Dr Asri : Rakyat Akan Bangkit Jika Terus Ditindas

on Feb 13, 2011

Bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

Beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih. Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.
Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," ujar Asri lagi.

Aku Mudah Lupa Lah.

on


Mahathir dakwa dia ada berjumpa dengan para pemimpin pembangkang sebelum Ops Lalang.

Dakwaan ini telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan mereka yang terlibat dalam Ops Lalang.

Kit Siang kata, Mahathir penipu. Hari ini Karpal Singh pulak mempertikaikan dakwaannya. Malah, dia turut mencabar Mahathir.

Hello... Karpal. Hang ingat Mahathir peduli ke dengan cabaran hang tu?? Tak da mananya.... Orang tua tu, mana ada kemaluan mau pun maruah?? Dia berdusta macam dia kencing jer. Selamba rock dia jer... Tak de rasa apa-apa pun. Dia buat muka tak malu jer...

Dia ni.... pandai dan hebat dalam membuat dakwaan dan tuduhan tetapi apabila orang mintak bukti atau suruh bagi keterangan dalam mahkamah, tak berani dan dia buat nohen jer. Dia ni tak da sikap akauntabiliti terhadap apa yang keluar daripada mulut dia. Apabila terdesak.... dia akan point his fingers at other people.

Tengok jer dalam kes Liwat 1 . Apa yang tidak dikata dan dituduhnya Anwar Ibrahim?? Tetapi, sekali pun dia tak pernah masuk mahkamah untuk beri keterangan atau disoal oleh barisan peguan Anwar. Terpaksa ler.... barua-barua dia dalam sistem kehakiman memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan dia daripada testify dan diperosah di mahkamah.

Dalam kes Ops Lalang ni pun sama. Setelah diasak.... bukan ke barua dia yang muncul untuk defend dia. Begitu juga dengan kes 'Lingam Gate'.

Kita pendekkan cerita. Tak payah tunggu 7 hari. Mari kita buat konklusi, hari ini, jam ini. Konklusi dibuat berdasarkan persepsi umum tentang hal ini. Baca pantun dua kerat ni....

Siakap senohong, Gelama ikan duri
Siapa cakap bohong?? Ha.. ha.. ha... Siapa lagi, Mahathir Kutty!!





Dr M diberi 7 hari namakan pembangkang




operasi lalang ops lalang
Karpal Singh hari ini menjadi pemimpin tinggi DAP kedua selepas penasihat parti itu, Lim Kit Siang, yang mempertikaikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.

Karpal, yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran" dan mencabarnya menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya.

Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu.

"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya.

Dalam buku terbaru mengenai Dr Mahathir yang ditulis oleh wartawan Amerika Tom Plate, mantan perdana menteri dipetik sebagai berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Dr Mahathir dipetik memberitahu Plate bahawa beliau mahu "menanganinya secara berbeza", tetapi polis berkeras untuk membuat tangkapan tersebut.

malaysiakini


Rahsia Ais Dan Air Sejuk

on



Rahsia Ais Dan Air Sejuk



■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Hanya Gambar Yang Boleh Bercerita.

on

Apa kah mereka-mereka ini pengganas. Besar ke kesalahan mereka. Hanya kerana berdemo begini habuan yang diterima....??? Kalau bukan pengganas kenapa begitu sekali tindakan yang diambil terhadap mereka... Mana pergi sikap perikemanusian dalam diri mereka-mereka yang diberikan kuasa???. Lu fikir le sendiri......???



http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/kena%20tendang.jpg001.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqMDOtDDVNFX1dXrLFdML5EZSyr8cL04To1ncZA0ghyphenhyphenIPZ-KlXdV8rg_Xb6380I_sAFz3E-1cz4vU0CJgk-th7ZHyre-IEi17b9BK1T1Mn6TmxKek-2TUmdwISj_xp5OGj8U6XDD__8inR/s1600/ganas4.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifMliOvRLUv-JbXrM9MkW-6F3ao8hyphenhyphenxYStafKDDb61O01Uw-JLR-DxdHqcqofA9EfSRkTbmH-3dglXsNLUN1peKbwqVYuy2VlussdikUBRbQYa-iKguwxP6wSbajKqwLfA8sVl5xSXOl9W/s1600/fru.bmp

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiM2-9eSUgJT5u5Tp630mnwehn_lCRR9Y9HWfA6giRFx_ARhjIouwYMNK4GP-u0gaWPHxIbLlEf4hLoaG1tuJ01MroIHYQUrZc11hZRD59PJ1DiQ-xj3Xja2mH5ZXzKX4uxxX3R9UJTrNkh/s200/polis.jpg

PRK Merlimau : Bukan aku yg kata, tapi penduduk Merlimau yg kata

on

Setelah lebih dua dekad dijanjikan, SRJK (T) Merlimau - yang kini menumpang di kawasan sebuah sekolah menengah - mungkin bakal mendapat premisnya sendiri.

Namun, kehadiran Menteri Pelajaran sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di upacara pecah tanah projek tersebut esok, pun mungkin masih belum mencukupi untuk menyakinkan penduduk di situ.

Ketika ditemui Malaysiakini yang meninjau kawasan pilihan raya itu minggu lalu, seorang pengundi Ramachandran, 60, berkata janji yang sama telah dibuat sejak empat pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka sekarang mengukur tempat itu, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas pilihan raya kecil nanti," kata Ramachandran yang tinggal di Merlimau hampir sepanjang hidupnya.
Seorang lagi penduduk, Durairaj juga sudah biasa mendengar janji tersebut. Dia dan adik-beradiknya belajar di sekolah itu kira-kira dua dekad yang lalu.

"Saya adalah murid di situ, sama seperti kakak dan adik saya. Sekarang anak-anak saya pula belajar di situ. Kami mendengar janji ini berkali-kali.

"Di tapak tanah pertama terdapat sebuah kuil di atasnya. Mereka merobohkan kuil tersebut dan berkata mereka akan bina sekolah Tamil di situ, tapi sekarang ada bangunan lain di tanah itu, "kata Durairaj yang kini dalam usia 30-an.


Penduduk lain yang ditemui Malaysiakini, apabila ditanya mengenai sekolah tersebut, menceritakan perkara yang sama.

Sambil menuding ke arah sebuah bangunan Tenaga Nasional Berhad, Padmanathan, 47, berkata tanah yang dimaksudkan oleh Durairaj itu "dijanjikan" untuk dijadikan tapak sekolah Tamil kira-kira "20 hingga 25 tahun yang lalu".

Ketika ditemui di bilik operasi BN Merlimau, lelaki yang menyifatkan dirinya ahli setia MIC berkata, ia tidak menjadi kenyataan kerana "tidak ada yang mengambil inisiatif". 
malaysiakini


Note  :- Ini berita bukan dari Harakah atau Keadilan Daily atau dari Roket, tapi dari akhbar online yg berkecuali .... hahaha BN kantoi, Mat Sembab kantoi ... Bukan aku yg kata, bukan DSAI yg kata, bukan TGNA yang kata ... bukan kempen PRK Merlimau tapi yang kata adalah penduduk Merlimau sendiri . Kata-kata yang paling menarik ....'JANJI YG SAMA TELAH DIBUAT SEJAK 4 PRU YANG LALU ...hahaha betul tu machaa .... hehe
Tengok lah berapa orang nak sambut mat sembab pi pecah tanah esok ... tp jgn risau, berpuluh buah bas dah disediakan utk sambut dia esok, dah tu dengar kata dpt makan free dan rm10 sorang .... HAHAHA. Itu lah keja umno BN, kalau tak macam tu mampuih lama dah ...

ALGERIA :- 5 terbunuh 400 cedera,Internet dan Facebook disekat

on


People hold an Algerian flag as they demonstrate outside the Algerian consulate in Montreal on Saturday, Feb, 12, 2011, calling for president Abdelaziz Bouteflika to step down. In Algiers, Algeria, thousands defied a government ban on protests and a massive deployment of riot police to rally in the capital, demanding democratic reforms a day after similar protests toppled Egypt's authoritarian leader.
People hold an Algerian flag as they demonstrate outside the Algerian consulate in Montreal on Saturday, Feb, 12, 2011, calling for president Abdelaziz Bouteflika to step down. In Algiers, Algeria, thousands defied a government ban on protests and a massive deployment of riot police to rally in the capital, demanding democratic reforms a day after similar protests toppled Egypt’s authoritarian leader.
Algerian protesters chant slogans during a demonstration in Algiers, Algeria, Saturday, Feb. 12, 2011. Thousands of people defied a government ban on demonstrations and poured into the Algerian capital for a pro-democracy rally Saturday, a day after weeks of mass protests toppled Egypt's authoritarian leader.
Algerian protesters chant slogans during a demonstration in Algiers, Algeria, Saturday, Feb. 12, 2011. Thousands of people defied a government ban on demonstrations and poured into the Algerian capital for a pro-democracy rally Saturday, a day after weeks of mass protests toppled Egypt’s authoritarian leader.
Algerian policemen try to take away a banner from anti-government protesters during a demonstration in Algiers February 12, 2011. About 50 people shouted anti-government slogans in a square in Algeria's capital on Saturday but were encircled by hundreds of police determined to stamp out any attempt to stage an Egypt-style revolt.
Algerian policemen try to take away a banner from anti-government protesters during a demonstration in Algiers February 12, 2011. About 5000 people shouted anti-government slogans in a square in Algeria’s capital on Saturday but were encircled by hundreds of police determined to stamp out any attempt to stage an Egypt-style revolt.

Algeria mahu suara mereka didengar,Mereka ingin perubahan demokratik

Algeria shuts down internet and Facebook as protest mounts

Internet providers were shut down and Facebook accounts deleted across Algeria on Saturday as thousands of pro-democracy demonstrators were arrested in violent street demonstrations.
Plastic bullets and tear gas were used to try and disperse large crowds in major cities and towns, with 30,000 riot police taking to the streets in Algiers alone.
There were also reports of journalists being targeted by state-sponsored thugs to stop reports of the disturbances being broadcast to the outside world.
But it was the government attack on the internet which was of particular significance to those calling for an end to President Abdelaziz Boutifleka’s repressive regime.
Protesters mobilising through the internet were largely credited with bringing about revolutions in Egypt and Tunisia.
“The government doesn’t want us forming crowds through the internet,” said Rachid Salem, of Co-ordination for Democratic Change in Algeria.
“Security forces are armed to the teeth out on the street, and they’re also doing everything to crush our uprising on the internet. Journalists, and especially those with cameras, are being taken away by the police.” President Hosni Mubarak had tried to shut down internet service providers during 18 days of protest before stepping down as Egyptian leader on Friday.
Mostafa Boshashi, head of the Algerian League for Human Rights, said: “Algerians want their voices to be heard too. They want democratic change.
“At the moment people are being prevented from travelling to demonstrations. The entrances to cities like Algeria have been blocked.”
At least five people were killed in similar protests in Algeria in January, when the Interior Ministry said 1000 people were arrested.
On Saturday at least 500 had been arrested by early evening in Algiers alone, with hundreds more in Annaba, Constantine and Oran taking part in the so-called February 12 Revolution.
“The police station cells are overflowing,” said Sofiane Hamidouche, a demonstrator in Annaba.
“There are running battles taking place all over the city. It’s chaos. As night falls the situation will get worse.”
Algeria has the eighth largest reserves of natural gas in the world, and is also oil-rich, but its youthful population suffers mass unemployment, a chronic lack of housing, and widespread poverty. Political corruption is also endemic.
PressTV

Pemberontakan merebak ke Algeria, Sudan, Yemen

ALGIERS 12 Feb. – Pemberontakan di Mesir yang menyaksikan Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan, kini merebak ke beberapa buah negara Arab yang lain termasuk di Algeria, Sudan dan Yemen.
Kira-kira 20,000 rakyat Algeria berarak di Algiers bagi mendesak kerajaan Algeria digulingkan.
Penunjuk perasaan tersebut merempuh sekatan polis mengakibatkan berlakunya pergelutan.
Di Yemen pula, beribu-ribu penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan pimpinan Presiden, Ali Abdallah Saleh dibubarkan bertempur dengan penyokong kerajaan di Sanaa.
Pertempuran dilaporkan berlaku selepas sejumlah lelaki bersenjatakan pisau dan kayu memaksa kira-kira 300 penunjuk perasaan menghentikan demonstrasi menuntut pembubaran kerajaan.
Di Sudan pula, beribu-ribu penduduk berarak ke pejabat badan penyiaran rasmi kerajaan bagi menuntut pembentukan kerajaan baru.
Mereka berarak ke badan penyiaran tersebut selepas ia menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang kini dipimpin pihak tentera. – Agensi
Algeria users Dial-up on +16504194196 – +390662207294 Or use @speak2tweet by calling +16504194196 – +39066220729

Gambar Kenangan
Egyptian president Hosni Mubarak (R) receives his Algerian counterpart Abdelaziz Bouteflika at el-Etehadya presidency palace in Cairo March 31, 2008.
Egyptian president Hosni Mubarak (R) receives his Algerian counterpart Abdelaziz Bouteflika at el-Etehadya presidency palace in Cairo March 31, 2008.
Algerian President Abdelaziz Bouteflika (L) welcomes his Egyptian counterpart Hosni Mubarak (R) upon his arrival in Algiers, 02 April 2006. Mubarak arrived in Algeria for a one-day visit.

SIAPA KAH YANG BERKATA SEPERTI INI......???

on

Rasuah bukan masalah di negara ini - Isa Samad



 Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa.

Sukar untuk PAS dan Umno bersatu

Dalam ucapannya juga, Isa berkata, sukar untuk PAS dan Umno bersatu kerana jika kedua-duanya bersatupun Melayu tetap tidak akan bersatu.

"Kalau PAS dan Umno bersatu, tentu ada orang akan tubuh parti Melayu yang lain. Baru-baru ini parti Kita tubuh, lepas ini parti Kami pula," kata Isa disambut tepukan sorakan gemuruh peserta di dewan PWTC yang kebanyakannya adalah penyokong Umno itu.

Kita adalah parti yang dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan baru-baru ini.

"Jadi apa yang kita minta adalah, biarlah Umno dan PAS ini bersatu atas perkara-perkara yang disepakati untuk kepentingan orang Melayu...itu dah cukup," kata Isa.

Desakan untuk PAS bersatu dengan Umno menjadi vokal di kalangan peserta Simposium Dilema Melayu itu yang rata-rata pro Umno atau anak didik Umno di kampus seluruh negara itu.

Ia dianjurkan oleh bekas pelajar pro Aspirasi iaitu kumpulan pelajar yang pro Umno dalam kampus.

Mustafa ketika mengulas isu ini berkata, menjadi dasar PAS dan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara kepentingan bersama dan untuk keadilan.

"Kita dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk mempertahankan tiga perkara pokok dalam perlembagaan iaitu Islam agama rasmi persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

"Bahkan menjadi dasar PAS juga untuk bekerjasama dengan Umno untuk perkara-perkara kepentingan bersama atas prinsip keadilan," katanya.

Kenapa SPRM tak siasat kekayaan Taib Mahmud?

on





SARAWAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak takut dengan Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi antara punca utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Baru Bian, berkata ia dapat dilihat melalui sikap berdiam diri SPRM walaupun pendedahan mengenai kekayaaan Taib Mahmud kerap didedahkan.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru Bian menyifatkan sikap pengecut Najib menyebabkan SPRM tidak berani menjalankan tanggungjawab dan hanya bersikap menunggu arahan pihak atasan.

“Najib percaya Taib Mahmud mampu memberi kemenangan dalam pilihan raya Sarawak. Ini yang menyebabkan sampai sekarang dia (Taib) tidak disiasat SPRM.

“Bagi Najib, yang penting bukan rakyat tetapi kemenangan kerusi. Banyak berlaku penyelewengan, tetapi tiada apa tindakan yang diambil daripada mana-mana pihak,” katanya.

Baru Bian berkata, jalan terbaik untuk menjatuhkan Taib Mahmud ialah melalui pilihan raya umum akan datang ekoran keengganan ketua menteri itu melepaskan jawatannya lebih 30 tahun berkuasa.

“Diktator seperti itu susah diajar. Kaedah terbaik untuk jatuhkan beliau melalui pilihan raya memandangkan Najib sendiri tidak mengambil sikap sewajarnya sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Sarawak belajar dari pengalaman Mesir yang menggulingkan pemerintah kuku besi.

“Semua rakyat Sarawak mesti ambil iktibar, bagaimana rakyat bersatu menjatuhkan pemimpin yang menindas dan membelakangkan kepentingan orang ramai,” katanya.

KELEBIHAN LELAKI DAN WANITA

on




LELAKI


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?




  




Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??







Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)



 





Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



WANITA :


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? 


Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?


  





Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.



Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.










MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

kredit  :-  Ilham Nurul Resources

RAMALAN SEEKOR KATAK.

on




SEEKOR lagi `katak' bernama Zahrain meramalkan PKR akan berkubur hujung tahun ini. Sebelum ini banyak kali `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru menyebut PKR akan berkubur sebulan dua lagi. Begitulah perjuangan dua tiga ekor Wakil Rakyat yang menjadi `katak', mereka tidak memikirkan nasib masyarakat di kawasannya, yang dilakukan oleh mereka setiap hari ialah menjadi `bomoh' meramalkan kejatuhan PKR.

Saya teringat suatu waktu dahulu, Menteri di JPM iaitu Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas Pilihanraya Tahun 2008, kerana pada ketika itu wakil PKR yang ada di dalam Parlimen hanya Presiden mereka sahaja iaitu DS Wan Azizah. Dengan lagak sombong dan ego, Nazri ini meramalkan selepas Pilihanraya Umum 2008, PKR akan terkubur. Tetapi hakikatnya? PKR bukan sahaja bertambah kuat malahan berjaya menjatuhkan kerajaan terkuat Anak Toyo di Selangor, di samping membantu rakan mereka merampas beberapa negeri. `Bomoh Umno' dari JPM ini tidak berguna langsung.

Sekarang, Nazri sudah serik untuk menjadi bomoh. Si katak Zahrain pula mahu mencuba dengan Si Zul Kulim Ketayap. Mereka berdua sibuk meramalkan nasib PKR, sedangkan nasib mereka sendiri di hujung tanduk. Sudah lama pengundi-pengundi di kawasan mereka ingin menghumban Wakil Rakyat tidak berparti ini ke dalam `tong najis', tetapi apakan daya. Mereka berdua tidak tahu malu dan berkulit muka yang tebal. Mereka tahu mereka tidak diperlukan lagi oleh para pengundi, namun demi perut anak beranak biarlah mereka hilang maruah.

Marilah kita saksikan nanti, samada PKR yang berkubur dahulu atau mereka berdua yang menjadi `bangkai' terlebih dahulu.

WFAUZDIN NS

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List