Apa Itu Lembaga Hitam?

on Feb 19, 2011

Apa Itu Lembaga Hitam?

Lembaga hitam adalah salah satu hantu yang sering diperkatakan oleh masyarakat Melayu. Sejak dahulu, ada pelbagai tanggapan dan pendapat berkenaan cerita dan rupa bentuk Lembaga Hitam. Menurut kajian yang dilakukan oleh Team PSI di 92 lokasi selama hampir empat tahun bermula tahun 2004 sehingga Mei 2007 yang melibatkan hampir 36 pengkaji tetap, 85 sukarelawan program SEEKERS di saluran NTV7 (musim pertama dan kedua) dan 5 orang krew NTV7, ada banyak persamaan dari segi rupa bentuk Lembaga Hitam yang berjaya dirakamkan. Rumah kosong, banglo dan premis tinggal, jirat Cina, jirat Hindu, serta perkuburan Islam adalah antara lokasi yang paling digemari oleh Team PSI bagi mengkaji kewujudan Lembaga Hitam. Ada beberapa pendapat menyatakan

berkenaan rakaman Lembaga Hitam ini. Ada yang menyatakan ianya objek biasan cahaya dan ada pula yang menyatakan serangga berterbangan berhadapan dengan lensa kamera. Sehingga hari ini, mereka yang menafikan berkenaan rakaman yang berjaya dirakam oleh pengkaji Team PSI ini, masih lagi gagal membuat rakaman yang serupa dengan rakaman yang diambil di kawasan kajian.

Bagi mendapatkan imej lembaga ini, masa yang diperlukan adalah selama 11 jam bermula pukul 7 malam sehingga 6 pagi untuk setiap lokasi berbeza yang melibatkan

Sel-sel darah manusia terdiri daripada (monosit, leukosit polimorfonukleus, limfosit, eosinofil dan basofil). Ia boleh dibezakan dengan berdasarkan pada bentuk nukleus dan warna granul-granul. Sel darah manusia terbahagi kepada dua, iaitu sel-sel darah dan plasma. Plasma terdiri daripada serum yang mengandungi air, protein, glukosa, lipid, garam, vitamin, enzim, urea, fibrinogen. Sel-sel darah terdiri daripada eritosit, leukosit dan platlet. Leukosit terdiri daripada granulosit dan agranulosit. Granulosit terdiri daripada neutrofil (70 peratus), eosiofil (4 peratus) dan Basofil (1 peratus). Agranulosit terdiri daripada limfosit dan Monosit.

seramai empat orang pengkaji di setiap satu lokasi. Pada kebiasaannya empat buah kamera berjenama SONY, 44 buah pita rakaman dan lapan biji bateri video digunakan pada setiap malam. Pita yang siap dirakam akan diteliti pula oleh pengkaji lain. Setiap pita mengambil masa 40 minit untuk diperiksa dengan teliti sekiranya terdapat sebarang imej fenomena aneh yang berjaya dirakam di lokasi kajian. Tidak kurang 110 unit pita rakaman yang mengandungi visual fenomena aneh disimpan sebaik mungkin untuk tujuan kajian selanjutnya.

beberapa kali, setiap penelitian yang dibuat oleh pengkaji visual Team PSI, objek yang kelihatan berkeliaran sebelum kemunculan lembaga hitam berbentuk kabus yang ada zarah-zarah kecil di dalamnya berbentuk seperti sperma (ektoplasma). Selepas kemunculan lembaga hitam, ada pula objek aneh lain berwarna putih yang terapung di dalam kumpulan (orbs). Pergerakkan orbs dapat dilihat dengan jelas di dalam pita rakaman dan seolah- olah mempunyai ekor. Ektoplasma dan orbs masih lagi di peringkat awal dalam kajian Team PSI.

Setiap lokasi yang dikenal pasti ada aktiviti paranormal yang aktif, Team PSI mengkaji sehingga enam hari berturut-turut. Imej dan maklumat di helaian berikutnya adalah antara rakaman Lembaga Hitam yang berjaya dirakam untuk tatapan anda membuat penilaian sendiri.

Apa itu Orbs?
Tidak ada seorang pun yang boleh mendakwa bahawa dirinya pakar berkenaan Orbs, tetapi ini adalah tugas dan tanggungjawab setiap penyiasat paranormal



mengkaji dan mengumpul segala maklumat dan bukti yang diperoleh. Menurut para pengkaji paranormal, Orbs dipercayai sebagai roh manusia atau sesuatu bentuk tenaga yang pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Dipercayai bahawa orbs lebih suka menetap di dunia ini kerana ikatannya lebih kuat dengan tempat-tempat yang disukainya semasa hidup. Ada juga yang berpendapat bahawa selain jin, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang Tuhan ciptakan, Orbs adalah sejenis hidupan mikroorganisma yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Ada segolongan saintis pula berpendapat bahawa Orbs tidak berkaitan langsung dengan unsur- unsur roh.

Ia adalah sejenis tenaga yang berkaita dengan Hukum Termodinamik Pertama (tenaga tidak boleh dimusnahkan), tetapi ia hanya berpindah dari satu jisim ke jisim yang lain. (http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/BIOBK/BioBook Enerl.html). Jurugambar profesional bermati-matian menyatakan orbs adalah satu kesan kesilapan optik atau refleksi cahaya terhadap habuk yang biasanya dihadapi oleh kamera-kamera digital. (http://pyrrho.s5.com/orbs.html).



Masa Terbaik untuk membuat kajian paranormal di Malaysia. 

Sebagai penyelidik paranormal, kami harus tahu bahawa kejayaan untuk merakam kejadian paranormal bergantung pada entiti ataupun roh tersebut. Jikalau mereka tidak berminat untuk bekerjasama , maka tiada sebarang aktiviti paranormal dapat dirakam. Kes ini sering menjadi tanda soal bagi semua pengkaji paranormal terutamanya di Malaysia. Mengikut lawan web International Ghost Hunters Society, Setiap kali semasa bulan penuh aktiviti paranormal dikatakan berada pada puncak tertinggi. Tetapi, adakah formula tersebut berfungsi di Malaysia? Jawapannya tidak.

Dalam kajian solo saya selama 3 tahun, saya telah mendapati bahawa fasa bulan baru atau bulan penuh tidak mempengaruhi aktiviti paranormal di Malaysia. Saya telah melakukan kajian ringkas tentang formula ini di luar negara. Mereka berkata bahawa formula ini berfungsi di tempat mereka yang berlokasi di latitud tinggi. Malaysia terletak di latitud pertengahan. Adakah ia merupakan faktor bagi kegagalan kami untuk merakam entiti atau sebarang kejadian paranormal semasa bulan penuh ataupun semasa fasa bulan baru? Ini adalah soalan yang harus ditumpukan oleh segala penyelidik paranormal yang berada di latitud pertengahan .
Kajian ini juga telah banyak kali dilakukan oleh saya iaitu ARWIN JOHN dari MALAYSIAN PARANORMAL RESEARCH dan juga AUGUSTINE.B.TOWONSING dari MALAYSIAN GHOST RESEARCH.. Kami gagal merakam bukti yang boleh dikatakan kukuh semasa bulan penuh ataupun semasa fasa bulan baru. Kami telah mendapati bahawa formula ini berfungsi semasa tahun 2002 hingga tahun 2005, tetapi formula ini tidak berfungsi bermula dari tahum 2006 hinggalah sekarang. Malah, hari yang boleh dikatakan bulan tidak penuh, kami mendapat rakam aktiviti paranormal yang kukuh. Bezanya ialah, bukti kukuh yang biasanya kami dapat semasa

ceduk dari mana yerk.....tak ingat....

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List