MAKIN RAMAI SUAMI DIDERA ISTERI

on Sep 25, 2011


Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.
“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.
“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.
“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.
Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.
Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.
“Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.
“Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya.
Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.
Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir).
“Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim.
“Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.


Photobucket

BN Kehilangan 40 Ribu Pengundi.....?

on


Actually gua dah lama tak follow blog2 politik ni.. gua rasa Malaysia ni dah tepu sangat dengan politik.... apa aje org buat, akan jadi kena mengena dengan politik... membosankan.. tak apalah, gua singkatkan mukadimah yg membosankan ini...
Anyway back to this blog title... baru2 gua jumpa member lama dari MAS. Member gua ni dah 20+ tahu kerja dengan MAS. Dulu pun gua kat MAS jugak. So cerita dari dia quite serious. Biar gua singkatkan and straight to the facts... So cerita ni semua adalah berkait dengan kisah MAS & AIRASIA share swap, director swap, etc

Katanya....

1. Banyak staff MAS are un happy with what has taken place...
2. Banyak yg akan menguntungkan tony & gang...
3. Khabarnya kamarudin maybe the key person behind this...
4. FireFly mungkin ditutup... apa jadi to the staff... Firefly suppose to compete dgn Airasia...
5. Belum apa2 lagi, MAS dah kena sponsor QPR pulak...
6. Union akan kehilangan kuasa bila operation Widebody dan 737 di pecahkan dan fleet 737 akan ditukarkan kepada Sapphire dan dikhabarkan rosmah ada kena mengena dengan Sapphire... lagi buat di org fedup... wallahhualam...
7. Kos cutting akan dimulakan dan mungkin stewardess/steward lepas ni kena share bilik hotel macam crew airasia dan mcm2 lagi
8. Kapal terbang yg tony dah order banyak2 tu akan diserapkan ke MAS... dia n geng ambik komisen la kot utk poket sendiri...
9. So MAS people r questioning.... does this exercise benefit the Rakyat and MAS staff...???? Mana pi Rakyat Didahulukan & Pencapaian Diutamakan!!!

SO, gua pun tak tau lah... it is understood MAS people are very sokong the BN and Gov... but now semua tgh bengang and tak ada mood... and have declared THEIR VOTES IS NOT FOR BN/UMNO...

They will monitor tony n geng action every single second.... in total BN will lose around 40,000 votes roughly...

Ini sudah kes teruk utk BN/UMNO... Najib buat kerja penat2 ... no point...



sumber  :- DARI BLOG INI

Photobucket

Islam Bukan Dari PAS.....

on



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.
Jelas beliau, bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.
"Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.
"Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?" katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.
"Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.
"Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa," katanya.
Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.
Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.
Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.
"Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.
"Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan," kata Mursyidul Am PAS ini.
Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.
"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.
"Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datannya dari Allah, bumi, langit dan kita Allah yang punya," katanya.


Photobucket

Dah Tua Buat Cara Tua....

on


Rampasan kuasa ..rampas jangan tak rampas...inilah politiking belia yer..

Biasa biasanya golongan TUA GAYUT PENCEN UMNO yang duk gilakan jawatan nak jadi pemimpin model belia....


IrIsmail Rashid
Turutan kisah PENGAMBILALIHAN MAYC...21hb sep
2011...10am..berlaku kekecohan dipkarangan Wisma Belia, Jln Syed Putra, KL..apabila bekas setiausaha kerja T.S Syed Hamid Albar, Mustafa Mat Aroff menghalang setiausaha agung MAYC Kebangsaan dn Perak, Ahmad Ansor Rivai Batubara dr menjalankn tugas di Ibu Pejabat MAYC...Polis tpaksa bertindak menutup & mengunci ibu pejabat trsebut sementara kedua pihak dibawa ke IPD Brickfields untuk disoal siasat tentang penyelewengan di MAYC...

IrIsmail Rashid
Turutan kisah PENGAMBILALIHAN MAYC...23hb sept 2011...11pm..betapa kejamnya dn jahat Mustafa Mat Aroff...dia sanggup mengarahkn pihak polis dtg ke Wisma Belia utk menahan petugas2 yg berada di pejabat MAYC pada malam ni... Mustafa Mat Aroff cuba utk menghapuskn bukti penyelewengan beliau..serta menyembunyikn rekod dn fail yg berada di pejabat MAYC...semua petugas MAYC masih di tahan di balai polis...


Kumpulan belia isytihar ambil alih MAYC

Sekumpulan belia mengisytiharkan mengambil alih pentadbiran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) daripada pentadbiran lama yang diterajui bekas menteri Tan Sri Abdul Hamid Albar.


Kumpulan yang diketui Akramshah Muammar Ubaidah Sanusi (kiri) membuat pengumuman itu setelah memasuki ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan memulakan tugas kelmarin.

Akramshah mendakwa, pengambilalihan pentadbiran itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pemimpin veteran MAYC dan hasil interaksinya dengan bekas presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

"Mereka berpendapat hanya pergerakan belia (boleh menggerakkan). Jika tidak bergerak, jadi bukan belialah. Kita ambil pengajaran itu, dan memutuskan untuk bergerak," katanya.

Krisis kepimpinan MAYC berlarutan sejak setahun lalu apabila dua kumpulan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) sendiri bagi memilih pemimpin masing-masing.


Kumpulan Syed Hamid memilih Mustaffa Mat Arop sebagai presiden manakala sebuah lagi kumpulan memilih Akramshah.

Kedua-dua AGM itu bagaimanapun dibatalkan Pendaftar Pertubuhan Belia dan isu itu berlarutan sehingga dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan diadukan kepada perdana menteri.

Dalam sidang media di pejabat gabungan kelab belia itu hari ini, Akramshah berkata beliau sedia berdepan dengan kumpulan Abdul Hamid sekiranya tindakan mereka itu menimbulkan pertikaian.

Bagaimanapun, tambahnya, mereka juga masih boleh mempertikaikan usaha pentadbiran terdahulu untuk membantu belia yang lain.

"Jika mempertikaikan pergerakan kami, kami juga boleh mempertikaikan mereka," katanya lagi

Photobucket

Mat Sabu Punya Hal Aku Dapat Datuk

on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-3XaAOCx2QjIVNer-deGWXi_8YKjGX2XIqgQwKQGOv1dTXgtVjLlHeqzOOCEEDAnCQ9P0m7A93ylCvki_AHjwU7j-OpCRu-bkfPKBXjKyR4rqBo7W1bRcCEHRRikZ67bPTpw3F_6AQXA/s1600/abg-mat2.jpg


Jasa Mat Sabu kepada Kanang anak Langkau

Apabila Mat Sabu riuh rendah memanipulasikan fakta sejarah untuk mengangkat martabat penganas Komunis, baru lah pembesar-pembesar Negara hari ini sibuk mencari pejuang-pejuang yang melawan Komunis dahulu untuk dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran.

Semalam Kanang anak Langkau dianugerahkan Bintang "Panglima Gemilang Bintang Kenyalang" yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang diPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Kanang anak Langkau yang banyak berjasa menyabung nyawa untuk melawan Komunis durjana seolah-olah tenggelam sebelum ini.

Anugerah ‘Datukship” kepada Kanang anak Langkau sepatutnya telah diberi 10 atau 20 tahun yang lampau.

Penyanyi ago-go tahun 60an dan tauke Cina judi pun mendapat anugerah Datukship lebih awal dari Kanang anak Langkau.

Inilah lumrah pemimpin yang ada, hanya melihat kepada pembodek-pembodek di bawah ketiak mereka sahaja.

Mereka yang pernah berjasa kalau tidak ada milage politik kepada mereka hanya dilupakan seperti anjing kurap ditepi jalan.


Photobucket

Sekira Nya BN Tewas.....

on

5 perkara yang bakal berlaku jika BN kalah dalam pilihanraya


Angin perubahan yang melanda seluruh negara dan rakyat Malaysia mungkin akan menyaksikan perubahan politik pada skala yang tidak dapt dibayangkan sejak tsunami politik 2008 melanada.Tidak sampai 48 jam selepas Barisan Nasional (BN) telah dikalahkan dalam pengundian 8 Mac, ada desas-desus mengenai "belajar dari kesilapan" dan keperluan bagi gabungan itu "untuk memperbaiki" prestasi hambar.

Mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah berikrar bahawa BN akan "belajar dari kesilapan" dan "memperbaiki diri" selepas kejatuhan empat negeri kepada Pakatan Rakyat dan membuat kemunculan semula dalam politik yang menakjubkan setelah tewas semasa pilihanraya. Kata-kata Abdullah terbukti telah dibuat dengan tergesa-gesa dan setelah beberapa tahun, ia terbukti palsu sekali lagi.

Sekali lagi keadaan politik nampaknya memihak kepada Pakatan Rakyat akibat kekecewaan dan rasa tidak puas hati rakyat dengan dasar-dasar yang tidak berubah seiring dengan aspirasi mereka. Semua tanda-tanda kini menunjukkan sejarah akan berulang, dan mungkin lebih hebat lagi. BN nampaknya seperti bakal diusir keluar dari Putrajaya sedikit masa lagi. Oleh itu, apa akan berlaku jika buat pertama kalinya dalam sejarah negara ini, BN tewas pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan menjelang 2013?

Kehilangan mandat terakhir


Penganalisis politik bimbang BN tidak akan melepaskan kuasa dengan mudah, menurut seorang ahli politik veteran, " terlalu banyak kerugian bagi mereka" jadi, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal menerajui negara. Seorang ahli sains politik mengandaikan bahawa mungkin mereka akan meluaskan pemerintahan darurat, menggantung kebebasan awam dan bertindak keras ke atas media seperti Ops Lalang 2.

Sudah ada kebimbangan di dalam Pakatan Rakyat bahawa BN boleh melakukan apa saja supaya kekal di Putrajaya walaupun melalui cara yang busuk dan dengan kekerasan jika ia kalah pilihan raya umum akan datang, walaupun beberapa ahli politik BN telah menolak andaian-andaian sebegini sebagai tidak berasas.

Ini tetap berlaku walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua undang-undang Darurat pada hujung minggu lepas. Dia telah menegaskan undang-undang baru akan diguna pakai bagi menggantikan yang lama. Ada beberapa orang didalam parti yang mula meragui undang-undang ini , khuatir ia tidak boleh melindungi kepentingan Umno di dalam negara. Persepsi negatif terhadap Najib dan partinya menunjukkan kurangnya keyakinan orang ramai terhadap mereka dan menyebabkan mereka semakin percaya bahawa BN sememangnya akan kalah pada PRU ke-13 nanti.

Seorang ahli lama Pakatan Rakyat berkata bahawa peralihan kuasa akan menyebabkan perpecahan didalam parti. Masyarakat sedang memerhatikan proses pilihanraya dan jika ada yang menang atau kalah, sudah semestinya menjadi perdebatan yang hangat. Katanya lagi, Negara mungkin bakal menyaksikan kuasa rakyat yang bakal menegakkan semula mandat demokrasi dengan memberikan peluang memerintah bagi mereka yang lebih layak. Namun, ini hanya akan berlaku jika rakyat berani dan diberi peluang untuk memastikan demokrasi terus bernafas. Jika rakyat sedar setelah sekian lamanya BN telah mencengkam kuasa untuk kepentingan politik dan tekanan akibat cengkaman ini kepada rakyat.

Seorang penyelidik politik menggambarkan jika dalam pilihan raya umum akan datang, beberapa buah negeri akan dimenangi dengan majoriti tipis maka, perpecahan kuasa akan berlaku. Tambah beliau, mungkin akan berulang semula kontroversi politik di Perak dengan adanya ahli ,melompat parti. Ada di kalangan ahli-ahli politik yang tidak sabar-sabar untuk melompat parti semata-mata untuk wang, kedudukan dan kuasa. "Apa yang rakyat telah saksikan di Perak adalah Pakatan yang telah digugurkan hak sah mereka untuk memerintah dan ini mungkin boleh berlaku lagi di negeri lain. Kejadian itu mungkin akan disaksikan semula jika benar keadaan sudah semakin terdesak.

Rakyat bakal menyaksikan satu pusingan baru "politik wang" dengan ahli-ahli politik, termasuk Bebas, melompat parti utuk membolehkan mereka berkuasa di negeri-negeri di mana majoriti adalah tipis. "Mereka akan membawa wang tunai dan membeli kerusi untuk mendapatkan majoriti. Mereka tidak akan merasa bersalah selagi boleh mendapatkan sesuatu yang didambakan, orang akan melihat katak (mereka yang melompat parti) di mana-mana," tambahnya.

Pembangkang yang berdendam


Satu lagi senario yang mungkin berlaku adalah Umno dan komponen BN akan menjadi pembangkang yang degil dan penuh hasad dengki karena terpaksa merawat luka sendiri dan menunggu kesempatan untuk merebut kuasa jika tidak melalui saluran sah, mungkin dari pintu belakang. Ini akan bakal menuntut mereka di dalam Umno dan BN untuk memberi laluan kepada muka-muka baru demi membawa perubahan pada parti.
Seperti yang dinyatakan oleh veteran BN: "Akan ada permintaan untuk transformasi lengkap bukan sahaja dalam hirarki Umno tetapi untuk semua komponen lain BN. Rombakan memang tidak dapat dielakkan dan akar umbi parti akan menuntut jawapan dan ingin melihat beberapa muka lama termasuk beberapa orang muda untuk memberi laluan. "

Seorang pemerhati politik, bagaimanapun, berkata senario BN dalam mod pembangkang tidak akan sealiran dengan parti-parti komponen BN yang lain dan mungkin akan menyebabkan keretakan dalam parti atau memisahkan puak yang bersemangat untuk membentuk entiti baru politik ataupun akan bersekutu dengan musuh-musuh Pakatan yang lama".

Dia menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin MCA yang mempunyai hubungan tegang dengan Umno dan sentiasa berada di bawah tekanan dari dalam parti untuk membawa haluan sendiri dan akan terperangkap dalam dilema peranan yang sebenar pada realiti politik selesai PRU ke-13 nanti. Bagaimanapun, Naib Presiden PKR dan bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng, yang pernah merasa berada di dua belah pihak berkata, berada di kem pembangkang tidaklah sesuram dan menyedihkan seperti yang difikir pemimpin BN. Ini sebenarnya adalah jawapan bagi BN jika ia perlu untuk memulakan pembaharuan yang amat diperlukan dalam parti-parti mereka dan kembali segar semula seperti parti Kuomintang (KMT) di Taiwan.
"Mereka boleh muhasabah diri, menghapuskan politik perkauman, memulakan pembaharuan politik yang amat diperlukan dalam parti-parti mereka sendiri dan cuba memujuk ahli-ahli mereka untuk tidak meninggalkan parti," Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Di Taiwan, ini telah berlaku kepada KMT. Parti Demokratik Progresif, Chen Shui Bian berkuasa selepas KMT memerintah Taiwan selama lebih 5 dekad. Tetapi Chen telah mula mengamalkan rasuah dan selepas dua pilihanraya, beliau telah disingkirkan dan KMT kini kembali berkuasa. Ini juga hanya selepas KMT kembali meyakinkan rakyat dengan mengakui kesilapan mereka dan iklas dalam mengambil tindakan itu.”

Mencari orang yang bersalah


Umno dan BN tidak akan menjadi gabungan yang sama selepas PRU ke-13 kerana terdapat tekanan ke atas pihak berkenaan untuk perubahan yang radikal.Sebagai contoh, MCA akan menimbang semula peranan dan hubungan dengan Umno dan parti komponen yang lain kerana pihak-pihak yang ‘post mortem’ untuk mencari jawapan di manakah punca kegagalan mereka. Seorang ahli parti MCA berkata, perubahan mungkin juga menjadi satu rahmat yang terselindung kerana ia akan membolehkan parti itu untuk menilai semula dirinya dan memaksa mereka untuk melakukan perubahan yang amat diperlukan.

"Akan ada keretakan yang besar dalam hubungan antara parti-parti akibat saling tuduh-menuduh. Selepas semuanya selesai, kita boleh nampak entiti yang baru dan mungkin juga beberapa pihak akan membentuk parti baru," kata orang dalam itu.

"Saya rasa MCA akan memutuskan untuk pergi berikutan tsunami politik itu. Dan apa yang lebih buruk bagi Umno adalah ia boleh menarik parti-parti komponen BN yang lain juga. Sudah tentu, scenario yang paling teruk akan akan dialami oleh BN. "

Rekahan yang mendalam boleh memaksa gabungan untuk membina semula dirinya dalam satu bentuk entiti tunggal yang bersatu padu sepertimana hasrat yang diwar-warkannya. Mungkin ada sesetengah parti nyamuk yang terbentuk daripada perpecahan pihak-pihak yang lebih besar dalam BN, semua yang akan menjadi tamparan hebat kepada aspirasi rakyat untuk menamatkan politik perkauman.

Seorang lagi veteran MCA bagaimanapun merasakan bahawa MCA mungkin paling beruntung daripada status quo politik yang baru ini. "Ia mempunyai sumber-sumber dan cara untuk bangkit memenangi hati masyarakat dengan cara yang betul, ia juga boleh menambat hati kaum-kaum lain semasa proses peralihan. Jika ia berjaya melalui fasa ‘makeover’, ia mungkin akan menjadi cabaran sebenar dalam pemilihan akan datang. "

Jadi apa pula dengan Umno? Di mana letaknya UMNO selepas politik baru PRU ke-13? Seorang ahli veteran DAP berkata, Umno akan kalah besar selepas PRU ke-13. "Mereka telah diberi peluang dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi gagal untuk memahami kehendak rakyat. Hubungan mereka dengan kronisme, rasuah dan politik wang telah terbukti menjadi kehancuran bagi mereka dan persepsi ini akan sukar untuk dipadam."

Malah, mungkin lebih teruk daripada parti BN yang lain, tuduh-menuduh dan salah- menyalahkan akan lebih galak didalam UMNO dan kepimpinan tertinggi. Keengganan mereka untuk menjauhkan diri dari politik perkauman dan kumpulan-kumpulan seperti Perkasa telah memakan diri sendiri. melainkan jika terdapat perubahan secara menyeluruh, Umno akan menghadapi keadaan yang sukar.

Pakantan baru


Kemenangan Pakatan Rakyat pada pemilihan yang akan datang mungkin memaksa Umno dan BN untuk menilai semula hubungan mereka serta strategi untuk membentuk perikatan baru. Ini tidak semestinya berkesan bagi parti komponen BN yang lain. Sepertimana pendapat seorang veteran PAS, Umno mungkin berada di bawah tekanan untuk kembali solo dan membuang saja idea membentuk pakatan dengan parti-parti komponen BN yang lain.

"Mereka boleh cuba untuk merayu kepada akar umbi dan berharap dalam proses untuk menyembunyikan keretakan dalam parti. Malah, mereka boleh, menarik Perkasa untuk menyertai mereka tanpa menghiraukan MCA, MIC dan pihak lain. Terdapat satu puak dalam Umno yang tidak sabar-sabar untuk melihat Umno berjuang semata-mata untuk hak-hak orang Melayu dan ingin melihat hubungan dengan Perkasa diperkukuhkan, "kata veteran PAS itu lagi.

Pemerhati politik berkata, senario itu akan membolehkan MCA mencari jalan keluar dari BN tetapi dengan kesan sampingan. Seperti yang dinyatakan oleh seorang bekas pemimpin MCA: "Ia adalah senario terburuk bagi MCA. Mereka keluar dari gabungan itu dalam keadaan marah dan terus terang saya katakan, tidak akan ada pemimpin-pemimpin MCA yang mahu rujuk kembali."

Tidak hairanlah, langkah MCA untuk keluar dari BN akan mendorong parti komponen lain untuk sekurang-kurangnya menimbangkan langkah yang sama dan mungkin juga akan memberi isyarat bermulanya pengakhiran buat BN sebagai gabungan yang seimbang. Ada pihak lain yang merasakan kegagalan politik bagi Umno pada PRU ke-13 akan menyaksikan percubaan mereka untuk membangkitkan semula hubungan dengan PAS dengan adanya desakan demi survival politik.

"Pemimpin Umno akan mengemis dihadapan PAS apabila PAS sudah berkuasa. Pemimpin Umno tidak banyak pilihan selain cuba untuk mencari jalan jika parti itu masih mahu wujud pada pilihan raya akan datang," kata pemerhati Umno.

Kerajaan perpaduan


Pemerhati tidak menolak kemungkinan Umno dan BN akan tergesa-gesa untuk mengekalkan kuasa dengan cuba membuat beberapa perkongsian kuasa sebagai salah satu jalan.
Ini adalah salah satu senario yang telah dicuba pada masa lalu dengan Umno berusha untuk mengadakan hubungan baik dengan Pas. Walaupun pemimpin Umno tidak bersetuju untuk bergabung bersama PKR, namun akibat tsunami politik dan kesan buruknya, musuh politik yang paling keras kepala pun akan mula berkompromi.

"Kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan jika BN dan Pakatan mendapati diri mereka terpaksa berkongsi kuasa. Tetapi memandangkan permusuhan yang mendalam dan rasa tidak percaya diantara satu sama lain, jalan terbaik bagi mereka adalah cuba untuk berdamai dan bersikap praktikal," kata orang dalam parti BN.
Malah pemimpin-pemimpin Umno,sudah mula sedar ramai ahli parti itu semakin menjauhkan diri mereka. Akibatnya, mereka telah merayu pemimpin-pemimpin PAS untuk bekerjasama. Walau bagaimanapun, pertikaian atas perkongsian royalti minyak di Terengganu akan menghalang rancangan mereka untuk berjaya.
Walau bagaimanapun, langkah itu akan menimbulkan kebingungan di kalangan MCA, MIC dan parti-parti komponen BN yang lain kerana bimbang dengan "kompromi" yang dibuat oleh Umno dengan Pas dan juga kebimbangan mengenai isu negara Islam.

Kesimpulan


Penganalisis percaya keadaan UMNO, jika tidak seteruk yang disangkakan,masih agak terlalu sukar untuk menang dengan margin yang selesa dalam pilihan raya akan datang. Memandangkan keadaan politik yang tidak kukuh dan dengan pungutan suara yang menunjukkan populariti Perdana Menteri merosot minggu ini, Umno dan BN menghadapi satu tugas yang sukar untuk memperoleh kemenangan ke atas rakyat atau orang awam.

Slogan 1Malaysia Najib dan program transformasi nampaknya telah mula malap dengan prospek suram ekonomi global yang menghimpit pelaksanaan segala perancangannya. Kemelut terbaru yang menyatakan 'Tanah Melayu tidak pernah dijajah' telah menbuat rakyat tertanya-tanya sama ada UMNO dan BN berada dalam kekeliruan.

Populariti menyusut Najib ini telah menyebabkan kebimbangan dan pemimpin-pemimpin BN mula takut akan tsunami seterusnya. Dengan pilihan raya yang bakal diadakan, tidak mustahil untuk majoriti senyap membuat sesuatu yang mengejutkan dengan memberi undi mereka kepada Pakatan.

Rakyat Malaysia yang tawar hati mungkin tahu bahawa BN dan Umno khususnya, tidak akan berubah dan satu-satunya cara untuk memaksa perubahan itu adalah melalui peti undi. Bagi rakyat Malaysia, angin perubahan yang melanda tanah air membawa perubahan politik baru, bakal menyemarakkan demokrasi dan keadilan sosial yang mereka telah lama diimpi-impikan.


Photobucket

Mambang Punya Hal

on



Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. 


Aku petik kenyataan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Zamani Abdul Ghani saperti yang dilaporkan Berita Harian bertarikh 20/7/2010 dalam Persidangan Jenayah Kewangan dan Pembiyaan Keganasan Antarabangsa 2010.


"Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Zamani Abdul Ghani memberitahu persidangan itu bahawa sejumlah 94 kes penggubahan wang haram kini dalam pelbagai peringkat pendakwaan, dengan lebih 3,000 dakwaan melibatkan keuntungan berjumlah RM1.2 bilion."




KENAPA AKU CERITA PASAL PENGGUBAHAN WANG HARAM ?


He he he...adalah sebab nya.
Baca kenyataan Datuk Zamani kat atas...beerti setakat Julai 2010 ada lebih kurang 3,094 kes Penggubahan Wang Haram dalam peringkat pendakwaan yang melibatkan JUMLAH RM1.2 billion.
3,094 kes = RM1.2 billion.




Ish..ish...ish banyak duit itu. RM:Satu Ribu Dua Ratus Juta...


Apakata kalau ada 1(satu) kes sahaja yang melibatkan jumlah RM1.9 billion tahun 2004?


Rasanya pecah rekod RM1.2 billion yang dipegang oleh 3,094 kes diatas...bukan begitu?


He...he...he ada ke kes macam tu?Ada ke yang berpeluh telor bila aku tanya macam tu..?


Aku pun tak tahu...cuma tersampuk artikel Uncleseekers 'Ramalan Mimpiku'...aku pun dah mula dapat mimpi....jap!...aku bakar kemenyan panggil 'mambang' 'mambang' mana yang patut...




HEI..! MAMBANG MERAH...

 

HEI...! MAMBANG BIRU....




HEI..! MAMBANG BANTAL...Z Z




MAMBANG BINTANG..
ADA HARIMAU...ADA KERIS


Maaf cucu cucu Tok semua...Tok dah coba panggil semua "mambang mambang" kat atas tapi tak mau masuk dalam badan Tok lak masa ni...mungkin dah nak dekat PRU13 nanti baru masuk kot...

ceduk dari :- Blog Ini

Photobucket

Chua Soi Lek Akan Di Dakwa Seks Oral...?

on








Berhenti menipu dan mengelirukan rakyat, timbalan presiden PKR Chua Jui Meng berkata kepada bekas rakan sekerja di dalam MCA dan Umno kerana kedua-dua parti tersebut telah mengeruhkan keadaan disebabkan isu undang-undang hudud. “Jika Chua Soi Lek seorang yang berani, dia akan mengeluarkan MCA daripada BN sekarang juga. Dia tidak sanggup melakukan perkara tersebut adalah kerana di saat terdapat ura-ura dia akan melakukannya, pihak Bukit Aman akan memanggilnya disebabkan video seksnya. Dia mungkin berani berkata serba sedikit, tetapi jangan risau kerana dia masih lagi di pihak yang salah,” beritahu Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


“Bagi Muhyiddin dan Umno, kami ingin sekali melihat mereka menyatakan bila masanya yang mereka akan melaksanakan hukum hudud. Buktikan kepada orang Melayu dan orang Islam betapa ikhlasnya kamu tentang Islam dengan mengemukakan rangka kerja yang jelas dan muktamad bagi melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Jika tidak, amatlah jelas sekali bahawa kedua-dua pihak, MCA dan Umno, hanyalah bekerja sama untuk memecahbelahkan rakyat sekali lagi. Orang Islam akan berpaling kepada Umno manakala orang Cina berpaling kepada MCA.

Ugutan seks oral?

Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dan timbalan presiden MCA, merujuk kepada Soi Lek, presiden MCA yang ditangkap di dalam skandal video seks pada tahun 2007. Pada tahun 2010, di kemuncak perebutan kuasa dengan pemegang jawatan sebelumnya Ong Tee Keat, Soi Lek telah berkata bahawa dia ada memikirkan untuk meletakkan jawatan di dalam MCA untuk Pakatan Rakyat. Soi Lek telah dipanggil ibu pejabat polis di Bukit Aman dengan kadar segera dan disoal siasat kerana melakukan seks oral bersama teman wanitanya, kerana ini merupakan jenayah di Malaysia.

Pada minggu yang lepas, isu untuk melaksanakan undang-undang hudud di Negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam telah membangkitkan pertelingkahan politik, walaupun ia tidak menarik perhatian awam seteruk sebagaimana sebelum ini. Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah memulakan langkah dengan mencabar Nik Aziz, penasihat rohani PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, dengan sokongan oleh ketua PKR, Anwar Ibrahim, tetapi dibantah DAP.

Situasi di Pakatan bukanlah sesuatu yang baru dan dan ketiga-tiga parti di bawah Pakatan telah menyatakannya berulang kali. Jika PAS mahu mengenalkan hukum hudud ataupun negeri Islam, PAS mestilah menerima sokongan majoriti sama ada di peringkat negeri atau kerajaan persekutuan untuk PAS melakukannya. PKR mahupun DAP akan terikat untuk menyokong PAS di dalam hal ini.

Soi Lek bergegas untuk mendapatkan ‘mata kemenangan’

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang Soi Lek daripada bergegas untuk mendapatkan perhatian dari pihak media. “Pendirian MCA adalah amat jelas. Kami akan membantah hudud secara keras. Jika Umno ingin melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar MCA daripada Barisan Nasional – semudah itu saja. Pendirian kami amat jelas sekali. Umno ingin melaksanakan hudud, MCA bukanlah sebahagian daripadanya, kami akan keluar dari Umno,” beritahu Soi Lek kepada wartawan pada hari Jumaat.

Hudud merupakan tangan bagi perundangan Islam yang berkenaan 6 dakwaan jenayah, dan ditakuti kerana hukuman jenayah di bawah hudud termasuklah dibaling batu hingga mati, memotong anggota badan dan sebatan. 6 jenayah hudud adalah mencuri, hubungan kelamin tidak sah, memfitnah seseorang melakukan zina, minum minuman beralkohol dan murtad.

Pada petang Khamis, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa Umno menyokong hukum hudud akan tetapi belum lagi sampai masa untuk melaksanakannya. Dia tidak memberi sebarang petunjuk yang merujuk kepada masa yang sesuai untuk melaksanakannya, dia juga tidak menyatakan sebarang cadangan yang jelas untuk memperkenalkan hudud.

Ini telah menyebabkan ramai pengkritik untuk menuduh Timbalan Perdana Menteri tersebut untuk menipu orang Melayu dan yang beragama Islam,kerana setelah 5 dekad menggunakan undang-undang berkuasa, kenapa UMNO masih tidak bersedia untuk hukum hudud?

Padahalnya, Soi Lek dengan semangatnya mencuba untuk memperoleh mata kemenangan dengan komuniti Cina hampir menyebabkan kejatuhannya. Pada tahun-tahun yang lepas, Soi Lek dan MCA telah gagal memenangi sokongan awam disebabkan pengurangan pengundi, yang utama sekali disebabkan oleh ketakutan mereka dan kegagalan untuk berpendirian tegas terhadap Umno.

“Itu boleh difahami kerana semua yang beragama Islam menyokong ajaran Quran. Tetapi kamu mesti melihat kenyataannya yang Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud. Dan itu adalah amat jelas,” kata Soi Lek, menerangkan kenapa komen Muhyiddin boleh diterima oleh MCA.

Tarik tali antara Umno-MCA

Bagi ketua-ketua Pakatan, permainan tarik tali antara Umno-MCA adalah untuk menimbulkan kemarahan DAP, terutamanya Karpal Singh yang telah menunjukkan bantahan keras di atas penubuhan negeri Islam dan hokum hudud. Pihak umum tidak dibenarkan berkata apa-apa, setelah pihak UMNO dan MCA kehilangan kredibiliti kerana membuat keputusan politik yang tidak matang.

Bagi Jui Meng, adalah bagus bahawa isu hudud telah diutarakan. “Bagaimanacarapun MCA akan terus menggunakannya sebagai senjata terhadap pihak Pakatan. Jadi tiada sebarang salah untuk berdebat secara terbuka. Pada masa ini, pihak bukan Melayu masih risau kerana mana-mana sistem baru yang memasukkan hudud boleh merubah ciri-ciri sesebuah Negara akan tetapi mereka tidaklah takut padanya seperti dahulu,” kata Jui Meng./mc



Photobucket

UNDI LAH

on








Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada sebab bagi pengawal selia stesen penyiaran menghalang penyiaran klip video Undilah kerana pengumuman khidmat awam seumpama itu ke udara demi kepentingan umum sejak pilihan raya umum pertama.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan agar stesen penyiaran lokal tidak lagi menyiarkan klip video itu, yang dilancarkan sempena Hari Malaysia minggu lalu. Arahan itu difahamkan dikeluarkan oleh SKMM awal minggu ini.
“Saya merasakan ia (klip video) baik. Saya seronok mendengar (klip video itu),” kata bekas perdana menteri (gambar) ini.

“Saya mendapati lagu ini bukan (memihak) mana-mana kumpulan atau parti, liriknya menggalakkan, merangsang orang ramai tentang kepentingan pilihan raya,” kata beliau pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini, dengan merujuk kepada klip Marilah Mengundi yang lazimnya akan dimainkan ketika pilihan raya.

“Saya tidak melihat apa-apa sebab mengapa SKMM wajar ambil tindakan ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, SKMM berkata klip video Undillah belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen sehingga ia telah mendapat kelulusan.

Agensi itu berkata, hasil pemantauan pematuhan secara rutin dibuat menunjukkan pengumuman khidmat awam yang dihasilkan oleh pemuzik Pete Teo belum mendapat kelulusan LPF.

SKMM menambah, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua penyiar mesti menghentikan penyiaran klip video berkenaan.

Banyak pihak termasuk mereka yang menjayakan penerbitan klip itu mengkritik tindakan SKMM yang melarang stesen penyiaran lokal daripada menyiarkan bahan itu.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.

Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Abdullah yang melepaskan jawatan perdana menteri April 2009 bertanya sama ada lesen atau kelulusan diperlukan untuk menyiarkan klip pengumuman khidmat awam. -TMI

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List