Pemilihan PKR Permatang Pauh : Bolehkah Datuk MANSOR berbangga dengan kemenangannya?

on Sep 20, 2010





19 September 2010 dalam pemilihan PKR Permatang Pauh yang buat julung kalinya diadakan dan telah berjalan serentak dengan Mesyuarat Agong Tahunanan PKR Permatang Pauh buat kali yang ke 7 . Dalam pemilihan yang diadakan bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang juga telah menyaksikan Datuk Mansor Othman menang percuma kerana Che Mat atau Pak Tam yang sebelum itu mempertahankan jawatannya telah menarik diri pada saat – saat akhir.

Dikatakan penarikan diri oleh Pak Tam itu adalah kerana faktor kesihatan.

Dan secara rasminyaDatuk Mansor Othman telah diumumkan sebagai penyandang bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh.

Itu adalah penulisan seorang manusia yang hipokrit!

Ini kisahnya..


Apa yang sebenarnya berlaku ialah telah muncul satu tangan ghaib yang telah menalipon Pak Tam pada sekitar jam 3.00 petang hari Sabtu, menasihatkannya agar menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada Datuk Mansor.

Setelah habis masa untuk memikirkan nasihat itu pada sekitar jam 4.00 petang dengan disaksikan beberapa orang ahli-ahli PKR Permatang Pauh (Sorang tu aku tak tahu samada dia ahli ataupun bukan), Pak Tam menalifon kembali tangan ghaib tersebut menyatakan beliau akur dengan nasihat tersebut.

Dengan segera berita tersebut tersebar ke hamper seluruh Permatang Pauh melalui sms, bukan Permatang Pauh sahaja malah sampai ke Batu Maung yang berada di sebelau Pulau.

Dalam perbincangan dengan beberapa ahli-ahli PKR tersebut, Pak Tam telah diingatkan bahawa beliau disarankan untuk mempertahankan jawatan tersebut oleh akar umbi. bukannya disarankan oleh beberapa ahli-ahli PKR yang hadir disitu atas permintaan Pak Tam.

Akibat dari penarikan diri secara mengejut itu pasti akan menimbulkan kemarahan 40 orang wakil dari ranting-ranting yang telah bersetuju menyokong Pak Tam untuk mempertahankan jawatannya.

Penarikan diri oleh Pak Tam itu telah memaksa 5 orang yang bertanding dalam pemilihan tersebut membuat keputusan untuk menemui DS Wan Azizah bagi membincangkan hal campurtangan oleh tangan ghaib yang telah menasihatkan Pak Tam agar menarik diri.

Bagaimanapun tiada keputusan yang dicapai pada pertemuan jam 11.00 malam tersebut di sebuah rumah.

Dan dalam pertemuan tersebut mereka yang berlima tersebut setelah berbincang panjang telah juga mengingatkan DS Wan Azizah akan implikasi dari penarikan diri oleh Pak Tam secara mengejut ituoleh akar umbi.

Kerana bagi mereka, bukan semua ketua Ranting yang berada di Permatang Pauh akan boleh menerima penarikan diri Pak Tam secara mengejut itu.

Dr Molly... you really make me proud as PKR member.

Dan sebagaimana yang dijangkakan.. pada mesyuarat yang berlangsung pagi Ahad itu setelah DS Wan Azizah mengumumkan bahawa Pak Tam telah menarik diri dari bertanding dan kemenangan percuma diperolehi oleh Datuk Mansor dan Pengerusi mengulasnya bangun seorang Ketua Rating dari DUN Seberang Jaya mempertikaikan penarikan diri Pak Tam itu.

Yang dipertikaikannya ialah mengapa Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang telah ditulis pada malam 18 September tetapi diletakkan tarikh 17 September sedangkan menurut notis yang dikirimkan kepada 6117 ahli PKR Permatang Pauh jelas tercatat jelas Tarikh Akhir Bantahan /penarikan diri calon adalah pada 8 September 2010? KENAPA?

Apa gunanya digubal peraturan jika pimpinan sendiri tidak mahu mematuhi peraturan yang mereka sendiri gubal? Apa bezanya PKR dan UMNO disini?

Beliau juga mempersoalkan adakah benar wujud tangan ghaib yang telah memaksa Pak Tam menarik diri? Kerana beliau telah terdengar akan wujudnya tangan ghaib tersebut, jika benar apa yang didengarinya itu, kenapa perlu ada pemilihan? Kenapa perlu membazirkan duit, membazirkan masa untuk mengadakan pemilihan tersebut? Biarkan saja tangan ghaib tersebut mengatur seluruh anggota PKR Permatang Pauh dengan sesiapa sahaja yang disukainya..

Katanya juga, jangan sangka selama ini PKR Permatang Pauh tidak pernah kalah dalam beberap siri PRU yang lepas PKR Permatang Pauh sudah kuat, sedarlah yang memberikan kekuatan dan kemenangan itu adalah penyokong-penyokong dari akar umbi.

Kemudiannya bangun pula seorang lagi ahli dari Ranting yang lain pula mempertikaikan tentang alasan yang tertulis dalam surat penarikan diri tersebut yang memberikan alasan faktor kesihatan.

Kata beliau apa gunanya kita mendoakan agar kesihatan Pak Tam pulih seperti sedia kala sedangkan dalam masa yang sama kita tidak yakin akan kesihatan Pak Tam akan kembali pulih seperti sediakala dengan menerima alasan beliau menarik diri atas faktor kesihatan?

Jawapan yang diberikan oleh DS Wan Azizah itu rasanya tak perlu ditulis disini.. Cuma bayangkan bagaimana seorang ibu memujuk anak kecilnya yang merajuk dan menangis kerana tidak dapat apa yang dihajatkan..

Bangun pula seorang lagi mempertikaikan akan kesahihan surat tersebut kerana baginya beliau telah lama mengenali Pak Tam dan tahu hati budi Pak Tam dan Pak Tam bukanlah semudah itu untuk menukar pendirian jika tiada arahan dari tangan gahib tersebut.

Itu adalah serba sedikit dari apa yang berlaku dalam Mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh.

Apa yang menimbulkan tanda disini apakah tiada kekuatan atau keyakinan diri dalam diri Datuk Mansor untuk memenangi jawatan tersebut sehingga beliau perlu menggunakan tangan ghaib untuk memenangi jawatan Timbalan Ketua Cabang tersebut?

Bolehkah kemenangan sebegini dibanggakan? Kemenangan dengan meminta tangan ghaib menghilangkan cabaran terhadap beliau?

Dimanakah kekuatan sebenar beliau yang dikatakan telah menangangi 1001 macam masaalah di Penanti seperti yang didakwa oleh tangan ghaib tersebut?

Beliau sepatutnya malu dengan kemenangan tersebut, kemenangan yang jelas dibantu oleh tangan ghaib tersebut.. kemangan yang bakal memihak kepada sesiapa sahaja yang dibantu oleh tangan ghaib itu hatta sebatang kayu sekalipun..

Kami cuma mahukan pemilihan sesihat mereka ini..

Dan pemilihan PKR Permatang Pauh ini keputusannya juga memberikan satu isyarat yang amat jelas kepada tangan ghaib tersebut bahawa bukan semua pilihannya akan disokong oleh akar-umbi, apa yang akan disokong oleh akar umbi ialah kelompok yang berkerja bersama-sama mereka ketika menghadapi PRU mahupun PRK.. bukannya pemimpin yang diturunkan dari langit.

Dalam pemilihan ini wujud dua pasukan, satu pasukan memihak kepada calon pilihan kesayangan tangan ghaib tersebut yang telah menyelesaikan 1001 masaalah di Penanti kononnya dan satu lagi pasukan yang telah bersama akar umbi yang telah lama bergerak bersama-sama dengan Pak Tam dalam menjayakan semua Pilihanraya..

Biarpun Pak Tam ditewaskan oleh tangan ghaib, namun hasilnya akar umbi tetap memilih pasukan yang telah bersama-sama berkerja dengan Pak Tam selama ini..

Anuar Bin Che Mat (Anak Pak Tam la ni..) dengan poster
Team Pro Pak Tam

Hasilnya Permatang Pauh telah menyaksikan seluruh nama yang di bariskan sebagai calonkan oleh pasukan yang bersama Pak Tam (Pro Pak Tam) menang dan hanya seorang dari pasukan Datuk Mansor Othman itu memenangi jawatan AJK..

Dan ini adalah angka yang boleh dibayangkan akan diterima oleh Datuk Mansor jika tangan ghaib tidak memainkan peranannya..

Keputusan bagi Naib Ketua Cabang Permatang Pauh.
1 ~ Cikgu Alias Bin Said (kumpulan Pro Pak Tam) mendapat 127 undi.
2 ~ Ramli Bulat (dia ni kira calon Bebas lah…) mendapat 20 undi.
3 ~ Zainal Abidin Bin Saad (Kumpulan Pro Datuk Mansor) mendapat 72 undi.

Angka-angka tersebut jelas menunjukkan bahawa jika tiada tangan ghaib terlibat, Datuk Mansor akan tewas di Permatang Pauh!! Pasti Tewas..

Perlu diingatkan bahawa jika 2 kumpulan dari Ranting yang bertindak keluar Dewan dan meninggalkan majlis tanpa mengundi kerana menunjukkan protes terhadap penarikan diri secara tiba-tiba oleh Pak Tam itu angka yang diperolehi oleh Cikgu Alias itu akan jauh lebih tinggi..

Apa yang kita saksikan juga dalam pemilihan ini ialah demi menjaga status seorang TKM ataupun demi menjaga EGO seorang pemimpin Parti.. seorang pejuang yang telah bertungkus lumus berkerja untuk parti telah menjadi korban.. biarpun yang dikorbankan itu adalah orang yang telah menggerakkan seluruh jentera PKR Permatang Pauh untuk memberikan kemenangan kepada pemimpin tersebut..

Demi menjaga Imej dan juga EGO seorang pemimpin parti, peraturan atau etika pemilihan dilanggar lagi…

BERAPA BANYAK ETIKA SEBENARNYA YANG PERLU KITA LANGGAR UNTUK MENYELAMATKAN EGO ATAU IMEJ SEORANG PEMIMPIN??????


Buat Faekah andaikata anda terbaca artikel ini, sebenarnya pada malam perjumpaan tersebut anda berhadapan dengan beberapa orang dari golongan professional yang tidak menggunakan status mereka untuk mendapatkan jawatan didalam PKR.. pasai tu la umpan hang tak sangkut…

Dan buat DS Wan Azizah.. kami cuma mahu apa yang dicatit didalam peraturan di turuti oleh semua pihak biarpun pihak pimpinan sendiri sekalipun.. tiada niat untuk membawa PKR kejurang kehancuran..

Bagi kami apa yang jelas melanggar etika itu tetap melanggar etika biarpun ianya dilakukan oleh pihak yang menggubalnya..

Dan buat seluruh warga PKR Permatang Pauh yang telah memenangi apa saja jawatan biarpun sebagai pemeriksa kira-kira sekalipun..

TAHNIAH!! Dan Selamat Menjalankan Tugas..

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List