PEMILIHAN PKR - BUKAN LAGI APA KEJADAHNYA TETAPI DAH MACAM HARAMJADAH DAH

on Nov 1, 2010

Umum mengetahui ketegangan yang menghantui pemilihan PKR. Umum mengetahui kecelaruan pemilihan PKR. Umum mengetahui ketidakprofesionalan pengurusan pengendalian pemilihan PKR.

Satu demi satu masalah timbul dan satu demi satu cover up di buat oleh Saifuddin. Segala galanya kelihatan cool selepas tamatnya mesyuarat agong cabang PKR.

Semua tumpuan tertumpu kepada pemilihan. Awalnya kelihatan sengit dan amat menarik untuk diikuti. Zaid di depan dan dikejar rapat oleh Azmin. Cukup menarik. Malangnya, tak pasal pasal Saifuddin kata salah key in data dan yang sebenarnya Azmin yang di depan.

Terus hilang mood. Takkanlah dalam keadaan serba tegang itu tiba tiba kesalahan key in data ini boleh berlaku? Ini ibarat meletupkan parti sendiri. Sudah terang lagi bersuluh - memang wujud konspirasi dalam PKR. Tukar baju tetapi perangai dan sikap masih macam UMNO.

Jangan sampai rakyat maki hamun PKR. Asyik PKR jer yang dok buat haramjadah sejak menang.

DR ASRI PUN ADA `DAKWAH DESIGN', MAKA BERUNDURLAH DARI BERDAKWAH

on

"SUDAH sampai masanya DS Anwar berundur", itu kata Dr Asri. Beliau tidak menyebut secara jelas mengapa perlu DS Anwar berundur. Cuma, beliau menyebut `politik design' DS Anwar kununnya tidak lagi bersesuaian atau tidak boleh diterima. Apa buktinya jika benar begitu? Dan, jika DS Anwar pernah berada di dalam parti dan kini kununnya sudah sampai masanya beliau perlu berundur, mengapa Dr Asri tidak pernah berada di dalam parti?

Persoalannya, mengapa Dr Asri tidak pernah ingin berjuang di dalam parti? Jika beliau tidak berminat untuk aktif di dalam parti dan sekadar untuk menjadi seperti `burung terbang bebas', maka jangan pula memandai menyuruh orang lain berundur dari politik kepartian. Apakah Dr Asri fikir politik itu `bidaah' atau tiada hukum yang mewajibkan berjuang di dalam parti? Apa `politik design' DS Anwar yang Dr Asri anggap tidak betul dan mungkin `haram' untuk kita bersama beliau? Jika Dr Asri boleh berikan hujah bahawa menyokong atau bersama parti yang dipimpin oleh DS Anwar itu bertentangan dengan ugama, saya fikir PAS lah parti pertama yang akan lari dari DS Anwar. Keengganan Dr Asri bersama gerakan Islam melalui PAS satu-satunya parti yang ingin perjuangkan Islam itulah seharusnya kita ragui.

Ini bukan melenting pasal Dr Asri menegur DS Anwar. Ianya sekadar menyuarakan rasa pelik mengapa Dr Asri mahukan DS Anwar tinggalkan perjuangan membela rakyat ini. Bukankah perjuangan itu tidak pernah tamat sehingga ke penghujung nyawa? Apa kata kita minta Dr Asri bersara dari berdakwah kerana beliau pun ada `design dakwah'nya yang kontroversi. Tentu Dr Asri rasa pelik bukan? Atau, mungkin Dr Asri bercita-cita mahu menggantikan DS Anwar sebagai tokoh agung itu? Cukupkah ketahanan Dr Asri untuk menerima ujian sepertimana DS Anwar telah alami? Jika sekadar ujian dibawa ke mahkamah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah, saya fikir belum cukup teruji lagi beliau.

Memang Umno amat suka jika DS Anwar berundur dari politik kerana mereka tahu kerana DS Anwar lah Umno sekarang hampir lingkup. Adakah kerana Umno suka, maka Dr Asri pun suka? Jika benar DS Anwar tidak lagi layak berpolitik, Dr Asri bawalah hujah dan sebut di mana tindakan atau dasar DS Anwar yang boleh menyesatkan umat Islam atau menghancurkan negara ini. Jika setakat menyebut `politik design', jangan lupa Dr Asri juga ada `Dakwah Design'nya yang tersendiri.

Terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pengunduran Tun Mahathir dan Pak Lah. Tun berundur kerana rakyat sendiri terlalu lama mahukan Tun berundur akibat kemungkaran dan kezalimannya. Pak Lah berundur akibat desakan dari ahli-ahli Umno sendiri. Mereka berundur bukan kerana memberi ruang kepada tokoh baru, tetapi TERPAKSA. Tidak pula Dr Asri sibuk menyuruh Najib berundur. Bukan Dr Asri tidak tahu Najib punya angkara bersama Rosmah yang terang-terang banyak melakukan kemungkaran yang nyata. Mengapa Dr Asri mendiamkan diri dan menuding jari pada DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com

HARI INI DALAM SEJARAH : Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya

on

KUALA LUMPUR, 1 Nov:Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Umno dan Utusan bohong lagi......???

on

DAP kesal dengan tindakan Utusan Malaysia dan beberapa pemimpin Umno yang masih menyebarkan fitnah berbau perkauman kononnya orang Melayu akan dihalau dari Pulau Pinang. Pembohongan itu bukan sahaja satu dusta yang sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Melayu tetapi juga percubaan Umno untuk menutup kelemahan diri yang gagal membela bangsa Melayu.
IPT di Balik Pulau Kerajaan negeri Pakatan rakyat Pulau Pinang telah pun menjelaskan beberapa kali tentang cadangan pembinaan kampus institut pengajian tinggi (IPT) antarabangsa yang BELUM diluluskan permohonan. Tetapi Utusan dan Umno terus dengan fitnah mereka kononnya Melayu di Balik Pulau akan menjadi mangsa jika IPT-IPT berkenaan dibina.
Utusan dan Umno gunakan istilah “universiti Cina” dan “universiti Singapura” yang kononnya sudah diluluskan permohonan untuk menyebarkan api perkauman. Ini berita palsu dan tidak benar sama sekali. DAP berjuang untuk semua kaum dan peluang pendidikan juga untuk semua kaum.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah menyatakan hasrat untuk menjemput Universiti Al-Azhar dari Mesir supaya membina kampus cawangan di Pulau Pinang. Tetapi ini didiamkan sama sekali oleh Utusan dan Umno. Apakah mereka tidak mahu orang Melayu dan Islam menikmati peluang pengajian Al-Azhar melalui kampus tempatan di negeri sendiri?
Kerajaan negeri juga sudah menjelaskan bahawa dakwaan kononnya tanah 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di Balik Pulau sudah diwartakan untuk untuk pembinaan IPT adalah fitnah dan berniat jahat. Perkara ini juga telah pun disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Haji Jusni Ismail pada awal bulan Oktober 2010.
Malah daripada cadangan pembinaan IPT itu, ia dijangka hanya melibatkan 21 peratus pemilikan tanah orang Melayu. Daripada 15 rumah yang dikenal pasti (tetapi keputusan belum dibuat), hanya enam milik orang Melayu.
Cadangan untuk mengambil tanah bagi pemibinaan IPT juga melibatkan kemungkinan pengambilalihan tanah kawasan penternakan babi di kawasan itu. Mengapa Umno dan Utusantidak menyatakan fakta ini? Mengapa Umno dan Utusan mahu bermain api perkauman?
Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong Apabila Mahkamah Sesyen menolak permohonan penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong yang mahu menghalang perobohan rumah mereka oleh pemaju dari Kuala Lumpur baur-baru ini, Umno dan Utusan menyalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Tetapi mereka hanya membangkitkan masalah kampung orang Melayu sahaja sedangkan kawasan yang mahu dibangunkan melibatkan lapan kampung di mana dua sahaja majoriti orang Melayu manakala enam lagi didiami oleh orang Cina.
Fitnah juga ditumpukan kepada projek perumahan sahaja, seolah-olah pengambilan tanah di kawasan itu tidak mengambil kira projek-projek pembangunan lain seperti perluasan kawasan sekolah dan pembinaan jalan untuk dihubungkan dengan Jelutong Expressway. Semua ini didiamkan oleh Umno dan Utusan kerana mereka tahu ia adalah pembangunan untuk rakyat.
Namun kita ingin tegaskan bahawa ini bukan soal perkauman. Hak adalah perkara asasi untuk setiap individu dan masyarakat. Pakatan Rakyat tidak akan terperangkap dalam isu perkauman yang dimainkan oleh Umno dan Utusan.
DAP bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat telah berusaha untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada semua penduduk tanpa mengira kaum. Walau pun Mahkamah telah membuat keputusan, kita akan terus membantu mengikut kemampuan.
Tetapi Umno dan Utusan hanya mahu mengapi-apikan perkauman tanpa membuat apa-apa untuk membantu orang Melayu, Cina dan India yang mengalami masalah. Malah sewaktu Gerakan dan Umno menerajui kerajaan negeri, mereka juga tidak banyak berbuat apa-apa untuk rakyat miskin di Pulau Pinang.
Jika Umno jujur dan ikhlas membantu orang Melayu sejak lebih 30 tahun lalu, sudah tentu kehidupan orang Melayu sudah jauh lebih baik. Pakatan Rakyat yang tak sampai usia 3 tahun ini sedang berusaha untuk memperbaiki segala macam masalah yang ditinggalkan oleh Umno dan Gerakan sejak lebih 30 tahun itu.
Rakyat tidak sepatutnya mudah terpedaya dengan dakyah Umno dan Utusan. Pakatan Rakyat tetap komited untuk membantu semua kaum termasuk orang Melayu dan Islam bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh negara.M/I

Jangan jadi penembak curi, mula debat, cabar DAP

on

DAP hari ini mencabar akhbar Utusan Malaysia supaya bersifat bertanggungjawab dan menyahut tawaran debat berhubung dakwaan parti pembangkang itu sebuah pertubuhan yang rasis.

tony pua and parliamentCabaran itu dibuat oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara , Tony Pua berikutan kolumn yang disiarkan pada Ahad lalu diMingguan Malaysia yang melabelkan DAP sebagai parti paling rasis di dunia.

'Awang Selamat dalam pojoknya menulis: “Ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar.

“Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?”

Pua membalas dan menganggap serangan itu sebagai “melampau' dan “keterlaluan”.

utusan bangkitlahh melayu front page 150409Demi 'kebenaran dan keadilan, Pua yang juga setiausaha publisiti DAP, mencabar Awang Selamat atau mana-mana wakil pengarang Utusan supaya berdebat.

“Editor dan pemiliknya tidak harus bersembunyi di belakang nama pena dan melemparkan tuduhan tanpa asas, (bertindak) sebagai penembak curi,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Sambil menyifatkan akhbar itu sebagai “pengecut”, Pua mencabar mereka menyahut cabarannya “jika mereka sebenarnya mempertahankan bangsa Melayu”.

Katanya, DAP akan membuktikan parti itu bukan rasis dan sedang bekerja dalam rangka Pakatan Rakyat bagi menjamin hak Melayu terus terpelihara.

“Kami akan buktikan Utusan adalah ... rasis ... dan mereka adalah ancaman kepada negara,” kata Pua.

“Menolak cabaran ini hanya mencerminkan ketiadaan integriti di pihak Utusan,” katanya lagi.

Beliau memberikan akhbar itu tujuh hari untuk menyahut cabaran berkenaan dan berkata perdebatan boleh dianjurkan oleh mana-mana pihak yang berkecuali.

“Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) atau TV3 (boleh menganjurkannya) dan format boleh dirundingkan,” katanya.

Azhar digantung lagi, ADUN Umno keluar dewan

on

Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana 'mengucapkan perkataan berbaur hasutan' dalam DUN itu Mei lalu.

Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun segala saraan dan elaun Azhar (kanan) sebagai ADUN dikekalkan.
Keputusan tersebut menyebabkan semua ADUN Umno bertindak keluar dewan.
Azhar (kanan), yang juga ADUN Penaga dirujuk kepada jawatankuasa hak dan istimewa ekoran kenyataannya itu yang telah mencetuskan kekecohan di dewan tersebut.
Jawatankuasa tersebut, yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk membincangkan perkara itu, dijadual menyerahkan laporannya kepada DUN pada jam 2.30 petang ini.

Difahamkan, Azhar akan diminta memohon maaf terhadap kenyataannya itu.
Jika berbuat demikian, beliau tidak akan digantung daripada menghadiri sidang dewan hari ini dan esok, serta disambung semula dari 8-16 November selepas cuti Deepavali.
Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya. 
"Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil," katanya.
Azhar, yang juga setiausaha Umno negeri, mendakwa prosedur yang digunakan untuk merujuk kepada jawatankuasa tersebut adalah tidak betul.

Katanya, satu resolusi perlu dicadang dan dibahaskan, dan hanya baru selepas itu, satu keputusan dibuat sama ada untuk merujuk beliau atau tidak, kepada jawatankuasa tersebut.

Mei lalu, ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh telah membentangkan usul untuk merujuk Azhar kepada jawatankuasa tersebut.

Ini berlaku selepas Azhar menggesa tentera mengambilalih tugas dari pihak polis kerana pentadbiran negeri itu telah menyatakan ia tidak lagi mempunyai kepercayaan pihak polis. Beliau memberi amaran bahawa rusuhan kaum boleh berlaku lagi jika rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Azhar kemudian menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan itu kerana kerajaan negeri cenderung menghina polis.

Pada bulan Ogos, pengerusi jawatan tersebut, Datuk Hussein Abdul Halim, yang juga speaker dewan, berkata semua ADUN akan dibekalkan dengan senarai perkataan yang dianggap tidak sesuai disebut sewaktu persidangan.

Mahkamah sahkan pembebasan Raja Petra.

on

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini membatalkan rayuan kerajaan berhubung keputusan pembebasan Raja Petra Kamaruddin daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah dimaklumkan bahawa perintah tahanan dua tahun telahpun berakhir.

Raja Petra ditahan mengikut ISA untuk 56 hari tetapi pada November 2008, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus dengan berkata Kementerian Dalam Negeri telah bertindak melampaui batas kuasanya.
Kementerian Dalam Negeri merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 November 2008 yang membebaskan Raja Petra yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA.

Awal September lalu,Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra.
Oleh itu, Arifin yang bersidang bersama hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra.

Apabila ditanya oleh Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra Tun Majid menjawab "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui " .

Ketika itu peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu mahkamah rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telah pun tamat.

"Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun " katanya.

Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 September 2010 Pada 7 November 2008 Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping Perak adalah tidak sah.

Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 September 2008.

Dr Asri: Sudah masanya Anwar bersara 'politik'.....???

on


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata sudah sampai masanya untuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' kerana banyak rentak tari politiknya makin 'tidak seimbang'.

Menulis dalam blognya di bawah tajuk 'Politik kita memerlukan anjakan baru', Dr Mohd Asri menegaskan "politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas".

Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai 'al-quwwah' (kemampuan), al-Amanah (amanah) dan mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik tauke, tulisnya lagi.

"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. 

"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. 

"Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi," tambahnya

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri menyarankan semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, "berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat."

"Sama ada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi 'hero' dalam pentas baru politik hari ini. 

"Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah (Ahmad Badawi) pun bersara, makin mereka yang 'sewaktu' dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara," tulisnya.

Mengenai saranannya supaya Anwar bersara politik, Dr Mohd Asri berkata zamannya mungkin makin menyusur pergi dan "saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat 'story-design' politik yang sama."

"Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewjudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. 

"Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar," tambahnya.

Sambil memohon maaf, Dr Mohd Asri berkata beliau apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. 

"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. 

"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik," tulisnya.

Kontroversi atau Orang Halusi........???

on

Apa sudah jadi dengan keputusan terkini Pemilihan PKR 2010 ini. Selepas 68 cabang menjalankan proses pengundian 29, 30 dan 31 Oktober yang lalu tiba-tiba kita dikejutkan dengan kesilapan data pada keputusan terkini. Bukti jelas menunjukkan bahawaJawatankuasa Pemilihan Pusat(JPP) yang tidak profesional dalam menentukan data tersebut. Biarpun Setiuasaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengatakan ia berlaku atas kesilapan manusia. 

"Kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya", kata Saifuddin. Memang mudah menyatakan kesilapan, namun sedarkan Saifuddin bahawa ia akan mengecewakan ribuan ahli PKR sebenarnya. Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga hari ini. 

Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10.00 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051 undi. Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi. Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 undi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperolehinya ialah 1,271 undi. Biar pun perkara ini nampak kecil dan hanya melibatkan parti sendiri, namun ia dianggap besar bagi sesetengah orang. Soalnya, kenapa berlaku perubahan data yang amat ketara sekali. Siapakah yang telah memasukkan data-data tersebut agaknya?. Bukankah mereka semua telah dilatih untuk melakukan demikian.

 Jika inilah keadaannya, kami khuatir ada pihak yang akan membuat protes tentang apa yang berlaku ini. Bukankah ia akan menyusahkan semua pihak sebenarnya. Jangan anggap perkara ini remeh-temeh dan masalah kecil. Ia memberi impak kepada parti secara keseluruhannya kelak. Justeru itu, haruslah lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan selepas ini. Kelak ia akan menimbulkan kontroversi yang boleh melemahkan parti.

[Selama ini kita sering menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika berlaku sebarang kesilapan atau kekeliruan terutamanya dalam masalah teknikal seperti ini. Soalnya sekarang, kenapa parti tidak menerima saranan sesetengah pihak agar Polling Agent Counting Agent (PACA) disediakan. Penggunaan borang seperti "Borang 14 SPR"yang ditandatangani oleh pegawai petugas JPP dan wakil calon adalah perlu bagi menggelakkan berlaku kesilapan seperti ini. Dengan kesilapan data yang berlaku hari ini, ia bukan sahaja mencemarkan imej calon berkenaan, malahan parti itu sendiri sebenarnya. Malah, ia juga menunjukkan seolah-olah wujud ketidak telusan dalam hal-hal teknikal seperti ini. Bukankah ia boleh memberi gambaran negatif kepada rakyat secara keseluruhannya. Jika inilah caranya, maka tidak guna diadakan "satu ahli satu undi"seperti yang diwar-warkan sekarang. Kita risau, keputusan keseluruhan juga akan berlaku masalah teknikal seperti ini. Bayangkan baru 68 cabang, parti sudah membuktikan kelemahan mereka yang cukup ketara. Apakah ini namanya agenda perubahan?]. Ulusan PDO

WHATTTT...???? WANG GAJI WANG JUDI......???

on




Kakitangan Kerajaan Malaysia Makan Gaji HARAM...!!!!




RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?


Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

"Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan. HarakahDaily.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List