengelakkan negara menjadi muflis. Abdullah menjawab kenapa beliau membatalkan keputusan yang telah diambil oleh Mahathir apabila beliau (Abdullah) mengambil alih kepimpinan negara dalam wawancara beliau didalam buku ‘The awakening’ hasil kerja Professor Chin dan Welsh.

Saya sememangnya tertunggu-tunggu jawapan Dr Mahathir kerana kata-kata beliau sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi sememangnya menjadi minda saya untuk mengikutinya. Oleh kerana saya sejak tiga puluh tahun dahulu mengikuti setiap kata-kata dan kenyataan beliau , maka saya tahu dimana beliau bercakap benar dan dimana beliau berbohong atau dimana beliau bercakap untuk mengelirukan semua orang.

Beliau boleh berbahas dengan menggunakan bahasa yang kasar dan juga boleh mengambil tindakan menyindir jika beliau sudah tidak mempunyai ruang untuk membalas perbahasan musuhnya dengan tepat dan jelas.


Kali ini beliau menjawab tanggapan Abdullah Badawi itu dengan sindiran. Beliau menjawab dengan menyindir Abdullah jika beliau (Mahathir) bersara lama sebelum itu negara akan berada dengan wang yang menggunung, tetapi Abdullah tidak juga dapat mempertahankan kemenangan tradisi BN dengan majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke12 yang lalu.

Mahathir berkata, jika beliau berhenti jauh sebelum tarikh yang beliau sebenarnya bersara dahulu beliau membayangkan yang negara tidak akan ada KLCC, jambatan P Pinang, Putrajaya, KLIA dan berbagai-bagai projek raksaksa yang kita lihat sekarang ini.

Bagi saya diantara Mahathir dengan Abdullah pergesiran mereka bukan kerana perjuangan. Sebenarnya Mahathir merasakan Abdullah tidak menunjukkan sikap berterima kasih kepada beliau (Mahathir) dengan secukupnya. Beliau mahukan Abdullah terus-terusan menunjukkan perasaan bersyukur yang tidak terkira kerana menjadi Perdana Menteri diatas pilihan beliau (Mahathir). Mahathir tidak mahu setakat Abdullah mengucapkan terima kasih sahaja. Mahathir mahu Abdullah sentiasa berhutang budi kepadanya dan sentiasa ‘berzikir’ dan ‘mengtauhidkan’ beliau ‘in perpetuity’.

Itu sebabnya setelah Abdullah mengambil keputusan membatalkan projek jambatan bengkok itu, beliau mengambil isu itu sebagai alasan untuk memulakan serangan terhadap Abdullah. Sebenarnya Mahathir sudah mempunyai perasaan marah dan kecewa terhadap Abdullah hanya sebulan dua selepas Abdullah mengambil pimpinan negara. Pembatalan projek jambatan bengkok itu hanya di jadikan penyebab untuk menyerang dan melepaskan perasaan marah dan kecewa beliau sahaja.

Dr Mahathir kecewa dengan Abdullah kerana Abdullah tidak menghormati keputusan kerajaan pimpinannya sebelum ini dengan membatalkan apa yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Tetapi ini adalah perkara yang biasa bagi seseorang yang mengambil alih pentadbiran baru. Mahathir sendiri tidak menghormati banyak perkara yang telah dipersetujui oleh Kabinet Hussein Onn sebelum beliau.

Kabinet Hussein Onn telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan supaya tidak menubuhkan syarikat yang menubuhkan Saham Amanah untuk memberikan tumpuan kepada Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd sahaja.

Selain dari ASNB tidak dibenarkan mana-mana pihak menubuhkan sekim amanah kerana ia akan membantutkan usaha terancang untuk memindahkan hasil kekayaan negara kepada Bumiputra. Kerajaan hanya bersetuju untuk membenarkan sekim Amanah yang diurus oleh TKMB (Tabung Kumpulan Modal Bumiputra) yang di urus oleh Amanah Saham MARA Bhd sahaja.

Tetapi Mahathir mengenepikan keputusan ini apabila mengambil alih kepimpinan negara dan membenarkan banyak negeri-negeri menubuhkan Amanah Saham mereka sendiri seperti Amanah Saham Terengganu, Selangor, Johor dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan lain menubuhkannya.

Hasilnya berbillion wang Bumiputra telah hilang kerana masing-masing mempunyai pasaran Bumiputra yang sama. Hasilnya semua sekim amanah yang bercambah itu telah mengalami kerugian dan ditutup operasinya. Orang Melayu kerugian berbillion ringgit wang simpanan mereka yang tidak seberapa itu.

Sebenarnya ‘kesilapan’ Abdullah hanyalah mengecewakan kehendak peribadi Dr Mahathir sahaja. Abdullah tidak sedar yang beliau telah dipilih oleh Dr Mahathir kerana Mahathir merasakan beliau boleh di perlakukan apa sahaja oleh beliau (Mahathir) kerana Mahathir masih banyak agenda peribadi beliau dan memerlukan Abdullah untuk memberikan ruang bagi mendapatkannya.

Dr Mahathir tidak tahu yang Abdullah walaupun seorang yang lembut, tetapi lembutnya Abdullah tidak boleh disudu oleh Dr Mahathir. Abdullah sememangnya seorang yang bukan mudah mendengar kata-kata nasihat Mahathir kerana beliau juga tahu niat dan kehendak Mahathir itu selalunya bertentangan dengan aspirasi rakyat yang ramai.

Akhirnya siapa sahaja yang menjadi pilihan Dr Mahathir adalah pilihan salah dan akhirnya Mahathir juga yang akan berusaha menurunkan mereka yang beliau naikkan. Musa Hitam pilihan beliau, akhirnya Musa juga tidak sesuai dengan beliau. Musa digantikan dengan Ghaffar, akhirnya beliau memilih Anwar untuk menumpaskan Ghaffar. Selepas itu beliau juga sedar yang Anwar juga bukan pilihan yang betul bagi beliau maka Abdullah lah yang dijangka orang yang paling sesuai untuk menggantikan beliau.

Apabila Abdullah menjadi gantian kepada beliau, Abdullah juga tidak sesuai, maka dari persaraan beliau menyuruh arah Muhyiddin untuk bergerak menolak Abdullah kerana akhirnya beliau berhasil mendapatkan gantian kepada Abdullah, iaitu Najib.

Sekarang ini sudah dipanggil ramai perwakilan UMNO oleh Dr Mahathir dan mengkritik Najib pula. Najib juga tidak betul kepada Dr Mahathir. Mungkin kali ini Mahathir hendak menaikkan Muhyiddin pula. Ramai pasti yang Muhyiddin juga akan menjadi pilihan yang salah jika Mahathir masih hidup sehingga umur 100 tahun.

Pendeknya jika kita menerima pilihan Mahathir keadaan negara tidak akan menjadi aman politiknya. Pilihan-pilihan Mahathir semuanya pilihan yang salah.

Kenapa pilihan Mahathir itu salah?

Jawapannya mudah kerana pemilihan Dr Mahathir oleh Hussein Onn sebagai pengganti beliau itu adalah pilihan yang salah. Dr Mahathir sentiasa menuduh timbalannya yang salah kerana pemilihan beliau sendiri oleh Hussein Onn itu dianggapkan oleh ramai orang-orang lama dalam UMNO itu sebagai pilihan yang salah.

Kalaulah Dr Mahathir itu pilihan yang betul masakan beliau mewariskan politik yang kacau bilau seperti sekarang ini? Beliau (Mahathir) sentiasa memilih timbalan-timbalannya yang salah.

Fomula bagi membuat pilihan yang betul elok dipilih mereka yang dari awal Mahathir tidak suka atau cemburui. Kita mengaku yang semua pilihan beliau itu adalah pilihan yang salah. Yang mana Dr Mahathir tidak suka itu, itulah dia pilihan yang secocok dengan politik dan negara.




Photobucket

Anwar sedang memperlahankan zaman kejatuhannya...!

on Jun 16, 2013



Photo: Anwar sedang memperlahankan zaman kejatuhannya!

Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya.

Salaam Persaudaraan Islam,
Salam Perjuangan buat Saudaraku. Anwar Ibrahim.
Ikhlas dari: Mohd Sofi Yasssin, Kerajaan Rakyat.
http://bit.ly/14SijX2


Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya.


Salaam Persaudaraan Islam,
Salam Perjuangan buat Saudaraku. Anwar Ibrahim.
Ikhlas dari: Mohd Sofi Yasssin, Kerajaan Rakyat.
http://bit.ly/14SijX2



Photobucket

Apakah saya akan menjadi seorang yang penakut....Pak Habib

on Jan 13, 2013





1 Januari 2013, sambil menghirup kopi panas di tepi Sungai Chemperoh, Janda Baik, saya berfikir, “Apakah saya akan menjadi seorang yang penakut manghadapi tahun baru sedangkan saya terkenal sebagai seorang yang sangat berani dan hanya dengan keberanian sahaja kita dapat mempertahankan prinsip dan integriti kita?” Saya tahu ‘politics of fear’ yang digunakan oleh mereka yang berkuasa untuk menakutkan saya dan ‘orang kita’; tidak boleh sampai ke mana pun, kepada mereka yang hanya takut pada Allah, itulah azam saya untuk 2013. Saya tidak terhutang hidup dengan sesiapa pun melainkan Allah; Allahu Akbar!

Air sungai yang mengalir jernih mengamit permikiran saya, “Kenapa saya tidak tukar psikologi takut yang menghantui masyarakat kita kepada psikologi berani, itulah ‘political will’  dari pengalaman mengadakan perkongsian ilmu di Al-Attas University of Life untuk menjadikan ‘orang kita’ yang masih hidup dalam kegelapan akibat tidak berani keluar dari pemikiran dalam kotak”.
Ar-Ra’ad (ayat 11): “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."

Ekoran dari penahanan saya selama 6 jam di Perhimpunan Agung UMNO setelah buku saya Setan, Syaitan, Sultan dirampas, saya bertekad untuk menulis sebuah lagi buku yang lebih berani.Sampai bila kita nak biarkan mereka yang berkuasa berlagak sepertidurian melenyek mentimun.Ini musim durian dah jadi tempoyak, nangka berulat nak jatuh berdebab.

Anakanda saya Habib Omar, cucu saya Ku Yah dan Iwan grafik, di panggil ke balai polis Dang Wangi untuk di soal siasat kerana nama mereka terdapat dalam senarai mereka yang saya ucapkan terima kasih, sikit  pun tidak takut; mereka berani kerana benar. 
Pelik tapi benar, kenapa Ku Yah dan Habib Omar sekadar membantu saya menaip menggantikan Zaharah, pembantu saya yang sudah berkerja selama 30 tahun kini terlantar di hospital akibat mengalami barah usus di soal siasat? 

Bagaimana dengan laporan polis yang di buat oleh Kamal Hisham yang dia diugut untuk dibunuh oleh kerabat diRaja Johor, ceritanya ditutup macam itu aje? Siapa yang bayar gaji polis; Raja atau rakyat? Zaharah tidak takut menjawab soalan oleh ASP Chua yang pergi menyoal siasat dia di hospital.Kita ini sembah siapa, Tuhan atau manusia?

Di zaman pemerintahan Sultan Yusuf bin Tasyfin di Maghribi, kaum fuqaha murka kepada Imam al- Ghazali kerana tulisannya Ihya Ulumuddin yang banyak mengkritik kaum ahli Fiqh, yang sudah menjauh dari Al-Quran dan hanya tenggelam ke dalam taqlid. Fuqaha marah, sehingga mengusulkan kepada sultan supaya Ihya dibakar sahaja dan pengedarannya ke Maghribi dilarang keras. Di kala sampai berita itu kepada al-Ghazali, beliau terus berkata:
“Tuhan akan merobek kerajaan mereka sebagaimana mereka telah merobek kitabku.”
 
“Ingatlah sesungguhnya awliya Allah itu tidak akan ada ketakutan bagi mereka, dan mereka tidak akan berdukacita iaitu mereka orang-orang yang beriman dan bertaqwa.Bagi mereka kegembiraan di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
(Yunus:64)

Apakah kita kini masih berada di dynasty Muawwiyah atau di zaman Raja Bersiong, era Sultan Mahmud mangkat dijulang dan Singapura dilanggar todak atau di zaman feudal?Ke mana perginya para intelektual dan ahli sejarah? Sedangkan ombak ketiga menampakkan muncul semula zaman ‘Khilafah’; di mana kepimpinan dunia akan digantikan dengan ‘Khilafah’.

Zaman Khilafah hanya dapat bertahan selama 30 tahun.Bermula tahun 11 Hijrah bila wafatnya Rasulullah SAW hingga tahun 41 Hijrah. Khalifah Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali dan paling singkat Hassan; kerana setelah cucu Rasulullah SAW diracun akhirnya pemerintahan Khilafah bertukar kepada dynasty Muawwiyah yang menjadikan Yazid anaknya sendiri sebagai Tengku Mahkota dan hingga hari ini ummat Islam asyik bercerita tentang sejarah Islam yang lampau tapi di Perak sejarah berulang; Azlan Shah melantik anakandanya Raja Nazrin sebagai Tengku Mahkota sedangkan dia sendiri pun bukan Sultan yang sepatutnya. Lu fikirlah bro.

Wahai Paduka Raja, dahulu kami bangsa yang bodoh. Kami menyembah berhala, makan bangkai, berzina, mengerjakan perbuatan keji, bermusuhan, tidak mempedulikan tetangga dan yang kuat menindas yang lemah.Begitulah keadaan kami dahulu sebelum Allah utuskan RasulNya kepada kami.Setelah Rasul itu datang, dia mengajak kami memeluk agama Allah, meninggalkan agama kami. Dia menyuruh kami bercakap benar, memegang amanah, menghubung silatur rahim ...
Imam Ja’far Bin Abi Talib r.a

Pada 7/12/2012, pukul 3PM Jumaat, ASP Chua Wee Seong, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, bersama beberapa orang polis datang ke pejabat saya di Medan Idaman, Gombak. Saya tidak terkejut, kerana sejak saya kecil ibu ayah tidak pernah menakut-nakutkan saya dengan tentera Jepun yang ganas dan kejam memerintah Tanah Melayu.Ibu saya seorang yang berani dan DNA ibu dan ayah dari Sayyidina Hussien masih mengalir dalam darah saya.

Sampai bila ‘orang kita’ mindanya dibiarkan tertanam seperti burung kasawari bila ketakutan. Semangat takut dengan manusia boleh merosakkan akidah; satu doktrin yang mesti dihapuskan dari jiwa orang kita kerana ia lebih bahaya dari segala barah. Sejak kecil anak orang kita di takutkan dengan polis, benggali, singh dan hantu dan bersikap rendah diri sebagai orang kecil; bila berdepan dengan VIP yang dianggap sebagai orang besar dan kita dianggap sebagai hamba.‘Hamba rakyat’ bila berdepan dengan Raja sebagai bayangan Tuhan tidak boleh derhaka, nanti Tulah "Peerah!

Apakah ilmu tauhid tidak di didik supaya takut dengan Tuhan. Islam apa namanya jika menduakan Allah?

Melayuadalah falsafah umat Nusantara Bani Jawi, seperti di definisikan oleh Datuk Kompo Rajo, pejuang Melayu sebelum merdeka, yang  saya dapat dari cucunya semasa saya bertemu dengannya bersama anak saya Muhiyuddin, yang ketika itu menuntut di Dunedin, New Zealand bersama pelajar Melayu dari New Zealand dan Australia dari Kelab UMNO yang berkumpul di Melbourne.

Mim    :Umat Muhammad

Lam    :Salah satu sifat Allah, Maha Halus, Maha
            Lembut

Alif      :Hakikat yang disembah

Ya       :Yang tersirat ‘Melayu sejak azali memang
mencari perkara-perkara tersirat.’

Wau    :Warak, berilmu

Terbongkar cerita perut Wan Anum di mana perutnya dibelah atas perintah Sultan Mahmud ketika Laksamana Bentan tumpang berteduh di bawah rumah dia terdengar seorang ibu menakutkan anaknya, jika tidak diam perutnya akan dibelaholeh Sultan Mahmud masakan bangkai gajah boleh disembunyikan. Tidak ada manusia yang boleh terlepas dari dosa.

Kena percaya dengan hukum karma.Tunggulah terbongkar rahsia siapa pembunuh Altantuya sebenarnya. Bila timbul yang haq, yang batil akan terhapus dengan sendirinya. Apakah tidak ada konspirasi mengenai Saiful Bukhari yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim? Permainan siapa ini untuk memburuk-burukkan Anwar?

Saya sentiasa bersedia menghadapi segala macam ujian; expect the unexpected, selagi saya berpegang dengan keyakinan - if God is your friend, who would dare be your enemy? Kalau tidak masakan saya sanggup jadi pengkritik sosial bermula dengan bukuMusa DerhakaChallengerMemo Untuk Mahathir,Johor Corporation: Thieves of the people, di mana ketiga-tiga buku itu di haramkan. Saya tabik pada Musa Hitam yang berani untuk membukti dia kalah kepada arwah Ghafar Baba pada tahun 1987 kerana buku sayaThe Challenger.


Siapa kalau bukan saudara Anwar Ibrahim semasa dengan ABIM dulu mengingatkan kita supaya meneruskan ‘amar ma’ruf, nahi mungkar’.Apa pun orang nak kata Pak Sheikh Anwar Ibrahim sudah jadi guru pada jutaan manusia termasuk saya. Soal peribadinya dia jawab dengan Tuhan; kubur dia, dia jawab.

Ramai lagi peribadi pemimpin yang jauh lebih buruk dan lebih teruk; gajah depan mata tidak nampak, hama di seberang nampak. Ini yang terjadi bila yang berkuasa bersikap ‘double standard’, ‘cakap tidak serupa bikin’. Bila kemungkaran tidak membahayakan pucuk pemimpin negara ia disembunyikan. Kita jangan lupa Anwar Ibrahim pernah berguru dengan Prof Naquib Al-Attas. Apakah bila jadi Perdana Menteri nanti dia tidak akan berubah; bila Allah memberikan dia hidayah?Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Dengan pimpinan Rasulullah SAW, bangsa Arab jadi pelopor empayar Islam yang pertama sedangkan para sahabatnya dulu penyembah berhala, melainkan Ali Bin Abi Talib karamallah hu wajhah yang wajahnya di muliakan Tuhan kerana tidak pernah menyembah berhala sebelum menerima Islam. 

Akibat roh Islam, tauhid dihadirkan di dalam hati dan Al-Quran hidup dalam diri mereka yang mendapathidayah menjadi ummat Islam yang beriman. Inilah ilmu dalaman yang cuba saya hidupkan dalam bangsa kita yang sedang mencari rahsia Tuhan untuk menghidupkan kembali roh Islam di Al-Attas University of Life di Janda Baik.Supaya orang kita tidak hidup seperti di zaman jahiliyyah sedangkan Islam menjadi agama rasmi ummat Malaysia dan Raja menjadi ketua agama dan orang yang pertama perlu di sekolahkan adalah kerabat diRaja jika mereka mahu kekal di Istana.
Dalam era kebangkitan Islam ini, kita perlu kan manusai yang berani mengetengahkan fardu kifayah’ menjadi ‘fardu ain. Perangai ummat Islam perlu diperbaiki, ditinggikan untuk menghidupkan sebuah masyarakat Madani yang pernah diperkenalkan oleh Pak Sheikh.

Para pemimpin wajib melaksanakan amar makruf dan meninggalkan kemungkaran; ini zaman ketulusan, di mana saja ada kamera litar, setiap perbuatan bukan lagi satu rahsia walaupun dalam pagar Istana kerana Sultan tidak lagi mempunyai kekebalan.Jangan kita berfikir ulat dalam buah Kuini saja yang boleh di intai hatta pergerakan bayi di dalam perut ibu pun kini tidak boleh disembunyikan lagi, inikan pula nangka yang sudah berulat. Daulat apa lagi; takbir, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Akibat terlalu ramai ‘orang kita’ yang berjiwa pengecut, ‘berani lalat, hangat-hangat tahi ayam’; di Amerika pengecut dilabel sebagai ‘chicken’. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “cakaplah yang benar sekalipun pahit.”Macam mana nak berkata benar dengan sifat munafik, hipokrit?Menanam tebu di tepi bibir; musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan; di keliling pemimpin.

Bangsa kita akan menerima bala dan malapetaka  seperti ummat Islam di dunia yang lain yang takut menyampaikan ayat-ayat Allah yang mengandungi mukjizat yang bukan saja boleh membuka minda dan menghidupkan roh Islam malah boleh mengubah sikap manusia yang dulu dalam kegelapan menjadi terang benderang dengan cahaya ‘nur Muhammad’. Mari kita berselawat; Allah humma sali ala Muhammad, wa ala ali Muhammad.
Kebetulan saya sudah kenal ASP Chua dan Inspektor Mohd Yudi Bin Mohd Yusuf, dan sudah menulis puluhan buku, umur sudah melebihi subsidi, di pangkat 7-siri, tergolong dalam golongan yang hampir pupus.Sudah ada anak cucu-cicit pun boleh digangu oleh polis macam ini; bayangkan orang muda yang baru muncul nak jadi penulis. Kerja polis menjaga keamanan bukan menyusahkan orang ramai kerana arahan entah dari siapa dia pun tidak tahu.Kasihan polis yang terpaksa jadi mangsa keadaan. Saya pernah di simpan di dalam lokap beberapa kali maka takut apa polis datang ke pejabat?

Sesiapa yang menegakkan ‘sunnahku’ setelah rosaknya ummatku, maka baginya seratus pahala mati syahid.

Islam itu bermula dengan keunikan (ganjil) dan akan kembali pelik.Maka beruntunglah mereka yang ganjil (luar biasa).
Hadith

Tiga pegawai polis yang datang ke meja saya di Riverside bukan beragama Islam, bukan Melayu pulak tu masakan mereka tahu bahawa Nabi Muhammad SAW mengingatkan ummat semasa Haji Wada’, sesudah baginda wafat kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah; baru kita boleh diiktiraf sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah bukan sekadar Melayu Islam.

Pengedar dadah tidak takut dengan polis, tidak takut dengan hukuman gantung; saya bukan seorang penjenayah, saya pejuang hak asasi manusia, pejuang untuk kembalikan keadilan menentang kemungkaran, kekejaman, kezaliman, dan keangkuhan pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga kesejahteraan rakyat jelata tapi telah menyalah gunakan kuasa.
Chua kata dia ada ‘search warrant’ untuk menggeladah pejabat saya, dia beri saya sekeping kertas yang sudah di ‘fotokopi’ tapi tidak boleh di baca. Saya minta supaya boleh saya simpan untuk bahan bukti jika saya dihadapkan ke mahkamah.

Dia mengaku dia datang untuk mencari sebarang bukti yang boleh dijumpai bagi mendakwa kes buku Setan, Syaitan, Sultan.Mungkin dia tak tahu yang ummat Islam itu bersaudara. Agama Islam itu nasihat-menasihati; manusia itu bersifat alpa, lalai dan leka. Lagi pun Sultan yang saya tegur manusia biasa, asal dari setitik air mani yang hina-dina tapi egonya melebihi biasa; kerekpoyosengal luar biasa. Belum di tabal sebagai Raja pun.

Ingat senang ke nak jumpa Sultan sedangkan dia bukan ada kerja apa pun? Ingat senang ke nak beri nasihat pada Sultan, inikan pula Sultan Johor. Tengok apa jadi pada Kamal Hisham hari ini masih menjadi pelarian di luar negara.Mengikut cerita Ku Shah, abang ipar ‘Yem’ Ibrahim, sepupu Sultan Ahmad Shah, Pahang yang kini tinggal di Istana, hinggap Wadi Hussien, Janda Baik,“Raja pandang rakyat itu macam kucing kurap.”

Nasib baik tidak macam anak anjing; patikyang bermaksud anak anjing di dalam bahasa Sanskrit, seperti bahasa patik pacal yang hina yang digunakan bila menghadap Sultan bermula dengan “Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.” Dengan Tuhan pun tidak minta ampun macam tu. Dosa yang paling besar yang tidak boleh terampun ialah menduakan Tuhan.




Tidak Ku jadikan Jin dan Insan melainkan untuk menyembah Ku.
Al-Quran
Siapa sebenarnya yang kita sembah dan takut; apakah kita takut dengan manusia?Itu sudah terkeluar dari akidah namanya?

Saya memberi kerjasama pada Chua dari mula mereka menahan saya.Kerana dia berterus terang yang dia (cari makan) mesti mengikut perintah.Dia di arah, suruh tahan dan siasat saya, ‘kasihan dia’.Apakah tidak ada campur tangan Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri?Tan Sri Musa Hassan banyak rahsia mengenai campur tangan Menteri dan Perdana Menteri.Chua beritahu saya yang dia mesti ambil ‘CPU tower’saya. 


Saya terkejut kerana untuk mendapatkan maklumat di dalam ‘hard drive’ saya, sebenarnya dia boleh buat dengan semudah-mudahnya, pihak polis hanya perlu membawa satu ‘thumbdrive’ bervolum tinggi seperti 16GB dan dengan ‘thumbdrive’ itu, pihak polis boleh ‘sedut’ maklumat yang ada di dalam ‘hard drive’ saya. Kalau tidak muat 16GB, sila bawak ‘external hard drive’ bervolum 500GB atau 1TB;besar tapak tangan je.Pelik tapi benar, macam mana dia sanggup buat kerja ‘bodoh’ yang memalukan polis Malaysia memang tak patut seorang ASP kita kata sengal atau poyo. Lu fikirlah bro. Kah kah kah, wa caya lu bro!


Islam bermula macam bunga, ianya berkembang akhirnya layu tapi iakan akan berkuntum dan kembang semula apabila orang Islam kembali ‘fanatik’ dan menjadi ummat yang ‘ekstrim’, keberaniannya untuk menegakkan kebenaran menentang kemungkaran dan jadual Allah mahu hidupkan Islam semula dengan menghancurkan firaun-firaun di Timur Tengah yang cinta dunia, takut mati, tamak, bakhil, kejam, zalim dan tidak berperikemanusian.

Bayangkan penakutnya ulama di keliling Raja di dalam rumah Allah pada hari Jumaat; siapa pun tidak berani tegur apa yang berlaku depan mata  mereka yang sudah pasti perbuatan yang terkeluar dari akidah. Rakyat ini ‘pariah’ kelas tiga ke? Ada permaidani merah untuk Paduka Raja; Islam apa nama jika masih ada kasta, ada manusia istimewa yang masih ditakuti? Tidak sah solat tanpa Surah Fatihah, ibu Al-Quran.Allah adalah Raja sekian alam dan hanya Allah yang kita sembah dan kita minta untuk di tunjuk jalan yang ‘haq’, yang benar.Semulia-mulia manusia adalah yang lebih taqwa-nya kepada Allah, bukan Raja.


Kalau datang lambat macam mana pun mesti duduk dibarisan hadapan dengan pengawal peribadi; bayangkan di dalam Baitullah pun takut mati.Sahabat dan menantu Rasulullah SAW, Ali Bin Abi Talib r.a mati dibunuh sewaktu nak menunaikan Solat Subuh di masjid; itu semua ketentuan Allah. Malah mantan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang banyak pengawal peribadi pun mati dibunuh juga. Menyediakan permaidani istimewa, sejadah istimewa, tempat yang istimewa - ini perbuatan terkeluar dari akidah Islam namun tidak ada sesiapa yang berani bersuara.Sengal betul ulama poyo kita hari ini; belajar tinggi-tinggi, mengaji, tapi tidak mengkaji.Sepatutnya siapa datang lambat duduk di belakang.berapa ramai Imam yang berani suruh makmum rapatkan saf dengan raja? 
Semuanya diperhatikan oleh dunia kerana Solat Jumaat ada siaran langsung.

Orang kita takut tubuh bersentuhan Raja atau Raja di didik yang rakyat itu seperti kucing kurap, anak anjing, ‘patik’ yang tidak layak bersentuhan dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Raja.Raja kita ini ‘alien’ ke, atau ada penyakit yang tidak boleh bersentuhan dengan manusia biasa?Bayangkansaf terputus dalam masjid waktu solat Jumaat.Tidak ada siapa yang berani tegur dalam khutbah.

Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul kepada kamu, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Firaun.Namun Firaun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat.

Maka bagaimanakah kamu akan dapat memelihara dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban. Langit terbelah pada hari itu.Janji-Nya pasti terlaksana.Sesungguhnya, ini adalah suatu peringatan.Barang siapa yang menghendaki niscaya dia menempuh jalan kepada Tuhannya.
(Al-Muzammil:15-19)

Sampai bila penyembahan dan pemujaan terhadap manusia bukan lagi Allah SWT mahu dihentikan.Lupakah kita kenapa Azazel yang menyembah Tuhan selama 6 ribu tahun terhumban keluar dari Syurga kerana ego.Merasakan lebih mulia dan memandang hina pada manusia, ‘ahsanu taqwim’, semulia-mulia dan seiindah kejadian yang dicipta Allah. Kerana Allah lebih dekat dari urat leher manusia - there is God in man. Selain cinta kepada Rasulullah SAW yang sepatutnya dilakukan secara berlebihan nak kita mulakan sedangkan kita mendakwa kita Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
(At-Taubah:24)

Baca balik buku 3S 3Tan. Kamal Hisham cerita pada saya, dia suruh Sultan Ibrahimcebuk semasa kembara,  dia beri air dalam botol mineral. Dia kena marah, “jangan sebok”.Yem tidak cebok.

Bayangkan dalam rumah Allah, ummat Islam lebih takut pada Sultan dari Tuhan.Bayangkan jika tidak ada Islam, bolehkah Sultan jadi Ketua Agama dan ulama dapat kerja kerana mereka ada ilmu Syariat yang berkaitan dengan Islam.Siapa yang meminjamkan nyawa, rezeki dan segala-galanya?

Nikmat Tuhan yang macam mana lagi yang hendak kita dustakan?
(Ar-Rahman)

Sampai bila kita nak biarkan lidah kita jadi lidah syaitan? Jika Sultan tidak sembahyang dalam masjid, Imam tetap doakan kerabat diRaja dan keluarganya. Orang kita dalam masjid berebut cium tangan Raja; kalau tidak cebok tidak ke najis?Selain Kamal Hisham ada seorang lagi peguam yang cerita pada saya yang Sultan kencing tidak cebok. Jika saya ke mahkamah saya akan sepina peguam yang ada hubungan dengan Kamal Hisham. Kalau Raja kencing tidak cebok, rakyat pula berak tidak dicebok.

Akibat Melayu tidak lagi punya jati diri, mereka tidak nampak kemungkaran yang berlaku dalam rumah Allah akibat tidak mahu berfikir.Agama ikut tok-nenek mereka, bukan ikut Al-Quran dan Sunnah.Sedangkan Al-Quran itu diturunkan untuk mereka yang berfikir.Sudah 55 tahun merdeka tapi siapa pun tidak berani tegur; saya tidak takut Allah murka. Semoga dengan teguran yang ikhlas ini akan menyelamatkan bangsa Melayu yang semakin hari semakin teruk dari segi adab moral. 
Siapa kalau bukan anak Melayu yang ‘champion’ dalam buang anak, murtad, bercerai, berhutang, terkebelakang dari segi pendidikan. Hassan, kawan saya, beritahu Najib, Perdana Menteri, supaya layanan istimewa untuk Agung dalam masjid mesti diberhentikan.Najib takut bini mana berani; ada ke ulama kita yang berani?Kerana mereka tidak berani, saya kena berani.

Dapatkan Buku Setan Syaitan Sultan email ke alxsunilife@gmail.com Rm60 termasuk Pos.

Tunjuk Ajar Melayu juga banyak memuat nilai-nilai yang menjunjung keutamaan dan kemulian, keadilan dan kebenaran.Bagi orang Melayu, keadilan dan kebenaran adalah kunci utama dalam menegakkan tuah dan marwah, mengangkat harkat dan martabat, serta mendirikan daulat dan kewibawaan.Keadilan dan kebenaran tidak dapat ditawar-tawar, kerana semua acuan mengenai kehidupan, pemerintahan, dan sikap hidupnya mengacu pada sikap adil dan benar.Oleh kerananya, pemimpin yang dianggap tidak adil dan menyimpang dari kebenaran wajib diingatkan, disanggah, atau diganti.Hukum yang adil wajib ditegakkan demi terwujudnya masyarakat yang adil dan makmur. Kebenaran wajib didirikan demi terlaksananya syarak dan sunnah, petuah dan amanah, ketentuan adat lembaga, dan sebagainya. Orang Melayu berani mati untuk membela kebenaran.Orang tua-tua mengatakan “takut kerana salah, berani kerana benar.
Tenas Effendy
Tunjuk Ajar Melayu
Kenapa kita yang diberi akal, ada ilmu, ada mentor dan mekanisma (kaedah) masih membiarkan diri diperalat oleh para ‘wali syaitan’, ulama Pepsi-Cola.Ulama kena berani tegur ulama.Jangan jual ayat Quran dengan harga yang murah.Sampai bila hendak bertopengkan Islam?

Tidak beragama orang yang tidak berakal.”
Hadith

Bila lagi hendak belajar ilmu berani di Al-Attas University of Life supaya menggunakan akal fikiran dan berani keluar dari kepompong dan label yang buruk yang terlekat pada tubuh Melayu sedangkan kita sudah jadi rakyat Malaysia; bukan membanggakan ketuanan Melayu tapi ‘ketuhanan’ Melayu.

Earnest Dimnet dalam bukunya “The Art of Thinking” menceritakan bahawa sembilan belas dari tiap-tiap dua puluh orang tidak berfikir, tapi hidup sebagai otomat.Berucap, bergerak, berbuat sesuatu dan bekerja mengikut adat kebiasaan. Mereka mengulang ucapan dan ungkapan dengan menjalani dan melalui norma yang lazim. Orang-orang ini adalah Pak Turut.

Jangan sesekali kamu memusuhi para wali Allah, Tuhan akan memerangi kamu.
Hadith Qudsi

Para pemimpin yang munafik, yang takut kepada kebenaran tidak mahu mempedulikan nasib Melayu, kerana takut dilabelracist dan menghidupkan Islam kerana takut denganlabelterrorist.Sedangkan Melayu itu Islam dalam perlembagaan.Islam macam mana jika tidak tahu ilmu Ma’rifatullah.Perkara pertama yang di utamakan oleh Syariat Islam ke atas setiapmukallaf; mengetahui dan mengenal Allah, mengenal sifat-sifat Allah dengan dalil-dalil yang terang seperti alam.

Bila kebenaran tidak dijunjung,
Keadilan lesap sumpah pun lancung,
Salah dan benar tiada dihitung,
Hidup semata mengejar untung,
Sama saudara potong memotong,
Berjalan bersama dorong mendorong,
Berkata dusta bercakap bohong,
Ke tengah ke tepi berlagak sombong.

Bila kebenaran tiada dijaga,
Hilanglah adat terbuang lembaga,
Aib dan malu sudah tidak ada,
Sesama saudara laga melaga,
Akhirnya hidup dalam celaka.
Tenas Effendy

Sampai bila kita yang hidup di zaman ‘First Class Infrastructure’, masih bertindak dengan ‘Third Class Mentality’?Perkara yang mudah kenapa mesti disusahkan, kenapa?Apa perlu datang satu gerombolan dan ambil ‘CPU tower’ saya dan gambar setiap sudut pejabat? Mula-mula ada pihak yang menakut-nakutkan penjual buku; jangan jual buku Setan, Syaitan, Sultan. Bahaya sangat ke buku ini; suruh semua ulama baca dan keputusan ulama sama ada buku 3S  ini menyesatkan atau membiarkan saja sejarah yang menghukum?
Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.”
Hang Jebat
Tanpa Raja masih ada rakyat tapi tanpa rakyat masih adakah Raja?

Rakyat itulah Raja.”
Dato Sir Onn Ja’afar

Pemimpin yang adil, wajib ditaati tanpa berbelah bagi.Menderhaka kepada pemimpin yang adil adalah merupakan satu kesalahan besar yang boleh dikenakan hukuman yang setimpalnya. Taat kepada pemimpin yang adil telah ditekankan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud: “Sehari seorang Raja yang berlaku adil, lebih besar pahalanya daripada (seorang abid) beribadat 60 tahun.” Sebab itu Raja atau pemimpin mesti sentiasa berlaku adil. Untungnya besar!

Barang siapa yang mentaati pemimpin yang adil iaitupemimpin yang melaksanakan tugas seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah tanpa berbelah bagi, maka ganjaran dari Allah SWT kepadanya.

Yang dimaksudkan pemimpin yang adil oleh Rasulullah SAW adalah pemimpin yang melaksanakan tugas serta tanggung jawab dalam pemerintahan bernegara menurut Al-Quran dan Sunnah.
Al-Quran dan Sunnah serta ilmu dari para ahlul bait saya gunakan untuk mendapatkan taufik dan hidayah sebelum berijtihad. Maka saya tetap bersama pihak yang benar walaupun apa jua keputusan yang dibuat oleh sesiapapun. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Kalau 3S 3Tan itu berbahaya untuk negara, minta sajalah Dato Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, haramkan buku 3S saya, tapi sebelum itu belilah 5 naskah, jangan curi seperti yang dilakukan oleh polis di Perhimpunan Agung UMNO; polis ada SS fund. Curi tidak berkat; baca dan buat review.Bukan buat kerja bodoh macam ini.Menteri boleh haramkan buku saya tapi tidak boleh haramkan fikiran dan ayat Al-Quran yang terdapat dalam bukuSetan, Syaitan, Sultan.

Bila saya fikir-fikirkan Anwar Ibrahim dan keluarganya telah melalui ujian yang jauh lebih teruk dan dia yakin satu hari dia akan menjadi Perdana Menteri dan mahkamah telah membebaskan Anwar. Malaysia sebuah negara demokrasi; kita bukan berada dalam negara ‘polis state’.
Saya menulis bukan mengharapkan anugerah sastera. Ada yang perli bila saya kata saya menulis bukan kerana nama seperti lagu Ramli Sarip, “tidak menulis pun memang Pak Habib punya nama”. Kerana selaku penulis kita harus melalui kehidupan yang ‘sarat derita’ untuk menghasilkan karya-karya yang insya-Allah mampu membuatkan pembaca terfikir, berfikir, bertafakur tentang kehidupan seharian yang semakin hari bercelaru kerana ramainya ulama sengal dan poyo tapi kerek semacam


Setidak-tidaknya penulis cuba membuka minda masyarakat tentang perkara-perkara yang terlepas pandang akibat ilmu-ilmu ketuhanan yang mula dinyanyikan oleh Sifu M. Nasir tidak punya murshid untuk menterjemahkannya, tentang betapa pentingnya manusia mengenal diri dan mengenal Tuhan. 


Menerusi Sifat 20 yang mengajar kita bahawa hanya Allah yang mempunyai sifat wujudqidambaqa yang bermaksud Tuhan Ada, Tuhan Sedia dan Tuhan Kekal. Manusia sebenarnya tidak ada, sebab itu kita perlu kosongkan diri, bersihkan diri dari sifat-sifat yang dimurkai Tuhan.Kita diadakan oleh Tuhan; kita bersifat baru dan tidak kekal. Yang baru pasti binasa dengan kehendak sifat Allah yang berkuasa, berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar, melihat dan berkata-kata; dengan kata kun fayakun segalanya terjadi.

Alangkah singkatnya minda mereka yang terlupa kerana pengusungan CPU tower saya oleh pihak polis itu saling tidak tumpah sama dengan pengusungan tilam kes seksual Anwar dulu. Yang menimbulkan kemarahan dunia akhirnya hukum karma menimpa pada pilihan raya ke-12 yang menjadikan Anwar Ibrahim ‘hero’ kerana dizalimi dan teraniaya.

Pelik tapi benar, mereka tidak pernah mahu belajar dari sejarah, mereka ulangi bila timbul kes dengan Saiful; Anwar menang lagi. Mereka fikir mereka boleh berpolitik dengan cara membubuh tahi ayam, kambing dan lembu di pangkal pokok menjadi pokok busuk dengan label najis. Saya pun banyak menulis buku mengkritik Anwar bila saya fikir Anwar perlu dikritik.Kemudian saya berfikir apakah Anwar seorang saja yang ‘bisexual’?Bagaimana dengan pemimpin dan Menteri yang lainnya, apakah tidak ada yang ‘bisexual’? Lu fikirlah bro. Kalau gambar Anwar di siarkan di T.V. dan di media arus perdana, tunggu masa saja - tanduk lembu tetap ke depan.

Biar 10 lagi buku yang menyatakan 100 sebab mengapa Anwar tidak boleh jadi PM diedarkan kepada perwakilan atau semua ahli UMNO, kepada setiap rakyat Malaysia atau yang seperti disebarkan dengan percuma di jabatan-jabatan kerajaan termasuk di Jabatan Perdana Menteri sendiri. Biar semua media massa dan elektronik sebarkan semua keburukan Anwar sehinggakan habis semua penyokong Anwar lari memihak kepada Mahathir namun kalau Allah sudah tentukan yang dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, siapa pun tidak dapat menghalangnya. Manusia merancang, Allah juga merancang.Tetapi rancangan Allah juga yang tetap berjaya.


Dr Mahathir selalu mengingatkan kita bahawa yang menang tidak dapat semua dan yang kalah pun tidak akan kehilangan semuanya, jadi yang kita hendak haru biru, kelam kabut, pasal apa? Dunia hendak kiamat ke?

“Apakah kamu beriman dengan sebagian kitab dan menolak yang lainnya?Tetapi pahala orang-orang di antara kamu yang baik kecuali kesombongan dan pada hari kiamat mereka mendapat hukuman, kerana Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah)

Relakslah brother.Bukan Anwar saja kena buang, Ketua Hakim Negara pun boleh kena buang, Raja imunitinya Mahathir tarik balik.Tahun 1987, sembilan orang menteri dilucutkan jawatan termasuk Datuk Abdullah Badawi dan Kadir Sheikh Fadhil.Jadi cerita Anwar kena pecat ini ‘no big deal’.
Konspirasi Reformasi Kopikasi
Wangkasi Tak Ada Saksi, 1998

Selepas mereka pulang, saya tengok semula ‘search warrant’ dan rupa-rupanya ia tidak bertarikh. Pelik tapi benar, apakah mereka ada ‘rubber stamp’ Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dalam simpanan, di laci di Balai Polis Dang Wangi; bila perlu cop kemudian tunjuk saja pada sesiapa saja untuk beri kerjasama. Kalau macam tu, kenapa polis dan mahkamah tidak kita jadikan Polis Malaysia dan mahkamah seperti TNB dan Pos Malaysia - kita di ‘public listed-kan’ aje.

Pelik tapi benar, mereka boleh menceroboh masuk ke pejabat saya dengan ‘waren geledah’ bertandatangan yang tidak sah tanpa haribulan tapi kerana dia polis, kita terpaksa mengalah tapi kita boleh tulis buku serta mengadu pada Allah.

Bersambung...


http://shalattas.blogspot.com/

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List