War Room UMNO Nyanyikan Kemenangan 154 Kerusi Untuk Najib

on Dec 19, 2012



Ketika ini semua pihak sibuk membuat ramalan, andaian serta kajian tentang siapakah antara BN dan PR yang dijangka akan memenangi pilihanraya umum akan datang ini dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan. Pusat-pusat kajian, universiti dan kalangan pensyarah pula turut tampil dengan pelbagai teori dan pandangan mengenai siapa yang dijangka kalah dan siapa yang dijangka menang.

Merdeka Center dalam kajian terbarunya menunjukkan populariti Najib hanya meningkat 1 peratus kepada 65 peratus selepas pembentangan Belanjawan 2012 yang dianggap banyak pihak sebagai belanjawan paling pemurah dengan taburan gula-gula dan pemberian wang saku secara langsung kepada rakyat.

Namun demikian, tahap populariti 65 peratus itu masih dianggap belum memadai untuk menjelmakan kemenangan yang selesa buat BN. Jika pun menang, BN hanya dijangka menang dengan tipis saja tetapi jika berlaku sesuatu perubahan yang mendadak, benteng populariti Najib yang sekadar 65 peratus itu dianggap belum cukup ampuh untuk menahan kekalahan daripada berlaku.

Jika dilihat populariti Pak Lah sebelum pilihanraya 2008 adalah 72 peratus tetapi ianya telah menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga dengan sekadar kemenangan 140 kerusi saja ketika itu.

Beberapa pensyarah universiti juga turut membuat ramalan. Antaranya Prof Dr Samsul Amri Baharudin yang menjangkakan BN hanya mampu menang 120 kerusi, Dr Agus Yusof dengan kajian bahawa kerusi yang selesa bagi BN hanya 96 kerusi manakala Prof Mohamad Abu Bakar dari UM juga meramalkan kemenangan yang tipis saja mampu dicapai oleh BN dalam pilihanraya akan datang ini berdasarkan pelbagai isu dan kekuatan BN serta PR yang dilihat agak seimbang.

Pimpinan UMNO pula terutamanya Najib dilihat masih lagi bergelut untuk meraih kemenangan serta amat mengimpikan kemenangan dengan majoriti dua pertiga untuk mengelak menerima nasib seperti Pak Lah. Bagaimanapun sehingga ini tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang berani meramalkan berapakah jumlah kerusi yang bakal dimenangi, terutamanya melihatkan pelbagai isu-isu baru yang muncul kebelakangan ini seperti isu Deepak, Musa Hassan, dana RM40 juta untuk UMNO Sabah dan sebagainya.

Rata-rata pemimpin UMNO dan BN merasakan hanya kemenangan yang tipis mampu dicapai kali ini.

Anwar dan PR pula, walaupun amat yakin dapat menawan Putrajaya dalam pilihanraya kali ini tetapi masih tidak berani memberikan angka kemenangan yang tepat. PR kini terlihat memberi fokos kepada tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Johor untuk mengukuhkan lagi kemenangan, selain keyakinan mempertahankan kubu sedia ada terutama 82 kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya 2008 lalu.

Hanya Lim Kit Siang baru-baru ini yang meramalkan kemampuan PR untuk memenangi sebanyak 125 kerusi dengan PAS dan DAP dijangkanya akan memenangi masing-masing 40 kerusi manakala PKR diramalkan akan memenangi 45 kerusi.

Rakyat pelbagai lapisan dan peringkat juga merasakan demikian. Jika ada yang beranggapan BN akan menang, mereka menduga hanya kemenangan dengan kelebihan beberapa kerusi sahaja mampu dicapai. Begitu juga jika ada yang beranggapan PR akan menawan Putrajaya, jangkaan mereka hanya kemenangan tipis juga yang mampu dicapainya.

Pendek kata, mereka yang rasional dan melihat pelbagai masalah serta isu yang sedang berlaku sekarang ini dan kesannya kepada pola pemikiran rakyat yang terdedah kepada pelbagai maklumat, hampir mustahil untuk meyakini kemenangan cemerlang mampu dicapai oleh mana-mana pihak kali ini.

Tetapi berbeza dengan dapatan yang dilakukan oleh War Room UMNO yang diketuai oleh Alies Nor, bekas Setiausaha Politik Najib sendiri. War Room UMNO ini ditubuhkan oleh Najib untuk kerja-kerja pilihanraya umum akan datang dengan fokus kepada pemilihan calon, menangani isu, menyelaras kempen dan sebagainya.

Dengan fungsinya yang begitu besar, War Room ini menjadi begitu berpengaruh menjelang pilihanraya akan datang dan Alies Nor pula merupakan individu yang palng dicari untuk didekati oleh mereka yang berhajat untuk menjadi calon.

Alies Nor bukan sahaja berpengaruh untuk menentukan calon-calon yang dianggap boleh menang tetapi juga sedang memantau kerusi-kerusi Parlimen yang diyakini memihak kepada BN.

Beliau kini mempunyai pasukan pemantaunya sendiri sama ada di peringkat bahagian dan negeri yang berfungsi menyediakan laporan terkini tentang kedudukan kerusi-kerusi yang boleh dimenangi oleh BN.

Bagaimanapun apa yang memeranjatkan, sebalik semua pihak meramalkan BN hanya mampu menang tipis, War Room ini mempunyai dapatan yang sebaliknya. Dikhabarkan bahawa pihak War Room ini telah mempersembahkan angka yang membuatkan Najib teruja baru-baru ini.

Dikatakan melalui gerak kerja dan pemilihan calon yang ditapis dengan ketat oleh War Room ini, selain populariti Najib yang dikhabarkan sentiasa mendapat sambutan daripada rakyat, Najib diyakinkan bahawa jumlah kerusi yang mampu dimenanginya ialah antara 148 hingga 154 kerusi.

148 adalah jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk memperolehi kemenangan dengan majoriti dua pertiga.

Namun demikian, hasil kajian War Room UMNO ini ditolak mentah-mentah oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri yang merasakan ianya adalah hasil dapatan yang tidak masuk akal dan lebih bertujuan untuk mengampu Najib semata-mata. Mereka menyifatkan angka 148 hingga 154 itu tidak lebih dendangan lagu merdu yang boleh membuatkan Najib terbuai, terlena dan akhirnya jatuh ke tanah.

Tetapi sehingga ini tidak ada yang berani menyanggah angka tersebut secara berdepan dengan Najib kerana sedar kedudukan War Room dan Alies Nor yang begitu rapat dan seolah-olah begitu dipercayai oleh Najib sendiri. Menyanggah hasil kerja War Room umpama menyanggah Najib, oleh itu ramai yang bercakap dan membuat ulasan di belakang mengenainya.

Beberapa pemimpin dan pihak dalam UMNO yang rasional dan mengetahui mengenai hasil kajian oleh War Room itu mengakui angka kemenangan yang tidak masuk akal itu boleh membahayakan kedudukan UMNO dan BN jika Najib terlalu mempercayainya dan tidak mempunyai pendapat kedua.

Apa yang nyata Najib kini didapati begitu terbuai dengan angka yang diberi oleh War Room itu sehingga beliau didapati tidak dapat membaca isyarat sebenar yang ingin disampaikan oleh rakyat apabila mereka bertemu dengannya.

Misalnya apabila ramai yang bertanya kepadanya bilakah tarikh pilihanraya, Najib mengandaikan ianya sebagai bukti bahawa rakyat tidak sabar-sabar untuk memberi mandat yang lebih besar kepada BN sedangkan hakikat sebenarnya ia juga bermaksud rakyat tidak sabar lagi menunggu detik untuk menghukum UMNO dan BN atas pelbagai masalah dan isu yang berlaku sejak beliau menjadi PM.

Selain itu Najib juga sering disajikan dengan sokongan palsu daripada rakyat di setiap program yang dihadirinya di mana majoriti yang hadir adalah pegawai kerajaan, guru dan murid sekolah yang diwajibkan hadir, penuntut IPTA dan IPTS yang disediakan bas, t shirt dan belanja makan serta belia dan penduduk kampung yang turut disediakan kemudahan pengangkutan dan elaun wang saku.

Oleh kerana terlalu terbuai dan terlena dengan nyanyian lagu merdu oleh War Room dan Alies Nor yang menjanjikan kemenangan cemerlang kepadanya, Najib dilihat semakin tidak sensitif kepada segala isu dan kecaman yang berkaitan diri dan keluarganya. Beliau langsung tidak mahu menjawab semua isu yang timbul kebelakangan ini.

Lalu dimanakah sebenarnya jiwa rakyat yang sering diucapkannya, sudah kusamkah falsafah kami sentiasa mendengar yang kerap dilaungkannya dan sudah dibakulsampahkah slogan bahawa era kerajaan dan pemimpin betul segala-galanya sudah berakhir? 


 

Photobucket

Orang Melayu- Teruskan Bersatu diluar UMNO!

on





Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air?

Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras. 

Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini. 

Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah. 

Setalah 55 tahun kita merdeka, bangsa Melayu masih ketnggalan dalam ekonomi. 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan kurang dari RM1500sebulan. Sedangkan untuk melayakkan diri mendapat BR1M, pendapatan mesti tidak melebihi RM3000. Jika RM3 ribu adalah tahap kesusahan ekonomi, maka RM1500 itu apa? Pengemis seperti Dr Mahathir kata?

Kenapa kita mesti sambungkan khidmat UMNO yang telah menyebabkan orang Melayu sedemikian walaupun sudah 55 tahun memimpin negara? Sepatutrnya, UMNO mesti dihukum dan hukuman yang terbaik ialah menumbangkan UMNO dari memegang kuasa kerajaan.

Sebab walaupun pegang kuasa kerajaan, UMNO gagal membela orang Melayu. Setiap aras jentera kerajaan, dari peon pejabat sehingga raja2- semua nya Melayu. Jika semua aras kuasa dan jentera kerajaan orang Melayu yang pegang, mengapakah kedudukan orang Melayu masih ketinggalan? Jawapan nya ialah semua yang berkuasa itu lebih mementingkan diri mereka dari membela orang Melayu? UMNO tak tolong, bahkan menjahanamkan bangsa Melayu.

Ketika merdeka, luas tanah reseb Melayu ialah 3 juta hektar. Sehingga tahun2 1990an, UMNO jual tanah reseb Melayu hingga tingal 1.7 juta hektar. Besar kemungkinan hari ini tinggal 1 juta hektar sahaja. Siapa yang membeloti orang Melayu? Siapa yang pengkhianat? 

Daripada RM54 billion atau RM54 ribu juta saham yang di peruntukkan untuk orang Melayu, habis RM 52 billion dijual untuk mendapat untung segera. Siapakah yang menjual itu semua? Tidak lain dan tidak bukan Melayu yang bergelar Tan Sri dan Dato Sri yakni mereka yang pegang kuasa. Mereka ini semua membeloti agenda mengangkat penguasaan Melayu , tapi orang Melayu masih tidak sedar bahawa UMNO telah belot kepada orang Melayu.

Sebab itu, 3.7 juta Melayu dari 5.7 juta telah tidak mengundi calun2 UMNO. Sesiapa lah penyokong UMNO yang memikirkan bahawa 3.7 juta orang Melayu tersebut menolak UMNO semata mata kerana protes, wajib pergi jumpa doctor untuk memerikasa kesihatan otak mereka. 

Orang Melayu sudah pun bersatu. Hanyanya, lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO. UMNO kena faham perkara ini- orang Melayu memang suka bersatu tapi mereka enggan bersatu dengan parti yang zalim dan merosakkan orang Melayu. 

Untuk menyedapkan hati, penyokong UMNO menyatakan ramai menolak UMNO kerana protes. Mengapa mereka mesti menolak UMNO hanya kerana protes? Berapa % dari pengundi yang menolak UMNO melakukan demikian kerana protes?

Kita tidak tahu. Tapi biasa nya, yang memprotes sikit jumlah nya. Mereka protes kerana tidak dapat habuan politik. Pengundi jenis ini memang mudah diterbalikkan. Mereka akan pulang kepangkuan UMNO. Kontraktr klas F yang gagal dapat kontrak, tapi kali ini dapat akan kembali kepada umno. 

Hayunan undi( vote swing) kepada parti PR dalam tahun 2008 ialah secara purata nya, 12.2%.  berapa agaknya, peratusan undi protest dalam hayunan undi tersebut?

Kita mesti faham karakter undi. Undi yang berhijrah kerana dibayar atau disogok, mungkin akan kembali kepangkuan UMNO dan BN. yang menukar selera kerana keyakinan, keinsafan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan bersifat lebih kukuh dan tidak mudah kembali. Sekarang, cuba kita hitung berapa % dari hayunan undi 12.2% itu kembali kepangkuan UMNO?

Andaikan 5%. Masih ada 7% hayunan undi kepada PR. Pada kadar hayunan undi 5%, UMNO hanya menang 98-106 kerusi. Kalau hayunan undi sebanyak 10%, BN hanya tinggal 68 kerusi.

Maka jika masih tinggal 7%, BN dan UMNO hanya akan menang antara 68-106 kerusi. Kalau kita ambil unjuran purata, maka UMNO/BN hanya menang 87 kerusi. 

Maka kita biarkan pemimpin UMNO menyedapkan hati berfikiran bahawa orang Melayu akan kembali kepada UMNO dan biarlah mereka bermimpi mereka akan dapat 2/3 kerusi parlimen. 

Jadi jangan kita syok sendiri menyakinkan diri kita, undi orang Melayu kembali kepada UMNO. Paling kuat kali ini, UMNO/BN hanya dapat 90 kerusi. 

Dengan 90 kerusi Najib atau MUhyidin menjadi ketua pembangkang yang baru. Najib ketua pembangkang sehingga pemilihan UMNO dan selepas pemilihan UMNO, dia akan bersara.

Janganlah begitu yakin, undi orang melayu akan kembali kepada UMNO. UMNO nak mengaku sebagai jurubicara orang Melayu pun tidak ada asas. Hanya 40% orang melayu menyokong mereka.

Maka tolong faham signifikens perkara ini. orang Melayu bersatu, tapi mereka bersatu tanpa UMNO.


sakmongkol AK47 


Photobucket

Angin perubahan juga berlaku dalam UMNO sendiri

on





Sekarang sudah timbul suara-suara kecil di dalam UMNO sendiri yang perubahan perlu berlaku kalau boleh di dalam UMNO sendiri. Keadaan ini tentulahh di sebabkan oleh kenyataan yang pemikiran baru sudah mula wujud dalam parti itu hasil dari pengalaman yang mereka sedang lalui sekarang ini. Sudah ramai di kalangan yang ahli-ahli UMNO, mereka wajar berubah kerana desakan yang begitu kuat dari rakyat.

Ia bermakna UMNO terpaksa menghadapi kekalahan buat sementara bagi menolak mana-mana pemimpin yang di anggap menjadi penyebab kenapa UMNO sudah sampai ketahap yang ada masa ini.  Jalan yang terbaik ialah pimpinan yang ada pada masa ini untuk berfikir dan menumpukan usaha untuk memenangi pilihanraya kali ini, walaupun jika terpaksa barisan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban dan mengundurkan diri.

Sesungguhnya tidak hina jika pimpinan hari ini mengundurkan diri dan di berikan tanggungjawab parti dan negara kepada seorang yang lain dari mereka yang berada di dalam Majlis Tertinggi parti atau dalam kerajaan. Kumpulan ini berkata yang UMNO perlukan imej yang baru dan imej yang baru itu akan hanya wujud jika parti di pimpin oleh orang yang baru yang tidak semestinya orang muda.

Di dalam keadaan sekarang ini ramai berpendapat di kalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat yang parti itu akan merupakan parti yang akan tewas dalam perebutan mandat rakyat kali ini kerana segala-galanya sudah menjadi bubur. Keadaan tidak mungkin bertambah baik malahan kecenderungan untuk menjadi bertambah buruk adalah besar.

Orang Cina nampaknya sudah selesai dalam pelan melakukan perubahan ini dengan membuat keputusan memberikan sokongan bulat kepada DAP. Kita perlu menghormati apa yang di tentukan oleh kaum Cina kerana mereka tahu untuk membuat keputusan apabila sampai waktunya. Saya selalu berkata orang Melayu memang susah untuk melakukan perubahan walaupun kecenderungan mereka untuk melakukannya kali ini sudah nampak jelas.  Maksud saya perubahan oleh orang Melayu seperti yang kita lihat sekarang ini sepatutnya telah dilakukan lama dahulu lagi. Kata perbilangan ‘better late than never’. PAS nampaknya merupakan ‘recipient’ kepada perubahan ini

Apabila kita mendengar suara-suara yang inginkan usaha untuk memperbaiki UMNO dari dalam, persoalannya isu mempebaiki dari dalam itu memangnya satu kata-kata yang selalu sangat kita dengar dahulu. Tetapi akhirnya yang berniat pada asalnya untuk memperbaiki UMNO dari dalam itu sendiri berubah dan terpengaruh dengan apa yang lazim berlaku dalam parti itu. Malahan mereka pula yang lebih parah sikapnya dari ahli-ahli yang sudah sedia ada di dalam UMNO itu.

Mereka berbuat demikian kerana mereka yang bercita-cita untuk melakukan perubahan dari dalam itu akan di ketepikan dan tidak laku dalam budaya parti itu lagi. Pendeknya yang hendak memperbaiki UMNO dari dalam itu kadang kala hanya cara mereka hendak berpolitik bagi mendapat sokongan ramai yang selalunya tidak kesampaian hajat mereka. Di antara yang ingin UMNO untuk belajar secara mahal ini agak ramai. Mereka sependapat yang UMNO tidak mungkin mampu untuk membuat baik kerana hendak berbuat baik. UMNO akan hanya menjadi baik jika parti itu benar-benar belajar yang rakyat serius mahu melihat perubahan bukan setakat perubahan malahan transformasi secara total.

Baru-baru ini LDP Jepun telah kembali mendapat mandat setelah beberapa tahun berada di pihak pembangkang setelah memerintah Jepun selama 50 tahun lamanya. Seperti yang saya sebutkan dalam posting semalam saya menunjukkan bukti parti yang membawa kemerdekaan India telah kembali berkuasa setelah dikalahkan oleh parti Janata hampir dua puluh tahun dahulu. Parti Kongress kembali dengan keadaan yang lebih baik dari sebelum ia di tumpaskan oleh Parti Janata dahulu.

UMNO pun terpaksa menghadapi situasi itu juga melainkan barisan pimpinan hari ini dengan segera memberikan laluan kepada seorang yang lain dari barisan MKT atau kabinet hari ini untuk menerajuinya untuk melihat imej dan aura yang baru dalam UMNO itu. Kurang dari itu, UMNO terpaksa menghadapi pelajaran seperti yang di lalui oleh LDP Jepun dan Kongress India.
                                                   
Cara ini pun tidak mengapa kerana yang penting UMNO mesti belajar dan menjadi parti yang baik setelah melalui proses pembelajarannya, walaupun ia merupakan pembelajaran yang agak mahal. Berubah mesti berlaku.

Asalkan mendapat perubahan lakukanlah mengikut apa cara yang halal yang di benarkan oleh perlembagaan Persekutuan kita yang mampan itu.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List