Mahathir dakwa dia ada berjumpa dengan para pemimpin pembangkang sebelum Ops Lalang.
Dakwaan ini telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan mereka yang terlibat dalam Ops Lalang.
Kit Siang kata, Mahathir penipu. Hari ini Karpal Singh pulak mempertikaikan dakwaannya. Malah, dia turut mencabar Mahathir.
Hello... Karpal. Hang ingat Mahathir peduli ke dengan cabaran hang tu?? Tak da mananya.... Orang tua tu, mana ada kemaluan mau pun maruah?? Dia berdusta macam dia kencing jer. Selamba rock dia jer... Tak de rasa apa-apa pun. Dia buat muka tak malu jer...
Dia ni.... pandai dan hebat dalam membuat dakwaan dan tuduhan tetapi apabila orang mintak bukti atau suruh bagi keterangan dalam mahkamah, tak berani dan dia buat nohen jer. Dia ni tak da sikap akauntabiliti terhadap apa yang keluar daripada mulut dia. Apabila terdesak.... dia akan point his fingers at other people.
Tengok jer dalam kes Liwat 1 . Apa yang tidak dikata dan dituduhnya Anwar Ibrahim?? Tetapi, sekali pun dia tak pernah masuk mahkamah untuk beri keterangan atau disoal oleh barisan peguan Anwar. Terpaksa ler.... barua-barua dia dalam sistem kehakiman memberi pelbagai alasan bagi mengelakkan dia daripada testify dan diperosah di mahkamah.
Dalam kes Ops Lalang ni pun sama. Setelah diasak.... bukan ke barua dia yang muncul untuk defend dia. Begitu juga dengan kes 'Lingam Gate'.
Kita pendekkan cerita. Tak payah tunggu 7 hari. Mari kita buat konklusi, hari ini, jam ini. Konklusi dibuat berdasarkan persepsi umum tentang hal ini. Baca pantun dua kerat ni....
Siakap senohong, Gelama ikan duri
Siapa cakap bohong?? Ha.. ha.. ha... Siapa lagi, Mahathir Kutty!!
Siapa cakap bohong?? Ha.. ha.. ha... Siapa lagi, Mahathir Kutty!!
Dr M diberi 7 hari namakan pembangkang
Karpal Singh hari ini menjadi pemimpin tinggi DAP kedua selepas penasihat parti itu, Lim Kit Siang, yang mempertikaikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.
Karpal, yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran" dan mencabarnya menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya.
Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu.
"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya.
Dalam buku terbaru mengenai Dr Mahathir yang ditulis oleh wartawan Amerika Tom Plate, mantan perdana menteri dipetik sebagai berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap.
Dr Mahathir dipetik memberitahu Plate bahawa beliau mahu "menanganinya secara berbeza", tetapi polis berkeras untuk membuat tangkapan tersebut.
malaysiakini
0 comments:
Post a Comment