Hasan ka, Saari ka, Mahfuz ka, ada rakyat peduli?

on Dec 16, 2011



"Semenjak dua tiga menjak ni, makin kuat malaun-malaun media dok kucai PAS. Tambah syok pulak, ada pulak orang PAS yang dok layan puak-puak ni. Hasilnya, dalam dok kalut-kalut tu, orang bawah yang dok ikut ni, suka pulak bertelagah sama-sama.

Dulu dok lawan UMNO, sekarang syok dok kondem sama-sama PAS.  Bukannya semua orang PAS bertelagah, sikit saja, tapi kadang-kadang yang sikit tu yang melebih-lebih.

Sapa betoi ka, sapa salah ka, ada rakyat peduli? Ajaran Islam ditindas, duit minyak petrol mahal, tol macam-macam, sewa rumah mahal, rasuah sana sini, isu kezaliman anggota keselamatan kepada rakyat, kadar gaji rendah di sektor swasta, penindasan SAR, isu mahkamah yang berat sebelah, cukai gila babi punya banyak, penyelewengan dana-dana awam, dan banyak lagi isu-isu yang menindas rakyat, yang ni yang rakyat mahu pembelaan dari PAS. Rakyat biasa yang takdak jawatan apa-apa dalam PAS bukannya kisah sangat pun sapa yang jadik calon PAS. Rakyat cuma dah meluat kat UMNO.

Mungkin Hasan Ali betul, mungkin Saari Sungib betul, mungkin dua-dua tak betul, wallahualam..kita tak tau..yang kita yakin tak betul ialah media-media jahanam berlidah dajjal ni. Daripada kita dok kalut benda-benda yang kabur macam ni, baik kita habiskan masa kita dengan meneruskan agenda PAS untuk meyakini rakyat bahawa hanya Islam yang mampu membela keadilan semua lapisan masyarakat. Dari kita dok habiskan masa pasal Hasan Ali dan Saari Sungib dan isu-isu yang sewaktu dengannya, baik kita sibuk untuk lawan puak-puak UMNO.

Kalau rasa nak tolong PAS menang dalam PRU 13 nanti, baik kita letak tepi sekejap isu-isu ni, biarlah orang yang berkuasa untuk membuat keputusan dalam parti yang ambil tindakan. Lupakan lah sebentar sapa yang betul, sapa yang salah. Selagi mana Hasan Ali mewakili PAS, selagi itu kita sokong Hasan Ali, dan selagi mana team Saari Sungib mewakili PAS, selagi itu kita sokong team mereka, walaupun nampak macam dua-dua tak berapa ngam. Kita hormat semua pimpinan PAS. Tak payahlah kita besar-besarkan lagi soal gaduh adik-beradik ni. Kita bukan sokong individu, kita sokong jamaah. Kita yang kat bawah ni tak payahlah keruhkan lagi benda yang dah keruh.

Tapi kalau rasa nak tunjuk hebat, nak tunjuk sapa betul sapa salah, lebih sibuk membela Hasan Ali dan team Saari Sungib, dari sibuk membela rakyat, maka tunggulah respon rakyat terhadap PAS dan PR pada PRU 13 nanti. Hampa tak percaya, hampa tunggu tengok nanti!"


Oleh: hanzarbosnia
Photobucket

Kaki Tibai Duit...?

on



Ada dua kumpulan bergasak. Di sebelah pihak ialah kumpulan manusia biasa yang tentulah buat dosa, buat salah dan jangan nak berlagak la macam wali suci. Sebelah pihak lagi nampak sangat macam syaitan atau memang betul-betul syaitan.

Tiba-tiba ada seekor penipu yang berlagak bagus tapi kuat tibai duit sana sini buat hal dalam kumpulan manusia biasa tu. Adakah hampa fikir kumpulan syaitan tu akan panggil si kurang ajar tu, "mari sini, mari sini!"? Bodoh sangat la kalau depa buat gitu.

Tentulah lebih untung kalau si kaki tibai duit sana sini tu dibiarkan kacau habis-habisan dalam kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu.

Si kaki tibai duit tu pun tau, kalau dia cepat melompat ke lubuk jijik kumpulan syaitan tu, jatuhlah nilai kesyaitanan dia di mata kumpulan syaitan. Lebih tinggilah nilai dia kalau dia terus duduk dalam kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu. Lebih tinggilah nilai kesyaitanan dia kalau dia buat kacau dari dalam.

Dah berjilat-jilat dengan syaitan, perangai pun tentulah syaitan pun tabik dan kagum. Dia pun la ni sedang membuktikan sakan yang dia lebih syaitan dari syaitan-syaitan dia untuk meninggikan habis-habisan nilai kesyaitanannya.

Adakah kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu akan pecat kaki tibai duit sana sini tu? Alahai, kalau depa pecat, bergencok ronggeng sakan la barua syaitan tu. Tu la yang dia nak sangat.

Syaitan-syaitan pula tentu la akan cry foul macam histeria. Tu la yang depa tunggu sangat-sangat pun.

Baru-baru ini, ada seekor syaitan menulis memuji-muji kaki tibai duit yang dah diserap semangat syaitan tu. Mungkin orang rasa syaitan tu bodoh sebab mendedahkan agen depa dalam kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu. Bila didedahkan secara terus terang lagu tu, tentulah para pemimpin kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu mudah memberitahu pengikut-pengikut depa bahawa barua syaitan tu adalah mole.

Tetapi syaitan tu tak bodoh bila dia warna-warnakan anjing peliharaan depa tu. Dia tak bodoh, malah dia sebenarnya mencabar kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu - "apa hampa boleh buat ke atas anjing kami tu? Hampa takkan berani buat apa-apa!"

Dia sedang mencabar sakan walaupun dia hanya syok dan bersedap-sedap sendiri dengan political masturbationnya. Jijik punya syaitan!

Mungkin juga orang menjangkakan kaki tibai duit sana sini tu akhirnya akan terus masuk ke dalam kumpulan syaitan. Mungkin itu tak berlaku. Lebih tinggi nilai kesyaitanan dia untuk buat kacau kalau dia bergerak sebagai aktivis keagamaan kononnya. Cakap-cakap kesyaitanannya nanti dengan lebih dahsyat lagi boleh menyebabkan kumpulan yang dia dah kencing habis-habisan tu tertungging hangit.

Seronok untuk kita melihat sejauh manakah cerdiknya kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu menangani kelaku jahat kaki tibai duit sana sini tu. Sambil itu, kita juga nak tengok sejauh manakah kumpulan manusia biasa yang dah banyak dah buat dosa tu akan bertaubat dari dosa-dosa yang dah banyak dah depa buat. Bertaubat bermakna tak buat lagi.

Lain-lain:
Bukan gambar doctored, lihat di sini.
Promosi Umrah RM4250!!


sumber dari  SINI
Photobucket

Amerika bakal di serang lagi.......!

on


Setelah hampir 9 tahun menjajah Iraq akhirnya Amerika Syarikat mengundurkan diri dari bumi Iraq.

Fakta : 
Tahun mula menjajah : 2002.
 
Tempoh masa jajahan : 9 tahun
 
Tentera mati : 4,487 orang 

Tentera cedera : 32,000 orang.

Belanjawan semasa menjajah : US 800 bilion ( RM 2.8 trilion)


Walaupun Amerika menyatakan dengan bangga penjajahannya berbaloi dengan kematian tenteranya dan duit yang dikeluarkan semasa menjajah Iraq tetapi itu sekadar untuk menutup malu sebagai Kuasa Besar Dunia.

Upacara pengundurannya juga singkat. Memakan masa sekadar 45 minit dalam keadaan berjaga-jaga dan tergesa-gesa . Tiada perarakan pembarisan tentera. Diadakan di Lapangan Terbang Baghdad agar Setiausaha Pertahanannya sedang diangkut lari jika berlaku serangan dari Mujahidin Iraq.

Berbeza ketika Soviet Union tinggalkan bumi Afghanistan 1989. Berlaku perarakan konvoi dan taburan bunga.

Amerika lebih penakut berbanding Soviet !
Amerika bukan sahaja bakal menghadapi krisis kewangannya malah akan menghadapi suatu penyakit sosial akibat penghantaran ratusan ribu tenteranya di bumi Iraq dan Afghanistan. Penyakit itu adalah "sindrom gila mental" di kalangan tenteranya yang kembali ke Amerika.

Bayangkan jika dalam Perang Oktober 1971 antara Arab-Israel selama 14 hari, hampir 1,000 tentera Israel menghadapi penyakit gila mental, bagaimana pula dengan perang yang dilancarkan oleh Amerika ke atas bumi Iraq selama 9 tahun ?

Amerika bakal mengalami tragedi demi tragedi pembunuhan rambang oleh bekas tenteranya. Begitu juga hospital di Amerika bakal menambah bilangan wad-wad gila di seluruh negara.

FBI dan SWAT tidak sahaja menghadapi " pengganas" bahkan akan menghadapi ancaman orang-orang gila ciptaan White House sendiri ! Rasakan !


Photobucket

Siapa Kah Lanun-Lanun Itu...?

on



RM1,077 Bilion Duit Haram Hasil Korupsi Lanun-lanun Yang Telah Merompak Negara Kita Di Bawa lari Ke Luar Negara. Siapa Lanun2 Itu? Baca Untuk Ketahui:




RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”, di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan “ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal “lembu dan kondo” RM250 juta NFC, “komisyen” setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos “overrun” atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana “unsur-unsur kerajaan” yang memudahkan “rasuah besar” masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.HD


Photobucket

PRU 13 Sudah Boleh Diadakan...?

on


DR. ABU Hassan Hasbullah, tuan punya badan kaji selidik Zentrum tidak pernah kata sebelumnya pengundi muda cenderung kepada BN. Kini katanya, pengundi muda sudah cenderung kepada BN.

Dr. Mahathir tidak pernah menggalakkan Perdana Menteri Najib mengadakan PRU 13 segera. Tunggu dulu. Kini katanya, sudah tiba waktu terbaik bagi BN mengadakan pilihan raya.

Ertinya PRU 13 sudah boleh diadakan dan inilah masa terbaiknya untuk menang semula.

Ia mengingatkan saya perkembangan semasa saya berada di London pertengahan 1970. Ramalan semua akhbar ialah masa itu waktu terbaik bagi Perdana Menteri Edward Heath dari Parti Konservatif mengadakan pilihan raya.

Sebulan kemudian saya singgah lagi di London dalam perjalanan pulang dari Amerika. England sedang sibuk kempen. Bila balik ke Malaysia, berita yang saya baca menyebut, parti Perdana Menteri Edward Heath kalah.


Itulah hakikat nujum ada yang tepat, ada yang tidak. Nujum yang  tepat ialah yang meramalkan kelahiran laki-laki yang akan membinasa kuasa Raja Namrud dan satu lagi bayi laki-laki akan menghancurkan regim Firaun, raja segala kezaliman.

Kata nujum, sekarang adalah waktu terbaik bagi kerajaan Najib untuk menang semula. Dua bulan lagi, Februari dan Mac mungkin berubah.

PAS dan sekutu Pakatan Rakyatnya sudah bersedia, seperti gendang perang Badar sudah dipalu atau seperti tentera Islam menghadapi  perang Hunain.

PAS dengan perjuangan sucinya menghadapi pilihan  raya dengan semangat peperangan Nabi SAW dalam jihadnya. Tetapi PRU 13 itu dihadapi PAS bersama yang 98 peratus bukan Islam dan 50 peratus PKR bukan Islam.

Macam mana PAS mahu menyamakannya dengan perang Rasulullah SAW?

Memang perang Badar disertai sepenuhnya oleh mujahiddin. Perang Uhud pula mulanya diikuti oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin  Ubai. Rasulullah tidak menghalang  penyertaan mereka. Menjelang medan perang mereka cabut lari.

Selepas pembebasan kota Makkah baginda memimpin perang Hunain. Ia diikuti sama oleh ribuan penduduk Makkah yang belum Islam. Penyertaan mereka tidak dilarang baginda.

Kafir Arab Makkah itu tidak menyertainya kerana jihad dan Islam, tetapi mahu mengelakkan musuh Islam menyerang Nabi SAW di Makkah. Jika musuh itu masuk Makkah, mereka, keluarga dan harta benda mereka akan diserang. Maka mereka menyertai tentera Islam menujui Hunain.

Dalam PRU 13 ini, PAS menyetainya dengan perjuangan Islam yang suci. DAP dengan semangat  anti rasuah dan membela golongan yang tertindas, manakala PKR pula menegakkan keadilan dan membasmi penyelewengan.

Kalau jihad Rasulullah SAW dalam perang Hunain tidak cacat dengan penyertaan kafir Makkah, maka tiada apa kurangnya  bagi perjuangan suci PAS itu dijalankan bersama dengan DAP dan bukan Melayu dalam PKR.

Dengan semangat itulah PAS menghadapi PRU 13 itu dengan DAP dan PKR untuk mara ke Putrajaya.

Pakatan Rakyat telah lama menunggu. Memang Pakatan Rakyat tidak menduga PM Najib menunggu hingga akhir penggal untuk mengadakan pilihan raya. Kalau boleh dia mahu secepat mungkin menampatkan penggal yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah Badawi.

Dia mahu mandatnya sendiri dan mahu membersihkan kerajaannya dari saki baki orang lama. Setengah dari orang Mahathir dan orang Abdullah seperti Syed Hamid Albar, Azalina Osman, Idris Haron sudah digugurkan, tetapi orang-orang itu masih ada di Parlimen.

Tetapi Najib bukanlah orang yang berani sangat. Dia tidak berani mengadakan pilihan  raya di Perak yang dirampaskan dari Pakatan Rakyat. Dia cuba dapatkan Selangor dengan cara dia mengambil Perak. Dia cuba dapatkan majoriti dua pertiga Parlimen dengan menaja MP Pakatan menjadi MP Bebas.

Tetap dia tidak berani mengadakan segera PRU 13. Sekali pun ramai pembangkang sudah dibeli – dalam dan luar Parlimen – sehingga orang keliru dengan keupayaan Pakatan Rakyat, tetapi Najib tidak berani mengadakan pilihan raya segera.

Memang Mahahir pun melarangnya. Lompat beberapa orang MP dan 
ADUN tidak menjanjikan suasana selesa baginya. Hanya sekarang sudah baik mengikut nujum Mahathir. Tetapi belum tentu Mac dan April nanti keadaan baik lagi.

Pengalaman Edward Heath di Britain ahun 1970 itu adalah satu pelajaran. Ramalan hanya satu harapan tetapi bukan satu jaminan.


Photobucket

Anwar Ibrahim Bakal Di Bebaskan...?

on



Dalam kajian berdasarkan pelbagai laporan perisikan, telah menunjukkan bahawa BN akan kalah teruk pada PRU13. Pemerhati politik mendakwa, Najib mahukan Anwar dipenjara dan seterusnya mengumumkan tarikh untuk pru13 dalam tempoh tersebut. Najib akan mendakwa bahawa bukannya dia yang membuat keputusan memenjarakan Anwar, tetapi hakim yang telah membuat keputusan.

Semalam melepak dengan otai2 Najib di Pan Pacific Glenmarie, sengaja gua pancing ayat Mahkamah akan buat keputusan Anwar bersalah dan kompom penjara 20 tahun... hahahaha...


 Pan Pacific Glenmarie



"No way... tak mungkin Najib akan biarkan diri dia kotor dan dipersalahkan. Anwar akan bebas bro.... ini semuanya game beb... asalnya memang nak kenakan Anwar, tetapi dalam situasi umno dan najib makin teruk sekarang ini umno mesti pulihkan imej Najib Razak dan parti. Terbalikkan perancangan asal dan bebaskan Anwar akan meraih kepercayaan rakyat beb".

Ramai jangkakan Anwar akan kena simpan, tapi risikonya tinggi beb pada umno, apatah lagi Dato Seri... mesti kena sumpah seranah punya, anak2 muda dan rakyat pasti gelak dan berpaling tadah terutama yang atas pagar, susah umno macam ni...

Apabila Anwar di istiharkan Mahkamah sebagai tidak bersalah dan bebas dari pertuduhan maka Najib akan mengeluarkan statement bahawa Mahkamah Malaysia bebas dan tiada campur tangan politik. Secara tidak langsung kepercayaan kepada bn akan kembali, terutamanya kepada orang2 melayu.

Isu ini akan dimainkan dalam seminggu dua oleh media umno, sehingga rakyat berasa yakin bahawa pentadbiran beliau telus dan adil... Anwar pula yang akan terkedu, apa yang dia jangkakan semuanya meleset. Selepas itu barulah Dato Seri Najib umumkan tarikh Pilihanraya-13. "Sempat ke masa untuk Anwar spin balik game Najib... tak sempat bro..."

Wowwww.... gua pun terfikir ada juga logiknya, hanya dengan menterbalikkan agenda... maka ianya akan meraih keuntungan dan meletakkan lawannya dalam keadaan terdesak.... canteeeekkkk jugak game nih... macam yahudi punya kepala hotak laaaa.... hahahaha..belakang umno memamg Yahudi pon!!tak caya tanya APCO laknatulah tuh!!kalau tak wat per Najiblis bayor APCO 77 juta stahun?.

  
Surat perjanjian APCO Israel
Walau apa pun tunggu jelah keputusannya... bagi gua kalau Anwar terpenjara... apa ada hal, kalau dia bebas pun takda hal jugak..., bab dia di aniaya atau teraniya itu urusan pihak yang menganiya, itu antara beliau, puak2 tu dan Allah. Hari Akhirat itu Wajib... so terpulanglah pada mereka2 yang dah bergelar Haji tuuuu... hahahaha...

Ya penutup kes liwat 2 mereka mempunyai jalan keluar dengan bersetuju mengatakan liwat ni "suka sama suka"mahkamah akan memutuskan DSAI tak bersalah disebabkan itu?logik bukan? 


Namun DSAI tak akan punyai masa untuk membersihkan namanya dalam tempoh 8 hari kempen!!inilah rancangan UMNO sebenarnya.

sumber dari  SINI


Photobucket

UMNO Hadapi Krisis Kepercayaan, Awas Mungkin Bomoh Digunakan Untuk PRU 13... ?

on



Parti Umno tidaklah seindah mana, namun rakyat masih keliru dan dikhayalkan dengan jasa umno yang kononnya tinggi menggunung , realitinya umno sedang menghadapi krisis kepercayaan yang dasyat dan sedang menanti hukuman dari rakyat termasuk dari penyokong umno sendiri.

Sebagai buktinya, penyokong parti ini pernah mengusung bangkai kepala lembu di khalayak, beri isyarat lucah di tempat awam, berbohong kepada rakyat, rasuah, aniaya rakyat, rompak harta awam, termasuk dalam ke rompakan wang projwk lwmbu oleh ketua wanita umno .

Bukan sekadar pernah, malah perbuatan yang disebut tadi dilakukan berulang kali dan terus berjalan hingga saat ini.

Walaupun televisyen media perdana terus cuba membersih kerja jahat mereka ke bawah karpet supaya tidak diketahui rakyat, namun suka saya ingatkan BN jangan harap anda selamat dengan situasi ini.

Orang Melayu khususnya jangan lupa bahawa syer Bumiputera sebanyak RM52 bilion sudah pun lesap dan ini adalah ankara parti Umno juga, segala kekayaan negara telah disapu bersih oleh Umnoputera, dengan ini maknanya rakyat terus jadi golongan yang paling rugi.

Di Perak misalnya, orang Umno telah merampas tanah orang Melayu yang diusahakan dengan tanaman getah dan kelapa sawit, kemudian tanah rampasan tersebut mahu ditanam dengan pisang pula walaupun tanah itu tidak sesuai untuk tanaman tersebut.

Kisah di Perak ini antara merupakan cerita lawak yang sedang berlaku di negara kita, mungkin Umno Perak khususnya perlu masuk ke program Permata Negara anjuran DS Rosmah Mansur untuk jadi lebih cerdik sedikit.

Benarlah kata Mantan Peresiden Umno sendiri bahawa rasuah dalam parti itu pada realitinya telah pun membusuk dari luar hinggalah ke ususnya.

Perkembangan terkini, saya juga tidak menolak sememangnya wujud kemungkinan besar bahawa adanya unsur bomoh membomoh di kalangan orang Umno untuk menang dalam PRU dan sebagainya.

Ini berdasarkan nasihat beliau (Tun Mahathir) terhadap seluruh ahli politik dengan mengingatkan supaya ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang, beliau juga berkata bukan bomoh yang boleh beri kemenangan.

Berdasarkan rekod prestasi umno-BN, parti ini langsung tiada hak untuk ada peluang kedua sebagai peneraju negara, usah buang masa negara ini sebagai tempat menyimpan pemimpin yang tidak berguna untuk manfaat rakyat, tolak BN pada PRU 13, berilah sokongan padu dan undilah Pakatan Rakyat.

Drs. Khalil Idham Lim


Photobucket

Pemimpin Umno Guna Bomoh...?

on



Bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan ahli politik supaya tidak mencari bomoh kerana ia tidak dapat menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum.

"Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan.

"Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan," katanya.

Menulis dalam blog beliau kelmarin, Dr Mahathir berkata, kita tidak harus menambah kepercayaan karut yang menjadi halangan kepada kejayaan orang Melayu yang sudah sedia banyak.

Dalam tulisan panjangnya itu juga, Dr Mahathir mengingatkan supaya orang Melayu tidak menjadi bangsa penakut dan percaya kepada makhluk halus yang tidak disebut dalam Islam seperti hantu, pelesit, toyol.

Katanya, kepercayaan yang berasal daripada zaman pra-Islam itu antaranya pernah menyebabkan kegagalan tentera Melayu menghadapi Siam sebelum kemerdekaan negara ini.

"Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

"Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu," katanya menyentuh mitos kebal orang Siam.

Menceritakan pengalaman peribadinya ketika bertugas sebagai doktor, Dr Mahathir berkata beliau pernah bertemu lelaki yang dikatakan kebal selepas dicucuk jarum emas ke badannya.

"Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum ke dalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

"Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal," katanya lagi.




Photobucket

Hasan Ali dan Nasa Dah Kena Tambat...??

on



Maklumat Tulang Besi dapat ramai di AJK PAS PUsat telah maklum kenapa HAsan Ali dan Nasa bersikap seperti pengkhianat secara terbuka sekarang ini.

Ia ada kaitan dengan beberapa kontrak dan projek yang mereka telah termakan budi dan tertambat. Mengikut temuramah Cikgu Mustafa Ali yang terbaru, mereka ini telah terperangkap dengan beberapa janji dan kontrak yang telah diberikan kepada mereka oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sedari dulu lagi Tulang Besi telah mendedahkan konspirasi NASA dan Hasang Ali ini. Kalau Nasa, sedari mula lagi sejurus selepas keputusan PRU12, mereka telah berkumpul di rumah Datuk Haron Din.

Termasuk yg berkumpul itu adalah Zulkifli Nordin. Sedari mula lagi mereka telah berkomplot bersama UMNO Selangor untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan MElayu di Selangor.

Dan jawatan yang dijanjikan pada Hasan Ali adalah Menteri Besar Selangor. Namun, takdir Allah SWT Hasan Ali tidak berjaya mendapat jawatan tersebut. 

Pada waktu yang sama, melalui Task Force 2020, perbincangan telah berlaku di Peringkat Pusat untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat. Diberitakan selain kontrak dan projek, NAsa telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Namun segala-galanya gagal. Ahli2 PAS bangun memberontak. Dibantu oleh blogger2 pro PAS dan PAkatan Rakyat yang sehati sejiwa menolak gagasan "perpaduang" yang diperjuangkan Nasa, Hasang Ali serta Ustaz Harung Din.

Kemuncak penentangan kepada usaha perpaduang ini adalah apabila Presiden PAS sendiri telah berbohong kepada ahli dan rakyat Malaysia kerana menafikan pertemuan dalam gelap. 

Pemilihan 2009 sepatutnya telah menjatuhkan Nasa. Namun pada waktu itu majoriti perwakilan masih tidak mempercayai wujudnya usaha ke arah PERPADUANG ini.

Tetapi pemilihan 2011, lebih 80% perwakilan telah maklum dan melihat sendiri kesan buruk kemenangan Nasa pada 2009. PAS tidak bergerak dan perseteruan di dalam PAS semakin buruk akibat pimpinan Nasa.

Perwakilan mengambil keputusan untuk membuang Nasa dan memenangkan calon yang paling lantang menentang agenda PERPADUANG tajaan Nasa, Hasang Ali dan Harun Din ini.

Maka, berakhirlah era "geng perpaduang". Hasan Ali dipecat dari jawatan Pesuruhjaya Selangor. Nasa terus hilang dari pandangan dan PAS Kelantan sendiri tidak mahu Nasa bertanding di Kelantan.

Akhir sekali terdedahlah sikap mereka sebenarnya. Kemunafikan Nasa dan Hasan Ali sekarang ini didedahkan secara terbuka. HAsan Ali dan NAsa adalah munafik yang selama ini mensabotaj PAS hanya kerana janji jawatan dan kontrak dari musuh.

Hasan Ali benar2 membuang agama yang beliau pegang semata-mata kemaruk hendak menjadi MB Selangor. Bersyukur kepada ALlah SWT Hasang Ali tidak menjadi MB kerana beliau seorang yang "incompetent".

Kalau dia jadi MB, nescaya hancur negeri Selangor yang tercinta ini. Hancur sehancur hancurnya.

Khabarnya sekarang ini Hasan Ali dan Nasa sedang sebuk melobi dan memujuk ramai penyokong serta penggerak PAS untuk menyokong usaha mereka memecah belahkan PAS. Antara yang rapat dengan Hasan Ali sekarang ini adalah Tantawi dan geng beliau.

Tunggu sahajalah selepas ini. Jangan terkejut kalau ada orang lain yang akan mengikut jejak Hasan Ali. Maklumlah, tawaran projek dan wang ringgit bukan mudah untuk ditolak.


Ikutilah temuramah dgn Mustafa Ali yang diambil dari blog Wan Nordin Wan Yaakob di 

SINI


Tulang Besi


Photobucket

Lembaga Zakat Masih Tolak Laporan Audit Dibentang Pada Umum

on


Tulang Besi diberitahu Lembaga Zakat Selangor telah menggunakan mimbar Jumaat hari ini untuk menyebarkanm propaganda kononnya wang zakat ditadbir dengan baik.

Hakikatnya adalah sehingga hari ini laporan audit ke atas Lembaga Zakat tidak pernah dibentang kepada umum. Dewan Undangan Negeri Selangor tidak pernah menerima apa-apa laporan berkaitan dengan keluar masuk wang zakat.

Begitu bersemangat Pusat Zakat Selangor ingin mempertahankan diri mereka. Semua ini akibat terdedahnya maklumat kepada umum bahawa terdapat keluarga2 Islam terpaksa menerima bantuan Gereja kerana acap kali ditolak permohonan mereka oleh Pusat Zakat Selangor.

Bagi Tulang Besi, tak perlulah guna mimbar jumaat untuk membela diri mereka. Biarkan Dewan Undangan Negeri Selangor melantik 3 badan audit bebas dan buat audit secara mendalam ke atas Pusat Zakat Selangor.

Kemudian, laporan Audit tersebut dibentang kepada Dewan Undangan Negeri untuk semua rakyat Selangor membacanya.

Jangan berselindung di belakang Istana untuk menyorok segala-gala berkaitan perjalanan dan pentadbiran zakat di Selangor.

Mungkin Pusat Zakat boleh lari di dunia, tapi di akhirat kelak kamu semua akan dihitung oleh Allah SWT.

Sehingga hari ini pun Pusat Zakat tidak dapat menjawab mengapa ada orang Islam di Selangor yang terpaksa melutut dan menyembah pihak Gereja demi sesuap nasik.

Khutbah yang berjela-jela yang dipenuhi oleh dakwaan sendiri tanpa pengesahan dari pihak ketiga sepatutnya tidak berlaku.

Kalau Pusat Zakat tiada apa yang mahu disorok, mengapa tidak dibentang laporan audit kepada rakyat Selangor? Sila jawab soalan mudah ini.

MAnakala, poll Malaysiawaves merekodkan lebih 98% responden bersetuju Pusat Zakat Selangor diaudit dan laporan audit dibentang kepada seluruh dunia untuk dianalisa dan dibaca.




sumber
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List