Staf BernamaTV nafi anak sulung Sosilawati kekasihnya....

on Sep 20, 2010

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/trivia/2010/09/20/sosilawati-bernama.jpg


Zulkifli (tengah) memerhatikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berbual dengan bekas suami pertama Sosilawati, Buhari Mohamad (kiri) di Gombak hari ini.


GOMBAK, 20 Sept — Penyampai berita BernamaTV Zulkifli Bujang hari ini menafikan mempunyai hubungan “istimewa” dengan anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

Zulkifli yang mesra dengan panggilan “Zul” menolak dakwaan bahawa dia dan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, menjalin hubungan cinta.

“Itu tidak benar sama sekali. Saya dan Rita (Erni Dekritawati Yuliana) hanya kawan sahaja, lagipun saya memang sudah lama mengenali dengan keluarga Datuk (Sosilawati).

“Saya terkejut apabila ada laporan katakan saya mempunyai hubungan dengan Rita.

“Apa-apa pun saya cuma berkawan sahaja dengan Rita, anda boleh bertanyakan hal ini kepada Rita jika tidak percaya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini.

Sementara itu, menurut sumber terdekat keluarga Sosilawati, Zulkifli merupakan kenalan rapat dengan usahawan kosmetik itu dan agak mustahil jika dia menjalinkan hubungan cinta dengan Rita.

“Tidak mungkin, apa yang saya tahu Zul sudah lama mengenali keluarga Datuk dan dia juga rapat dengan anak-anak Datuk.

“Lagipun mereka memang mesra sejak kecil lagi dan banyak memberikan sokongan kepada anak-anak Datuk sejak dari hari pertama lagi,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan Zulkifli sering dilihat berada di rumah agam milik Sosilawati.

Selain itu, Zulkifli turut menemani Rita ke pejabat syarikat jutawan kosmetik itu di Jalan Raja Bot di ibu negara.

Sosilawati, 47, dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting pada 30 Ogos lalu selepas kali terakhir dilihat pada majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dua hari sebelum itu.

Turut hilang bersama beliau ialah peguam dari Tetuan Kamaruddin & Partners dari Putrajaya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank dari CIMB Bank Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan pemandu peribadi Sosilawati Kamaruddin Shansuddin, 44.

Kehilangan mereka hampir terungkai apabila polis menahan lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar “Datuk” baru-baru ini.

Empat daripada mereka mengaku telah membunuh kesemua mangsa, sebelum membakar mangsa dan abu mereka dibuang dalam Sungai Panchau, Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Nik Aziz ziarah keluarga Sosilawati

on



Tahniah Tok Guru. Anda memang negarawan. Bukannya mengambil kesempatan kerana politik, tapi kerana agama. Kalaulah Najib atau pemimpin UMNO pergi lawat rumah Sosilawati pun, mereka bukannya tahu bertahlil dan berdoa. Jadi amat bertuah keluarga Allahyarhamuha Sosilawati menerima kunjungan pemimpin dunia dan akhirat ini


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu. Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka. 


Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut. "Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini. "Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut. Tambahnya juga, setiap manusia yang masih hidup diseru untuk melawat keluarga sesiapa sahaja yang meninggal dunia sebagai tanda prihatin dan mengurangkan kesedihan yang terpaksa ditanggung keluarga. "Apabila berlaku kematian, kita diminta melawat sebagai tanda takziah. "Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga samaada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja, itu menjadi kewajipan orang Islam lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat," katanya lagi. 


Beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat. "Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita," ujarnya. Sementara itu, Buhari yang terharu dengan kunjungan Nik Aziz dan Salahuddin itu merakamkan ucapan terima kasih di atas kunjungan tersebut. 


Hrkh

Sultan Johor kunjung Sultan K'tan

on

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berangkat mengunjungi Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 Sept lepas.

Baginda yang diiringi oleh lapan orang pemimpin kerajaan Johor tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Bharu dengan pesawat peribadi dari Bangkok, Thailand pada pukul 1.10 petang.

Ketibaan rombongan Diraja itu disambut oleh Tuanku Muhammad Faris Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob serta beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri.

Sejurus berangkat tiba, Sultan Ibrahim dan Tuanku Muhammad Faris Petra bersama-sama dengan pemimpin yang lain, berdoa sebelum berangkat ke Istana Kota Lama di Kota Baharu untuk majlis santapan tengah hari.

Tuanku Muhammmad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada Isnin lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Tuanku Ismail Petra ibni Almaryum Sultan Yahya Petra.

--Bernama

Apa pasal kau orang suka bergaduh........???

on



Kembali kuasa presiden hanya gimik, kata Nik Nazmi

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.

NONE"Sekarang, gimik terbaru untuk mengembalikan kuasa presiden. Harapnya beliau (Zaid) lebih mengamalkan disiplin dalam berorganisasi dan tanggungjawab bersama," kata Nik Nazmi (kanan) yang juga ADUN Seri Setia.

Zaid hari ini berikrar, beliau akan membela kuasa Wan Azizah selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.

Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata

NONETidak berapa lama selepas itu, Nik Nazmi yang dilihat antara orang kuat Naib Presiden Azmin Ali - pesaing utama Zaid (kiri) - menulis pesanan di Twitter, penyelaras Pakatan Rakyat itu patut merujuk kepada kongres PKR pada 2007.

"Jika beliau semak dengan anggota parti di Kongres Keadilan 2007, fahamlah kenapa pengecualian jawatan itu diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Nik Nazmi kemudiannya memperli lagi: 

"Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."

Adnan Mansor dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu...Kah Kah Kah.....????

on







Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PENAWAR) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengutuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan NGO Melayu sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.

Presiden PENAWAR Tan Sri Adam Kadir berkata dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu hari ini menuntut Tengku Adnan supaya memohon maaf kepada PERKASA dan NGO Melayu.

"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai setiausaha agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di Kuala Lumpur hari ini.

Adam berkata mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara mendesak Umno supaya bekerjasama dengan PERKASA dan semua NGO Melayu yang memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Pada 8 Sept lepas, Tengku Adnan dilaporkan berkata UMNO perlu menjauhi daripada PERKASA yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.

Selain itu, beliau mendakwa Umno tidak menyokong PERKASA mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

--Bernama

Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah.

on

Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau akan membela kuasa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.
Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata.
"Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar. 

"Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden.

"Kepimpinan parti lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua umum, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya sambil menegaskan beliau menyokong dan memberi kepercayaan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengasas parti dan juga sebagai ketua pembangkang.
"Saya juga memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Anwar kerana dia pengasas parti dan juga ketua pembangkang tetapi dari segi struktur parti buat masa ini beliau hanya ahli biasa," tambah Zaid.
Wan Azizah kini merupakan calon popular untuk mengekalkan jawatan berkenaan. Walaupun Anwar turut layak, beliau bagaimanapun terus enggan bertanding jawatan itu.

"Kalau saya menang, saya akan bela kuasa presiden. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata.
"Kalau kita dari parti PKR tidak hormati jawatan presiden kita yang sah kerana kita berpuas hati presiden itu hanyalah lambang (walaupun dia berkuasa penuh mengikut perlembagaan parti); apa jaminan kita akan menghormati Perlembagaan Negara bila kita berkuasa nanti?" soalnya.

Beliau menjelaskan, fungsi yang akan dimainkannya sebagai timbalan presiden termasuk "taat setia kepada presiden dan menolong beliau dalam menjalankan tugas-tugasnya."
"Timbalan presiden mesti mengimbangi atau melengkapkan kekuatan presiden. Hanya dengan cara itu prestasi dan imej parti kita akan jadi lebih baik," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Wan Azizah bukan sahaja sanggup berkorban demi keperluan parti, malah untuk kepentingan Anwar, termasuk meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh.

"Sebagai ahli PKR, saya percaya dengan kepemimpinan dan kebolehan presiden parti dan sebagai calon untuk jawatan timbalan presiden saya ingin menyokong beliau," katanya.

Keluarga Anwar pecah atau strategi untuk kemudian....???

on



Dalam pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden, nampaknya keluarga Anwar pecah dua. Tanpa segan silu, Anwar memberi sokongan kepada Azmin Ali. Manakala Wan Azizah dan Nuruk Izzah memberi sokongan kepada Zaid Ibrahim.

Kenapa perkara ini berlaku? Ada beberapa perkara.

Pertama, Azmin terlalu special untuk Anwar. Kali ini, dia tidak boleh menahan keinginan Azmin untuk mencuba untuk jawatan ini. Anwar perlukan Azmin kerana untuk mengekalkan dirinya dipejuang dan dibela dalam penjara kelak.

Orang2 Azmin percaya Anwar dianiaya kerajaan. Manakala Zaid sudah jelas mengatakan secara terbuka dan sulit bahwa Awnar akan kena. Bukti hospital terlalu compelling dan jelas Anwar cuba menunda hingga mahkamah perlu membuat keputusan prima facie dan dia perlu pertahankan diri.

Kedua, ini membktikan apa yang Ezam dan kumpulannya katakan ada sesuatu antara Azmin serta Shamsidar dan Anwar. Jika tidak, masakan Wan Azizah dan Nurul Izzah enggan langsung untuk menerima Azmin.

Padahal mereka sudah kenal lama berbanding dengan Zaid Ibrahim. Mereka baru berkenal dengan Zaid. Dia bukan hebat sebagai pemimpin atau pun kononnya thinking politician. Dia pun penuh dengan pembohongan, penderhakaan dan penyamunan semasa dalam UMNO.

Belum lagi cerita bagaimana dia beriya-iya mahu dicalunkan untuk PRU 2004. Orang2 PKR fraksi Azmin sekarang menyerang Zaid sebagaimana UMNO serang Zaid di Hulu Selangor.

Ketiga, Wan Azizah adalah yang menentang besar Azmin dari dilantik Menteri Besar Selangor. Dia engkar pada arahan Anwar supaya meletak Azmin situ.

Jawatan ini memang diidam-idamkan Azmin kerana ini memberi peluang untuknya menyamun. Bukan Khalid Ibrahim tidak menyamun, lihat saja adik Khalid diletakkan sana sini. Adik Khalid menjadi isu yang dalam tiga bulan Khalid naik, kumpulan reformis sudah membencinya.

Khalid Ibrahim memperkecilkan keupayaan Azmin untuk jadi MB. Dia kata Azmin tidak cukup pengalaman. Sebenarnya Azmin boleh jadi MB lebih baik dari Khalid yang sombong dan angkuh kepada rakyat bawahan. Dendam Khalid terhadap Azmin yang cuba menjatuhkannya masih lagi dan dia sendiri mengatur satu kempen menjatuhkan Azmin.

Keempat, Anwar dan Azmin kini berhadapan satu fenomena baru dimana ahli2 bukan Melayu dan superliberal Melayu menyokong Zaid. Ini reaksi terhadap permainan politik ala UMNO yang diguna Anwar dan Azmin serta disokong oleh bekas2 ahli UMNO reject.

Pegangan kuasa PKR oleh kumpulan asal dari orang2 Melayu mula renggang. Pemimpin2 PKR dari bukan Melayu seperti Tian Chua, Sivarasa, Soh Chee Wen, William Leong, Eli WOng dll serta aktivis Internet dan NGO menyokong Zaid Ibrahim. Nampaknya fraksi Azmin baru sedar akan ugutan politik kaum Melayu.

Jika dilihat keadaan ini, seolah-olah keluarga Anwar berpecah dari segi politik. Dengan Anwar enggan memegang jawatan Presiden, pasti ramai tertanya2 kenapa satu keluarga boleh berpecah politiknya.

Selain seksualiti Anwar, nampaknya keluarga Anwar mula terserlah sebagai keluarga luar tabie.

Ada pula pihak berkata ini taktik Anwar agar siapa sekali menang, dia tetap dapat kuasai PKR. Ingat Zaid pejenis dengar cakap sesiap ka? Masa tidak dicalunkan pada 2004, dia juga haramjadah yang buat mogok menentang keputusan PM baru.

Wan Azizah tidak akan dapat mengawal Zaid. Anwar saja yang akan kawal Zaid, tapi macam mana? Anwar bukan Presiden. Mungkin sekali dia bukan ahli pun.


Unspinners

Sultan Kelantan :- Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai.

on

KOTA BHARU, 20 Sept: Penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai dalam upacara rasmi kerajaan hari ini apabila Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan istilah tersebut dalam perhimpunan bulanan kakitangan Kota Darulnaim pagi ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata dengan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru bergelar Sultan Muhammad ke V dalam suasana merayakan Aidilfitri baru-baru ini akan menambahkan lagi kekuatan rakyat dan negeri Kelantan dalam mewujudkan persekitaran Islam yang telah dibina sejak 20 tahun lalu.
“Sepanjang Ramadan yang baru saja berlalu, masyarakat Kelantan dapat merasai dengan jelas persekitaran baru yang ada di negeri ini yang begitu jauh berbeza dengan apa yang ada sebelum ditadbir dengan pendekatan Islam,” kata beliau di hadapan lebih seribu kakitangan awam.
Masjid-masjid menurut beliau dipimpin oleh imam-imam yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan mendapat latihan kepimpinan Islam yang berkualiti.
“Bandar kita bergema dengan laungan zikir dan suasana ibadah yang mampu manjauhkan segala bentuk keburukan dan maksiat yang dimurkai,” ujar beliau.
Beliau melahirkan keyakinan bahawa penjawat awam Kelantan akan muncul sebagai pasukan terbaik dengan kualiti tinggi selepas sebulan menyertai tarbiyah Ramadan.
“Pelbagai program Ramadan seperti Qiamullail, tadarus Quran, solat sunat Tarawih dan pelbagai lagi sudah pasti akan mengangkat darjat kita semua menjadi mereka yang siap sedia memikul beban berkhidmat untuk rakyat sebagai hamba Allah yang terbaik (ahsanu amala),” jelas beliau lagi.
Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan kronologi pemasyhuran Sultan baru-baru ini berharap setiap anggota kakitangan memahami dengan baik isu ini agar dapat menjadi jurucakap kerajaan jika terdapat suara-suara sumbang yang cuba mengelirukan perkara sebenar.
“Kita sedar ada pihak yang cuba menggunakan akhbar untuk menimbulkan keraguan berkaitan pemasyhuran baginda Sultan, dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan supaya semua pihak mendapat gambaran yang sebenar,” kata beliau.
Beliau kemudian menjelaskan dengan terperinci kaedah perlantikan Sultan yang baru berdasarkan pindaan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri yang telah diwartakan pada 20 Julai yang lalu.
“Kita turut sukacita kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan yang baru berkenan untuk meminda beberapa kebiasaan supaya lebih bertepatan dengan kehendak Islam,” ujar beliau.
Antara lain, Aiseri mengumumkan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda.
Harakahdaily

Kamalanathan: Mana Fatwa 'Hadas Besar' Khusrin....???

on

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Sultan Selangor diharap tidak membiarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terus bersikap double standard apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak beragama Islam masuk ke dalam masjid, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek, Mahfuz menempelak sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
"Sebelum ini Mais mengambil alih Surau Al-Huda di Kajang kononnya kerana Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di surau itu manakala Khusrin pula memberikan 'fatwa' kononnya orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar'.
"Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin yang turut digunakan oleh (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) apabila Kamalanathan berada di dalam masjid?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu memperlihatkan Pengerusi Mais dan Pengarah Jais ‘menggunakan neraca politik’ dalam tindakan mereka.
"Mereka jelas menampakkan bahawa mereka menggunakan neraca politik dan bukan neraca agama dalam tindakan mereka.
"Lebih dari itu, mereka juga memperlihatkan dengan amat jelas bahawa mereka adalah kakitangan Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Mahfuz.
Perbuatan mereka juga, katanya lagi, boleh menyebabkan diri mereka dianggap memberikan nasihat yang berbentuk hasutan kepada Sultan.
"Apabila mereka bersikap double standard dalam isu Teo dan Kamalanathan, amat jelas mereka melakukan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah Sultan Selangor," kata beliau.
Sebab itulah, kata Mahfuz, beliau berharap Sultan Selangor tidak membiarkan kedua-duanya menjadikan hal-ehwal Islam sebagai mangsa kepentingan politik mereka.
Harakahdaily

Pelabur lebih percaya Pakatan Rakyat......???

on

KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS menganggap dakwaan Umno bahawa pelabur tidak datang ke negara ini akibat percaya dakyah pembangkang adalah satu pengiktirafan kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad secara sinis berkata, ianya juga membuktikan bahawa kerajaan BN sudah tidak dipercayai lagi dan sudah tiba masanya mandat pemerintahan negara diserahkan kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau inilah kenyataan daripada anggota kabinet kerajaan BN yang bertanggungjawab mengenai kewangan dan pelaburan ke negara ini, maka BN eloklah ,menyerahkan madat kepada Pakatan Rakyat supaya lebih banyak pelabur datang ke negara ini," kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendakwa bahawa pelabur tidak datang  ke negara ini kerana percaya dakyah pembangkang. 

Menurut Idris lagi, faktor pelabur tidak berminat ke negara ini bukan disebabkan Pakatan Rakyat, namun kegagalan pentadbiran BN mewujudkan suasana yang kondusif yang meyakinkan pelabur.

Pelabur ujarnya tentunya melihat dan meneliti perkembangan semasa dalam negara termasuk pergolakan politik yang berlaku.

Beberapa isu besar seperti isu video klip peguam V.K, Linggam, rampasan kuasa di Perak dan pengkatan indeks rasuah sudah cukup menggerunkan mereka untuk melabur di negara ini.

"Pelabur yang hendak datang ke negara  ini, bukan pelabur dalam skim “Pak Man Telo”. 

"Macam mana pelabur hendak datang, kalau perjanjian yang jelas menyebut royalti kepada negeri yang ditemui minyak dicabul. Mereka pun risau apa pula jaminan pelaburan mereka, kalau dengan rakyat sendiri pun dilanggar perjanjian," tambahnya lagi.

Sebaliknya, di negeri Pakatan Rakyat seperti di Kedah, mampu menarik pelaburan sebanyak RM1.837 bilion pada tahun 2009 dan Selangor RM7.755 bilion. 

"Ini menunjukkan bahawa pelabur masih percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat, dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut, pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Alasan yang paling lucu yang keluar daripada Tun Dr Mahathir  ialah kerana pelabur luar tidak ada wang untuk melabur," katanya.


Harakahdaily

Hudud : Tidak perlu pinda perlembagaan

on

aziz_bari1KUALA LUMPUR: Untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak perlu membuat pindaan perlembagaan secara besar-besaran tetapi memadai dengan menggubal sebuah akta dan enakmen.
"Hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan yang memerintah bersetuju untuk membentangkannya dan menyediakan prasarana yang diperlukan," kata pakar perlembagaan Prof. Dr Aziz Bari.
Beliau yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa berkata, "oleh kerana hudud adalah dasar PAS dan bukan keutamaan Pakatan Rakyat maka apa yang perlu dilakukan ialah menyakinkan rakyat.
"Apabila rakyat faham dan mahu hudud dilaksanakan kerajaan tidak ada pilihan.  Di sini saya setuju dengan kenyataan yang pernah disuarakan oleh bekas presiden PAS, almarhum Datuk Fadzil Noor dahulu. Umumnya rakyat perlu faham dan sokong," ujar beliau seperti dilapor Harakah.
Beliau juga turut menjelaskan tentang kenyataan yang disalah erti oleh media kononnya hudud tidak boleh dilaksanakan dengan pendekatan yang klasikal.
Katanya, beliau bercakap dengan media yang tidak boleh memahami hudud; sebenarnya beliau mengatakan bahawa pelaksanaan hudud dalam negara moden seperti Malaysia perlu dibuat dalam konteks perlembagaan dan undang-undang.
"Dan ini telah pun diikuti dalam pelaksanaan hukum Islam yang lain seperti perbankan Islam, undang-undang keluarga Islam dan seterusnya.
"Kita boleh belajar dari pengalaman masyarakat Islam silam tetapi akhirnya apa yang perlu ditangani sekarang inilah yang menentukan.  Prinsipnya tetap dan sama tetapi pelaksanaan menuntut kebijaksanaan dan pengubahsuaian," tegas Aziz.

Tahniah, YB Azan Ismail Dan Tentukan Kemenangan YB Fuziah Salleh...

on

Ahli Parlimen Indera Mahkota, merangkap Ketua Cabang di kawasan itu, YB Azan Ismail diberitakan memenangi kerusi Ketua Cabang PKR Indera Makota. Laporan dari Pahang Daily menyebut YB Azan berjaya menewaskan Sdr Razali Ismail dengan majoriti sekitar 35 undi yang masih belum disahkan semasa tulisan ini dibuat.

Cabang Indera Mahkota juga turut mencalonkan YB Azmin untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. YB Azan Ismail adalah pemimpin PKR Pahang yang suatu ketika pernah disebut di antara MP PKR yang akan melompat meninggalkan PKR. Namun ternyata berita itu palsu malah YB Azan diberi tugasan yang penting di dalam PKR setelah Pengerusi PKR Pahang diserahkan kepada Dato Fauzi. Di dalam Parlimen, YB Azan tidak pernah duduk diam dan beliau di antara MP Pembangkang yang lantang menimbukan beberapa isu besar.

Saya percaya, sikap beliau yang `Low Profile', tidak ego, mesra dengan semua menjadikan beliau tetap diberi kepercayaan untuk menerajui Cabang PKR Indera Mahkota. Saya masih ingat sewaktu saya hadir di dalam Majlis Perasmian Pejabat PKR Pahang yang baru di mana dirasmikan oleh DS Anwar, saya melihat sendiri bagaimana YB Azan begitu mesra dengan semua yang hadir. Beliau menghampiri hampir kesemua tetamu yang datang tidak kira peringkat mana sekali pun untuk berjabat tangan. Saya tidak pergi menemuinya, tetapi beliau sendiri datang menghulurkan tangan dengan senyuman walau pun beliau tidak mengenali saya. Begitu juga dengan tetamu-tetamu yang lain samada tua atau muda.

YB Azan juga tidak terlalu `protokol' atau dilihat seperti golongan `elit' di dalam mana-mana program yang dihadirinya. Sifat beliau ini sama juga seperti YB Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan. Saya juga berharap YB Fuziah Salleh akan dapat dipilih menduduki kerusi Naib Presiden kali ini. Beliau seorang pemimpin yang sentiasa bekerja kuat dan gigih sehinggakan pernah MB Pahang memuji peranan yang dimainkan oleh YB Fuziah Salleh selaku Wakil Rakyat di Pahang. 

Inilah wajah atau sifat pemimpin yang perlu diperakui oleh semua ahli parti. Mereka tidak pernah merasakan diri mereka hebat atau ternama dengan kedudukan mereka sekarang. Mereka akur bahawa kerusi MP yang diwakilinya itu adalah amanah rakyat. Saya amat gembira apabila dikatakan pemilihan Cabang PKR Indera Mahkota berjalan dengan aman dan teratur. Semua calon yang bertanding serta penyokong masing-masing menerima keputusan pemilihan itu kerana pemilihan pemimpin di dalam PKR jauh lebih baik dan telus dari pemilihan dalam Umno. 

Tahniah YB Azan, tahniah kepada semua ahli PKR Indera Mahkota dan selamat berjaya buat YB Fuziah Salleh.


wfauzdin.blogspot.com

Kes Sosilawati Dan Nash Tidak Boleh Diteruskan.....???

on

Tuntutan RM1.38j perlu diproses semula


Kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya akan memberi kesan terhadap kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan terhadap bekas suaminya, penyanyi terkenal, Nash. 

Peguam Allahyarham, Datuk Zaidi Zain, ketika dihubungi Berita Harian, semalam berkata apabila berlaku kematian sama ada bagi pihak yang menuntut atau dituntut, ada kesan terhadap status kes tuntutan seperti itu dari segi perundangan. Ditanya mengenai kes tuntutan Sosilawati, 47, terhadap Nash, atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 51, Zaidi berkata, apabila berlaku kematian, secara automatik kes itu tidak boleh diteruskan. Katanya, pihaknya perlu memulakan proses baru jika waris Allahyarham Sosilawati mahu meneruskan kes itu kerana ia membabitkan pihak penuntut baru. 

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes itu kerana belum berbincang dengan anak-anak Allahyarham untuk mendapatkan arahan selanjutnya, sama ada untuk meneruskannya atau sebaliknya.

Pada 21 November tahun lalu, akhbar melaporkan Sosilawati memfailkan tuntutan RM1.38 juta terhadap vokalis kumpulan Lefthanded itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Pengasas kosmetik Nouvelle Visages itu menuntut bekas suaminya mengembalikan semula modal yang pernah dikeluarkannya untuk pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) masing-masing RM200,000 serta Public Mutual Berhad (RM500,000).
Saya akan nasihatkan mereka dari segi perundangan dan memaklumkan mereka mengenai kedudukan kes ini.

Sebelum ini, anak-anak Allahyarham tidak pernah terbabit dengan kes ini kerana anak guam saya tidak pernah berbincang mengenai kes ini dengan mana-mana pihak, kata Zaidi.

Zaidi berkata, pada masa ini peguam Nash belum menghubunginya, mungkin kerana masih ramai yang bercuti sempena Aidilfitri.

Lagi pun, mahkamah (Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam) sudah menetapkan kes itu dibicarakan pada Februari tahun depan, katanya.

Percubaan untuk menghubungi peguam Nash, Amli Embong gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon. 

BH

Sosilawati ditipu pekerja sendiri......???

on




UALA LUMPUR: Pendedahan terbaru agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang mati dibunuh kejam bukan hanya menjadi mangsa penipuan peguam di Banting, malah turut ‘ditikam dari belakang’ oleh bekas pekerja kepercayaannya yang menggelapkan wang syarikat mencecah jutaan ringgit sejak lebih lima tahun lalu.

Difahamkan, penipuan licik sekian lama dilakukan bekas pekerja yang selama ini mendapat kepercayaan Sosilawati hanya diketahui jutawan kosmetik itu pada pertengahan Ramadan lalu apabila usahawan berkenaan mula curiga terhadap keuntungan yang seharusnya diperoleh hasil jualan produk kosmetik syarikatnya.

Sumber terdekat keluarga Sosilawati memberitahu, sikap mangsa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pekerjanya dalam menguruskan operasi dan kewangan syarikat kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd dipercayai menjadi punca ada antara kakitangannya mengambil kesempatan.

Menurutnya, Sosilawati yang jarang berada di pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, di sini, kerana urusan kerja luar menyerahkan bulat-bulat kepada kakitangannya untuk menguruskan penjualan dan penyerahan produk kepada stokis.

“Malah, pekerjanya itu turut diamanahkan untuk menerima cek pembelian produk daripada stokis di seluruh negara sebelum cek terbabit dimasukkan ke dalam akaun syarikat.

“Malangnya, kepercayaan Sosilawati itu dibalas sebaliknya apabila seorang daripada pekerja syarikat terbabit menggelapkan cek diserahkan stokis produk kosmetik terbabit tanpa disedari sesiapa,” katanya.

Menurutnya, ada kemungkinan bekas pekerja Sosilawati terbabit sengaja mengubah nama penerima cek itu yang sepatutnya ditulis atas nama syarikat kosmetik berkenaan.

“Bagaimanapun, penipuan licik itu terbongkar selepas Sosilawati menyedari sesuatu tidak kena terhadap jumlah wang dalam akaun syarikatnya sebelum menyoal siasat pekerjanya itu.
“Difahamkan, Sosilawati cuba mendapatkan bukti dan buku kira-kira berhubung penyelewengan duit syarikatnya itu, namun gagal. Ada kemungkinan semua bukti terbabit sengaja dihilangkan bagi menyukarkan tindakan undang-undang diambil Sosilawati,” katanya.

Berdasarkan keluhan Sosilawati kepada kenalan dan rakan perniagaannya, dia percaya pekerja berusia lewat 20-an terbabit melarikan wang syarikat berjumlah jutaan ringgit.

“Tidak dapat dipastikan sama ada Sosilawati memecat atau pekerja terbabit menghilangkan diri, namun pekerja wanita itu tidak lagi berkhidmat di syarikat berkenaan seminggu sebelum Sosilawati dilaporkan hilang.

“Apa yang saya tahu, selepas menyedari penyelewengan itu, Sosilawati sibuk mengemas kini buku kira-kira syarikat selain cuba mendapatkan kembali resit pembelian daripada stokis yang membuat pembelian produk daripadanya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, Sosilawati bagaimanapun tidak membuat laporan polis berhubung penyelewengan berkenaan.

“Lebih mengejutkan apabila pihak keluarga mendapat tahu bekas pekerja Sosilawati terbabit turut cuba tampil dengan produk penjagaan wajah jenama terbaru bagi menyaingi perniagaan Sosilawati. Tidak pasti dari mana modal perniagaan itu diperoleh,” katanya yang enggan namanya didedahkan berikutan bimbang ia boleh mengeruhkan hubungan keluarga.

Sementara itu, rakan baik Sosilawati yang juga pengasas produk De’ Wajah, Junaidah Kiting yang dihubungi turut memberitahu pernah menerima panggilan telefon daripada arwah sahabatnya itu yang mengeluh dan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pekerja terbabit.

Menurutnya, Sosilawati marah dan tidak menyangka pekerja kesayangannya itu sanggup menipu dan memperdayanya.

“Bagaimanapun, saya tak tahu butiran terperinci berikutan Sosilawati ketika itu sibuk mengira anggaran kerugian dialami melalui stokis yang membuat pembayaran sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Junaidah sekali lagi menyatakan kesudiannya untuk membantu anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, meneruskan perniagaan kosmetik ibunya itu dengan memberikan apa jua nasihat berhubung pengurusan perniagaan terbabit.

“Sebagai antara rakan karib Sosilawati yang sama-sama menceburi perniagaan ini sejak lebih 10 tahun lalu, saya turut berasa bertanggungjawab bagi membantu anak-anak Sosilawati sekiranya diperlukan,” katanya. - 
Metro

Panas !!! Surat terbuka Nazri Aziz kepada Awang Selamat.....???

on




BUCHAREST, Sept 20 — Saya ada membaca komen Awang Selamat terhadap saya dalam kolumnya. Saya ingin membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang dia tulis itu adalah betul.
Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan.

Saya juga bukan anti Dr Mahathir. Bagi saya, setakat ini beliau adalah Perdana Menteri terbaik yang saya pernah berkhidmat. Bagaimanapun, sebagai seorang bekas Perdana Menteri juga ada banyak kekurangannya. Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Dengan mengatakan begitu, saya mahu Awang mengetahui bahawa saya sentiasa tahu siapa ketua saya. Ia buka Kit Siang ataupun Anwar kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno. Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno. Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya.

Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat. Sudah tentu Awang terperangkap dalam peredaran waktu masa-masa lalu di mana ahli-ahli Parlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan mereka bersama, malah membenci mereka dalam kebanyakan masa. Awang tidak akan faham perkara ini kerana dia bukan seorang ahli Parlimen yang dipilih, diletakkan di Dewan menerusi suara rakyat. Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Meneri Hal Ehwal Parlimen. Bilangan mereka yang melompat untuk menyertai kokus bebas telah mengatasi satu-satunya wakil rakyat tunggal dari kawasan Pasir Mas, hero orang Melayu yang diagung-agungkan oleh Awang. Umno tidak pernah meminta ataupun memerlukan Ibrahim untuk membantu kami, tetapi kerjasama dengan dia hanya akan menyebabkan kami kehilangan undi. Tun Mahathir sendiri memberitahu kami bahawa beliau telah hilang 90 peratus undi di Kota Setar Selatan yang merupakan kerusi Parlimen majoritinya orang Melayu pada 1969 di tangan Yusof Rawa, di mana dilaporkan bahawa Tun mengatakan beliau tidak memerlukan undi orang Cina. Ini adalah perkara yang perlu dibelajari daripada peristiwa itu.

Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya. Ahli-ahli politik macam saya, yang telah bertanding empat pilihan raya dan yang telah menang, selalunya jelas dengan apa yang kami perkatakan dan tidak semberono macam Awang. Kita perlu menghimpunkan undi tanpa mengira kaum dan kami tidak duduk di zon selesa macam Awang. Dia boleh tulis dan mengatakan apa sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab dan secara semberono dengan menyedari bahawa dia tidak akan dihukum oleh para pengundi.
Itu sebabnya mengapa Awang, jika anda bertanya apakah agenda saya, saya merasakan setiap budak sekolah akan tahu bahawa matlamatnya ialah mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang dan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya berharap Awang juga mempunyai agenda yang sama melainkan ketuanya adalah orang lain.

Akhirnya, saya mahu menasihatkan Awang agar berpegang pada apa yang dia lakukan dan tahu apa yang terbaik dan tidak mencampuri politik negara yang pengetahuannya jelas cetek dan sifar pengalaman. Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili. Saya punya sudah pasti iaitu memenangi kerusi Padang Rengas bagi BN dalam pilihan raya umum akan datang tanpa mengira sama ada saya menjadi calonnya ataupun tidak. Sehingga itu kita harus terus melihat.

Dan, bagi saya, saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?

TMI

TENGKU MUHAMMAD FARIS: ANTARA FOTO UTUSAN & FOTO TOPENG PERAK, YG MANA LEBIH BERNILAI.....???.??

on

Dua situasi berbeza yg boleh kita lihat disini. Gambar di atas yg dikeluarkan oleh Utusan, menunjukkan Tengku Muhammad Faris Petra yg baru dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan sedang bersalaman dengan rakyat jelata selepas menunaikan solat Jumaat. Kelihatan Menteri Besar, TGNA terkebelakang dari baginda.
Manakala gambar di atas pula yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] iaitu Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan. (Gambar ini tidak disiarkan dalam akhbar Utusan.)

"Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan... (Gambar ini juga tidak disiarkan dalam utusan).

Kulat: Kalau dilihat pada gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak dan Utusan, dua cerita yg berbeza. Gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] ini seperti yg tidak dapat digambarkan dengan kata2 betapa mulia dan budimannya Sultan Kelantan yg baru ini serta mempunya nilai keharmonian di antara Kerajaan negeri dengan pihak Istana berbanding dengan gambar yg dikeluarkan oleh Utusan di atas. Bayangkanlah apa akan jadi jika gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak ini disiarkan oleh Utusan.?? Rasanya UMNO semakin gelisah..... Wallahuaalam.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List