UMNO Sabah semakin meretak...?

on May 26, 2012

Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.


Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).


Photobucket

43 pengundi di rumah warga emas Kampung Pandan...?

on

Sebuah rumah milik warga emas di alamat No 5, Jalan Kemajuan 1, Kampung Pandan, Selangor dikesanmempunyai jumlah pengundi yang tidak dikenali seramai 43 orang.
Melalui semakan daftar pemilih oleh jentera pilihan raya PAS Kawasan Pandan, pada tahun 2008, di alamat tersebut hanya mempunyai lapan pengundi tetapi jumlahnya bertambah menjadi 43 orang pada tahun 2009.





Photobucket

Anwar Patut Mengaku Salah

on

Akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh, menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak memadai.

Rencana berkenaan bertajuk "Malaysian People's Court, Anwar's civil disobedience and the next election", berpendapat cara lebih jelas untuk meyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.




Photobucket

Akhir Nya Dia Berkata......

on

Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.




Photobucket

Siapa Kah Menteri Itu...?

on

Seorang Lagi Menteri UMNO Kantoi Akibat Nafsu Serakah


Selepas isu Naib Presiden UMNO, Shafie Afdal yang hubungannya dengan artis Zahida Rafik terdedah kepada pengetahuan umum dan dipercayai sudah berkahwin di luar negara, seorang lagi menteri UMNO turut 'terkantoi' baru-baru ini kerana menyembunyikan perkahwinan dengan isteri keduanya sejak lebih setahun yang lalu.




Photobucket

Setpol Najib Tersungkur Di Kaki MCA!!

on



Di antara pegawai Najib yang paling ghairah untuk menjadi calon pilihanraya ialah Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah Pengerusi BN Wangsa Maju dan Ketua Penerangan UMNO WP.

Sejak bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 2008 lagi, antara umpan kempen yang sering digunakannya ialah beliau boleh "berbisik" dengan Najib supaya mengembalikan kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA kepada UMNO.





Photobucket

Perubahan Tetap Akan Berlaku, Yang Penting Bersabar....

on

Bergiat dalam politik hari ini merupakan satu aktiviti yang bukan sedikit seriknya. Politik tanahair hari ini merupakan politik yang paling getir sekali yang belum pernah kita alami selama ini. Bahangnya panas terik dan ianya hanya boleh digiatkan oleh mereka yang benar-benar yakin dan menjadikan keyakinan mereka itu sebagai penambahan kepada tenaga yang dikeluarkan oleh penggiat politik.







Photobucket

Pak Lah Saja Yang Salah....

on



Aku tak tahu apa salah besar yang dibuat oleh Pak Lah kepada Tun Mahathir sehinggakan sampai sekarang kemarahannya belum reda. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dia menuduh kemarahan rakyat pada Pak Lah menjadi sebab kenapa pada pilihanraya ke 12, BN tidak mampu mengekalkan kemenangan 2/3 kerusi parlimen.

Tun Mahathir nampaknya masih tidak dapat menerima sedikitpun kemarahan rakyat bukanlah pada Pak Lah semata-mata tetapi sebaliknya kemarahan rakyat adalah pada BN dan Tun Mahathirlah orang yang bertanggung jawab sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan itu.

Pemerintahan Tun Mahathir yang merupakan PM paling lama memerintah di antara PM-PM yang pernah ada berjaya menyebabkan gabungan kemarahan-kemarahan kecil beransur menjadi besar. Kebetulan kemarahan tersebut mencapai klimaksnya pada masa pemerintahan Pak Lah dan aku rasa kemuncak klimaks yang kedua sedang menunggu letusannya pada PRU 13 nanti.

Tun Mahathir bukanlah seorang yang tidak cerdik dan dia lebih arif untuk mengesan bahang letusan kemarahan rakyat pada PRU 13 nanti. Sebab itu dia menyusuli teori kejatuhan BN yang akan datang dengan tohmahan kononnya rakyat Malaysia terutamanya pembangkang merupakan kumpulan yang pendek akal yang mahu menghancurkan demokrasi di Malaysia dengan menggulingkan BN melalui keganasan.

Aku yakin di sudut kecil hati semua rakyat Malaysia memperakui ada juga jasa baiknya kerajaan BN selama ini yang menghidangkan jamuan kemewahan pada mereka walaupun hidangan lebih banyak merupakan kuah berbanding lauk, namun ia tetap mampu mengenyangkan rakyat ala kadarnya.

Namun aku pelik apabila Tun M menuduh pembangkang yang menjadi pesaing dalam pertandingan lumba lari pilihanraya Malaysia dituduh mahu menyela kayu dikaki BN supaya mereka rebah tak dapat bertanding. Sedangkan PR mahu bertanding secara bersih sehingga ke garisan penamat dan siapa kuat dialah yang menang.

Apa yang aku lebih risaukan adalah setiap kali tiba di garisan akhir, ada orang yang sentiasa menjauhkan tali penamat lebih jauh setiap kali pembangkang tiba dulu...

Baca tulisan Tun M di sini.

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List