PEMIMPIN BN YANG SALAH BUKAN SISTEM BN

on Aug 28, 2011


mahathir mohamad book signing ceremony 280811 on smiling

Konsep kerajaan campuran dengan perwakilan semua kaum di negara ini masih merupakan satu "sistem yang baik", kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin yang mentadbir kerajaan.

Katanya, bukan BN yang salah, tetapi dasar-dasar yang diikuti.

Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran autografi beliau dalam versi bahasa Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Di bawah sistem kerajaan campuran, kita hidup makmur selama hampir 50 tahun," tambah Dr Mahathir.

Menurutnya, "sistem BN" adalah baik, tetapi apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan, dasar-dasar yang dilaksanakan juga bertukar.

Kadang-kadang, tegasnya, perubahan itu adalah untuk kebaikan dan ia memperbaiki keadaan, tetapi Kadang-kadang perubahan itu untuk sebab yang salah dan negara tidak akan makmur.

Menurutnya, apabila beliau bersara, dasar-dasar negara mengalami perubahan 190 darjah, menyebabkan ekonomi, malah hubungan kaum, merosot.

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, beliau terus membatalkan projek-projek mega pentadbiran sebelumnya - jambatan bengkok Malaysia-Singapura dan projek landasan berkembar.

Abdullah juga cuba memperkenalkan beberapa pembaharuan, seperti IPCMC, sebelum berdepan dengan tekanan dari dalam parti tersebut, yang memaksannya berundur dan digantikan oleh timbalannya ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.




Photobucket

MAT... NI YANG HANG KATA...

on




Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA - Tukar Tiub
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?

Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Lanchau. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 merekaBUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIStetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.


Photobucket

MACAM MANA KAU BOLEH TAK INGAT MAT...?

on


NONE

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Laporan akhbar itu ini memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu".

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mat Sabu, termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Utusan juga memetik ketua penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Jurit Ramli menyifatkan kenyataan Mat Sabu itu sebagai biadap dan kurang ajar.

Manakala Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pula dilapor Utusan sebagai berkata, Mat Sabu perlu memohon maaf kerana kenyataannya akan menyinggung perasaan waris anggota polis yang maut dalam tragedi berdarah itu.


Photobucket

MANA NAK CARI GADAFFI...?

on




BENGHAZI, 28 Ogos ─ Kumpulan pemberontak Libya masih belum ada maklumat yang konkrit mengenai keuddukan pemimpin negara itu atau anak lelakinya, kata ketua Majlis Peralihan Kebangsaan Mustafa Abdel Jalil semalam.
Pemberontak memperluaskan serangan mereka ke atas ibu negara Libya, Tripoli sejak seminggu lalu tetapi sehingga kini tidak dapat kesan di mana Muammar berada sekarang.
Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata, majlis tersebut kemungkinan mempelawa pegawai-pegawai polis dari negara Arab atau Islam untuk membantu Libya dari segi menyediakan keselamatan.
Bagaimanapun beliau tidak mahu kehadiran polis dari mana-mana negara-negara lain.
Katanya, pemberontak sedang berunding dengan pelobi-pelobi Muammar untuk memujuk beliau menyerahkan penguasaan ke atas bandar Sirte, kampung halaman Muammar. ─ Reuters



Photobucket

Libya: Dari Zon Larangan Terbang ke Zon Perang

on





Kejayaan Revolusi Libya menumbangkan rejim Muammar Gaddafi, bukan sahaja menghidupkan semula rentak Pemberontakan Arab yang seakan-akan menempuh jalan buntu selepas mencipta kejayaan di Tunisia dan Mesir, tetapi juga mempersegar campur tangan asing, lazimnya, kuasa besar bersama-sama Nato  di mana-mana negara yang bergolak.  Alasan yang diberikan untuk campur tangan ini ialah kemanusiaan yang jika tanpa campur tangan, pastinya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat jelata.


David Owen, bekas Setiausaha Luar British  mengalu-alukan dan seterusnya meraikan kejayaan  campur tangan di Libya, membangkitkan bahawa   sejak mula lagi, kempen tersebut terpaksa bergelut dengan keraguan daripada pakar ketenteraan dan diplomat.  Beliau dengan angkuh mengatakan  penggulingan Kolonel Muammar Gaddafi menunjukkan bahawa, meskipun wujud halangan yang besar, Barat masih boleh melakukan tugas dengan baik.  Dalam  "We Have Proved in Libya That Intervention Can Still Work," yang diterbitkan dalam The Telegraph, Owen menulis:  "Kebenaran ialah bahawa Libya bukannya pengganti Kosovo  atau Sierra Leone.  Sebaliknya, Libya ialah prototaip untuk jenis baru campur tangan, satu jenis yang mencerminkan dunia yang sangat berbeza yang kita dapati diri kita sendiri pada hari ini."  


Campur tangan di Libya itu, bahas Owen, dapat dipertahankan oleh beberapa ciri penting:  pertama,  keseluruhannya undang-undang, iaitu dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Majlis Keselamatan, dan kedua, campur tangan itu bergema dengan mereka yang berasa malu oleh rasa malas kita terhadap Rwanda dan Srebrenica.  Juga wujud kesatuan yang mengagumkan antara parti politik, meskipun pendapat awam berbelah bahagi. David Cameron dan William Hague disokong pada setiap tahap oleh Ed Millband dan Douglas Alexander.  


Charles Moore yang menulis dalam akhbar yang sama, membangkitkan kejahatan dan kecelakaan yang dilakukan oleh Gaddafi serta individu dan kumpulan yang dikenali sebagai pengganas yang beliau sokong, di samping menggasak diktator dan pemimpin gerila yang anti-Barat.    Justeru, tegas beliau, Britain  sepatutnya tidak  berasa bersalah tentang penglibatannya dalam menumbangkan Kolonel Muammar Gaddafi.  Dan, Moore bukan sahaja memuji campur tangan itu, tetapi juga menggalakkan tindakan yang serupa dilakukan pada masa akan datang:  "Menggulingkan penzalam Libya menyediakan pencontoh untuk campur tangan yang berjaya di dunia Islam."  Mungkin beliau membayangkan bahawa selepas ini, Syria.  Nampaknya, negara itu tidak dapat mengelakkan daripada campur tangan, seperti yang dibahaskan oleh Joshua Landis dalam blognya: puak campur tangan lawan  bukan  puak campur tangan.


Berikutan kejayaan "campur tangan terkawal" ini, tidak memeranjatkan jika pada masa akan datang dan di tempat lain, Nato akan melaksanakan tugas melalui udara, manakala pemberontak melancarkan serangan di darat.   Hal ini pernah dibayangkan oleh George Grant yang memuji Nato yang berbekalkan  resolusi Majlis Keselamatan PBB,    berjaya melindungi rakyat Libya dengan cara berkesan. 


Meskipun usaha menamatkan pemerintahan Gaddafi selama 42 tahun memang dialu-alukan, caranya tidak dapat diterima sama sekali.  Pada mulanya dunia diberitahu bahawa resolusi PBB itu untuk menyelamatkan penduduk Benghazi daripada serangan  yang akan dilancarkan oleh rejim Gaddafi itu. Itu pun atas nama zon larangan terbang,  tetapi berselindung di sebalik  campur tangan  kemanusiaan, Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan kemudian Nato  melancarkan serangan ke atas Libya.  Selepas tentera pemberontak menguasai hampir keseluruhan Tripoli, Nato kini menumpukan serangan udara ke atas Sirte yang merupakan kubu kuat Gaddafi.  Sesungguhnya,  bekas diplomat British,Craig Murray, memang tepat apabila  dua hari lalu, beliau dipetik sebagai berkata,  "pendewaan campur tangan liberal" dan dilakukan melampaui resolusi PBB.  Namun, Setiausaha Pertahanan British, Liam Fox menafikan serangan Nato itu menyasarkan Gaddafi.




Simon Jenkins yang menulis The Guardian membangkitkan bahawa pengampu misi campur tangan di Libya adalah klasik.  Britain dan Perancis berkata mereka mewujudkan zon larangan terbang "untuk menyelamatkan Benghazi" daripada serangan bahaya, dan tidak lama selepas itu, mendapati diri mereka memihak dalam perang saudara.  Keadaan ini semakin menjadi-jadi  dengan kempen pengeboman terhadap Tripoli  untuk "menyelamatkan nyawa rakyat Libya," dan kemudian mendakwa bahawa ini adalah mustahil tanpa menggulingkan, bahkan jika mungkin membunuh Gaddafi.  Jenkins secara kritis membahaskan apa yang berlaku di Libya, sama seperti yang berlaku di  Iraq apabila tentera British dan Amerika ke sana semata-mata  "mencari senjata pemusnah besar-besaran," dan ke Afghanistan semata-mata "menghapuskan pangkalan al-Qaeda."  Tidak ada tentera Nato di bumi Libya, kemudian hanya pasukan khas, kemudian gilang-gemilang sepenuhnya sokongan udara tertutup untuk askar-askar Benghazi, dan kini, sumber pertahanan British mengakui bahawa askar-askar mungkin perlu untuk "membantu mewujudkan ketenteraman."  Jenkins juga menegaskan bahawa kejatuhan Gaddafi memang dialu-alukan, tetapi yang jelas campur tangan Britain di Libya adalah salah.


Seterusnya, Simon Jenkins muncul dalam akhbar yang sama, dengan peringatan,"Libya is Not Advertisement for Intervention,"  mengingatkan penglibatan Nato di Libya itu mempunyai asas yang sedikit dari segi realiti  di tengah-tengah kegembiraan yang berlebih-lebihan.  Kebenaran peperangan dan kejujuran kaedahnya adalah penting jika fahaman campur tangan liberal" yang baru untuk membawa pengaruh moral yang diumumkannya. Operasi Libya telah pun diisytiharkan kejayaan klasik untuk ideologi.


Tidak berlaku pembunuhan beramai-ramai di Benghazi, Jenkins mengingatkan,  "hanya ancaman serangan terhadap bandar itu oleh Gaddafi jika tentera pemberontak gagal untuk berunding.  Meskipun ancaman itu memang benar, andaian "beribu-ribu" kematian merupakan propaganda Nato untuk menghalalkan hasratnya untuk "melakukan sesuatu" untuk Pemberontakan Arab."


Janji Nato bahawa tiada tentera asing di bumi Libya, tegas Jenkins, adalah suatu pembohongan.  Sejak detik kuasa udara gagal untuk mencapai matlamat yang tidak diisytiharkan, iaitu menyerah diri Tripoli, janji ini tidak ditepati.  Askar-askar darat British ditempatkan secara meluas di Libya, perbezaan antara tentera terang-terangan dengan tentera terselindung adalah dibuat-buat.  Askar "khas" masih askar, dan tidak lama akan melepaskan kebanjiran  memoir "bagaimana saya menawan Tripoli."  Beliau juga mengkritik Britain yang bertindak memihak dalam perang saudara di Libya itu.


Campur tangan di Libya itu, lebih-lebih lagi dengan kejayaan menumbangkan Gaddafi, mengundang perdebatan yang menarik tentang langkah itu, walaupun Gaddafi dan rakyat negara itu   menjadi korban.  Dalam "Was the Libyan Intervention Really an Intervention?"  Anne-Marie Slaughter, berpendirian bahawa di dunia pada hari ini, komuniti antarabangsa mempunyai obligasi untuk melindungi warganegara sesama manusia daripada kerajaan yang merampas kesahan mereka.  Beliau yang nampaknya memihak kepada campur tangan yang diluluskan oleh PBB, menulis:  "Jika kita benar-benar memerhatikan dunia dari segi kerajaan dan masyarakat dan hubungan antara mereka, dan mengiktiraf bahawa kedua-duanya, iaitu kerajaan dan warganegaranya mempunyai sebagai subjek undang-undang antarabangsa dan mempunyai agensi sebagai pelaku dalam politik, maka apakah sebenarnya  "campur tangan" komuniti antarabangsa?"  


Beliau memberikan jawapan kepada persoalan itu dengan mengatakan bahawa ciri kedaulatan itu sendiri telah berubah.  Dan, tegas beliau, alasan yang paling menambat minat untuk doktrin tidak campur tanga pada mulanya adalah bahawa melindungi negara lemah daripada negara yang kuat, dengan andaian bahawa perkara buruk boleh berlaku kepada negara dan penduduknya ialah pencerobohan dan beberapa penggunaan kekuatan lain oleh negara lain.  Namun, bahas  Anne-Marie Slaughter, andaian tersebut hanya sesuai untuk abad ke-19 dan ke-20, sedangkan abad ke-21, penduduk selalunya berhadapan dengan risiko yang sama atau lebih besar daripada kerajaan mereka sendiri, sebagaimana risiko dari negara lain. 


Untuk menyatakan kewajaran campur tangan di sesebuah negara, beliau merumuskan, "di dunia kerajaan dan masyarakat, tanggungjawa untuk melindungi merupakan asas cara baru untuk berfikir tentang kedua-duanya,  iaitu kerajaan dan masyarakat dan hubungan antara mereka." Hal ini membawa maksud bahawa jika sesebuah negara itu mengalami pergolakan politik yang berlanjutan, maka komuniti antarabangsa wajar untuk campur tangan.  Namun, yang jelas berdasarkan pengalaman semasa di Libya, campur tangan diperalatkan atau disalahgunakan untuk melakukan pencerobohan dan mengubah rejim.


Walau apa-apa pun alasan atau hujah, yang jelas, seperti yang diperkatakan olehRichard Norton-Taylor dalam The Guardian, Libya merupakan "jenis baru campur tangan ketenteraan" - sesuatu didengar, meskipun dalam suasana meraikan kejatuhan Gaddafi.  Pengeboman tahap tinggi, perancangan askar-askar di bumi tahap rendah, dan mengambil peranan yang kurang penting untuk Amerika Syarikat.  Tulis beliau, "ini bukannya kemenangan agung untuk Nato."  Tambah beliau,  mandat PBB dirujuk secara khusus untuk melindungi orang awam dan kawasan yang "padat dengan orang awam" yang diancam oleh serangan, dan tidak memasukkan "pendudukan askar asing dalam apa-apa bentuk.  Akan tetapi, memang jelas sejak permulaan lagi bahawa perubahan rejim merupakan objektifnya.


"Konflik Libya," tulis Norton-Taylor, "melahirkan jenis baru campur tangan terang-terangan yang melibatkan penasihat ketenteraan dan pasukan khas, bukannya dari Amerika Syarikat, bahkan bukannya dari hanya negara Eropah, terutamanya SAS Britain, tetapi pasukan khas dari negara Arab, terutamanya Qatar dan Amiriah Arab Bersatu."


Tatkala ahli politik Amerika dan British beria-ria bercakap  untuk mengenakan zon larangan terbang terhadap Libya, Seumas Milne menulis pada awal Mac, mengingatkan campur tangan di negara itu akan meracuni Revolusi Arab.  Tindakan ketenteraan Barat terhadap Gaddafi berhadapan dengan risiko merebaknya konflik dan melemahkan gerakan demokratik.  Beliau juga mengingatkan mimpi ngeri pertumpahan darah di Iraq dan Afghanistan akibat campur tangan. "Puak campur tangan liberal, kini kembali," tulis beliau.  "Oleh sebab pemberontakan dan penindasan memecahbelahkan Libya kepada dua dan jumlah kematian meningkat, maka tempik perang Bush dan Blair yang lama kembali menghantui kita." 


Bagi Milne, "tanggungjawab untuk melindungi" yang diseru oleh mereka yang menuntut campur tangan di Libya digunakan secara terpilih bahawa kepura-puraan perkataan tidak menegakkan keadilannya.  Dan, idea bahawa negara yang dengan sendirinya bertanggungjawab terhadap kematian beratus-ratus ribu orang dalam peperangan tidak sah, pendudukan dan campur tangan pada dekad lalu, bersama-sama dengan pemenjaraan rakyat tanpa perbicaraan, penyeksaan dan penculikan, sepatutnya dibenarkan oleh institusi antarabangsa untuk mencegah pembunuhan di negara lain adalah hanya tidak masuk akal.


Perlu ditambah di sini bahawa yang tidak masuk akal itu digunakan di Libya, dan pastinya, akan digunakan di tempat-tempat lain: perhentian seterusnya ialah Syria.  Pergolakan politik dan kekacauan sosial yang tercetus di mana-mana negara, sesungguhnya kini, bukan lagi masalah dalaman negara berkenaan.  Sebaliknya, beberapa buah negara lain, lazimnya dengan menggunakan mandat PBB boleh bertindak bukan sahaja untuk memulihkan keamanan dan ketenteraman, tetapi juga untuk mengubah pemimpin di negara berkenaan, tidak kira sama ada pemimpin itu dipilih secara sah oleh rakyat ataupun tidak. Justeru, jangan terperanjat sekiranya puak yang ingin menjatuhkan seseorang pemimpin, melalui perancangan yang rapi, mencetuskan huru-hara yang boleh membuka pintu kepada campur tangan asing. 


Seperti yang berlaku di Libya, campur tangan   adalah secara  terang-terangan - sesuatu yang membimbangkan, sesuatu yang menakutkan. Rakyat negara itu memang wajar berasa gembira kerana mereka akhirnya berjaya membebaskan diri mereka daripada cengkaman rejim yang memerintah selama 42 tahun.  Namun, kini di bumi Libya bukan sahaja menyaksikan revolusi yang agung, tetapi di bumi itu juga tersemai benih yang subur untuk jenis baru campur tangan.  

Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH

Photobucket

Perempuan Handal

on



Inilah aksi luarbiasa yang ditampilkan oleh wanita yang berasal dari negeri Cina yang berhasil Menarik kereta dengan Rambut








Photobucket

Siapa Pemimpin PR Penang yang dah jadi Jutawan...?

on




Menurut Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman pemimpin UMNO mengambil masa lebih dari 50 tahun berkuasa untuk membolehkan mereka memiliki rumah yang mewah.

Tetapi ada Pemimpin Pakatan Rakyat mampu memiliki rumah yang mewah hanya setelah tiga tahun Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang.


“Pemimpin UMNO memerlukan lebih 50 tahun untuk memiliki rumah sebegitu tetapi ada pemimpin sekarang yang hanya memerlukan satu penggal sahaja untuk menjadi jutawan, Saya ada bukti untuk menyokong tuduhan ini” kata Ghani..

Jika benar bagai dikata kemukakan saja bukti dan nyatakan saja siapakah pemimpin tersebut.. kerana dalam Pakatan Rakyat baik PKR, PAS mahupun DAP tidak diperlukan pemimpin begini.

Tidak diperlukan pemimpin yang kelihatan lebih rakus dari pemimpin UMNO sendiri dalam mencari harta untuk kepentingan peribadi.

Kami pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat tidak akan mempertahankan pemimpin yang tamak begitu, kerana kebanyakkan pemimpin Pakatan Rakyat telah berkata mereka akan memperjuangkan dan membela nasib rakyat.

Mereka tidak berjuang untuk kepentingan peribadi tetapi demi rakyat… jadi jika benar ada yang membina kekayaan dengan menipu rakyat, Pakatan Rakyat bukan tempat untuk mereka tapi UMNO!


Ghani slams Pakatan’s ‘one-term millionaires’ 

GEORGE TOWN: Umno leaders, according to Suara Anak-Anak Malaysia chairman Mohamed Ghani Abdul Jiman, took more than 50 years in power to purchase lavish homes.

However, he said Pakatan Rakyat representatives were dwelling in luxury within three years of seizing control of Penang.

These representatives, he added, lived in double and triple-storey bungalows as well as posh townhouses.

“Umno politicians needed 50 over years to buy such houses but current elected representatives only needed one term to become millionaires. I have evidence to prove my allegations,” he said.

After a long hiatus, the firebrand Ghani led several pro-Umno NGOs to stage their outine post-Friday prayers anti-Chief Minister Lim Guan Eng protest outside Masjid Jamek some 50m from Komtar this afternoon.

Unlike the last riot-like street demonstration against the state government on July 1, this time the protest was a tame affair with about 10 people taking part.

Media representatives and police personnel at the scene outnumbered the protesters.

Despite the poor turnout, the protesters however did not lose their sting when attacking Lim and his administration.

‘Jump off the Penang bridge or Komtar’

 

The demolition of Malay and Mamak-owned eatery outlets on the island was the main issue of their protest.

“We wish Selamat Hari Raya to all victims of Lim’s brutal rule. The current state government only demolishes Malay and Indian shops, not Chinese shops.

“I am not a racist. I only want a government which is fair to all,” said Ghani, who is also the vice-chairman of the Coalition of Islamic NGOs Penang.

He urged Lim to step down if he could not return the items seized from the demolished outlets, including from his shop.

“If he can’t return my belongings, I will present him with a special gift soon,” warned Ghani, who also heads another unregistered NGO, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang.

The protesters displayed three anti-state government banners and chanted anti-Lim slogans, where the chief minister was condemned as a “communist, coward and ‘pondan’ (transvestite)”.

Shouting at the top of his voice, Ghani called on curious onlookers to reject Lim because “the Malaccan was not a Chinese but a communist.”

He called on Lim to quit and go back to Malacca immediately and repeated similar calls on the chief minister’s political secretary Ng Wei Aik, who is also the Komtar assemblyman.

Ghani also suggested that Lim jump down from either the Penang Bridge or the Komtar building to save Penang.

Free Malaysia Today 


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List