ANWAR NAK TUMBUK MUKA SALAHUDDIN AYUB..???!!!

on Jun 28, 2012




BARU-BARU ini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, telah menyatakan bahawa PAS mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar berhubung kes 20 akaunnya yang dikatakan bernilai lebih RM3 bilion.

Ekoran dari kenyataan itu, saya mendapat maklumat bahawa kenyataan tersebut benar-benar telah membuat Anwar marah kepada Naib Presiden PAS itu.

Bagaimanapun, saya tidak pula diberitahu sama ada kemarahan Anwar itu setaraf dengan kemarahannya kepada Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat dari PAS kerana tidak menyokongnya pada hari keputusan perbicaraannya di mahkamah tempohari.

Apa yang pasti, Anwar memang marah pada PAS, khususnya kepada Salahuddin Ayub.
Saya tidak pasti sama ada Anwar akan mengarahkan Azmin untuk menempelak PAS dan menggesa parti itu untuk memecat Salahuddin atau tidak. Harapnya tidak ada seorang lagi “keldai PAS” yang dipecat demi kepentingan Anwar.

Saya agak musykil dengan kenyataan Salahuddin itu. Apakah dia benar-benar bencikan Anwar? Atau dia marah kepada Ketua Pembangkang itu kerana merahsiakan kekayaannya dari PAS?
Sebagaimana maklum, sememangnya ramai para pemimpin PAS yang marah dan tidak gemar pada Anwar.

Namun mereka hanya berani menyuarakan kebencian mereka terhadap Ketua Umum PKR itu “dibelakang” umum sahaja memandangkan mereka takut sekiranya Anwar menyekat dana PRU ke-13 untuk PAS nanti.

Saya sebelum ini kerap mendapat maklumat dari ramai penyokong PAS yang memberitahu tentang para pemimpin utama mereka yang merungut dan bersungguh-sungguh memaki hamun Anwar ketika berbual sesama mereka.

Setahu saya, golongan yang paling menyampah pada Anwar ialah golongan pro-ulama yang kebanyakkan adalah golongan ilmuwan yang berlatar pendidikan dari timur tengah dan mahir tentang ilmu agama.

Malah lebih mengejutkan, mereka sendiri mengakui dan tahu tentang tabiat Anwar yang suka “main belakang” dan mengamalkan hubungan sejenis.

Menurut mereka, tak payah UMNO atau BN beritahupun, mereka punya sumber yang meyakinkan mereka tentang tabiat buruk Anwar dari bangku sekolah lagi itu.

Apabila disebut mengenai dana kekayaan Anwar yang dirahsiakan sebanyak RM3 bilion itu, makin ramai para pemimpin PAS yang marah dan bengang dengan Ketua Pembangkang tersebut.

Mereka marah kerana Anwar selama ini berpura-pura tidak berduit sehingga memaksa mereka mengumpul derma dari ceramah ke ceramah untuk membiayai aktiviti politik Pakatan Haram sedangkan PAS sendiri tidak berduit!

Kerana dana tersembunyi Anwar itu juga mereka terpaksa mengikat bajet PAS untuk digunakan pada PRU ke-13 ini sebagai bukti komitmen mereka kepada Pakatan Haram.

Memang Anwar menjanjikan sejumlah wang yang besar pada PRU ke-13 nanti, tapi mereka sangsi padanya apabila banyak sumber mendedahkan bahawa Anwar membawa dana dari rakan-rakan Zionis Yahudi Israel untuk membantu kempen mereka nanti.

Jadi, tidak hairanlah pada saya apabila Salahuddin mengalu-alukan supaya Anwar disiasat secara terperinci tentang skandal RM3 bilion yang didakwa dimiliki oleh suami Wan Azizah itu.
Anwar marah pada PAS?

Apa PAS peduli dengan kemarahan Anwar itu? Apakah PAS tidak punya perasaan sehingga kemarahan PAS terpaksa dipendam demi menjaga hati Anwar? PAS punya marah ada Anwar peduli sebelum ini?

Anwar hanya kuat di dalam PAS melalui “askar-askar upahan”nya yang diserap di dalam PAS sejak dia bersama UMNO lagi. Tak perlu sebutlah nama-nama askar tersebut kerana rata-rata umum memang tahu siapakah gerangannya yang dimaksudkan itu, kan?

Sumber: Perak Today



Photobucket

FAEKAH HUSIN UMUM LETAK JAWATAN ESOK.!!

on



Maklumat diterima bahawa ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri selangor (exco) dalam mesyuarat mereka hari telah memutuskan sebulat suara agar setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Husin meletak jawatan.

Kesalahannya adalah kerana menyalahguna letter head pejabat MB untuk kepentingan ahli keluarganya.

Faekah dijangka meletak jawatan jumaat ini setelah mendapatkan nasihat dari Presiden PKR, Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Photobucket

Kes Anwar Memiliki Asset RM 3 Billion Tidak Akan Dibuka Semula???

on




Tapi DS Anwar juga belum boleh senang hati sepenuhnya sebab  DS Abu Kasim hanya berkata, SPRM tidak pernah memberitahu sesiapa samada kes yang melibatkan Anwar itu akan dibuka semula atau tidak...

Apapun beliau mungkin boleh senang hati buat seketika kerana jelas menunjukkan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPRM telah membuka semula kes berkenaa juga tidak 100% tepat.



Photobucket

Nurul Izzah Lompat Masuk Kem Azmin Ali...?

on







Isu Faekah, isu penangkapan Badrul Amin, pemecatan Hasan Ali dan perletakan jawatan Rafizi adalah "produk produk" keretakan hubungan antara kem Azmin Ali dan kem Wan Azizah & Khalid Ibrahim. Namun dalam keadaan genting sebegini, Nurul Izzah dilihat cuba bermain playsafe untuk imbangi politik papa dan mamanya. Papa Izzah bersama Azmin, manakala mama Izzah bersama dengan Khalid Ibrahim. Izzah cuba bermain di tengah tengah. 


Dalam isu tanah ini, dilihat Izzah telah melompat masuk ke Azmin sejak awal lagi. Pada 19 April 2011, Akhbar Sinar Harian telah mendedahkan tentang pencerobohan tanah Kerajaan di Wira Damai Selayang yang dikenali sebagai Kampung Sepakat Jaya. Ia merupakan tanah Rezab Batu Caves (No Warta: GN 4718-30 bertarikh 17 Jun 1930).

Ekoran dari itu, Pejabat Daerah Gombak telah mengeluarkan Notis Pendudukan Tanpa Kebenaran di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara kepada Pak Ibrahim iaitu ketua peneroka tersebut. Di atas tanah terdapat beberapa bahagian rumah kekal yang hampir 75% siap. Pada 23 April 2011, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Lim Ching How telah membuat laporan tentang penerokaan tanah secara haram ini.

Kerja-krja penerokaan telah dihentikan di atas tanah tersebut selepas notis dikeluarkan. Pejabat Tanah Gombak telah menolak semua permohonan tanah di kawasan tersebut melalui Summary Rejection pada 10 Ogos 2011. 

Walau bagaimanapun, penerokaan tanah di kawasan tersebut kembali aktif apabila ketua peneroka iaitu Pak Ibrahim menerima surat sokongan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah bertarikh 5 Mei 2011. Nurul Izzah benarkan tanah diteroka secara haram?


Kandungan surat sokongan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu membayangkan seolah-olah tanah tersebut pasti diberi milik kepada penceroboh-penceroboh berkenaan. Apakah ini juga boleh diklasifikasikan sebagai satu lagi penyalahgunaan kuasa dan surat sokongan?



Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Lin Ching How yang membuat aduan kali kedua pada 2 Februari 2012. Tidak cukup dengan itu, beberapa orang penduduk Kg. Wira Damai turut membuat aduan kepada Pejabat Tanah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang pada 7 Mei 2012. Namun penerokaan secara haram tetap diteruskan.


Isunya di sini ialah mengapa Nurul Izzah yang mengeluarkan surat sokongan bagi permohonan di dalam kawasan Parlimen Gombak di bawah Azmin Ali? Izzah hendak kacau kawasan Azmin Ali atas dasar permusuhan kem?


Mengapa terdapat percanggahan antara pemimpin pakatan pembangkang tentang dasar penyelesaian setinggan di Selangor? Mereka ketepikan suara rakyat dan pihak berkuasa tempatan untuk membolehkan penerokaan tanah secara haram diteruskan.

Rumah-rumah setinggan yang dibina bukanlah rumah kayu yang murah sebaliknya rumah batu yang mewah. Apakah mereka ini terlibat sebagai pengundi hantu di kawasan ahli parlimen yang memberi sokongan?

Apa yang pasti, Nurul Izzah tidak sepatutnya menggalakkan setinggan meneroka tanah secara haram dan melanggar peraturan semata-mata inginkan publisiti  politik murahan. Nurul Izzah lebih pentingkan suara setinggan dari suara rakyat yang berautoriti untuk halalkan penerokaan tanah haram. 

27 Jun 2012, Anwar menggesa Faekah meletak jawatan kerana salah gunakan surat sokongan. Beranikah Anwar Ibrahim menggesa dan membuat keputusan tegas untuk meminta Nurul Izzah meletak jawatan kerana salah guna surat sokongan? 




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List